Você está na página 1de 24

PENILAIAN TERHADAP KAJIAN IMPAK TEKNOLOGI `KNAPSACK SPRAYER (M-SPRAY) DIKALANGAN PENGGUNA DI SEMENANJUNG MALAYSIA Mohd Johaary Abdul

Hamid & Abu Kasim Ali


ABSTRACT The survey assesment on impact technology of knapsack sprayer (M-Spray) by users had been conducted in Peninsular Malaysia by using the structured questionairre. There is 101 respondents had been sample by using random sampling methods from 243 populations who were identified. The instruments of the studied had been analized by using discripitive statistics, correlation Pearsons and crosstabulation. The findings had showed, the acceptanced of MSpray technology users are very influenced with the factors of education background (.0004) and income (.0043) because it have a significant different with the agencies which are transfer it. The respondent assesment about MSpray technology had showed that, the strenghts of the technologies were have light tanks, compact and strong because it had been produced by quality plastic (92.1%), stable when it had put on the ground (81.2%), comfortable when used it because the design fits the body shape (78.3%), easy and users family to operate (77.2%) and the tank mouth is big and deep, so the water / pesticide not easy to split out when it had pour (76.3%). Another factor like tank base is not sharp, spray lance is long and front end is curved, level linkage which is connected to the pump not easy to crooked, huge quality belts/straps and nozzle hole is delicate. Nevertheless, besides the technology M-Spray strenghts, the weaknesses such as difficult to get a spareparts, the price is quite expensive in the market, high maintainance cost and the gadget easy to leaking which needs more serius attention from the technology generator (inventor). Beside that, the satisfaction about the performance and capacity of M-Spray technology is quite low if it had been compared to others knapsack sprayer. Thats mean, the capability of M-Spray technology needs to increase the quality to become better or compete with others knapsack spayer. So, there are some suggestions which is recommended to value-added the M-Spray technology and to organized the special clinics for the users to maintans the M-Spray technology. Therefore, it can give a hope to all the problems which is facing the users like leaking, the maintanance cost and the spareparts can be minimize. Keyword : impact technology, knapsack sprayer, users

ABSTRAK Survei terhadap penilaian impak teknologi knapsack sprayer (M-Spray) dikalangan pengguna ini dijalankan di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan borang soalselidik berstruktur. Sebanyak 101 orang responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah daripada sejumlah 243 orang populasi yang dikenalpasti. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan statistik diskriptif, korelasi Pearsons serta crosstabulation. Dapatan kajian menunjukkan, penerimaan pengguna teknologi M-Spray ini sangat bergantung kepada faktor kelulusan/tahap pendidikan (.0004) serta pendapatan (.0043) kerana ianya mempunyai hubungan perbezaan yang signifikan terhadap agensi-agensi yang menyebarkannya. Penilaian responden mengenai teknologi M-Spray pula menunjukkan bahawa, kelebihan teknologi ini adalah tangkinya yang ringan, padat dan kuat kerana diperbuat daripada plastik yang berkualiti (92.1%), stabil apabila diletakkan di atas tanah (81.2%), selesa ketika digunakan kerana rekabentuknya sesuai dengan bentuk badan (78.3%), senang dan mudah dikendalikan (77.2%) serta mulut tangkinya yang besar dan dalam menyebabkan racun / air tidak mudah memercik keluar ketika pengisian dilakukan (76.3%). Faktor-faktor lain seperti alas tangki yang tidak tajam, joran yang panjang dan melengkung di depan, penyambung tuil kepada pam yang tidak mudah bengkok, tali galas yang lebar dan berkualiti bagi membolehkan ianya dilaraskan serta lubang nozel yang halus dan mengeluarkan semburan yang halus dan serata turut menjadi pilihan kepada responden. Namun begitu, disebalik kelebihan teknologi M-Spray, masih terdapat juga kelemahannya seperti susah untuk mendapat alat ganti, harganya mahal di pasaran, kos penyelenggaraan tinggi serta peralatannya mudah bocor perlu diberi perhatian yang serius oleh penjana teknologi (inventor). Selain itu, tahap ketidakpuasan pengguna terhadap prestasi serta kemampuan teknologi M-Spray ini pula agak rendah apabila dibuat perbandingan terhadap knapsack sprayer daripada jenis lain. Ini menunjukkan bahawa, keupayaan teknologi M-Spray ini perlu dipertingkatkan supaya ianya lebih baik atau setanding dengan knapsack sprayer daripada jenis lain. Di antara cadangan penyelesaian yang disyorkan adalah dengan menambahbaik lagi teknologi M-Spray yang sedia ada serta mengadakan klinik khas kepada pengguna teknologi bagi menyelenggara segala bentuk kesulitan atau kerosakan yang dialami oleh M-Spray. Dengan adanya klinik khas ini, diharapkan sedikit sebanyak permasalahan berkaitan dengan kebocoran, kos penyelenggaraan serta alat ganti dapat diminimakan.

