Você está na página 1de 10

Monday, December 21, 2009Malaysia ialah Zimbabwe dengan nama lain - Aziz Bari

Penganalisa politik terkenal tanah air Professor Abdul Aziz Bari telah mengaitkan pihak yang berkuasa di
Malaysia dengan sekumpulan penjenayah.

Menurut beliau , mereka-mereka ini melakukan apa saja yang dirasakan patut tanpa merujuk kepada
undang-undang negara dan apa yang telah ditetapkan didalam perlembagaan persekutuan.

"Kita seperti Zimbabwe, hanya dengan nama lain!" tekan beliau.

Zimbabwe di bawah Presiden Robert Mugabe telah menerima kritikan antarabangsa kerana telah
dipersoalkan polisinya dan penggunaan sistem dan undang-undang untuk menyokong tindakan
kerajaan.

Here are the story..

Without mincing his words, political analyst Abdul Aziz Bari likened those who hold the reins of power in
Malaysia to a bunch of 'thugs'.

According to him, these individuals do as they please without proper regard for the law of the land and
the percepts laid down in the federal constitution.

NONE"We are like Zimbabwe, just with another name!" stressed the law expert.

Zimbabwe under President Robert Mugabe has earned international infamy over it's questionable
policies and use of the legal system and laws to prop up the government.

Elaborating, Abdul Aziz said: "I don't know how else to call them, sometimes we need to call a spade, a
spade. What we have is a state of lawlessness, it's like the law of the jungle."

He pointed to the recent overturning of the high court decision regarding the Malaysian Anti Corruption
Agency's (MACC) right to interrogate beyond office hours as a glaring example.

"It is painful to hear the court of appeal decision. They are using the provision to overrule the high court,
saying it is silent on the matter," he told .

'Judiciary takes its cue from government'

According to the UIA law professor, the court of appeal's recent decision "is a lame decision and in itself
a failure to carry out the court's role, namely to fill the gap left by parliament in the statute."

Abdul Aziz is adamant that "the high court decision is to be preferred as it is closer to justice and the
spirit of the constitution."

"It is for the court to fill the gap by making a decision that is closer to fairness and justice," he added,
though he bemoaned that in Malaysia, "the judiciary takes its cue from the government."

"When you have a judiciary like what we have, what can we do? In normal circumstances you go to
court to compel the parties who refuse to do its legal duty to do it. But not in our case," he said.
What is worse, according to Abdul Aziz, Barisan Nasional is "undermining or simply could not care less
about the constitution."

"BN has demonstrated complete disregard for the rule of law and supremacy of the constitution, either
the letter or the spirit of it," he said.

Abdul Aziz contends that the Reid Commission's original intent was to propagate federalism, this he said
permeates through the entirety of the constitution with the express delineation of powers to the state
and the federal government.

On a micro scale, he added, this framework of federalism included the issue of the petroleum royalties
and funding for states.

Umno warlords stumbling block to change

Abdul Aziz believes that the BN government is clearly going against the constitution when it set up the
JPP (Federal Development Department) which is ultra vires of the defined rights of the states.

He explained that the state has rights to certain grants and funding the federal government sans such
'intermediaries'.

The use of the Emergency Ordinance to define territorial waters in the Kelantan oil royalty issue, he said,
is another example of the BN government's disregard for the law.

"Why not refer to the Petroleum Act or the Law of The Sea?" he asked.

In a similar vein, he also criticised the federal government's 'play acting' in making much ado when
giving assistance and aid during natural disasters to opposition held states,

"Why the furore, it is their duty anyway, as described in the constitution," he said.

According to Abdul Aziz, this rot of lawlessness goes right down to BN's core which is Umno.

He is of the opinion that the Umno warlords cannot be reformed and as long as they exists, Umno
cannot be reformed.

"They simply don't want to do it," he said.

