Você está na página 1de 4

 

Perkembangan teknologi didalam era e-kewangan, e-perniagaan dan e-dagang akan menukar cara bagaimana

manusia membeli belah, bekerja, berkomunikasi dan sebagainya.  Sebagai contoh  dengan revolusi “e” kita tidak

perlu pergi membeli-belah ke pusat membeli belah yang berada di tengah kota dimana kita perlu mengharungi

kesesakan lalu lintas, membayar harga tempat letak kereta dan beratur untuk membayar barangan yang hendak

dibeli di kaunter pasaraya membeli belah.  Kita hanya perlu duduk dirumah didalam suasana yang aman, di atas

kerusi empuk sambil menikmati kopi panas sambil membeli belah dengan menggunakan komputer peribadi dengan

sambungan Internet.  Dengan revolusi “e” yang kian berkembang ini tatacara kehidupan manusia akan berubah

dengan lebih drastik lagi.  Sebagai contoh lain ialah kebanyakan suri rumah sudah boleh bekerja di rumah dengan

menjual barangan hasil buatan sendiri seperti kek, jahitan krostis, jem buatan sendiri hanya melalui pembinaan

laman web sahaja.  Disini kita menyaksikan perubahan yang terjadi ialah ramai manusia tidak perlu lagi ke tempat

kerja untuk bekerja kerana dengan revolusi “e” anda hanya perlu ‘log on’ ke komputer anda dan seterusnya boleh

meneruskan kerja anda dari rumah sahaja sambil menyiapkan kopi dan sarapan pagi.  Disini perubahan cara bekerja

ini adalah sekali lagi disebabkan oleh perubahan teknologi dan contoh yang lain pula ialah kita masih boleh

mengingati peristiwa berdarah pengeboman World Trade Center di Amerika Syarikat oleh rangkaian pengganas

yang terancang yang mana Presiden Amerika Syarikat menuding jari kepada Osama Laden yang berada di dalam

perlindungan Afghanistan.  Pada masa yang sama Osama Laden telah menafikan tuduhan tersebut dengan

mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bahan komunikasi untuk merancang kejadian tersebut. 

Manakala pihak perisikan Amerika Syarikat mengatakan dengan menggunakan halaman-halaman web rangkaian

penganas boleh menghantar maklumat dengan mudah dan selamat kerana jumlah laman web adalah terlalu banyak

di dunia menjadikan sukar untuk perisik Amerika Syarikat mengesan penghantaran maklumat tersebut.  Pihak

perisikan Amerika Syarikat juga mengatakan bahawa maklumat di hantar melalui kod-kod tertentu melalui laman-

laman porno.  Dengan kemajuan teknologi sekali lagi ianya mengubah secara amnya keupayaan masyarakat global

untuk berkomunikasi dan berinteraksi.  Malah ianya bukan sahaja mengubah cara kita berniaga malah mengubah

keseluruhan cara berfikir masyarakat secara global.

 
Disini negara kita perlu kepada perubahan tersebut kerana ianya melibatkan pengalaman

hidup, sesuatu yang berlainan, baru, satu realiti baru dan tidak dapat disangkal. Perubahan-

perubahan ini boleh terbahagi kepada berbagai-bagai iaitu yang telah dijangka atau tidak

dijangka, yang formal atau yang tidak formal bergantung kepada situasi.  Ini adalah kerana

perubahan berubah mengikut masa.

Walaupun ada banyak perubahan-perubahan dan agen-agen pengubah, ada juga yang menentang kepada perubahan. 

Sebagai contohnya, pada era permulaan komputer,  ada terdapat banayak penentangan dari pekerja kerana mereka

percaya dengan adanya pengunaan komputer, kerja mereka akan digantikan oleh robot-robot.  Dan mereka akan

kehilangan sumber pencarian sara hidup. Ini sebenarnya bergantung bagaimana kita melihat perubahan tersebut. Di

dalam kes ini, cara yang terbaik ialah dengan mengikut dan menerima perubahan.  Disini perubahan hanya akan

mengugat kedudukan manusia jika ianya diendahkan kerana ianya sebenarnya adalah peluang.  Perubahan akan

menjana kepada lebih banyak perubahan yang mana ianya akan meningkatkan kualiti.

Dalam usaha untuk mencapai untuk menjadi sebuah negara yang celik IT, pembabitan masyarakat dan institusi

secara efektif di dalam kemunculan persekitaran global amatlah ditekan.  Di antara strategi yang telah di kenal pasti

ialah E-Ekonomi, E Perkhidmatan Awam, E-Komuniti, E-Pembelajaran dan E Kedaulatan. 

Malaysia mengambil langkah bersedia untuk menangani segala cabaran di dalam era e-ekonomi  Langkah-langkah

yang dapat kita lihat di ambil secara progresif oleh pihak kerajaan.  Di antaranya ialah apabila kita berada di dalam

era e-ekonomi, keperluan kepada kad digital bagi tujuan pembayaran menjadi satu faktor kejayaan sistem tersebut.