PENGENALAN

Di kebanyakan negara-negara membangun di Asia, teknologi knapsack sprayer telah digunakan secara meluas dikalangan pekebun-pekebun kecil terutama sekali oleh petani yang mengamalkan penyemburan pestisid (Lim 1983).

Menurut Heong (1984), perkara ini juga berlaku di Malaysia di mana, kebanyakan petani kecil-kecilan masih lagi menggunakan knapsack sprayer sebagai alat yang popular dikalangan pengamal yang menggunakan pestisid untuk tanaman seperti padi, tembakau dan sayur-sayuran.

Kebanyakan petani ini menggunakan knapsack sprayer yang dihasilkan oleh pengilang-pengilang tempatan (Anas et al, 1987). Terdapat sebanyak tujuh buah kilang tempatan yang terletak di Kluang, Johor yang mengeluarkan sebanyak 300,000 unit spray setahun dengan menggunakan 10 hingga 15 jenama yang berbeza.

Namun begitu, Anas (1987) telah menyatakan bahawa kebanyakan knapsack sprayer yang dihasilkan oleh syarikat tempatan tidak dihasilkan dengan baik serta tidak memenuhi minimum standard serta paiwaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO).

Ini menyebabkan, kebanyakan knapsack sprayer itu mempunyai kualiti penghasilan yang kurang baik kerana mereka bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan hasil jualan dengan cara mengurangkan harga kos tanpa menghiraukan kualiti yang dihasilkan.

Akibatnya, banyak jenama knapsack sprayer baru serta yang lebih berkualiti tinggi telah di import dari negara luar seperti dari negara-negara

Eropah (Berthoud, Birchemeir, Cooper Pegler, Hardi dan Solo ) dan Jepun (Maruyama) untuk memasuki pasaran tempatan. (Jusoh 1987)

Justeru itu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik MARDI terhadap knapsack sprayer yang lebih berkualiti tinggi telah berjaya

mengkomersilkan knapsack sprayer yang diberi nama M-Spray. Rekabentuk teknologi M-Spray ini telah dipatenkan serta dilindungi dan telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa serta dari SIRIM Berhad bagi mencapai standard serta piawaian yang digunapakai bagi sesuatu knapsack sprayer.

Natijahnya, suatu memorandum persefahaman telah di adakan di antara syarikat Marditech Corp. Sdn. Bhd dengan Metraplas Holding Sdn Bhd bagi mengkomersilkan teknologi M-Spray ini. Hasil usaha sama ini (joint venture) maka syarikat ini telah digabungkan menjadi satu syarikat yang dikenali sebagai Marditech Plas Sdn Bhd yang berperanan memperluaskan lagi pasaran teknologi M-Spray ini di dalam dan di luar negara.

Teknologi M-Spray diperbuat dari material plastik yang ringan serta berkualiti tinggi serta mampu menyimpan 16 liter atau 4 gelen air atau racun apabila ianya diisi dengan penuh. Rekabentuk tangkinya juga dibuat untuk mendapatkan keselesaan yang maksimum kepada operator atau pengguna serta mempunyai ciri-ciri yang tahan lasak.

Sehubungan itu, kajian penilaian impak teknologi M-Spray ke atas pengguna teknologi ini perlu dilakukan untuk (i) mengukur tahap penerimaan teknologi knapsack sprayer (M-Spray) dikalangan pengguna dengan tahap penyebarannya; (ii) menilai tahap penggunaan teknologi M-Spray dikalangan pengguna; dan (iii) menentukan tahap prestasi teknologi M-Spray dengan

kepuasan pengguna yang pernah menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain serta perbandingannya dengan teknologi M-Spray.