Malaysiakini
Thursday, April 10, 2008

Oleh: PROF. MADYA DR. AZIZ BARI

AGENDA MELAYU DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANGNYA

Kertas ini cuba menghuraikan apa yang dikatakan agenda Melayu, yang mungkin sinonim dengan apa
yang kadangkala dipanggil ketuanan Melayu itu, dalam konteks kerangka perlembagaan dan
perundangannya. Walau pun belum ada definisi konkrit tentang apa yang dikatakan sebagai agenda
Melayu itu, mungkin bolehlah dianggap bahawa agenda Melayu, sekurang-kurangnya dalama konteks
perlembagaan dan undang-undang, merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang melindungi dan
melambangkan kedudukan dan kepentingan orang-orang Melayu. Sekaligus ini semua merangkumi
aspek-aspek agama, budaya dan kepentingan mereka.Ungkapan Melayu dalam perlembagaan
mempunyai perbagai elemem dan ciri yang bertunjangkan Islam, bahasa, adat istiadat serta hubungan
dengan tanahair ini<!--[if !supportFootnotes]-->[1]<!--[endif]-->. Bagaimanapun ini tidak harus menjadi
pertikaian yang besar kerana definisi itu nampaknya dirangka untuk tujuan-tujuan tertentu seperti hak
terhadap kedudukan istimewa dalam perlembagaan, pemilikan tanah<!--[if !supportFootnotes]-->[2]<!--
[endif]--> dan seumpamanya. Di dalam kerangka perlembagaan dan perundangan yang ada sekarang ini,
semua harus dilihat dari perspektif demokrasi. Ini kerana mereka dikandung oleh sebuah persekitaran
yang peraturannya ditentukan dan dipengaruhi oleh nilai yang bertunjangkan demokrasi. Meskipun
kerangka agenda Melayu itu mungkin agak janggal di sisi demokrasi, ia dikekalkan kerana ia adalah
formula tolak ansur antara kaum, sesuatu yang amat penting sekiranya sistem demokrasi hendak berdiri
dan kekal. Demokrasi tidak mungkin bangun dan subur di dalam sebuah utopia, demokrasi memerlukan
sokongan dan dokongan. Keamanan dan kestabilan perlu untuk mewujudkan sebuak demokrasi yang
subur dan mampu berfungsi.

