Você está na página 1de 15

TEORI PEMBELAJARAN DALAM

PELAKSANAAN PENGAJARAN
Posted on February 20, 2011 by admin

PENGENALAN

Teori pembelajaran merujuk kepada penjelasan tentang proses, prinsip dan hukum
pembelajaran yang dihasilkan melalui kajian saintifik.

Kepentingan teori pembelajaran:

&          Menjelaskan bagaimana pembelajaran berlaku.

&          Asas pembentukan strategi pengajaran.

MAZHAB TEORI PEMBELAJARAN

 BEHAVIORIS
 KONGITIVIS
 KONSTRUKTIVIS
 SOSIAL
 HUMANIS

TEORI BEHAVIORIS

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan sebagai hasil
daripada pengalaman manusia.

Tumpuan teori ini ialah kepada bagaimana perlakuan baru diperolehi, bukannya kepada
bagaimana pengetahuan baru dipelajari.

PELOPOR TEORI

 Pavlov, Ivan (1849-1936)


 Thorndike, E. L. (1874-1949)
 Watson, J. B. (1878-1958)
 Guthrie, E. R.(1886-1959)
 Skinner, B.F. (1904-1990
 John B. Watson

Ivan Pavlov

Ahli psikologi berbangsa Russia ini telah


menemui salah satu jenis pembelajaran major,
iaitu perlaziman klasik secara tidak sengaja
semasa menjalani eksperimen terhadap
penghadaman pada awal tahun 90-an.  Sejak itu,
  beliau terus berusaha untuk menemui prinsip-
prinsip teras perlaziman klasik sepanjang hayat
beliau.
John B. Watson

Ahli psikologi bangsa Amerika John B. Watson


percaya bahawa ahli-ahli psikologi perlu
mengkaji tingkahlaku overt daripada membuat
spekulasi tentang pemikiran dan perasaan
seseorang.  Pendekatan Watson, yang digelarnya
  behavorisme pada tahun 1910-an, mendominasi
bidang psikologi separuh pertama abad ke-20.
 B. F. SkinnerAhli psikologi berbangsa Amerika
ini menjadi terkenal kerana kajian rintis beliau
terhadap pembelajaran dan tingkah laku.  Dalam
60 tahun kerjayanya, Skinner telah menemui
prinsip-prinsip penting pelaziman operan, sejenis
pembelajaran yang melibatkan peneguhan dan
hukuman.  Sebagai behavioris tulen, Skinner
  percaya bahaawa pelaziman operan boleh
menjelaskan tingkah laku manusia yang lebih
kompleks.
 Edward L. ThorndikePada akhir abad ke-19,
ahli psikologi berbangsa Amerika, Edward L.
Thorndike melakukan beberapa eksperimen
terhadap pembelajaran haiwan. Thorndike
membentuk Hukum Kesan, yang menyatakan
bahawa tingkahlaku yang diikuti dengan akibat
yang menyenangkan lebih berkemungkinan
  diulangi pada masa depan.

 JENIS PEMBELAJARAN  MENGIKUT MAZHAB BEHAVIORIS


 CONTIGUITY
 PELAZIMAN KLASIK
 PELAZIMAN OPERAN

CONTIGUITY:

&          Perubahan tingkah laku yang terhasil  melalui hubungan rangsangan – gerak
balas yang mudah. Pembelajaran ini berlaku apabila pasangan dan gerak        balas itu
diulang-ulang melalui aktiviti latihtubi.

PELAZIMAN KLASIK:

&          Pembelajaran merupakan tindak balas manusia secara psikologi dan emosi 
tehadap persekitarannya.

&          Tindak balas dibentuk melalui proses      pelaziman suatu rangsangan tidak
terlazim dengan tindak balas tak terlazim menjadi rangsangan dan tindak balas    
terlazim.

&          Teori ini juga digunakan untuk menjelaskan  pembelajaran emosi (Watson).

PELAZIMAN OPERAN:

&          Mengikut Thorndike pembelajaran  berlaku melalui proses cuba jaya dalam
membuat perkaitan antara rangsangan dan tindak balas

&          Menjelaskan pembelajaran sebagai  perubahan tingkah laku yang terhasil 


daripada kesan tingkah laku.

Memperkenalkan tiga hukum pembelajaran:

&          Hukum kesediaan: Pelajar perlu  mempunyai persiapan dalam dirinya untuk
membolehkan pembelajaran                 berlaku dengan berkesan.

& Hukum latihan: Ikatan rangsangan – gerak    balas menjadi kukuh melalui latihan yang
berulang-ulang.

