Você está na página 1de 5

Andainya perempuan tahu..

Apabila seorang lelaki jatuh cinta,

perempuan itu semestinya cantik dimatanya

dan perempuan itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya perempuan tahu..

Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mengumpul ketabahan

untuk terus menyintai perempuan itu.

Andainya perempuan tahu..

Apabila seorang lelaki marah,

Itu kerana dia inginkan yang terbaik dalam hubungan itu

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi perempuan itu.

Pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya perempuan tahu..

Apabila lelaki semakin lama semakin kurang bercakap

dia tidak pernah bermaksud untuk memendam rasa,

tapi dia mahu memikirkan masa depan yang indah bersama cinta hatinya
 

Andainya perempuan tahu..

Apabila lelaki berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi demi untuk masa depan mereka bersama.

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

hingga tak sanggup berkongsi sekelumit pun kemesraan itu dengan orang lain

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Kerana kasihnya yang sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki itu merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian


yang boleh buat lelaki itu rasa dihargai.

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu perempuan itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata

Dan selalu berada di dalam mimpi indahnya

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki kata perempuan lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun lelaki itu menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


 

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki itu menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana perempuan itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati lelaki itu lembut...

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya

dan mengikut keputusanmu

kerana dia inginkan perempuan itu sentiasa bahagia di sampingnya

Andai perempuan tahu..

Apabila lelaki itu berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Lelaki sukar untuk mengawal perasaan.

Dia kerana dia terlalu memendam rasa

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


 

Andai perempuan tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Lelaki itu diciptakan oleh Allah sempurna sekali.

Di sebalik raut wajahnya yang tidak berperasaan,

tersimpan seribu satu kecintaan

tersimpan sejuta kasih sayang

yang bakal menjadikan seorang perempuan itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak kuat

tapi dia punya kelemahannya tersendiri

yang dirantai dan dibelenggu kasih sayang dan cinta pada kekasihnya

dan mungkin bisa pula membuat itu menjadi kuat kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kekuatan sahaja

tetapi dia juga ada kelemahan untuk membahagiakan anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi lelaki bekerjaya, suami juga daddy

yang terbaik untuk anak2 anda.

Você também pode gostar