AGENDA MELAYU DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN

Peruntukan-peruntukan yang dianggap memanifestasikan apa yang dikatakan agenda Melayu seperti
yang disebut di atas sebenarnya tidak mudah untuk dikenalpasti. Ini kerana ada peruntukan-peruntukan,
yang meski pun tidak begitu jelas keMelayuannya, tetapi mempunyai falsafah dan implikasi yang
menguntungkan orang-orang Melayu. Peruntukan-peruntukan yang diperkatakan di sini hanyalah
sebahagian daripada peruntukan-peruntukan yang dianggap menyerlahkan kedudukan tadi. Walau apa
pun kertas ini hanya cuba menyediakan sebuah permulaan untuk usaha yang lebih serius dalam bidang
ini. Peruntukan-peruntukan yang dikira cukup jelas mempamerkan agenda Melayu ialah peruntukan-
peruntukan mengenai kedudukan dan peranan sistem beraja<!--[if !supportFootnotes]-->[3]<!--[endif]--
>. Dibawah kategori ini terdapat pelbagai peruntukan mengenai kedudukan dan kuasa Yang di Pertuan
Agung<!--[if !supportFootnotes]-->[4]<!--[endif]-->, Raja-Raja<!--[if !supportFootnotes]-->[5]<!--[endif]--
> dan Majlis Raja-Raja<!--[if !supportFootnotes]-->[6]<!--[endif]-->. Ini diikuti oleh peruntukan -
peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang-orang Melayu<!--[if !supportFootnotes]-->[7]<!--
[endif]-->. Perlembagaan juga menetapkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan<!--
[if !supportFootnotes]-->[8]<!--[endif]-->. Kedudukan Islam, yang sukar dipisahkan daripada orang-orang
Melayu dan keMelayuan, turut terpahat di dalam perlembagaan<!--[if !supportFootnotes]-->[9]<!--
[endif]-->. Selain empat unsur<!--[if !supportFootnotes]-->[10]<!--[endif]--> yang agak jelas
hubungannya dengan orang-orang Melayu dan keMelayuan itu, ada lagi peruntukan-peruntukan yang
implikasinya tidak banyak berbeza dengan kempat-empat unsur diatas tadi. Ini termasuklah penetapan
bahawa hanya orang-orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh dilantik menjadi ketua kerajaan<!--[if !
supportFootnotes]-->[11]<!--[endif]--> dan ketua pentadbiran<!--[if !supportFootnotes]-->[12]<!--
[endif]--> di sembilan negeri-negeri Melayu<!--[if !supportFootnotes]-->[13]<!--[endif]-->. Selain itu ada
peruntukan yang meskipun tidak terang-terangan menyatakan kedudukan dan kepentingan orang-orang
Malayu perlu dipelihara tetapi mempunyai kesan yang menguntungkan mereka. Ini termasuklah
perlunya kawasan luar bandar diberikan pertimbangan dalam persempadanan kawasan-kawasan pilihan
raya<!--[if !supportFootnotes]-->[14]<!--[endif]-->. Begitu juga dengan syarat penguasaan bahasa
Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan status warganegara<!--[if !supportFootnotes]-->[15]<!--
[endif]-->.Jika unsur-unsur Melayu dan keMelayuan ini dilihat dari perspektif demokrasi, terutamanya
prinsip samarata<!--[if !supportFootnotes]-->[16]<!--[endif]-->, memang kesemuanya agak sukar hendak
dipertahankan. Bagaimanapun oleh kerana demokrasi tidak tegak sendiri – ia memerlukan sokongan
sebuah persekitaran yang aman dan stabil – unsur-unsur Melayu tadi dikekalkan. Oleh kerana orang-
orang Melayu adalah penduduk asal negara ini, alasan pengekalan tadi mempunyai hujah tambahan:
perlunya unsur-unsur itu dikekalkan sebagai lambang dan jatidiri negara ini. Ciri ini amat penting kerana
sebagaimana negara-negara lain di dunia sesebuah negara itu perlu mempunyai identiti dan jatidiri yang
dalam konteks Malaysia faktor-faktor itu harus dibekalkan oleh masyarakat Melayu. Dan sesungguhnya
ini bukanlah yang terlalu ganjil dalam dunia demokrasi, termasuk di negara-negara Eropah sendiri. Perlu
disebut bahawa meskipun Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa perlembagaan hendak membina
sebuah demokrasi dan kesamarataan, ia turut mengambilkira kenyataan sejarah dan keadaan semasa
waktu itu<!--[if !supportFootnotes]-->[17]<!--[endif]-->. Ertinya awal-awal lagi, dan di kalangan orang-
orang bukan Melayu pun, kepentingan apa yang sekarang diistilahkan sebagai agenda Melayu itu tidak
dinafikan. Yang berbeza mungkin setakat mana unsur-unsur Melayu dan keMelayuan itu patut
berperanan dan selama ia mana patut dikekalkan. Di kalangan orang-orang bukan Melayu pun tidak
semua unsur-unsur itu dipersoalkan. Kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja sebagai lambang
