Você está na página 1de 10

Salah seorang daripada penghuni rumah Bonda iaitu sebuah

rumah anak-anak yatim di kota raya. Budiman bin Budin akan menerima anugerah daripada baginda sultan. Anugerah itu ialah pingat jasa kebaktian (PJK). Anugerah tersebut dibahagi dari mengenang jasa bapanya iaitu Budin biola kerana pembabitannya dalam bidang muzik. Din biola adalah seorang penggesek biola terkenal dan mempunyai ramai peminat. Pak Jais iaitu penguasa rumah Bonda mengarahkan Pak Man tukang jahit menyiapkan sepasang baju melayu lengkap dengan bewarna hitam untuk Budiman. Baju itu akan dipakai oleh Budiman ke majlis penganugerahan pingat itu nanti. Sambil mengukur badan Budiman, Pak Man tukang jahit menceritakan kehebatan ayah Budiman menggesek biola yang diberi nama bayu senja. Suatu malam, ketika Budiman hendak ke tandas, dia telah terserempak dengan Pak Man tukang masak yang sedang terhendap-hendap. Di tangannya ada biola, oleh sebab terkejut, biola yang dipegangnya terjatuh. Pak Man tukang masak serba salah lalu memarahi Budiman. Pak Man tukang masak mengugut Budiman supaya menyimpan rahsia mengenai biola yang dimilikinya.

Anak Din Biola

Hari ini Budiman akan menerima anugerah daripada Baginda


Sultan. Pagi-pagi lagi dengan bantuan Pak Man tukang jahit, dia mengenakan sepasang pakaian lengkap. Budiman kelihatan agak segak, Pak Man tukang jahit menceritakan tentang harta peninggalan arwah bapanya iaitu wang dan biola yang disimpan oleh rakannya. Tetapi sehingga kini barang tersebut masih belum diserahkan kepada Budiman. Dalam perjalanan ke istana yang terletak di kota raya, fikiran Budiman terkenang zaman dahulu. Ingatan itu berlaku apabila kenderaan yang dipandu oleh Pak Jais melalui kampung halamannya. Ayah Budiman adalah anak jati Kuala Lumpur manakala ibunya orang Indonesia. Mereka tinggal di Kampung Tiga. Ibunya meninggal dunia semasa dia berusia 13 tahun, diikuti bapanya tidak lama kemudian. Majlis pengurnian pingat tersebut bermula pada jam 10.30 pagi dan orang ramai mulai datang.Budiman mengajak Pak Jais pulang kerana dia malu anak yatim. Namun, Pak Jais memberi semangat kepada Budiman, akhirnya Budiman akur dengan nasihat Pak Jais.

Pingat Untuk Ayah

Upacara pengurnian pingat bermula. Budiman menerima pingat


bagi pihak bapanya iaitu Allahyarham Budiman bin Bahrun atau Budin atau Din Biola dari Kampung Tiga. Semasa mengalungkan pingat, Baginda Sultan berharap Budiman akan menjadi penggesek biola terkenal suatu hari nanti. Malam itu rumah bonda mengadakan pesta kecil untuk meraikan Budiman dan mengenang jasa arwah bapanya. Pak Jais menjemput imam dan bilal ke majlis Budiman di kota raya. Tuan Syed Bahari telah menanggung perbelanjaan jamuan nasi minyak di rumah bonda itu. Selepas makan, ada majlis tahlil dan bacaan doa kepada arwah ayah Budiman. Kemudian setelah beredar ke dewan kecil, Budiman diminta mempersembahkan barkatnya menggesek biola untuk menghiburkan tetamu. Dia menggesek pelbagai lagu.

Malam Pesta

Rumah bonda yang terletak di atas bukit hanya mengambil anakanak yatim lelaki berumur antara 8 hingga 15 tahun sahaja. Penghuninya terdiri daripada pelbagai kaum. Budiman mula menjadi ahli keluarga rumah bonda ketika berumur 13 tahun. Begitu juga Chong dan Chandra. Suatu malam mereka bertiga pergi bersiar-siar di taman. Cuaca amat baik manakala bulan terang mengambang. Mereka bertiga berbincang tentang masa depan mereka. Mereka terpaksa keluar apabila tempoh tinggal di rumah kebajikan tersebut tamat. Hal ini bagi memberi peluang untuk kanak-kanak lain mendiaminya. Malam itu, Budiman, Chong dan Chandra terserempak dengan Pak Mat tukang masak dalam keadaan mencurigakan. Pak Mat sedang mengunjung kotak besar dari arah dapur rumah bonda. Apabila ternampak mereka, Pak Mat tukang masak terkejut dan marah pada mereka. Dia menuduh Budiman dan rakannya mencuri supaya Pak Jais membuang mereka dari rumah bonda.

Terima Ugutan

Kini giliran Budiman bertugas di dapur. Dia menolong tukang


masak mengagihkan makanan kepada penghuni lain. Pagi itu, Budiman mendapati Pak Mat tukang masak marah-marah. Pak Mat tukang masak cuba merasuah Budiman dengan memberi lauk lebih ketika makan tetapi Budiman enggan menerima. Pak Jais melawat ke dapur untuk mengetahui sebarang masalah khususnya mengenai kualiti makanan yang dihidangkan. Pak Jais mendapat laporan bahawa makanan sering tidak mencukupi. Budiman, Chong dan Chandra mengesyaki bahawa masalah itu mungkin disebabkan oleh perbuatan Pak mat tukang masak. Mereka pernah nampak orang tua itu menjunjung kotak besar untuk dibawa keluar. Pak Mat tukang masak menyedari dirinya dalam bahaya. Dia meminta Budiman supaya jangan membuka rahsia itu.

