Você está na página 1de 10

PENGENALAN

Nota kuliah psikologi sosial iaitu ‘The self in a social world’ menerangkan tentang

pengalaman diri seseorang individu. Aspek ini juga mempunyai teori identiti sosial dimana kita

dapat menerapkan pengalaman-pengalaman hidup kita.

Teori Indentiti sosial dikemukakan oleh Sheldon Stryker (1980). Teori ini memusatkan

perhatiannya pada hubungan saling mempengaruhi di antara individu dengan struktur sosial yang

lebih besar lagi iaitu masyarakat. Individu dan masyarakat dipandang sebagai dua sisi dari satu

mata wang. Seseorang dibentuk oleh interaksi, namun struktur sosial membentuk interaksi.

Dalam hal ini Stryker tampaknya setuju dengan perspektif struktural, khususnya teori peran.

Namun dia juga memberi sedikit kritik terhadap teori peran yang menurutnya terlampau tidak

peka terhadap kreativiti individu.

Teori Stryker mengkombinasikan konsep peran (dari teori peran) dan konsep diri/self

(dari teori interaksi simbolis). Bagi setiap peran yang kita tampilkan dalam berinteraksi dengan

orang lain, kita mempunyai definisi tentang diri kita sendiri yang berlainan dengan diri orang

lain, dimana Stryker dinamakan “identiti”. Jika kita memiliki banyak peran, maka kita memiliki

banyak identiti. Perilaku kita dalam suatu bentuk interaksi, dipengaruhi oleh harapan peran dan

identiti diri kita, begitu juga perilaku pihak yang berinteraksi dengan kita.

1
Maksudnya, teori interaksi simbolis dan identiti mendudukan individu sebagai pihak

yang aktif dalam menetapkan perilakunya dan membangun harapan-harapan sosial. Perspektif

iteraksionis tidak menyangkal adanya pengaruh struktur sosial, namun jika hanya struktur sosial

saja yang dilihat untuk menjelaskan perilaku sosial, maka hal tersebut kurang memadai.

Identiti adalah suatu yang dipunyai oleh individu samada persamaan atau perbezaan. Ia

merupakan suatu pengenalan yang kukuh tentang susuatu individu berkait rapat dengan sifat

fizikal dan nilai sepertimana yang dinyatakan oleh Week dalam artikel bertajuk The Value of

Difference (Chris, 2004). Berdasarkan kepada rujukan itu, Chris Weedon menegaskan bahawa

identiti merupakan kunci utama dalam senario semasa hari ini. Persoalan identiti mula

berkembang sejak perang dunia kedua lagi. Ia merupakan hasil daripada kesan penjajahan,

migrasi, globalisasi, gerakan sosial yang menjadi perdebatan dalam kajian kemanusiaan dan

sains sosial. Keadaan ini menyebabkan isu-isu identiti menjadi penting dalam konflik dunia hari

ini yang melibatkan tentang individu, sosial, institusi, gender (jantina), kewarganegaraan, sivil,

budaya, negara dan pelbagai lagi.

KAJIAN-KAJIAN LEPAS
2
Week dalam tulisan beliau yang berjudul The Value of Difference (Chris, 2004), menjelaskan

kepada kita identiti adalah suatu yang dipunyai individu samada dalam bentuk persamaan atau

perbezaan dengan individu lain. Ia menjadi suatu pengenalan yang kukuh tentang suatu individu

berkait rapat dengan sifat fizikal dan nilai. Chris menjelaskan bahawa identiti merupakan kunci

utama dalam dunia kontemporari hari ini. Identiti berkembang sejak perang dunia kedua

sehingga ke perang dingin merupakan warisan penjajahan, migrasi, globalisasi, gerakan sosial

menjadi perdebatan dalam kajian-kajian kemanusiaan dan sains sosial. Persoalan tentang identiti

menjadi isu yang penting dan menyumbang kepada banyak konflik di dunia hari ini.