Penggunaan kad pelbagai yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan agensi kerajaan dan

syarikat swasta.  Penggunaan kad pelbagai ini dapat memastikan semua rakyat Malaysia terlibat seratus peratus
berbanding yang ada sekarang hanya tertumpu kepada pemegang kad kredit yang mempunyai pendapatan tahunan

yang tinggi yang boleh menggunakan kemudahan e-ekonomi.

Langkah seterusnya ialah bagaimana Malaysia mengambil langkah untuk menangani persoalan keupayaan kuasa

beli digital di dalam pasaran.  Persoalan bolehkah e-ekonomi mendorong pembeli untuk membeli mengunakan

komputer dan meninggalkan cara membeli-belah yang telah turun-temurun melihat secara fizikal barang yang

hendak dibeli.  Permasalahan ini perlu ditangani dengan meningkatkan pengetahuan tentang e-ekonomi melalui

pendidikan dari peringkat awal pelajar sekolah.  Langkah yang telah diambil ialah penubuhan Sekolah Bistari yang

bertujuan melahirkan generasi baru yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya untuk berdaya saing dalam

era globalisasi. 

Seterusnya dengan peningkatan didalam teknologi komunikasi adalah amat penting bagi sesebuah perniagaan itu
meningkatkan usaha untuk menghantar produk-produk yang dibeli oleh pengguna melalui internet dihantar dengan
cepat dan selamat. Integrasi diantara perniagaan dengan syarikat penghantaran memainkan peranan kepada kejayaan
e-ekonomi kerana kepuasan penguna akan meliputi sekali perkhidmatan penghantaran yang akan dilakukan. 
Disamping itu cara perniagaan yang dijalan akan berubah dari segi operasinya terutama jika pelanggan tidak berpuas
hati dengan produk yang dibelinya melalui internet, mereka boleh mengembalikan produk tersebut tanpa dikenakan
sebarang kos termasuk kos penghantaran.  Ini adalah untuk memberi peluang pembeli untuk memastikan mereka
tidak tertipu dengan gambar atau grafik inter aktif yang selalunya kelihatan amat menarik di dalam internet. 

Isu yang sering menjadi tanda tanya kepada pembeli digital ini ialah isu keselamatan pembelian melalui internet.

Ramai pembeli merasakan tidak selamat untuk membeli melalui internet kerana ianya boleh mendedahkan identiti

dan maklumat kewangan pembeli kepada pihak ketiga.  Dari perspektif penjual pula mereka meragui keselamatan

laman-laman mereka dari dicerobohi oleh pihak ketiga.  Disamping mereka pihak korporat dan kerajaan juga

mengkhuatir jika ada berlaku pencerobohan terhadap sistem mereka yang mana akan membocorkan rahsia resmi dan

maklumat resmi.  Ada diantara mereka yang melakukan "computer hacking" ini kerana hobi iaitu suka-suka atau

untuk mencuba sistem keselamatan sesebuah sistem sahaja seperti yang pernah dilakukan oleh seorang pelajar di

Singapura.
 

Masalah utama yang bakal timbul ialah penciptaan wang elektronik boleh meningkatkan kadar inflasi yang tinggi.

Ini kerana apabila kita berada di dalam era digital, semua transaksi kewangan akan di lakukan secara elektronik. 

Malah ada kemungkinan kita tidak perlu lagi membawa duit kertas atau syiling untuk melakukan urusan perniagaan

kerana kesemua transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan mengunakan kad digital sahaja. Perubahan ini

memang memudahkan pelbagai pihak, tidak kira di pihak pembeli, penjual, kerajaan, pengkaji dan lain-lain kerana

pelbagai maklumat dapat dicapai dengan mudah.  Permasalahan yang menyebabkan kenaikan inflasi ialah dengan

penggunaan kad digital yang dimaksudkan akan merangsang lebih banyak penciptaan kredit.  Dengan berlakunya

penciptaan kredit yang berluasa oleh bank-bank komersial, penawaran wang di pasaran terhad berbanding

permintaan pasaran wang. Justeru itu. ada individu yang tidak dapat membayar hutang kredit dan mengalami

masalah tindakan undang-undang bankrupsi. Disini, bagi menampung mereka yang bankrup, bank negara perlu

mencetak lebih banyak wang dan seterusnya mengurangkan kuasa beli pengguna kerana nilai mata wang telah jatuh

disebabkan inflasi. Oleh itu, kajian terperinci untuk menangani kesan e-ekonomi di dalam sistem kewangan, dan

cara-cara menangani masalah tersebut perlu di lakukan demi untuk memastikan kestabilan ekonomi dan

kemakmuran negara Malaysia.

Você também pode gostar