Você está na página 1de 4

AKHLAK RASULULLAH S.A.W SEBAGAI QUDWAH HASANAH Baginda Rasulullah adalah seorang yang pemurah dan suka menderma.

Setiap hari baginda akan memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Baginda juga mencari rezeki sekadar keperluannya sahaja, yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T. Baginda juga beradab ketika makan di mana baginda akan membaca doa yang bermaksud : dengan nama Allah, wahai tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga. Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas. Sabda baginda yang bermaksud esungguhnya Allah tidak member kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu. Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Dari segi berpakaian, Nabi Muhammad s.a.w suka memilih pakaian yang berwarna putih. Baginda suka memakai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Baginda memulakan dari kanan apabila memakai pakaian dan membaca doa yang bermaksud : Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai. Baginda memulakan dari sebelah kiri ketika menanggalkan pakaian. Manakala dari aspek tutur kata, Rasulullah s.a.w. merupakan seorang yang fasih dalam berkata-kata. Setiap tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja.. Persoalanpersoalan yang diberikan dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima oleh para hadirin. Rasulullah juga mempunyai sifat berlapang dada dan suka memafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Di samping itu, baginda juga merupakan seorang yang kaya dengan kasih saying. Contohnya apabila dua atau tiga hari Rasulullah tidak nampak salah seorang sahabatnya, maka akan ditanya dan dicari

oleh baginda. Baginda akan menziarah ke rumah sahabat tanpa rasa sombong, sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat. Rasulullah s.a.w pernah menggambarkan kehidupan orang-oran mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam. Berdasarkan kepada sifat-sifat Rasulullah inilah baginda dijadikan qudwah yang paling idea bagi umat Islam. Penghayatan dan sejauh mana nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah ditunjukkan oleh golongan pada masa kini untuk mengukuhkan keyakinan generasi baru tentang penerapan nilai-nilai murni ini.. Allah SWT berfirman yang bermaksud: sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, magharapkan ganjaran hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah. Surah al Ahzab, ayat 21. Kerajaan, Ibu bapa, media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid/surau memainkan peranan yang penting bagi memastikan akhlak yang mulia seperti mana Rasulullah s.a.w. dihayati dan diterapkan dalam diri umat Islam pada masa kini. Tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran serta sistem perlembagaan yang berlandaskan Islam bagi memastikan penghayatan kaedahkaedah Islam dalam masyarakat. Qudwah Hasanah ertinya Tauladan yang baik. Tauladan yang baik inilah yang didambakan umat saat ini. Seseorang yang dapat memberikan contoh dan suri tauladan. Dalam istilah masa kini, ia boleh disamakan dengan kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin Islam, tidak harus hanya berbicara mengenai keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya dengan contoh-contoh dalam kehidupan hariannya."Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu berbuat ?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". (As-Shaf: 2-3) .Dalam erti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, pemimpin, agar menjadikan dirinya teladan dalam kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia launglaungkan. Dia harus bartindak sebaik kebaikan yang dianjurkannya, bukan sebaliknya.

Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aishah ditanya mengenai akhlak Nabi, beliau menjawab: "Akhlak Nabi ialah Al-Quran!" Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya - semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi AlQuran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan Aishah bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran. Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik bagi menghidupkan unsur-unsur kebaikan yang dianjurkan, dan tidak bercanggah antara apa yang diperkatakan dengan yang dikerjakan. Dengan melaksanakan dalam bentuk amali apa yang diperkatakan, sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difahami. Dan kesannya akan lebih mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar (abstract) menjadi nyata (concrete). Inilah proses pembelajaran yang mudah, dan paling berhasil. Tidak sukar bagi semua orang memahami makna sesuatu dengan cara melihat dan meniru sesuatu yang terang dan nyata. Faktor qudwah hasanah yang dipakai dan dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang memberikan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difahami, dihayati, dan dikembangkan oleh generasi umat Islam yang mula-mula. Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan orang ramai. Orang akan keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan kepada usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu mengerti ?".

Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak terjelma pada setengah-setengah kepimpinan. Oleh itu, sesiapa jua yang bersedia mengambil tugas kepimpinan harus memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak membaca.Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belum mencukupi. Nilai-nilai kebaikan daripada ilmu itu mestilah pula dapat diserapkan dan disebatikan dalam jiwa sehingga mampu melahirkan tindakan-tindakan yang baik. Jika dilihat dalam kehidupan masyarakat kita sekarang, qudwah hasanah ini belum dapat dilaksanakan dengan baik lagi, samada dari aspek kepimpinan, keluarga dan juga budaya. Masyarakat pada zaman kini semakin jauh daripada amalan dan akhlak yang mulia sepertimana yang dilandaskan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, ada saja berita mengenai pembuangan bayi di merata-rata tempat. Keadaan ini menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat terutamanya di kalangan remaja. Ini dapat menggambarkan akhlak umat Islam pada masa kini semakin musnah. Qudwah hasanah daripada Rasulullah tidak dapat diterapkan ke dalam jiwa mereka. Begitu juga dalam kepimpinan kerajaan di mana kita boleh lihat bahawa terlalu banyak rasuah dan penipuan yang berlaku. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan kepada rakyat. Kepimpinan yang dilaksanakn tidak berlandaskan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Ramai yang mementingkan diri sendiri dan setiap perkara yang dilakukan ada motif tersendiri. Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, jelaslah bahawa qudwah hasanah daripada Rasulullah s.a.w.masih tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya oleh umat Islam pada masa kini. Oleh itu, amatlah penting bagi kita untuk merujuk kembali kepada asas akhlak umat Islam iaitu al-Quran bagi memastikan tingkah laku atau tindakan kita tidak jauh terpesong daripada ajaran Islam dan Rasulullah sebagai contoh yang terbaik untuk kita serta generasi akan datang. Mudah-mudahan dengan kesedaran menjalani proses melatih dan membina akhlak separti ini, akan berterusan untuk menghidupkan qudwah hasanah.

Você também pode gostar