Você está na página 1de 6

SOALAN TUGASAN

SOALAN 1

Di dalam sebuah rumah bagi satu keluarga, keperluan bilik bacaan (study room) yang kemas
dan selesa sangat penting sebagai ruang ‘aktiviti ilmu’ seperti membaca, mengulangkaji
pelajaran, melayari internet dan seumpamanya. Bagi keluarga yang mempunyai tiga atau lebih
anak yang perlu menggunakan bilik bacaan dalam masa yang sama, maka akan berlaku
kesukaran untuk menguruskan bilik tersebut secara berkesan.
Anda sebagai seorang yang berpengetahuan dalam bidang reka cipta, dikehendaki membina
satu cadangan reka bentuk meja bacaan yang sesuai bagi seorang pengguna.

Reka bentuk meja bacaan tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;

i. Reka bentuk yang asli hasil dari kreativiti/inovasi sendiri


ii. Bersaiz maksimum 750mm X 500mm X 1700mm tinggi keseluruhan
iii. Mempunyai rak/ruang buku
iv. Ruang/tempat letakan lampu bacaan
v. Ruang/tempat letakan alat tulis
vi. Lain-lain ciri yang dirasakan sesuai (sila nyatakan dengan jelas)

Dalam penyediaan cadangan reka bentuk tersebut, penulisan anda perlulah merangkumi
perkara-perkara berikut:

i. Lakaran idea (sediakan dalam sketch book)


- 3 lakaran idea
- Perkembangan idea
- Lakaran projek pilihan yang lengkap berdimensi

ii. Lukisan kerja seperti Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri yang lengkap dengan
dimensi.
iii. Dapatkan rujukan sekurang-kurangnya DUA reka bentuk yang sedia ada (lampirkan).
iv. Jelaskan sebab-sebab/rasional pemilihan reka bentuk tersebut
v. Jelaskan proses-proses reka bentuk anda
vi. Senaraikan bahan yang digunakan dan beri rasional pemilihan bahan tersebut
vii. Senaraikan alatan yang digunakan
i. Contoh reka bentuk sedia ada
Sebab-sebab/rasional pemilihan reka bentuk

1. Pemilihan reka bentuk untuk seorang pelajar yang inginkan keselesaan.


2. Sesuai digunakan dalam suasana bilik yang sempit dimana reka bentuk ini
menjimatkan ruang.
3. Reka bentuk ini adalah 4 dalam satu dimana digunakan sebagai meja , rak buku, kerusi
dan juga boleh diubah menjadi katil.
4. Kerusi dan meja boleh dilipat untuk dijadikan katil.
5. Permukaan lantai dan kerusi dibuat dengan menggunakan span yang lembut, jadi ia
menambahkan keselesaan kepada pengguna.
6. Reka bentuk yang ringan kerana kebanyakkan bahan yang digunakan adalah span serta
besi yang ringan, justeru itu ia mudah dibawa ke mana-mana.

Proses-proses reka bentuk.

1. Mencari idea
2. Melakar beberapa bentuk yang difikirkan sesuai.
3. Menyatakan ciri-ciri dan keistimewaan projek yang ingin dihasilkan.
4. Melukis secara dua dimensi
5. Melukis secara tiga dimensi.
6. Menyatakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek.
7. Menganggarkan kos yang diperlukan.
8. Menyatakan kelebihan dan kekurangan projek yang dihasilkan.

Bahan-bahan yang digunakan dan rasional pemilihan bahan tersebut.


1. Papan lapis
Harga yang murah serta ringan. Sesuai digunakan untuk membuat rak buku, meja
serta kerusi.
2. Besi
Besi digunakan untuk membuat tapak meja serta kerusi. Besi yang dipasang skru
boleh diubah suai untuk menjadi katil. Justeru itu ia boleh menjimatkan ruang, kerana
pada masa yang sama para pengguna boleh menggunakan katil dan tidak perlu
membeli katil yang lain. Ia juga boleh menjimatkan wang.
3. Span
Span digunakan untuk membuat alas kerusi dan alas katil. Justeru itu para
penggunakan akan lebih selesa
4. Lampu
Lampu yang diletakkan dibawah rak buku sesuai digunakan kerana ia tidak perlu
diubah dan tidak akan jatuh sekiranya terlanggar. Lampu yang boleh diubah tahap
cahayanya, mebolehkan seseorang itu menyesuaikan diri sama ada ingin terlalu terang
atau kurang.

Alatan yang digunakan.


1. Pemutar skru
2. Tukul
3. Pita pengukur
4. Sesiku L
5. Gergaji
6. Besi
7. Pemotong besi
BIBLIOGRAFI

Autodesk Official Training Courseware. AutoCAD Intermediate 2009. UTM-ATC.

Iskandar dan Zaitun. (2002). AutoCAD 2002 step by step. Venton Publishing (M).

Giesecke, D.L., Nelson, J.A., & Chalk, W.S. (1989). Technical drawing : Fundamental,
CAD & design. New York : Delmar Publisher, Inc.
LAMPIRAN

Você também pode gostar