Você está na página 1de 16

SMK AMINUDDIN BAKI

JLN KAMPUNG PANDAN


55100, KUALA LUMPUR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


TINGKATAN 1
2009

Bentuk Muka Bumi Di


Kawasan Taman Maluri
dan Perbandingannya
dengan Negara Thailand

Nama: Safwan Zulfazli Bin Abdul Kadir

Tingkatan: 1 Amanah

Nama Guru: Pn Noor Fadzlina Bt Nasiran

_________________ _________________
Tandatangan Pelajar Tandatangan Guru

1
ISI KANDUNGAN

1. Isi Kandungan………………………...…………………………………………2

2. Penghargaan……………………………………………………………………..3

3. Pendahuluan……………………………………………………………………..4

4. Objektif Kajian…………………………………………………………………..5

5. Kawasan Kajian………………………………………………………………….6

6. Peta Kajian……………………………………………………………………….7

7. Kaedah Kajian…………………………………………………………………..10

8. Dapatan Kajian………………………………………………………………….11

8.1 Bentuk Muka bumi dan cirinya…………………………………………………11

8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan
kawasan kajian………………………………………………………………….12

8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia……………………….13

8.4 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar………………………………….14

8.5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar……….

Bahan Grafik……………………………………………………………………

9 Rumusan……………………………………………………………………….

10 Lampiran……………………………………………………………………….

11 Rujukan ………………………………………………………………………..

2
PENGHARGAAN

Mula-mula saya ingin merakamkan beribuan terima kasih saya kepada guru saya
Pn Noor Fadzlina Bt Nasiran kerana telah mengajar dan membimbing saya dalam
membuat projek Kajian Geografi Tempatan.

Saya juga ingin memberi penghargaan saya kepada ibubapa saya kerana telah
memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi
Tempatan.

Akhir sekali, saya ingin memberi penghargaan saya kepada rakan-rakan saya
kerana menolong saya dan memberi saya informasi tentang semua yang saya tidak
tahu.

3
PENDAHULUAN

Nama kawasan kajian saya ialah Taman Maluri dan perbandingannya ialah
Thailand.

Sebab-sebab saya memilih Taman Maluri ialah kerana saya tinggal di Taman
Maluri. Sebab yang lain ialah Taman Maluri mempunyai banyak aktiviti penempatan
juga.

Sebab saya memilih kawasan perbandingan saya iaitu Thailand ialah kerana
Thailand mempunyai banyak ciri-ciri yang serupa dan sama dengan Malaysia. Tempoh
masa kajian saya ialah 3 bulan.

4
OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian saya. Antaranya ialah :-

1. Mengenal pasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Taman Maluri serta negara
Thailand

2. Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Taman
Maluri serta negara Thailand

3. Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Taman
Maluri serta negara Thailand

4. Mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Maluri
serta negara Thailand

5. Mengenal pasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam


sekitar di Taman Maluri serta negara Thailand

6 Mengenal pasti penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian di
Taman Maluri serta negara Thailand – Saya bersyukur dan berbangga tinggal di
Taman Maluri kerana Taman Maluri ialah suatu tempat yang aman damai serta
tidak mempunyai apa-apa masalah

5
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Maluri. Latar belakang kawasan kajian ialah
seperti berikut. Taman Maluri ialah suatu penempatan yang dibangunkan lebih kurang
200 tahun dahulu. Taman Maluri dibangunkan oleh syarikat Taman Maluri Berhad.
Taman Maluri majoriti ada lebih rumah teres dan juga mempunyai rumah jenis
kondominium, banglo dan semi-d.

Pandangan darat fizikal ialah Taman Maluri mempunyai tanah pamah dan tidak
mempunyai tanah tinggi. Taman Maluri

Lokasi kawasan kajian iaitu Taman Maluri terletak di arah Tenggara dari pusat
bandar iaitu Kuala Lumpur. Jarak Taman Maluri daripada bandar atau pekan terdekat
ialah 4 kilometer.

6
PETA KAJIAN
PETA DAERAH CHERAS

7
PETA NEGARA THAILAND

8
PETA TAMAN MALURI

9
KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya akan lakukan ialah pemerhatian, soal selidik dan rujukan.
Ketiga-tiga ini akan dilampirkan di bahagian lampiran

10
DAPATAN KAJIAN
BENTUK MUKA BUMI DAN CIRINYA

Kawasan kajian saya iaitu Taman Maluri mempunyai bentuk muka bumi jenis
tanah pamah. Oleh sebab Taman Maluri mempunyai tanah pamah, banyak kemudahan
infrastruktur terdapat di sini. Antaranya ialah Balai Polis, Klinik, pusat membeli-belah
dan kawasan perumahan.

Ini amat berbeza dengan negara bandingan iaitu Thailand. Saliran di Thailand
lebih terkenal di Thailand walaupun tanah pamah lebih banyak meliputi Thailand
daripada saliran. Saliran yang paling terkenal di situ ialah Menam Chao Phraya. Ia
mengalir dari Menam Ping dan Menam Nan. Thailand juga terkenal dengan nama Venice
Timur kerana sungai utamanya Menam Chao Phraya.