Identiti adalah suatu yang dipunyai oleh individu samada persamaan atau perbezaan. Ia

merupakan suatu pengenalan yang kukuh tentang susuatu individu berkait rapat dengan sifat

fizikal dan nilai sepertimana yang dinyatakan oleh Week dalam artikel bertajuk The Value of

Difference (Chris, 2004). Berdasarkan kepada rujukan itu, Chris Weedon menegaskan bahawa

identity merupakan kunci utama dalam senario semasa hari ini. Persoalan identiti mula

berkembang sejak perang dunia kedua lagi. Ia merupakan hasil daripada kesan penjajahan,

migrasi, globalisasi, gerakan sosial yang menjadi perdebatan dalam kajian kemanusiaan dan

sains sosial. Keadaan ini menyebabkan isu-isu identiti menjadi penting dalam konflik dunia hari

ini yang melibatkan tentang individu, sosial, institusi, gender (jantina), kewarganegaraan, sivil,

budaya, negara dan pelbagai lagi.

3
Merujuk kepada Athusser dalam buku sama (Criss, 2004), identiti adalah propeties yang

dipunyai oleh sesuatu dan dipunyai dan diketahui individu (atau suatu entiti) berdasarkan

sifatnya yang disedari olehnya. Berdasarkan kepada konsep tersebut proses mengenal pasti

identiti adalah melalui proses menjustifikasikan sesuatu dalam pelbagai aspek seperti bahasa,

ideologi sebagai asas. Proses penjustifikasian bermula dengan memasukkan elemen individual

kedalam ideologi dan ideologi praktikal bersama sifat individu dan hubungan perlakuannya.

Beberapa elemen terkandung dalam membentuk identiti adalah kepercayaan, ilmu pengetahuan,

keluarga, undang-undang, politik, budaya dan media dalam aspek ideologi dan menjadi subjek

kepada suatu identiti.

Gidden menghujahkan identiti sebagai suatu yang berpunca daripada maksud pelaku dan

perlakuan yang dibawa oleh individu sebagai usaha mewujudkan dirinya (Manuel.C, 1997).

Berdasarkan pendapat Gidden ini, identiti adalah suatu subjek dan aktiviti yang yang dilakukan

oleh subjek itu sendiri berdasarkan gerak kerja subjek itu untuk memperkenalkannya kepada

orang lain. Berdasarkan pendapat Gidden itu, Manuel mengembangkan identiti kepada suatu

institusi adalah juga boleh berpunca daripada pelaku sosial yang dominan membentuk maksud

atau ciri-ciri tertentu dalam institusi dan membentuk identiti bila maksud atau ciri-ciri yang ada

disatukan dalam kelompok itu. Menurut beliau identiti akan menjadi lebih berpengaruh

berbanding peranan suatu institusi.

PEMBENTUKAN IDENTITI SOSIAL


4
Identiti sosial ini bukanlah suatu benda yang kekal sifatnya jika difahami daripada bahan

rujukan yang digunakan untuk menulis perbincangan ini (Abd. Rahman, 1999). Beliau

menjelaskan identiti adalah sesuatu yang bersifat cair dan berubah-ubah berdasarkan parameter

identiti seperti budaya, agama. Ia sentiasa diberi takrifan baru akibat daripada pelbagai keadaan

yang sentiasa berubah seperti pemodenan dan pembangunan ekonomi.

Berdasarkan rujukan daripada para sarjana, didapati terdapat banyak faktor yang

membentuk dan mengubah identiti sosial dalam sesuatu wilayah. Antara yang dikenal pasti diri

individu, faktor migrasi,sifat fizikal, kesan daripada penjajahan,gander dan seksualiti,

kewarganegaraan,ideologi, kepercayaan dan agama, ilmu pengetahuan, undang-undang,

keluarga, kelas sosial, bangsa dan ciri-ciri visual seperti paras rupa dan warna kulit, asal usul

bangsa, sejarah, geografi, pengalaman, bahasa, budaya, media, wawasan, globalisasi dan gerakan

sosial. Ia boleh bertukar dan berubah keadaannya secara sengaja atau tidak. Sebab-sebab yang

dikenalpasti ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sebagai faktor tetap dan

faktor boleh ubah.

Jika diperhatikan kepada bilangan bilangan faktor yang menyumbang kepada

pembentukan suatu identiti sosial dalam sesebuah negara adalah sangat banyak. Justeru tidak

dapat dipastikan secara pasti faktor manakah yang membentuk identiti sosial dalam suatu negara

atau wilayah. Ini kerana manusia adalah makhluk sosial yang sentiasa terpengaruh dengan

persekitarannya. Disamping mempunyai kehendak dan persepsi yang berbeza berasaskan teori

pilihan rasional dalam pelbagai hal untuk berhadapan dengan persekitaran yang pelbagai (Abd.