dan identiti negara tidak dipertikaikan. Begitu juga dengan kuasa-kuasa tertentu Yang di Pertuan Agong
dan Raja-Raja yang umumnya selaras dengan kedudukan dalam dunia demokrasi lainnya, selain dari
yang meneruskan kedudukan masa silam. Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
beberapa perkara termasuk dalam soal pindaan perlembagaan<!--[if !supportFootnotes]-->[18]<!--
[endif]--> Juga diterima kerana ia dikatakan menjadi sebahagian daripada formula tolak ansur yang
memberikan orang-orang bukan Melayu kewarganegaraan<!--[if !supportFootnotes]-->[19]<!--[endif]-->.
Beberapa peruntukan – seperti yang berhubung dengan Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan
Melayu – menjadi perkara-perkara yang panas dan kontrovasi. Walaupun peruntukan-peruntukan itu
akhirnya diterima, kesemuanya terpaksa disebut dengan cara yang agak selaras dengan demokrasi dan
kesamarataan. Sebab itu kedudukan Islam, selain dikotakkan dalam kerangka yang terbatas, tidak harus
mengancam hak kebebasan beragama orang-orang bukan Islam<!--[if !supportFootnotes]-->[20]<!--
[endif]-->. Kedudukan bahasa peribumi pula tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan
perkembangan dan penggunaan bahasa-bahasa lain<!--[if !supportFootnotes]-->[21]<!--[endif]-->.
Sementara itu kedudukan istimewa orang-orang Melayu harus diseimbangkan dengan kepentingan yang
sah kaum-kaum lain<!--[if !supportFootnotes]-->[22]<!--[endif]-->. Sistem beraja – Yang di Pertuan
Agong, Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja – diberi kedudukan dan peranan yang selaras dengan demokrasi.
Selain menjadi simbol dan kuasa tertinggi berhubung dengan adat dan agama mereka boleh memainkan
peranan dalam sistem demokrasi seperti perlantikan kerajaan<!--[if !supportFootnotes]-->[23]<!--
[endif]--> dan pembubaran dewan. Dalam beberapa hal lain, sistem beraja mungkin boleh menjadi
faktor yang mempengaruhi perjalanan demokrasi, termasuk dalam konteks perisytiharan darurat.
Kelangsungan peruntukan-peruntukan berkenaan dijamin oleh perlembagaan dengan cara meletakkan
keputusan untuk meminda atau sebaliknya di tangan Raja-Raja, bukan parlimen (yang mungkin gagal
dikuasai oleh orang-orang Melayu). Selain itu sebuah undang-undang, dalam bentuk Akta Hasutan
1948<!--[if !supportFootnotes]-->[24]<!--[endif]-->, turut menyediakan peruntukan-peruntukan yang
agak jelas mempunyai maksud melindungi perkara-perkara tersebut. Peruntukan yang
memanifestasikan agenda Melayu ini mempunyai hubungan dalam konteks perjuangan dan tolak ansur
sewaktu rundingan kemerdekaan pada 1957. Cuma mungkin perlu disebutkan bahawa apa pun tolak
ansur yang dicapai ketika itu, ia tidak harus statik. Sebuah perlembagaan, sesuai dengan sifatnya sebagai
dokumen tulang belakang negara, tidak boleh terlalu terikat dengan masa lalu sehingga melupakan
kenyataan masa kini dan juga kemungkinan masa depan. Apa yang menjadi asas dan sebab mengapa
sesuatu peruntukan itu diterima tidak semuanya kekal dan relevan selama-lamanya. Bagaimanapun
penilaian ini mesti dilakukan secara terbuka dan meluas, tidak secara sembunyi-sembunyi dan oleh
pihak-pihak tertentu sebagaimana yang berlaku beberapa kali sehingga mencetuskan krisis
perlembagaan, seperti yang berlaku pada 1983 apabila kerajaan cuba membataskan kuasa Yang di
Pertuan Agong dan Raja-Raja. Peruntukan-peruntukan yang memanifestasikan agenda Melayu ini boleh
dikatakan telah menjadikan perlembagaan kita sebuah perlembagaan yang unik. Walaupun peruntukan-
peruntukan itu boleh dikatakan telah mengurangkan ciri demokrasi perlembagaan kita, ia bukanlah
sesuatu yang terlalu janggal asalkan kita pandai mengimbaginya dengan ciri-ciri lain, termasuk dasar-
dasar dan program yang boleh melaksanakan keadilan antara kaum. Meskipun perlembagaan
memberikan kedudukan yang jelas dan mungkin istimewa kepada orang-orang Melayu dan juga untuk
bahasa dan agama mereka perlembagaan tidak melarang pihak berkuasa melakukan sesuatu untuk
mempastikan wujudnya perseimbangan dan keadilan sosial. Sebab itu kedudukan dan kemelaratan
kaum lain tidak harus menjadi sebab untuk mengkaji peruntukan-peruntukan agenda Melayu itu
meskipun kemungkinan berlakunya perlaksanaan yang melampau dan cauvinistik tidak harus dinafikan.