METODOLOGI KAJIAN

Survei

bagi

memperoleh

maklumat

primer

daripada

pengguna

yang

menggunakan teknologi knapsack sprayer (M-Spray) telah dilakukan pada bulan September hingga Disember 2005. Ia dilakukan secara temubual bersemuka dengan menggunakan soal selidik berstruktur serta mengepos borang kajiselidik tersebut kepada responden serta dikembalikan semula ke dalam sampul surat

bersetem yang beralamat Institut untuk dianalisis. Soal selidik merangkumi empat bahagian yang utama iaitu mengenai Profail Responden, Tahap Penerimaan Teknologi M-Spray, Penilaian Teknologi M-Spray dan Prestasi Teknologi M-Spray.

Responden yang dipilih adalah berdasarkan persampelan rawak mudah yang dibuat terhadap semua pengguna teknologi ini yang berjumlah 243 orang. Sumber maklumat mengenai bilangan pengguna teknologi ini diperoleh daripada stesen-stesen MARDI negeri, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),

Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Felcra Agro serta jualan sempena ekspo MAHA 2004 oleh Syarikat Metra Plas Sdn Bhd.

Kaedah Pengumpulan Data Populasi pengguna teknologi knapsack sprayer (M-Spray) di ambil daripada setiap negeri-negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak sembilan buah negeri iaitu Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor / Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi persampelan. Berdasarkan saiz sampel serta statistik yang dilakukan terhadap kajian ini, sebanyak 101 responden telah dipilih secara persampelan rawak mudah.

Peratusan Bilangan Responden Yang Dipilih (%)

17%

8% 17%

Johor Kedah Kelantan Negeri Sembilan Pulau Pinang Pahang

8%

19%

Perak Terengganu Selangor & KL

Analisis Data Semua data dianalisis dengan menggunakan Program SPSS (Statistical Package for Social Science). Instrumen statistik adalah dengan menggunakan frekuensi deskriptif (frekuensi, min, peratus dan sisihan piawai) , korelasi Pearsons dan Crosstabulation.

Batasan Kajian Masalah utama yang dihadapi ialah tidak ada satu pangkalan data khusus yang dibangunkan oleh penjana teknologi (Marditech Plas Sdn Bhd) bagi menyimpan profil nama, alamat lengkap serta nombor perhubungan pengguna-pengguna teknologi M-Spray ini di seluruh pelusuk negara semenjak ia dikomersilkan. Justeru, bilangan populasi adalah terhad kepada pengguna yang terdiri daripada pekerja am rendah (buruh) di stesen-stesen MARDI, pembeli dari kedai-kedai LPP / LPN / Felcra Agro serta penjualan dari pameran MAHA 2004. Ini

menyebabkan jumlah sebenar pengguna yang menggunakan teknologi ini tidak dapat diperolehi dengan secara tepat kerana ketiadaan alamat tetap pengguna teknologi knapsack sprayer M-Spray.

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN Daripada 101 responden yang dikaji, majoriti umur responden ialah diantara 4150 tahun iaitu 49.5%, manakala kekerapan umur responden yang terendah ialah kurang daripada 20 tahun iaitu 1.0%. Jadual 1 : Umur Responden
Valid Kurang 20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun 61-70 tahun Total Frequency 1 11 21 50 16 2 101 Percent 1.0 10.9 20.8 49.5 15.8 2.0 100.0 Valid Percent 1.0 10.9 20.8 49.5 15.8 2.0 100.0 Cumulative Percent 1.0 11.9 32.7 82.2 98.0 100.0

Dari segi tahap pendidikan, majoriti responden iaitu 84.2% memiliki kelulusan minima sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah dan sekolah menengah. Hanya 10.9% dan 5.0% sahaja yang memiliki sijil/diploma dan ijazah/sarjana. Manakala, 3.0% responden tidak bersekolah. Jadual 2 : Tahap Pendidikan Tertinggi Responden
Frequency 3 47 35 11 5 101 Percent 3.0 46.5 34.7 10.9 5.0 100.0 Valid Percent 3.0 46.5 34.7 10.9 5.0 100.0 Cumulative Percent 3.0 49.5 84.2 95.0 100.0

