Você está na página 1de 3

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu


tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia
tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula
banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak
pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda
berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi
untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan
anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan
anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan
sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya
sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau
hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat
perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu
tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan
sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang
terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang
terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan
bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana
lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya
mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali
tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya
mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di
sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana
dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada
kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang
terbaik untuk anak2 anda.

Você também pode gostar