PERLEMBAGAAN – ANTARA IDEAL DAN KENYATAAN

Setelah sejarah dan rasional peruntukan-peruntukan mengenai agenda Melayu disorot tentu ada yang
bertanya: apakah peruntukan-peruntukan perlembagaan yang bersemangatkan agenda Melayu itu
benar-benar telah berjaya mencapai hasrat yang dicita-citakan? Soalan ini wajar kerana walau apa pun
ideal dan falsafah yang melatari sesuatu peruntukan itu, pada analisis terakhirnya perlaksanaannyalah
yang menjadi kayu ukuran. Jawapan kepada soalan itu juga akan menentukan masa depannya. Ini sukar
untuk ditolak meskipun sebahagian daripada masalah yang timbul mungkin berpunca daripada
perlaksanaan, bukan sifat peruntukan tersebut. Sukar untuk menafikan bahawa keadaan tidak
sepenuhnya berubah dan ini berlaku di kala kedudukan peruntukan tersebut kian janggal. Selepas 44
tahun kita merdeka, sepatutnya perkara-perkara itu sudah selesai dan tidak lagi menjadi masalah. Inilah
yang berlaku dengan kedudukan istimewa orang-orang Melayu. Setelah lebih empat dekad kita merdeka
– kita masih lagi berada di takuk lama: bercakap tentang perlunya kedudukan istimewa itu
dipertahankan kerana masyarakat peribumi masih miskin dan seumpamanya<!--[if !supportFootnotes]--
>[25]<!--[endif]-->. Kedudukan orang-orang Melayu yang masih ketinggalan itu menyebabkan kita
bertanya: apa yang kerajaan telah lakukan selama ini? Sudah tentulah sikap cauvinis untuk
mempertahankan keistimewaan Melayu menjadi begitu hodoh dan janggal sekarang: di tengah-tengah
orang lain bercakap tentang demokrasi, kesamarataan dan globalisasi, sedang kita masih lagi bercakap
tentang sesuatu yang hatta pada 1956-57 pun sudah sukar untuk dipertahankan. Seperti yang
dinyatakan di atas, kedudukan istimewa Melayu itu tidak menghalang kerajaan membantu orang-orang
bukan Melayu. Tetapi oleh kerana ini tidak dilakukan, maka kedudukan istimewa Melayu itu menjadi
begitu hodoh dan diletakkan dalam keadaan yang defensif. Ini lebih parah lagi apabila ada pemimpin
kerajaan sendiri yang beranggapan bahawa kedudukan istimewa Melayu itu sama dengan kronisme!
Petaka yang sama menimpa kedudukan Bahasa Melayu dan Islam. Setelah lebih 40 tahun merdeka,
kedudukan melukut ditepi gantang bahasa kebangsaan agak jelas berpunca dari kelemahan
perlaksanaan. Ini menggambarkan betapa keliru dan kurangnya semangat jati diri di kalangan pemimpin
Melayu meskipun mereka mendakwa merekalah nasionalis dan pejuang bangsa! Mengenai kedudukan
Islam pula – meskipun terhad – ia sepatutnya telah membawa banyak faedah jika ia benar-benar
dilaksanakan<!--[if !supportFootnotes]-->[26]<!--[endif]-->. Ini termasuklah perlaksanaan undang-
undang murtad dan seumpamanya yang sebenarnya diizinkan oleh kerangka perlembagaan yang ada
sekarang<!--[if !supportFootnotes]-->[27]<!--[endif]-->. Mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu pula,
keadaannya agak berbeza dengan kedudukan dan masalah di atas. Walaupun sebahagian daripada
masalah berhubung dengan institusi beraja berpunca daripada kerajaan yang memerintah, punca
sebenar datang dari institusi berkenaan sendiri. Dengan kata lain kelemahan Raja-Raja khususnya dan
keluarga diraja umumnya menyebabkan mereka berada di dalam kedudukan yang defensif dan mudah
diserang28<!--[if !supportFootnotes]-->[28]<!--[endif]-->. Meskipun segala rekod tentang tindakan dan
inisiatif Raja-Raja tidak diketahui umum kita boleh mengatakan bahawa mereka tidak begitu banyak
mengambil inisiatif dalam mempertahankan kedudukan bahasa, agama dan kebajikan orang-orang
Melayu. Kelihatannya Raja-Raja hanya berpuashati menjadi simbol dan lambang semata-mata meskipun
perlembagaan sebenarnya mengizinkan Raja-Raja bertindak lebih dari itu. Sama seperti di negara-negara
lain institusi beraja ini dipertahankan kerana nilai dan potensinya dalam mempertahankan demokrasi,
selain mengekalkan sejarah masa lalu dan menjadi identiti negara.