Valid

Tidak Sekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sijil/Diploma Ijazah/Sarjana Total

Jadual 3 menunjukkan bahawa min pendapatan responden adalah sebanyak RM 1,198.05 dan min responden terlibat dengan aktiviti pertanian adalah 14.09 tahun. Ini menunjukkan bahawa, kebanyakan pengguna teknologi M-Spray ini adalah terdiri daripada orang yang memang berpengalaman di dalam sektor pertanian. Jadual 3 : Frekuensi Diskriptif Tahun Responden Terlibat Dengan Bidang Pertanian dan Pendapatan Yang Diperolehi
N Thn Terlibat Dengan Bidang Pertanian Pendapatan Valid N (listwise) 99 94 92 Minimum 1 RM 450 Maximum 33 RM 5,500 Min 14.09 RM 1,198.05 Std. Deviation 9.862 RM 761.222

Penerimaan Teknologi M-Spray Dikalangan Pengguna Dengan Tahap Penyebarannya Analisis korelasi Pearsons digunakan untuk menentukan hubungan yang signifikan antara faktor penerimaan teknologi M-Spray dikalangan responden dengan faktor penyebarannya. Berdasarkan Jadual 4, faktor kelulusan (tahap pendidikan) mempunyai nilai yang signifikan dengan faktor agensi iaitu 0.004. Disamping itu, faktor tahun pengguna mula tahu (kesedaran) mengenai teknologi M-Spray (0.034) serta faktor tahun pengguna mula menggunakan teknologi MSpray (0.006) juga turut memberi hubungan yang signifikan terhadap faktor kelulusan responden.

Selain itu, pendapatan responden juga turut menyumbang terhadap hubungan yang signifikan dengan faktor agensi iaitu 0.043. Oleh yang demikian, faktor penerimaan iaitu kelulusan serta pendapatan responden adalah amat signifikan dengan faktor penyebarannya melalui agensi, tahun responden mula tahu (kesedaran) serta tahun responden mula menggunakan teknologi M-Spray. Jadual 4 : Faktor Penerimaan Teknologi M-Spray Dikalangan Responden Dengan Faktor Penyebarannya.
Media Umur Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Tahun Terlibat Dengan Pertanian Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Kelulusan Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N Pendapatan Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N -.015 .952 18 -.180 .489 17 .039 .879 18 -.179 .506 16 Korelasi Pearsons Agensi -.031 .772 92 -.143 .180 90 -.297(**) .004 92 -.220(*) .043 85 Sumber lain .302 .125 27 .145 .481 26 .033 .870 27 .304 .132 26 Tahun Mula Tahu .022 .828 101 .005 .964 99 -.211(*) .034 101 .098 .347 94 Tahun Mula Guna -.001 .996 101 .012 .910 99 -.270(**) .006 101 .107 .303 94

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). * Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Correlation

Majoriti responden yang mempunyai kesedaran mengenai teknologi M-Spray serta mula mengambil tindakan untuk menggunakan teknologi ini adalah pada tahun 2002 iaitu sebanyak 76.2% dan 73.3%. Namun begitu, tahun-tahun berikutnya mencatatkan penurunan yang agak drastik mengenai kesedaran dan penggunaan teknologi M-Spray dikalangan responden.

10

Jadual 5 : Kesedaran Mengenai Menggunakannya


TAHUN Tahun 2005 Tahun 2004 Tahun 2003 Tahun 2002 Total

Teknologi M-Spray dan Tindakan


TAHUN MULA GUNA Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent 5 2 20 74 101 5.0 2.0 19.8 73.3 100.0 5.0 2.0 19.8 73.3 100.0 5.0 6.9 26.7 100.0

TAHUN MULA TAHU Valid Cumulative Frequency Percent Percent Percent 2 2 20 77 101 2.0 2.0 19.8 76.2 100.0 2.0 2.0 19.8 76.2 100.0 2.0 4.0 23.8 100.0

Diantara agensi yang cukup berpengaruh yang menyebarkan teknologi M-Spray kepada responden ialah MARDI (74.3%), LPP/PPN (12.9%), Marditech Plas