& Hukum kesan: Kesan yang memuaskan menjadi motivasi untuk pelajar meneruskan
tingkah laku yang dikehendaki dan mengukuhkannya.

PELAZIMAN OPERAN:

& Mengikut Skinner, pembelajaran berlaku secara pelaziman operan melalui penggunaan
peneguhan.
& Sesuatu perlakuan/ kemahiran yang                hendak dipelajari perlu dibentuk secara
berperingkat-peringkat menggunakan unsur peneguhan.

IMPLIKASI TEORI KE ATAS AMALAN PEDAGOGI

 Pedagogi yang biasa diamalkan ialah kaedah pemusatan guru dan pelajar
menerima maklumat secara pasif.
 Hasil pembelajaran yang dikehendaki mesti dinyatakan secara eksplisit.
 Pelajar perlu mempunyai kesediaan pembelajaran.
 Bagi memantapkan maklumat yang diterima pelajar perlu diberi latihan yang
berulang dan menyediakan kesan pengalaman pembelajaran yang menyenangkan.
 Peneguhan (reinforcemen) sama ada bersifat positif atau negatif digunakan bagi
mengekalkan tingkah laku yang diingini atau menghapuskan tingkah laku yang
tidak diperlukan.
 Pilih penggunaan peneguhan yang sesuai untuk mencapai hasrat yang
dijangkakan.
 Pelajar perlu digalakkan membuat perbandingan bagi membolehkan pelajar
membuat generalisasi dan diskriminasi.
 Perlunya guru memberikan maklum balas yang jelas dan informatif mengenai
hasil kerja pelajar.
 Guru perlu membentuk tingkah laku pelajar yang dikehendaki.
 Guru perlu memberi “cues” kepada tingkah laku yang dikehendaki.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Setiap manusia mempunyai kebolehan kognitif – mengelola, menyimpan dan


mengeluarkan semula segala pengalamannya.

Aktiviti pembelajaran mestilah melibatkan aktiviti pemerolehan dan pengelolaan


pengetahuan/pengalaman yang diperolehi.

Pembelajaran adalah perubahan struktur mental seseorang yang membolehkannya


menunjukkan perubahan dalam tingkah lakunya.

Fokus teori ini mengenai pembelajaran adalah kepada perubahan dalaman proses mental
yang digunakan oleh individu untuk memaknakan dunianya.

Penjelasan tentang peranan mental dalam proses pembelajaran dibuat secara inferen.

PELOPOR TEORI

 Gestalt Psychology
 Piaget, J.
 Cognitive Development Stages
 Bruner, Jerome
 Discovery Learning
 Suchman, Richard
 Inquiry Method
 Ausubel, David
 Expository Teaching

TEORI GESTALT
(Koffka & Kohler)

Gestalt bererti bentuk atau konfigurasi.

Terdapat dua prinsip asas teori ini dalam menjelaskan mengenai pembelajaran:

&   Melihat sesuatu secara  keseluruhan lebih daripada melihat  bahagian-bahagiannya.

&  Dalam persepsinya manusia akan  mengasingkan figure – apa yang kita fokus-
daripada latarnya.

Mengikut teori Gestalt pembelajaran berlaku secara celik akal (insights).

Insights : The sudden perception of the relationships among elements in a problem


situation.

Teori ini menjelaskan kebolehan seseorang mengamati / memahami sesuatu masalah


secara spontan setelah dapat membuat perkaitan unsur-unsur dalam struktur persepsinya.

Implikasi Terhadap Pengajaran

 Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts).


 Berikan satu overview   kursus dan hubungan antara tajuk-tajuk berkenaan.
 Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama diselesaikan dengan
kaedah yang sama.
 Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau
penerangan arbitrari oleh guru.

Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal.

   Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara


terperinci.
   Menegaskan pembelajaran integratif.
   Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif.
   Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran.
 Menekankan hipotesis dalam pembelajaran – membantu pelajar menyelesaikan
masalah mengikut           tatacara yang betul.
 Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai.
 

TEORI SKEMATA
( John Piaget)

Mengikut Piaget, pembelajaran adalah pembinaan skema (struktur kognitif) dalam  usaha
individu memahami persekitarannya.

Skema ditakrifkan sebagai satu struktur komplek pengetahuan yang menjelaskan


kefahaman seseorang terhadap sesuatu peristiwa / perkara.

Skema adalah gabungan proposisi, imej dan susunan linear – cara berkesan menyusun
maklumat untuk membina kefahaman.

PENJELASAN “DECLARATIVE KNOWLEDGE” DALAM INGATAN

Propositional networks: Satu set item declarative knowledge yang saling berkaitan.