AGENDA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN – MASA DEPANNYA

Meskipun kedudukan agenda Melayu kelihatannya begitu kukuh – ia tidak boleh dihapuskan meskipun
orang-orang Melayu kehilangan kuasa politik–masa depan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut
sebenarnya tidak mudah untuk diramalkan. Yang jelas sesuatu hak atau kuasa itu tidak boleh
dipertahankan apabila kesahihan atau alasan moralnya sudah tidak wujud lagi. Dan kita hidup dalam
dunia dan sistem demokrasi semakin lantang menuntut kesamarataan, egalitarianisme. Apakah
peruntukan-peruntukan mengenai agenda Melayu itu akan hanya kekal sebagai simbol semata-mata? Ini
tidak mustahil. Apa yang ada didepan kita sekarang ialah betapa segolongan besar daripada masyarakat
Melayu masih miskin dan terkebelakang meskipun peruntukan mengenai kedudukan istimewa Melayu
itu wujud. Bahkan ada dasar-dasar, seperti kemasukan ke universiti dan biasiswa, yang sebenarnya tidak
selaras dengan jaminan perlembagaan tersebut. Ini mungkin tidak dapat dielakkan oleh kepimpinan
politik Melayu. Tetapi ini tidak pernah mereka akui dan orang-orang Melayu, yang sepatutnya sudah
diperkasakan oleh kedudukan istimewa mereka, masih tidak mampu untuk bersaing dalam dunia bebas
sebagaimana kaum-kaum lain. Dalam pada itu sudah ada usaha (yang tidak dapat dipastikan
disengajakan atau sekadar untuk survival politik) untuk melemahkan apa yang dikatakan agenda Melayu
tadi: peruntukan berkenaan kekal tetapi signifikannya tiada lagi. Ini termasuklah cakap-cakap tentang
pembentukan bangsa Malaysia (yang kabur konsepnya)<!--[if !supportFootnotes]-->[29]<!--[endif]-->
dan usaha mengurangkan relevan Islam dalam pemerintahan dan kehidupan. Walau apa pun arah dan
kemungkinan masa depannya, sebahagian daripada peruntukan-peruntukan agenda Melayu itu
sebenarnya mempunyai potensi memperkukuhkan demokrasi dan mengelakkan politik perkauman.
Kedudukan sistem beraja umpamanya boleh mempunyai kesan positif mengurangkan politik perkauman
kerana ciri Melayu sudah dipelihara oleh perlembagaan – kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Raja-
Raja menjamin bahawa lambang dan identiti negara ini selamanya Melayu dan Islam. Begitu juga
dengan politik – pembentukan kerajaan dan kepemimpinan pentadbiran di negeri-negeri Melayu – yang
telah pun dijamin oleh perlembagaan. Sebab itu tidak ada parti politik dan kelompok yang boleh
mendakwa bahawa mereka sahaja yang boleh menjamin hidup mati bangsa Melayu dan Islam. Dalam
beberapa krisis, parti yang memerintah bukan sahaja telah mengelirukan rakyat dengan mendakwa
merekalah pelindung bangsa Melayu tetapi juga mereka telah mendakwa bahawa merekalah, dan bukan
Raja-Raja, yang menjadi penentu nasib bangsa mereka<!--[if !supportFootnotes]-->[30]<!--[endif]-->.
Parti-parti politik memang mempunyai peranan dan sumbangan, tetapi ini tidak harus dikelirukan
dengan hidup-mati sesuatu bangsa atau agama yang turut bergantung kepada faktor-faktor lain.
Nampaknya dalam melaksanakan agenda Melayu ini pun, mekanisme demokrasi, khususnya semak dan
imbang, relevan dan bernilai. Sama dengan hal-hal lain tidak ada siapa pun yang boleh membolot segala-
galanya. Dari sudut demokrasi peruntukan-peruntukan yang berjiwakan agenda Melayu ini boleh
membantu mewujudkan sebuah demokrasi yang sihat kerana soal-soal Melayu dan kepentingan mereka
telah pun dipelihara, parti-parti politik hanya berperanan mengisi kerangka yang telah disediakan oleh
perlembagaan itu dengan dasar dan polisi yang sesuai. Jika kerangka berkenaan diizinkan beroperasi
tanpa gangguan kita akan menyaksikan sebuah realpolitik yang tulen, yang berkisar kepada soal isu dan
prestasi. Peruntukan-peruntukan yang berjiwakan agenda Melayu sebenarnya, jika benar-benar
dilaksanakan, boleh membantu mengurangkan politik dan sentimen perkauman yang sempit itu. Agenda
Melayu perlu berdiri sendiri, bukan menjadi sebahagian daripada Program atau strategi politik kepartian
yang sempit yang hanya dikumandangkan tatkala masa depan politik tokoh atau parti tertentu
menghadapi gerhana atau ribut taufan.