Sdn Bhd (3.0%) dan Jabatan Pertanian (1.0%). Butiran terperinci terdapat di dalam Jadual 6. Jadual 6: Agensi Terlibat Yang Memperkenalkan & Menyebarkan Teknologi M-Spray Dikalangan Responden
Valid Marditech Plas Sdn Bhd LPP/PPN Jabatan Pertanian MARDI Total Missing Total System Frequency 3 13 1 75 92 9 101 Percent 3.0 12.9 1.0 74.3 91.1 8.9 100.0 Valid Percent 3.3 14.1 1.1 81.5 100.0 Cumulative Percent 3.3 17.4 18.5 100.0

Penilaian Terhadap Teknologi M-Spray Sebanyak 101 responden telah membuat penilaian mengenai kekuatan dan kelemahan teknologi M-Spray ini. Butiran terperinci adalah seperti di dalam Jadual 7.

11

Jadual 7 : Peratus (%) Kekuatan & Kelemahan Teknologi M-Spray Dari Perspektif Responden Perkara Sangat Tidak Tida Setuju Sangat Tidak Setuju k Setuju Setuju Pasti Senang dan mudah dikendalikan 1.0 14.9 6.9 68.3 8.9 (users friendly) Tahan lasak (tidak mudah rosak) Selesa digunakan kerana rekabentuknya sesuai dengan bentuk badan Takat penanda aras (volume marking) mudah dilihat dengan jelas Tangkinya ringan, padat dan kuat kerana diperbuat dari plastik yang berkualiti Stabil apabila diletakkan di atas tanah (tidak mudah tumbang) 0 0 2.0 23.8 13.9 16.8 16.8 7.9 9.9 47.5 73.3 62.4 11.9 5.0 7.9

1.0

2.0

5.0

77.2

14.9

12.9 29.7

5.9 19.8

77.2 42.6

4.0 2.0

Cylinder, Pressure Chamber, 5.9 Hose, Spraying Extension dan Hose Clip tidak mudah bocor Penyambung tuil (Hose/Lever 2.0 Linkage) kepada pam tidak mudah bengkok menyebabkan kerja-kerja pengepaman menjadi lebih lancar Skru tidak mudah tercabut/tertanggal Lubang nozel halus (kurang 1mm) dapat mengeluarkan titisan semburan yang halus dan serata 1.0 1.0

12.9

11.9

65.3

5.9

24.8 18.8

14.9 13.9

52.5 60.4

5.0 5.9

Mulut tangki yang besar dan 0 dalam menyebabkan racun atau air tidak mudah memercik keluar semasa proses menuangkannya

13.9

9.9

71.3

5.0

12

Joran (Spraying Extension/Lance) 0 yang panjang dan melengkung di depan Twin Elbow untuk memudahkan penyemburan dilakukan ke arah tempat yang dikehendaki Muncung atau nozzle tidak mudah 2.0 tersumbat kerana terdapat penapis (filter) yang mempunyai lubang yang halus bagi mengelakkannya dari dimasuki benda asing. Tali galas (belt/straps) yang lebar 0 dan berkualiti memudahkan ianya dilaraskan mengikut bentuk badan pengguna serta dapat menampung berat tangki yang penuh. Alas bawah tangki (Tank Base) 0 tidak tajam dan tidak akan mencederakan belakang / punggung pengguna semasa dioperasikan. Senang untuk memperolehi alat 2.0 ganti Harganya murah di pasaran Kos penyelenggaraan rendah 0 1.0

15.8

9.9

67.3

5.9

27.7

4.0

59.4

5.9

19.8

8.9

65.3

5.9

17.8

7.9

68.3

5.9

24.8 8.9 6.9

37.6 47.5 38.6

30.7 28.7 33.7

2.0 4.0 6.9

Diantara kelebihan utama teknologi M-Spray dari perspektif responden adalah tangkinya ringan, padat dan kuat kerana diperbuat dari plastik yang berkualiti iaitu 92.1%. Selain itu, responden juga menyatakan ianya stabil apabila diletakkan di atas tanah serta tidak mudah tumbang iaitu 81.2%. Faktor keselesaan apabila digunakan (78.3%), mudah/senang dikendalikan (77.2%)

