Você está na página 1de 5

Apa itu JMB

Apakah yang dimaksudkan dengan “JMB”

December 16th, 2008 by admin


http://badanpengurusan.com/blog/pengurusan/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-jmb

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu
ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah
badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan
adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa
untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan
Pengurusan.

Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada


pemilik berdaftar unit-unit di situ.

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663)
yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat
yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di
pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di
bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di
dalam property magazine.

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management
Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang
dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara
bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik
strata.

Kenapa JMB perlu ditubuhkan?


Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk
menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?


Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata,
pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari
tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?


Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama,
mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan,
menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar
Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain
perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.

Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?


Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri
daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak
lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari  Pengerusi, Setiausaha, Bendahari,
Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

Berapa lama tempoh jawatan tersebut?


Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

Bagaimana Ahli JMC dipilih?


Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan
mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis
14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

Siapakah yang layak mengundi?


Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?


Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak
boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun


layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang
Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh
mesyuarat diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?


Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan
undi tersebut.

Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?


Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak
mengundi.

Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?

Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir
berhak untuk membentuk suatu kuorum.
Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin
menganggotai JMC?

Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju
akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari
tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk
menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir
dan menyenggara bangunan tersebut.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?

JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu
jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus
dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang
tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?

JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan
Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan
Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?

JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum
menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan
dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?

JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara
harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan,
memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules),
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan,
menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan
penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?


JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama
(JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari
5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha,
Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?

JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga
pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?

JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian
tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan
memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak / Penduduk dari tarikh mesyuarat
yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?

JAWAPAN 8: Pemilik Petak / Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak
untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?

JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut


tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak / Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut
walaupun layak untuk mengundi?

JAWAPAN 10: Pemilik Petak / Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain
dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam
tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?

JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat
keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?

JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada
pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?


JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik
Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin
menganggotai JMC?

JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai
JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam
tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan
memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau
melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Newer Post Older Post Home


Find Location
All Business Type Company

Você também pode gostar