Você está na página 1de 2

Nama bapa saya Mohd Zamri bin Hamid. Bapa saya dilahirkan pada 7 Oktober 1969.

Bapa saya berasal dari Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Bapa saya bekerja sebagai jurutera Tenaga Nasional Bhd. Bapa saya lebih suka berbasikal pada masa lapang. Ayah saya mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Bapa saya menyambung pelajarannya di Politeknik Kota Bharu dan terus ke Universiti of Aberdeen di United Kingdom. Makanan kegemaran ayah saya ialah sup tulang dan Mee Ladna. Minuman kegemaran bapa saya pula ialah Teh O dan Nescafe.

Nama ibu saya pula ialah Shahifah Qah binti Mohd Shafuddin. Ibu saya pula dilahirkan pada 28 Mac 1971. Ibu saya dilahirkan di Bachok, Kelantan. Ibu saya bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, Kuala Lumpur. Ibu saya gemar memasak dan melancong ke tempat- tempat yang menarik . Ibu saya mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar dan Sekolah Arab Maahad Amir Indera Petra. Ibu saya menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Makanan kegemaran ibu saya pula ialah Laksa Johor manakala minuman kegemarannya ialah Jus Lobak Merah.

Nama abang saya ialah Aiman Rasyid bin Mohd Zamri. Abang saya dilahirkan pada 22 April 1997. Abang saya dilahirkan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Abang saya gemar bermain bola sepak pada masa lapang. Abang saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat dan sekarang di Sekolah Menengah Sains Selangor. Makanan kegemaran abang saya ialah Sate Minang. Minuman kegemaran abang saya ialah Teh 3 Lapis.

Nama adik saya ialah Aimi Naziha binti Mohd Zamri. Adik saya dilahirkan pada 20 November 1999. Adik saya dilahirkan di Pusat Perubatan Kohilal, Taman Melawati. Adik saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat. Adik saya gemar berbasikal dan melayari internet pada masa lapang. Adik saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat. Makanan kegemaran adik saya ialah Tomyam dan Mi goreng. Minuman kegemaran adik saya pula ialah jus buah- buahan dan Ais blender.

Nama adik saya ialah Auni Dalila binti Mohd Zamri. Adik saya dilahirkan pada 16 Ogos 2005. Adik saya dilahirkan di Hospital Pakar Ampang Puteri. Manakala , adik saya yang terakhir ialah Aina Maryam binti Mohd Zamri. Adik saya dilahirkan pada 2 Julai 2007. Adik saya dilahirkan di Hospital Pakar Ampang Puteri.

Você também pode gostar