Você está na página 1de 5

“Apakah faktor – faktor yang boleh menyumbangkan kepada pengajaran berkesan

dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik?”

Guru merupakan insan yang diberi amanah untuk mendidik anak – anak bangsa bagi

memastikan keseluruhan generasi akan datang dapat memajukan serta membangunkan

Negara. Untuk melahirkan insan yang cemerlang, seorang guru perlulah menunjukkan

modal insan yang tinggi agar menjadi contoh kepada murid – murid. Guru juga dikenali

sebagai ibubapa kedua kerana sebahagian masa setiap hari murid – murid adalah di

sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat

penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

Guru – guru memainkankan peranan penting dalam membantu murid – murid

belajar. Untuk menghasil pengajaran yang berkesan sebenarnya bermula dari dalam diri

guru itu sendiri. Ini kerana keperibadian akan melambangkan hasrat dan diri seseorang itu.

Oleh yang demikian guru seharusnya menunjukkan etika dan keperibadian yang tinggi untuk

di jadikan contoh kepada murid. Seorang guru seharusnya mempunyai banyak ilmu di dada

dan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan untuk disampaikan di dalam pengajaran.

Selain memperluaskan ilmu seorang guru seharusnya menunjukkan disiplin yang tinggi.

Disiplin ini sangat penting kerana dengan disiplin akan mengajar murid agar menghargai

masa dan menepati masa. Menepati masa merupakan aspek yang sangat penting dalam

kehidupan seharian. Seorang guru juga perlu memupuk nilai – nilai murni di dalam diri

seperti sifat kasih sayang, bekerjasama, sabar dan lain – lain lagi. Dengan nilai – nilai murni

ini akan membantu murid – murid untuk berada di dalam keadaan selesa sewaktu

pengajaran dan pembelajaran. Di antara guru – guru juga perlu bekerjasama dan saling

bantu membantu untuk menaikkan martabat sekolah untuk melahirkan generasi yang

cemerlang. Seorang guru dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan jika tidak lokek

ilmu di dadanya untuk dikongsi dan digunakan untuk kebaikan bersama. Guru perlu saling

berkongsi ilmu dan pengalaman bagi sama – sama menaikkan martabat dan potensi murid

ke tahap yang tertinggi.


Keadaan sekolah juga memainkan peranan yang penting didalam menghasilkan

pengajaran yang cemerlang. Di dalam hal ini kerajaan memainkan peranan yang penting

bagi memastikan kelengkapan dan keselesaan murid untuk belajar dan guru untuk mengajar

di sekolah. Setiap sekolah seharusnya mempunyai kelengkapan yang lengkap, bilik darjah

yang cukup, dan lain – lain lagi untuk kegunaan murid dan guru bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dan secara tidak

langsung menyebabkan murid – murid dapat belajar dengan baik. Setiap sekolah seharus

dibekalkan dana bagi menambahbaikkan struktur sekolah untuk menjadikan ia lebih selesa

dan baik seperti mencantikkan sekolah dengan pokok – pokok, membuat taman mini dan

sebagainya. Ini akan menyebabkan murid – murid suka datang ke sekolah dan mengaggap

sekolah sebagai rumah mereka. Ini secara tidak langsung akan memainkan peranan dalam

proses pengajaran nanti.

Suasana di bilik darjah memainkan peranan penting didalam pengajaran yang

berkesan. Ini kerana faktor persekitaran sangat memainkan peranan dalam keselesaan dan

pemikiran murid. Jika sesebuah kelas itu di warnakan dengan warna yang ceria dan

kedudukan dan susunan perabot yang betol akan mempengaruhi keadaan didalam kelas

sewaktu pengajaran. Ini kerana lumrah manusia yang berubah mengikut persekitaran. Kelas

yang cantik akan menjadikan suasa di dalam pengajaran menjadi ceria dan selesa untuk

murid dan guru. Kedudukan alat hasil pengajaran dan pembelajaran terutamanya sumber

asas papan tulis diletakkan di hadapan kelas. Guru perlu merancang dan bijak

mengunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di papan

tulis semasa sesi tersebut. Sumber bukan elektronik pula seperti kad imbasan, kad suku

kata, gambar, dan peta minda diletakkan di papan kenyataan di dalam kelas untuk rujukan

murid-murid sama ada di bahagian kelas. Untuk menghasilkan bilik darjah yang baik lagi

unik bilik darjah perlu ada gabungan elemen fizikal, emosi, dan sosial antara guru dan

murid.
Selain suasana di bilik darjah, guru juga memainkan peranan untuk mewujudkan

budaya bilik darjah yang dinamik. Budaya bilik darjah yang dinamik ialah bilik darjah yang

dipenuhi dengan nilai – nilai murni yang diterapkan oleh guru kepada murid – muridnya

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya nilai- nilai murni semasa sesi

pengajaran akan membawa kepada hubungan yang mesra di antara sesama murid dan di

antara murid dengan guru. Jika nilai – nilai murni dapat diterapkan kedalam diri guru dan

murid suatu budaya yang belajar yang meyeronokkan dan ceria akan diwujudkan

melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih sayang.