Rahman, 1999).

5
Walaupun hakikat pembentukan identiti sosial bermula dari individu sebagai faktor sosial

yang berkembang kepada perlakuan identiti kolektif bagi seluruh ahli masyarakat/kelompok

(seperti yang didefinisikan oleh Abd. Rahman dan Gidden), namun peranan institusi memainkan

peranan yang cukup berkesan dalam membentuk identiti sosial dalam dalam masyarakat. Perkara

ini dibuktikan oleh Shamsul (1999) tentang pembentukan identiti orang melayu oleh penjajah

British yang bukan sahaja berjaya menguasai politik malah aspek pemikiran juga. Identiti

melayu yang dibentuk oleh berasaskan ilmu colonial telah diterima oleh orang melayu sebagai

identiti bangsa melayu. Walaupun hakikatnya ia terbina dari kaca mata penjajah..

Mengikut pandangan teori identiti sosial, saya pun mempunyai pengalaman pahit dan

manis dalam hidup saya. Saya tidak sentiasa berpesonaliti yang sama di semua situasi. Sebagai

contohnya, apabila saya berada dalam kalangan wanita, saya tidak begitu mesra dengan mereka.

Saya akan mendiamkan diri saya dan kurang bercakap dengan mereka. Jika saya berada dalam

kalangan keluarga saya , personalitinya lebih mesra dan kehendak untuk bercakap itu akan

tinggi. Seperti itulah, personaliti saya telah berubah mengikut situasi di sekolah menengah. Saya

telah melibatkan diri saya dalam gejala-gejala sosial seperti ponteng sekolah, tidak membuat

kerja rumah, vandalisme dan sebagainya.

Pada usia 15 tahun saya menduduki peperiksaan PMR. Setelah peperiksaan tamat sahaja

cuti selama satu setengah bulan bermula. Saya menggunakan masa tersebut untuk mencari kerja

untuk keperluan duit kocek saya. Keputusan PMR saya juga agak baik dan tidak begitu

menyerlah dengan mendapat keputusan A dalam Bahasa Inggeris . Tahun seterusnya saya telah

masuk ke tingkatan empat. Tingkatan empat adalah satu pembahagian aliran iaitu aliran sains

dan aliran sastera. Mengikut keputusan yang saya dapat, saya diberi aliran sastera.

6
Dengan ini saya membuat pilihan untuk masa depan saya, pemilihan ini dapat

menunjukan personaliti saya daripada insentif . Insentif biasanya dikaitkan dengan dorongan.

Sebagai contohnya, dorongan kehausan mendorong kita untuk minum, tetapi insentif

menentukan jenis air apa yang kita pilih untuk diminum. Jenis air, sama ada jus apel, air

bandung, air teh tarik dan seumpamanya insentif yang mendorong kita untuk memilih jenis air

berkenaan pilihan kita kepada jenis air tertentu yang menjadi kegemaran kita yang berperanan

sebagai insentif di pelajari melalui pengalaman.

Menurut contoh yang di berikan saya juga memilih aliran yang saya diminati. Seterusnya

saya telah meneruskan perjuangan saya sampai tingkatan lima, bagi mencapai cita-cita dan saya

belajar bersungguh-sungguh. Juga mengorbankan pelbagai perkara demi cita-cita saya. Akhirnya

mendapat faedah melalui keputusan peperiksaan SPM mendapat keputusan yang cemerlang.

Selain itu, saya mempunyai satu keinginan iaitu melanjutkan pelajaran di Universiti

awam. Oleh itu saya meneruskan tingkatan enam di sekolah lain. Hal ini kerana sekolah kami

tidak mempunyai pengajaran untuk tingkatan 6. Diperingkat tingkatan enam, saya berusia 19

tahun. Saya boleh faham tentang manusia dan perasaan orang lain. Setengah perkembangan

manusia telah capai pada tahap ini. Nampak matang dalam pertuturan , gaya seperti dewasa,

makanan yang diambil sentiasa seimbang, berbudi bahasa, hormat menghormati, maruah diri,

tidak membuli-buli. Menasihati orang yang berumur rendah daripada saya. Hal-hal seperti ini

sedang berlaku dalam diri saya. Saya boleh ramal bahawa diri saya menjadi lebih matang. Tahu

apa yang boleh melakukan dan apa yang tidak sepatutya buat. Dengan ini saya dapat mengambil

keputusan sendiri demi kehidupan saya.