Rahsia Tersimpan

Suatu

malam Budiman, Chong dan Chandra mengadu kekurangan makanan di asrama. Mereka kelaparan dan tidak dapat tidur lena. Mereka mengadu kepada Pak Jais supaya menyiasat mengenai perkara itu. Namun demikian apabila Pak Jais membuat siasatan didapati semua barang makanan cukup. Kes tamat begitu sahaja. Suatu malam, Budiman mendengar gesekan biola dari arah rumah banglo di lereng bukit. Dia ingin menyiasat. Budiman berjalan ke arah rumah besar itu. Tiba-tiba dia ternampak dua lembaga yang dikenal pasti sebagai Pak Mat tukang masak dan Pak Man tukang jahit. Pak Man tukang jahit bercerita pelbagai perkara mengenai mereka berdua termasuk aktiviti yang dilakukan seperti membuka kedai runcit, menjual biola Bayu Senja dan sebagainya. Tanpa disedari oleh mereka, Budiman mendengar perbualan tersebut.

Hantu Biola

Budiman berazam untuk ke rumah tua di lereng bukit yang


pernah dikunjungi oleh Pak Mat tukang masak sebelum itu. Pak Mat tukang masak menceritakan mengenai biola yang dimilikinya. Menurutnya, biola itu milik rakannya yang sudah mati. Dia sepatutnya menyerahkan biola tersebut kepada anaknya. Tetapi Pak Mat tukang masak tidak mengetahui tempat tinggal anak rakannya itu. Akhirnya biola itu dijual kepada seorang buta dengan harga tiga ratus ringgit. Suatu malam Budiman mencari keluar dari rumah Bonda. Dia memanjat pokok tembusu untuk ke rumah tua di lereng bukit. Dia mendapati ada seorang tua memakai cermin mata dan mengagak orang tua itulah yang membeli biola daripada Pak Mat tukang masak. Orang tua itu mula menggesek biola. Beberapa lagu yang dimainkan adalah ciptaan arwah ayahnya termasuk sebuah lagu Jepun iaitu Shina No Yoru. Budiman kembali ke asrama apabila orang tua itu berhenti daripada menggesek biola.

Pergi Ke Rumah Tua

Sudah tiga malam Budiman tidur lewat. Dia terkenang akan


pesanan baginda sultan supaya menjadi seorang penggesek biola yang terkenal seperti arwah bapanya. Tiba-tiba Budiman ternampak sebuah teksi menuju ke arah rumah tua di lereng bukit. Budiman bergegas ke rumah itu dan dia mendengar orang tua itu mula menggesek biola. Malam itu Budiman dapat mendengar gesekan biola dengan sepuas-puasnya. Dengan itu hilanglah rindu pada ayahnya. Sejak malam itu, cita-citanya akan menjadi kenyataan. Persoalannya, bagaimana dia boleh mendapatkan biola sedangkan dia tidak mempunyai duit. Malam berikutnya, Budiman tidak dapat tidur. Minatnya terhadap biola menguasai fikirannya. Keinginannya untuk memiliki biola sendiri terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpinya. Segala mimpi yang dialami oleh Budiman dicerita kepada rakan karibnya Chandra dan Chong. Akhirnya mereka bertiga mengambil kata sepakat.

Kata Sepakat

Tiga rakan karib itu hanya dapat bekerja beberapa hari sahaja
kerana banyak halangannya. Malah mereka gagal mendapat upah daripada pengurus stesen minyak itu. Budiman mencadangkan agar mereka mencuri biola orang buta di lereng bukit. Mereka bertiga sepakat untuk memancing biola. Malam itu Budiman, Chandra dan Chong memanjat pokok rambutan berhampiran tingkap bilik Si Buta. Usaha mereka gagal apabila galah yang dipegang Budiman tercucuk punggung Chandra. Chandra terkejut lalu terjatuh ke bawah. Mereka bertempiaran lari meninggalkan rumah Si Buta. Budiman semakin bimbang kerana belum mula berlatih sedangkan hari Pertandingan Bintang Biola Remaja semakin hampir.

Biola Sebuah

Hari Isnin, Budiman dipanggil oleh Pak Jais ke pejabatnya.


Semua rakan karibnya ikut serta. Dia diberitahu mengenai Pertandingan Bintang Biola Remaja. Budiman berminat menyertainya tetapi tidak memiliki biola. Pak Jais sedar akan hal itu dan mereka berbincang bagaimana caranya untuk membeli sebuah biola untuk Budiman belajar. Chandra mencadangkan agar mereka diberi pelepasan sehari untuk bekerja di kota raya. Pak Jais bersetuju dengan cadangan tersebut. Keesokannya, Pak Jais membawa Budiman berjumpa sahabatnya Datin Siti Norbayu yang memiliki sekolah muzik di kota raya. Pak Jais menerangkan tujuan dan hasrat mereka berjumpanya. Datin Siti Norbayu meminta Budiman menggesek biola. Budiman menggesek dua buah lagu iaitu Sayang Mas Merah dan Serampang Laut. Datin Siti Norbayu kagum dengan bakat yang ditunjukkan oleh Budiman. Dia bersetuju untuk melatih Budiman bermain biola di sekolah muzik itu.

Datin Siti Norbayu

Você também pode gostar