Linear ordering: Susunan item-item declarative knowledge kepada suatu dimensi.

Image: Gambaran mental

Schemas: Gabungan antara hubungan proposisi, susunan linear dan imej.

Piaget menggunakan konsep asimilasi, akomodasi dan keseimbangan dalam menjelaskan


perkembangan skema.

  Asimilasi: Proses menggunakan  struktur yang sedia ada untuk menyerapkan


pengalaman/ pembelajaran baru.
  Adaptasi dan keseimbangan: Mengubahsuai skema selaras dengan pengalaman /
pembelajaran baru. 
 Akomodasi: Mengubah skema untuk memenuhi keperluan pembelajaran
baru.              

               

Implikasi Ke atas Pengajaran Pembelajaran.

  Perlunya mengaitkan pengetahuan  sedia pelajar dalam pembelajaran                


baru.
 Menggunakan pengetahuan sedia  pelajar untuk menghasilkan                
“generative knowledge” – pengetahuan yang digunakan secara aktif untuk 
menginterpretasi situasi baru.
 Menggunakan skemata untuk   mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.
                – Membina ciri-ciri objek  menguasai pemikiran logik,dan memahami konstruk
global.

TEORI  PEMEROSESAN MAKLUMAT

Model ini mengandungi tiga komponen utama:

 Stor maklumat (Information store)


 Proses Kognitif (Cognitive processes)
 Metakognisi (Metacognition)

Tumpuan model ini adalah untuk menjelaskan bagaimana maklumat yang diterima
daripada persekitaran diproses menghasilkan pembelajaran.

STOR MAKLUMAT: Tempat menyimpan maklumat – sensory memory, working


memory, and long-term memory.

PROSES KOGNITIF: Proses dalaman yang melibatkan tindakan intelektual


memindahkan maklumat dari satu  stor kepada stor yang lain – Attention, perception,
rehearsal, encoding, and retrieval.

METAKOGNISI: Kesedaran mengenai proses kognitif dan tindakan mengawal proses


kogntif.

SENSORY MEMORY

 Stor yang menyimpan maklumat yang diterima daripada persekitaran sebelum


ianya diberi perhatian dan dihantar                 untuk proses kognitif seterusnya.
 Keupayaannya menerima rangsangan tidak terbatas tetapi sekiranya maklumat itu
tidak diproses ia akan segera hilang daripada stor ini ( satu saat untuk yang
dilihat, dua saat untuk yang didengar).

               

WORKING MEMORY

 Stor maklumat yang menyimpan maklumat yang sedang  digunakan.


 Stor ini mempunyai dua ciri utama;

                 Menyaring maklumat yang diterima.

                Terbatas dari segi keupayaan dan jangka masa.

LONG-TERM MEMORY
 Penyimpanan maklumat yang kekal.
 Keupayaan menyimpan maklumat tidak                terbatas dari segi banyak dan
tempoh    masa.
 Maklumat disimpan dalam bentuk:

                – Declarative knowledge

                – Procedural knowledge

ATTENTION:

MEMPROSES MAKLUMAT  DARI PERSPEKTIF  PELAJAR.

 Proses secara sedar memberi fokus kepada sesuatu rangsangan.


 Proses seterusnya ke atas maklumat bergantung kepada sejauh mana pelajar
memberi perhatian kepada rangsangan yang dikehendaki.

PERCEPTION:

MENCARI MAKNA DALAM RANGSANGAN.

 Persepsi ialah proses individu memberi                 makna kepada apa yang
dialaminya.
 Persepsi penting kerana maklumat yang dihantar ke “working memory”
bergantung kepada persepsi pelajar terhadap rangsangan itu.
 Maklumat dalam “working memory” adalah bersifat “perceived reality” bukannya
“true reality”.
 Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar:

                – Pengetahuan latar (schemas).

                – Ekspektasi

REHEARSAL:

MENGEKALKAN MAKLUMAT MELALUI LATIHAMAL.

 Maintenance Rehearsal: Proses                mengulang maklumat sama ada secara


lisan atau mental.
 Elaborative Rehearsal:  Proses mengasosiasi maklumat yang hendak diingati
dengan maklumat yang telah sedia ada dalam stor ingatan jangkapanjang.

ENCODING:

MEMBUAT KAITAN DALAM INGATAN J/PANJANG.


Berlaku bila seseorang individu membina gambaran mental mengenai   maklumat dan
menyimpannya dalam     ingatan.

- mengorganisasi dan mengaitkan  sesuatu maklumat yang dipelajari dengan apa yang
telah  dipelajari.