13

serta mulut tangkinya yang besar dan dalam turut menjadi faktor penggalak responden untuk memilihnya. Alas tangki (Tank Base) yang tidak tajam (74.2%), joran (lance) yang panjang dan melengkung di depannya (73.2%), penyambung tuil (hose) kepada pam yang tidak mudah bengkok (71.2%), tali galas (straps) yang lebar dan berkualiti bagi memudahkan ianya dilaraskan mengikut bentuk badan dan menampung berat tangki yang penuh (71.2%) serta takat penanda aras yang mudah dilihat dengan jelas (70.3%) juga merupakan faktor yang tidak kurang pentingnya dikalangan responden. Selain itu, muncung nozel yang halus (66.3%) dan tidak mudah tersumbat (65.3%) , tangkinya tahan lasak (59.4%) serta skrunya yang tidak mudah tercabut (57.5%) turut menjadi pilihan dikalangan responden. Disamping kelebihannya, teknologi M-Spray juga mempunyai

kelemahannya yang tersendiri iaitu Cylinder, Pressure Chamber, Hose, Spraying Extension dan Hose Clip mudah bocor, kos penyelenggaraan yang tinggi, harganya yang mahal di pasaran serta sukar untuk mendapat alat ganti merupakan faktor utama kelemahan teknologi M-Spray dikalangan responden.

Prestasi Teknologi M-Spray Daripada 101 orang responden, majoriti masih menggunakan lagi teknologi MSpray iaitu sebanyak 63.3% responden. Manakala, 36.7% responden pula telah berhenti serta tidak lagi menggunakan teknologi M-Spray ini kerana beberapa sebab diantaranya:

14

a) Banyak masalah yang timbul melibatkan peralatan; b) Mudah rosak; c) Tekanan tidak kuat untuk proses pengepaman; d) Mudah tersumbat; dan e) Mempunyai pilihan terhadap knapsack sprayer daripada jenis lain

Jadual 8 & 9 menunjukkan prestasi teknologi M-Spray yang mempengaruhi faktor kepuasan responden terhadap penggunaan teknologi M-Spray, faktor responden yang pernah menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain serta faktor perbandingan terhadap teknologi M-Spray dengan knapsack sprayer dari jenis lain. Alatan statistik yang digunakan bagi menguji ketiga-tiga faktor ini adalah dengan menggunakan crosstabulation . Jadual 8: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Teknologi M-Spray
Cases Valid N Pernah Guna Jenis Lain * Perbandingan M-Spray Dengan Jenis Lain * Berpuashati Dengan MSpray 86 Percent 85.1% N 15 Missing Percent 14.9% N 101 Total Percent 100.0%

15

Jadual 9: Tahap prestasi Teknologi M-Spray Dengan Faktor Berpuashati, Pernah Guna Knapsack Jenis Lain serta Perbandingannya Dengan Knapsack Sprayer Jenis Lain
Perbandingan M -Spray Dengan_Jenis_Lain Berpuashati Dengan M-Spray Lebih baik Ya Pernah Guna Jenis Lain Ya 19 1 20 Ya Tidak Total Tidak pasti Pernah Guna Jenis Lain Total Sama sahaja Pernah Guna Jenis Lain Total Ya Ya Tidak 9 0 9 1 0 1 Tiada Perbezaan 10 1 11 5 0 5 3 0 3 1 1 1 1 Kurang baik 2 0 2 23 1 24 Tidak Tahu 1 1 2 2 0 2 4 1 5 32 3 35 39 1 40 8 1 9 2 2 Total

Tidak Total Pernah Guna Jenis Lain

Tidak

Berdasarkan

Jadual

9,

sebanyak

32

orang

responden

yang

pernah

menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain berpuashati dengan prestasi teknologi M-Spray. Daripada jumlah itu, sebanyak 19 orang responden menyatakan ianya adalah lebih baik dari knapsack sprayer daripada jenis lain berbanding 10 responden menyatakan ianya tiada beza, 2 orang responden menyatakan teknologi M-Spray kurang baik dan hanya seorang responden tidak tahu mengenai perbandingan yang dibuat di antara M-Spray dengan knapsack sprayer daripada jenis lain.