7
Selepas dua tahun , saya menduduki untuk peperiksaan STPM. Menurut Teori Konsep

Kendiri Carl Rogers, konsep kendiri memainkan peranan penting dalam personaliti kerana ia

mempengarui tingkah laku, perasaan dan pemikiran kita. Sebagai contohnya, sekiranya kita

mampunyai konsep-kendiri yang positif, kita cenderung untuk bertindak,merasa, dan berfikir

secara positif,iaitu secara optimistik dan kontruktif; sebaliknya sekiranya kita mempunyai

konsep kendiri negatif maka kita akan berfikir secara negatif. Jadi selepas keputusan STPM saya

telah memohon untuk melanjutkan pelajaran saya ke Universiti Malaysia Sabah. Bagi pendapat

saya bersetuju bahawa pengaruh psikologi dalam perkembangan personaliti saya memang

memainkan peranan yang hebat. Penggunaan psikologi bukan sahaja digunakan untuk

perkembangan manusia malah ia membantu kita dengan pelbagai sudut contohnya di dalam

kalangan orang ramai bagaimana kita perlu bertinggkah laku, bagaimana emosi kita berfungsi

dan bagaimana kita boleh mengawalnya. Terdapat juga teori-teori psikologi yang menerangkan

pemikiran manusia , perasaan manusia serta tingkahlaku manusia dan kita juga dapat cara-cara

ataupun kaedah-kaedah yang berkesan untuk melakukan sesuatu perkara. Selain daripada itu,

teori-teori psikologi ini digunakan untuk mengubahkan tingkah laku ataupun personaliti yang

tidak baik kepada yang baik. Ini adalah salah serba tentang pengalaman diri saya yang saya dapat

menerangkan melalui teori identiti sosial melalui topik ‘The self in a social world’.

KESIMPULAN

8
Identiti sosial dan pembentukannya sangat penting dalam sesebuah Negara yang

berbilang kaum seperti Malaysia bagi menjamin kestabilan sosial dan politik. Sumber-sumber

pembetukan identiti tidak terhad kepada ras, kelas, jantina (gender) dan nationaliti sahaja tetapi

meliputi semua hal-hal yang berkaitan dengan sejarah, pengharapan (wawasan), pengalaman dan

juga falsafah.

Secara ringkasnya identiti sosial adalah suatu yang terhasil dalam bentuk perilaku, nilai

dan wawasan suatu kelompok sosial yang difahami oleh entiti lain dan kelompok itu sendiri

samaada suatu yang terbit itu (bentuk perilaku, nilai dan wawasan) disedari atau tidak dan secara

sengaja atau tidak disengajakan. Oleh yang demikian pembentukan teori identiti sosial yang

positif haruslah dibina oleh seseorang individu supaya dapat membina modal insan yang baik

untul diri sendiri yang boleh terima oleh seluruh rakyat yang berbilang bangsa, agama dan

budaya.

RUJUKAN

 Abd. Rahman. 1999. Identiti dan Pembentukan Identiti. Jurnal Sains

9
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Keluaran Khas.

 Abd. Rahman. 2006. Negara-Bangsa.Edisi kedua. Bangi : Penebit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Chris. 2004. Identity and Culture. England : Open University Press.

Manuel Castells. 1997. The Power of Identity. Massachusetts : Blackwell

Publishers.

 Shamsul. 1999. Identity Contestation in Malaysia : A Comparative

Commentary on ‘Malayness’ and ‘Chineseness’. Jurnal Sains Kemasyarakatan

dan Kemanusiaan. Keluaran Khas.

 Linda Martin Alcoff and Eduardo Mendieta (pnyt.) Identities-Race, Class,

Gender and Nationality. Melbourne : Blackwell Publishing.

10

Você também pode gostar