METACOGNITION:

MAKLUMAT DAN KAWALAN KE ATAS PROSES KOGNITIF.

Metakognisi melibatkan

(i)                  pengetahuan atau kesedaran individu terhadapproses kognitifnya

(ii)                kebolehan menggunakan mekanisme “self-regulatory” untuk mengawal


proses              kognitif.

 MODEL MEANINGFUL  VERBAL  LEARNING

Dikemukakan oleh David Ausubel.

Mengikut  model ini setiap disiplin akademik mempunyai struktur tubuh    ilmu yang
tersendiri.

 Membentuk sistem pemerosesan maklumat untuk mata pelajaran berkenaan.


 Menjadi “intellectual map” untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam
bidang berkenaan.

Setiap disiplin ilmu mempunyai set-set konsep yang tersusun secara hieraki.

Untuk membantu pelajar menguasai sesuatu disiplin ilmu guru perlu mempastikan:

 Konsep yang disampaikan adalah stabil dengan apa yang telah ada dalam struktur
kognitif.
 Bahan itu mestilah bermakna kepada pelajar.
 Ausubel mencadang dua prinsip dalam pengajaran:
 Untuk membantu pelajar menguasai sesuatu disiplin ilmu guru perlu
mempastikan:
o Konsep yang disampaikan adalah stabil dengan apa yang telah ada dalam
struktur kognitif.
o Bahan itu mestilah bermakna kepada pelajar.
 Progressive differentiation –memperkenalkan yang umum dahulu
kemudian diikuti dengan perincian dan spesifik.
 Integrative reconciliation –maklumat baru mestilah berkaitan
dengan pembelajaran sebelumnya.
 Strategi yang dikemukakan oleh Ausubel ialah “Advance
Organizer”
 Memperkenalkan idea yang umum, abstrak dan inklusif
berkaitan task pebelajaran dan kemudian baru diikuti
dengan maklumat yang lebih terperinci dan spesifik.

BENGKEL

Implikasi teori kognitif ke atas amalan pengajaran pembelajaran.

Cara meningkatkan ingatan pembelajaran pelajar.

Strategi kuliah yang berkesan.

TEORI KONSTRUKTIVISME

Tujuan utama pembelajaran pelajar adalah untuk menguasai tubuh ilmu bagi sesuatu
mata pelajaran.

Sistem pemerosesan maklumat manusia adalah satu set idea (struktur kognitif) yang
menjadi tunjang kepada pembelajaran maklumat baru.

 Pembelajaran maklumat baru bergantung kepada sejauh mana ianya berkaitan


dengan struktur kognitif ini.

TEORI KONSTRUKTIVISME

Vygotsky: Social Constructivism

Teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar
memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea    orang lain.

Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism;

“.. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on our


experiences, we construct our own understanding of the world we live in.”

Ciri “constructivist learning environment”.

  Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan  kerencaman dunia               


sebenar.
  Menekankan pembinaan pengetahuan.
  Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna.
  Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk
pengajaran yang telah ditetapkan.
  Menyediakan pelbagai bentuk realiti.
  Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman.
  Menyediakan peluang pembinaan  pengetahuan baru berdasarkan konteks dan 
kandungan pelajaran.
  Menyokong pembinaan pengetahuan secara    kolabotarif.

CIRI TEORI KONSTRUKTIVISME

Pelajar membina ilmu pengetahuan melalui tindakan aktif dan pemikirannya untuk
memberi makna terhadap pengalamannya.

Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa.

Pembelajaran pelajar terbimbing melalui interaksi sosial.

Pembelajaran bermakna terbina melalui task pembelajaran yang autentik.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS

Konstruktivis mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang


menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/
membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan
perasaannya.

Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah
tidak sama.

CIRI 1:   Pelajar membina kefahaman/ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya.

IMPLIKASINYA:

      Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajar     secara
aktif dalam membina kefahaman.

        Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian  dan eksperimen.

        Penggunaan pedagogi yang berpusatkan  pelajar.


        Mengutamakan pembelajaran berfikrah.

        Peranan guru adalah sebagai penggerak dan pembimbing.        

CIRI 2:   Pembelajaran baru bergantung                 kepada kefahaman semasa.

IMPLIKASI

       Guru perlu mencungkil kefahaman semasa pelajar dan merancang pengalaman
pembelajaran berdasarkan kefahaman semasa pelajar ini.

      Pelajar perlu disediakan dengan pengalaman yang membolehkan mereka membina
makna kendiri atau mengubah                 kefahaman semasa mereka.      

CIRI 3:   Interaksi sosial merangsang pembelajaran.