Walau bagaimanapun, bilangan responden yang pernah menggunakan knapsack sprayer daripada jenis lain yang tidak berpuashati dengan prestasi

16

teknologi M-Spray mencatatkan junlah yang agak tinggi iaitu sebanyak 39 responden. Di mana, sebanyak 23 responden menyatakan ianya kurang baik berbanding dengan knapsack sprayer daripada jenis lain, 9 responden

menyatakan ianya adalah lebih baik, 5 responden menyatakan ianya tiada beza serta dua responden menyatakan tidak tahu mengenai perbandingan di antara teknologi M-Spray dengan knapsack sprayer daripada jenis lain.

Ini

menunjukkan

bahawa,

kebanyakan

responden

adalah

tidak

berpuashati dengan prestasi teknologi M-Spray ini sekiranya perbandingan dilakukan terhadap responden yang pernah menggunakan teknologi knapsack sprayer daripada jenis lain. Ini terbukti di dalam jadual 10 menunjukkan sebanyak 44.6% responden yang tidak berpuashati dengan teknologi M-Spray berbanding 40.6% yang berpuashati dengan prestasinya.

Jadual 10 : Tahap kepuasan pengguna terhadap teknologi M-Spray


Berpuashati Cumulative Percent 42.3 88.7 97.9 100.0

Valid

Ya Tidak Tidak pasti Sama sahaja Total

Frequency 41 45 9 2 97 4 101

Percent 40.6 44.6 8.9 2.0 96.0 4.0 100.0

Valid Percent 42.3 46.4 9.3 2.1 100.0

Missing Total

System

17

Disamping itu juga, tahap kepuasan pengguna teknologi M-Spray juga turut mempengaruhi minat pengguna untuk menggunakannya pada masa atau tahun akan datang di mana hanya 46.5% sahaja yang bersetuju untuk terus menggunakannya menggunakannya berbanding serta 26.7% 15.8% lagi yang yang tidak tidak mahu pasti lagi untuk untuk terus

menggunakannya. Jadual 11 menunjukkan butiran pengguna yang akan terus menggunakan teknologi M-Spray pada tahun hadapan.

Jadual 11 : Responden yang akan menggunakan teknologi M-Spray pada masa atau tahun hadapan
Frequency 47 16 27 90 11 101 Percent 46.5 15.8 26.7 89.1 10.9 100.0 Valid Percent 52.2 17.8 30.0 100.0 Cumulative Percent 52.2 70.0 100.0

Valid

Ya Tidak Tidak pasti Total

Missing Total

System

CADANGAN & PERBINCANGAN

Penerimaan

Teknologi

M-Spray

Oleh

Responden

Serta

Tahap

Penyebarannya

Keputusan kajian menunjukkan faktor penerimaan teknologi M-Spray iaitu kelulusan (tahap pendidikan) responden mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan tahap penyebarannya yang terdiri daripada agensi-agensi seperti MARDI, Marditech Plas Sdn Bhd, LPP/PPN serta Jabatan Pertanian.

18

Disamping itu, faktor penerimaannya juga sangat signifikan dengan tahap penyebarannya melalui kesedaran responden semenjak tahun ia mula-mula tahu mengenai teknologi M-Spray serta tindakan responden untuk menggunakan teknologi ini. Maka bolehlah disimpulkan bahawa, semakin berpendidikan responden itu, semakin mudah untuk ia menerima penyebaran teknologi MSpray yang dikomersialkan melalui agens-agensi terbabit.

Selain itu, faktor pendapatan responden juga turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam menentukan hubungan yang signifikan dengan tahap penyebaran teknologi M-Spray ini melalui agensi-agensi berkenaan. Justeru, bolehlah disimpulkan bahawa pendapatan responden memainkan peranan yang cukup penting bagi menunjukkan kuasa membeli responden terhadap penyebaran teknologi M-Spray yang dikomersialkan oleh agensi-agensi terbabit.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian menunjukkan bahawa fokus penjualan teknologi M-Spray oleh syarikat Marditech Plas Sdn Bhd hanya tertumpu kepada agensi kerajaan semata-mata. Justeru itu, penyebaran teknologi ini kepada agensi swasta yang lain juga perlu dipertingkatkan pemasarannya disamping menembusi pasaran di negeri-negeri di luar Semenanjung Malaysia iaitu seperti di negeri Sabah dan Sarawak serta negaranegara luar.