Dengan secara tidak langsung akan menjadi peluang yang terbaik untuk

mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah

pembentukan budaya penyayang dan dinamik dalam sesebuah bilik darjah.

Kemahiran komunikasi yang baik dapat dilihat dari cara guru bertutur, penulisan,

pengunaan bahasa badan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat bantu belajar

seperti komputer, permainan sambil belajar dan lain – lain lagi. Satu suasana

pengajaran yang berasaskan pembentukan akhlak yang terpuji akan terbentuk jika

seorang guru mengunakan kemahiran komunikasi yang tinggi di dalam sesi

pengajaran. Ini kerana seorang guru menunjukkan contoh yang baik kepada murid –

murid ari segi percakapan dan watak yang dimainkan di dalam bilik darjah. Dengan

secara tidak langsung juga akan menghasilkan motivasi yang berkesan terhadap

kerana murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan

berhikmah diatas peranan guru yang sentiasa berkomunikasi dengan baik ketika

bersama murid – murid mereka. Dengan ini juga, murid – murid akan mempunyai

sifat hormat yang tinggi terhadap guru dan menyayangi serta akur dengan perintah

dan arahan yang di berikan oleh guru.


Selain itu, alat bantu belajar merupakan satu monumen penting bagi

menghasilkan pengajaran yang berkesan. Dengan menerapan kaedah permainan

sambil belajar secara tidak langsung menjadikan murid suka untuk belajar dan

menjadi murid yang rajin. Guru yang selalu melakukkan aktiviti berkumpulan dan

menerapkan sesi permainan dalam sesi pengajaran akan disenangi oleh murid –

murid terutamanya yang berada di sekolah rendah. Ini kerana usia manusia dari 4 –

12 tahun yang ingin mencuba dan suka bermain membantu dalam mencapai objektif

pengajaran. Di dalam era masa kini pengunaan ICT sangat penting didalam

pengajaran. Ini kerana ICT merupakan satu tarikan yang amat penting untuk

menarik perhatian murid untuk menumpukan kepada topik yang dipelajari. Ini kerana

ICT merupakan alat yang amat disukai oleh murid terutamanya untuk bermain

permainan video. Oleh yang demikian adalah adalah satu kemestian bagi seorang

guru untuk mendalami ilmu untuk mempelbagaikan cara persembahan pengajaran

dan pembelajaran. Dengan persembahan yang baik, pengunaan alat yang menarik

minat murid, kemahiran berkomunikasi yang berkesan dan dipenuhi nilai – nilai

murni akan menjadikan sesi pengajaran lebih berkesan dan menanamkan minat

murid untuk belajar.

Kesimpulan yang dapat di buat disini, setiap insan yang terlibat di sekolah

terutamanya guru dan semua warga sekolah serta masyarakat sekeliling

terutamanya pihak ibubapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat

murid untuk belajar. Keadaan dan infrastruktur sekolah yang menjadi persekitaran

kepada murid untuk belajar secara langsung memupuk murid – murid untuk belajar.

Elemen yang paling penting didalam waktu persekolahan yang memberi kesan untuk

menjadikan murid belajar adalah suasana di dalam darjah yang baik berupaya

menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.


Apabila diri dan bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran

dapat berlaku dengan baik sekali. Guru perlu memainkan peranan selaku ketua di

sekolah untuk menjadi contoh kepada murid dalam memastikan visi dan misi

Kementerian Pelajar Malaysia tercapai. Oleh yang demikian, sebagai seorang bakal

guru, kita seharusnya menjalankan langkah – langkah yang sewajarnya untuk

menjadi guru yang cemerlang dan baik untuk dijadikan contoh kepada murid –

murid. Dengan penerapan nilai – nilai murni, persembahan yang mantap,

pengunaan kemahiran komunikasi yang berkesan, dan pengunaan alat bantu belajar

yang menarik tumpuan pelajar, maka sebuah pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan berkualiti dapat di hasilkan dan secara tidak langsung menarik minat

murid untuk belajar.

Você também pode gostar