KESIMPULAN

Agenda Melayu menyebabkan perlembagaan kita mempunyai ciri-ciri yang unik jika dibandingkan
dengan perlembagaan-perlembagaan negara yang lain. Meskipun ciri ini mungkin menyebabkan darjah
demokrasinya kurang, ia harus dilihat dalam konteks sejarah negara<!--[if !supportFootnotes]-->[31]<!--
[endif]-->. Masyarakat dunia perlu menyedari bahawa masyarakat peribumi terpaksa hidup ditengah-
tengah kaum-kaum yang dibawa masuk oleh penjajah dan ini kemudiannya menyebabkan kebajikan
bangsa asal negara itu terjejas. Kedudukan dan struktur perlembagaan telah disusun sebegitu rupa di
mana peruntukan-peruntukan berkenaan dengan agenda Melayu itu diletakkan di luar proses demokrasi
biasa. Dengan itu tidak ada parti politik atau golongan yang boleh mendakwa bahawa merekalah yang
menjadi penjaga atau penentu nasib serta masa depan orang-orang Melayu: perlembagaan telah
menetapkan bahawa agenda Melayu atau ketuanan Melayu itu sebagai suatu ketetapan perlembagaan,
bukan bola sepak politik<!--[if !supportFootnotes]-->[32]<!--[endif]-->. Tentang masa depannya pula,
perlulah disedari bahawa dalam dunia yang demokratik dan global ini, ciri-ciri Melayu tadi harus selaras
dan tidak terlalu menjolok mata perlaksanaannya. Dalam soal ini kehadiran Islam sebagai salah satu
faktor penting dalam masyarakat Melayu sepatutnya menjadi panduan dalam menentukan setakat
mana agenda Melayu itu harus dilembagakan. Peruntukan mengenai agenda Melayu harus selaras
dengan tuntutan melaksanakan keadilan yang amat dituntut oleh agama kita.
SANGGAHTOKSAGO.COM
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama
yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh
kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang
dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud,
dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa
kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

JUMLAH PAPARAN HALAMAN

SELASA, JANUARI 25, 2011

PRK Pelabuhan Klang: Prof Dr Aziz Bari anggap SPR


makin "gila kuasa"

Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Khamis, 20 Januari lalu menunjukkan badan


bebas kerajaan itu "gila kuasa" dan hendak memberi keuntungan kepada BN dengan
menekankan "soal kerusi itu soal Badrul dan Speaker". Pakar Perlembagaan, Prof. Dr
Abdul Azi Bari hairan, apabila SPR akan meneliti notis itu dan memutuskan sama ada
akan melangsungkan pilihan raya atau tidak.

Tegasnya, itulah yang SPR lakukan dalam kes di Perak apabila mereka tidak
menerima keputusan Speaker, V Sivakumar yang mengisytiharkan tiga kerusi
Jelapang, Behrang dan Changkat Jering kosong atas alasan kuasa memutuskan
ialah SPR bukan Speaker. 

"Sama juga dengan di Kedah dalam kes Kota Siputeh," ujarnya. Semalam, peguam
Umno menyebut kes Perak untuk menghujah yang kuasa pemutus sama ada kerusi
kosong atau tidak ialah kuasa SPR bukannya Speaker dan hujah yang digunakan
oleh peguam ini ialah kes yang telah diputarbelit, yakni kes yang sebenarnya salah di
sisi undang-undang, tegas Aziz.

Katanya, undang-undang yang betul ialah kuasa itu hak Speaker dan atas dasar
inilah kuasa Speaker apabila Fong Po Kuan, Gobind Singh, Karpal Singh dan Anwar
Ibrahim digantung dan ia tidak boleh dicabar.  Tetapi jelas Aziz lagi, Umno hanya ikut
undang-undang bila ia menguntungkan mereka dan beliau berpendapat sepatutnya
Umno sudah kalah di Perak dan Kedah jika undang-undang sebenar dipatuhi mereka.

Dalam kes Badrul Hisham di Dun Pelabuhan Klang, katanya, ia sama dengan kes
Bukit Siputeh di Kedah; Speaker hanya mengisytiharkan status Adun itu
sebagaimana yang tertera dalam Undang-undang Tubuh Kedah dan Selangor.

"Kalau Badrul tak puas hati dia boleh ke mahkamah kerana ia melibatkan tafsiran
perlembagaan. SPR tak ada kena mengena," tegas beliau. Aziz menjelaskan, tugas
SPR di sisi Perlembagaan hanya dua yakni (i) menjalankan pilihan raya dan (ii)
mengemaskini daftar pemilih. SPR tak perlu mengada-ngada dan cuba mentafsir
Perlembagaan kerana itu adalah bidang kuasa mahkamah. 

"Sekiranya Speaker beri notis, SPR kena jalankan pilihan raya, bukan mentafsir notis
itu," bidas beliau lagi.

Você também pode gostar