Saya berasa bersyukur dan berbangga tinggal di Taman Maluri kerana terdapat
banyak kemudahan infrastruktur yang memudahkan kehidupan seharian saya dan Taman
Maluri dekat dengan bandar iaitu Kuala Lumpur lebih kurang 3 kilometer.

11
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA
DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya iaitu Taman Maluri mempunyai dua potensi bentuk muka
bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian ialah petempatan dan
perniagaan. Terdapat banyak petempatan di Taman Maluri. Antaranya ialah rumah teres,
banglo, kondominium, semi-d dan lain lain lagi. Perniagaan pula dapat dibuktikan apabila
terdapat pelbagai jenis kedai, restoran dan lain lain lagi.

Kawasan perbandingan iaitu Thailand pula mempunyai dua potensi bentuk muka
bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan kajian ialah eko-pelancongan
dan pengairaan. Menam Chao Phraya diklasifikasikan sebagai eko-pelancongan kerana
menarik minat para pelancong. Para pelancong tertarik kerana Menam Chao Phraya ialah
seperti Venice justeru dipanggil Venice Timur.

Saya bersyukur dan berbangga tinggal di Taman Maluri kerana Taman Maluri
mempunyai banyak jenis potensi untuk menggalakan para peniaga untuk berniaga di
Taman Maluri.

12
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Di Taman Maluri, halangan bentuk muka bumi yang utama sekali ialah kesesakan
lalu lintas. Sebab-sebab kesesakan lalu lintas di Taman Maluri ialah Lorong SMART,
MRR2, Bulatan Kampung Pandan dan lain lain lagi. Semua ini berdekatan dengan Taman
Maluri dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk.

Kawasan perbandingan iaitu Thailand juga mempunyai beberapa halangan


bentuk muka bumi. Antaranya ialah pencemaran air. Di Thailand pencemaran sering
berlaku di Menam Chao Phraya kerana pasar-pasar di air yang membuang bahan buangan
di air selepas mereka berniaga di situ.

Saya bersyukur dan berbangga tinggal di Taman Maluri kerana Taman Maluri
dekat dengan Lorong SMART, MRR2, Bulatan Kampung Pandan dan lain lain lagi

13
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Di kawasan kajian saya iaitu Taman Maluri terdapat beberapa kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar. Antaranya ialah pencemaran udara dan perubahan
landskap. Pencemaran udara berlaku kerana kebanyakkan restoran di Taman Maluri
mengeluarkan banyak asap semasa memasak makanan yang perlu dihidangkan kepada
para pelanggan. Perubahan landskap berlaku apabila kerja-kerja pembinaan dilakukan. Ia
menjejas landskap yang kita hidup dan secara tidak langsung menjejaskan kehidupan
flora dan fauna.

Di kawasan perbandingan pula iaitu Thailand juga terdapat beberapa kesan


kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Antaranya ialah pencemaran air dan banjir kilat.
Pencemaran air di Thailand berlaku kerana sikap para peniaga di Menam Chao Phraya
yang membuang bahan buangan di sungai itu. Banjir kilat berlaku kerana Menam Chao
Phraya yang dipenuhi dengan bahan buangan menjadi amat penuh dengan air yang
kemudiannya melimpah ke daratan dan akhirnya menjadi banjir kilat.

Saya bersyukur dan berbangga tinggal di Taman Maluri kerana Taman Maluri
tidak mempunyai banyak kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Antara kesan
kesannya juga tidaklah amat memudaratkan.

14
LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN
MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Di kawasan kajian saya iaitu Taman Maluri terdapat dua langkah untuk
mengurangkan pencemaran udara dan perubahan landskap. Untuk mengurangkan
pencemaran udara petrol tanpa plumbum patut digunakan dalam kenderaan berenjin.
Untuk mengurangkan perubahan landskap pula Syarikat Taman Maluri Berhad
sepatutnya membina tembok simen atau konkrit untuk menghalang terjadinya perubahan
landskap.

Di kawasan perbandingan pula iaitu Thailand juga terdapat dua langkah untuk
mengurangkan pencemaran air dan mengelakkan banjir kilat. Untuk mengurangkan
pencemaran air, sangkar berdawai patut dipasang di sungai untuk mengelakkan sampah
sarap dan bahan buangan mengalir di sungai tersebut. Untuk mengelakkan banjir kilat,
pihak Thailand sepatutnya membina kolam takungan banjir seperti Malaysia yang
membina Lorong SMART yang berfungsi sebagai laluan untuk kenderaan dan kolam
takungan banjir.

Saya amat berbangga dan bersyukur tinggal di Taman Maluri kerana Taman
Maluri kini bebas daripada apa-apa masalah yang serius.

15
BAHAN GRAFIK

16

Você também pode gostar