Você está na página 1de 7

PENGELASAN FAIL

1. Rahsia Besar:
Maklumat tentang urusan kerajaan yang masih dalam proses perancangan adalah merupakan antara rahsia besar kerajaan. Maklumat ini dimuatkan di dalam fail berwarna kuning dan berpalang (X) merah memenuhi kulit hadapan fail (AM 438)

2. Rahsia:
Urusan berkaitan dengan program pembangunan kerajaan dianggap sebagai maklumat berkelas Rahsia . Fail yang menyimpan maklumat pengelasan rahsia berwarna merah jambu dan berpalang (X) merah memenuhi kulit hadapan fail (AM 437)

3. Sulit:
Urusan yang berkaitan dengan sesuatu keputusan kerajaan dianggap sulit walaupun telah diumumkan oleh Menteri begitu juga urusan tatakelakuan pegawai awam. Maklumat berkenaan disimpan dalam fail warna hijau muda dan dicatat sebagai SULIT (AM 436)

4. Terhad:
Biasanya sesebuah jabatan mempunyai fail yang edarannya terhad disebabkan maklumat yang terkandong di dalamnya. Maklumat seperti butiran peribadi staf dianggap sebagai maklumat terhad. Fail jenis ini berwarna putih (AM 435)

5. Terbuka:
Kebanyakan fail di sesebuah jabatan adalah jenis terbuka, iaitu fail-fail berkaitan dengan pengurusan harian sesebuah jabatan. Fail-fail pentadbiran adalah tergulung dalam kategori ini. Fail jenis ini berwarna putih (AM 435)

6. Sampul Kecil:
Sampul kecil ialah fail sementara diwujudkan berlandaskan fail utamanya. Warna fail ialah kuning atau coklat (AM 435 (A))

7. Fail Timbul:
Fail timbul mengandongi bahan-bahan yang belum diedarkan kepada pegawai-pegawai atau untuk perhatian pegawai atasan (AM 435)

Você também pode gostar