IMPLIKASI:

       Perlunya diwujudkan “communities of learners” yang menggalakkan  tanggungjawab


pembelajaran di kalangan pelajar.

        Peranan guru adalah sebagai pembimbing.

        Galakkan dialog dalam proses P&P.

        Bentuk kumpulan heterogenous untuk               menggalakkan perubahan


konseptual.

      Pembelajaran Sosial (Vygotsky)

Penekanan pada sifat sosial pembelajaran (rujuk cooperative learning)

Pelajar senang menguasai konsep-konsep yang berada di dalam “Zone of Proximal


Development” mereka (apabila mereka tidak dapat menyempurnakan sesuatu secara
persendirian tetapi memerlukan bantuan rakan sebaya atau orang dewasa)

Cognitive Apprenticeship: Proses di mana seorang pelajar secara beransur-ansur


memperoleh kepakaran kerana berinteraksi dengan seorang pakar.

Mediated Learning/Scaffolding:  Pelajar diberi tugasan yang kompleks, sukar, tetapi


realistik kemudian bantuan yang secukupnya diberikan untuk menyelesaikan tugasan
tersebut.  Menyokong kaedah projek, simulasi.

CIRI 4:   Task pembelajaran autentik menghasilkan pembelajaran bermakna.

IMPLIKASI:
      Pembelajaran secara kontekstual.

      Pembelajaran berasaskan penyelesaian                masalah sebenar.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI

Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan peluang-
peluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang
mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka
dengan kegunaan masa depan. 

      Learners must actively and individually discover and transform complex information
if they are to make it their own.

      Learners must individually discover and transform complex information, checking
new information against old rules and revising rules when they no longer work.

      Menggunakan pemprosesan atas-bawah, iaitu pelajar bermula dengan masalah atau
tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan
berkenaan.

      Pemprosesan Atas-Bawah

mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan
untuk menyelesaikannya

Contoh:  Tulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca

Tradisional (bawah-atas) – kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi


kemahiran kompleks

      Pembelajaran Koperatif:

Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep
yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang
lain.

      Generative Learning

Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental


maklumat-maklumat baru. 

      Pembelajaran Discovery:


Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif
dengan prinsip dan konsep

Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen
yang akan membolehkan mereka menemui prinsip

Bruner, “We teach a subject not to produce little living libraries on that subject, but
rather to get a student to think…for himself, to consider matters as an historian does, to
take part in the process of knowledge-getting.  Knowing is a process, not a product”

      Pembelajaran Discovery

Pembelajaran perlu bersifat fleksible dan eksploratori

Ambil kira faktor sikap pelajar terhadap pembelajaran

Bruner: tingkatkan rasa ingin tahu pelajar, kurangkan kadar kegagalan, kerelevanan
dengan diri pelajar

Galakkan informed guessing melalui jenis soalan bimbingan

Gunakan pelbagai bahan dan permainan

Beri kelonggaran kepada pelajar untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka walaupun idea
yang dicari itu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari

Gunakan contoh-contoh yang bertentangan dengan isi kandungan untuk


menghubungkaitkan tajuk

IMPLIKASI LAIN

Guru sebagai fasalitator dan haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan


‘hands-on’ dan ‘minds-on’ (mengwujudkan pengalaman aktif);

Berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses


‘negotiation’ (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep
(abstraksi);

Sediakan aktiviti-aktiviti yang meransangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam
proses penyelesaian masalah.

Guru juga sesuai berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, supaya guru lebih
memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.

Penilaian dalam proses P&P pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pegetahuan.
      Pendekatan konstruktivis juga menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau
strategi-strategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain.

      Kaedah Pembelajaran Discovery dan Scaffolding merupakan kaedah pengajaran


konstruktivis yang berasaskan teori pembelajaran kognitif

      Teori PD Bruner menekankan aspek pembelajaran kendiri secara aktif, perasaan ingin
tahu, dan penyelesaian masalah secara kreatif pelajar.

      Scaffolding yang berasaskan pandangan Vygotsky, menyeru guru membantu pelajar
pada saat-saat kritikal dalam proses pembelajaran mereka.

PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN BERKONSEPKAN BESTARI

 Menggunakan Pelbagai Strategi Pembelajaran.


 Pedagogi Berpusatkan Pelajar.
 Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif.
 Pembelajaran Kontekstual, Realistik dan Autentik.
 Pedagogi yang Mengambil Kira Kepelbagaian Pelajar.
 Pengintegrasian Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran.
 Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran Pembelajaran.

Você também pode gostar