19

Oleh yang demikian, harga yang ditawarkan kepada pengusaha daripada agensi-agensi tempatan mahu pun di luar negara perlulah lebih kompetitif dan berpatutan. Ini kerana daya saing yang diterima oleh syarikat pengeluaran knapsack sprayer tempatan serta antarabangsa mampu menawarkan harga yang lebih murah serta mempunyai kualiti yang setanding atau lebih baik daripada teknologi M-Spray yang berada di pasaran.

Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Prestasi Teknologi M-Spray

Berdasarkan tahap kepuasan responden terhadap prestasi teknologi MSpray menunjukkan keadaan sebaliknya. Ini mungkin berpunca dari faktor kelemahan-kelemahan yang terdapat pada teknologi M-Spray itu sendiri seperti kesukaran untuk memperolehi alat ganti, harga seunitnya yang agak mahal, kos penyelenggaraan yang tinggi, Cylinder, Pressure Chamber, Hose, Spraying Extension dan Hose Clip mudah bocor, pamnya yang ketat / susah apabila hendak mengepam serta air yang melimpah ke belakang apabila ianya diisi dengan penuh.

Disamping itu, responden yang pernah menggunakan knapsack sprayer dari jenis lain juga turut menunjukkan tahap signifikan yang rendah. Ini kerana responden tidak berpuashati dengan tahap prestasinya yang kurang baik apabila dibandingkan dengan knapsack sprayer jenis plastik yang lain serta knapsack sprayer daripada jenis konvensional.

20

Ini berkemungkinan, responden merasakan knapsack sprayer jenis plastik yang lain kurang menimbulkan masalah serta kelemahan berbanding teknologi M-Spray. Disamping itu, terdapat juga responden yang sudah terbiasa serta lebih selesa apabila menggunakan knapsack sprayer dari jenis konvensional yang diperbuat dari aloi atau logam yang kurang menimbulkan masalah atau kerosakan yang melibatkan peralatan serta mudah untuk melakukan

pengepaman.

Sehubungan itu, berdasarkan pemerhatian serta kajian terhadap kekuatan dan kelemahan yang dijalankan terhadap teknologi M-Spray ini, beberapa cadangan serta penambahbaikan telah disyorkan oleh responden di antaranya adalah:

a)

Menjadikan

rekabentuk

knapsack

sprayer

(M-Spray)

ini

bertambah baik dan menarik terutama sekali dari aspek keselesaan serta mempunyai bentuk tangki yang agak melengkung pengguna. b) Menggantikan penutup yang lebih rapat supaya air tidak mudah melimpah keluar apabila ianya diisi dengan penuh. c) Pam perlu diperbaiki supaya ia tidak ketat semasa mengepam dalam tempoh yang lama. untuk disesuaikan dengan bentuk badan

21

d)

Menjadikan pam yang boleh dilaraskan pada tangan sebelah kiri atau tangan kanan mengikut kesesuaian pengguna sebagai alternatif kepada pengguna kidal.

e)

Lubang nozel perlu diperbesarkan atau dibekalkan dengan beberapa nozel yang mempunyai kehalusan yang berbeza kerana setiap tanaman yang diusahakan adalah berbeza-beza mengikut sesuatu komoditi.

f)

Tali penggalas yang tidak mudah tercabut serta mempunyai span/pads untuk keselesaan pengguna.

g)

Publisiti dan Promosi perlu diperluaskan terutama di media massa sama ada di media cetak atau elektronik bagi meningkatkan pemasaran teknologi pengguna sasaran. M-Spray ini kepada

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat yang penting mengenai tahap penerimaan dan penyebaran teknologi ini dikalangan pengguna serta tahap penilaiannya bagi mengenalpasti kekuatan serta kelemahan teknologi M-Spray yang secara tidak langsung dapat mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap prestasi teknologi ini.

22

Sehubungan itu, adalah diharapkan dengan menyatakan kekuatan serta kelemahan teknologi M-Spray ini disamping cadangan-cadangan untuk

menambah baik teknologi ini dapat membuka mata kepada penyelidik serta inventor untuk terus melakukan penyelidikan secara berterusan bagi menambah baik teknologi M-Spray ini dan seterusnya mengkomersilkan teknologi ini supaya mendapat tempat di hati pengguna di dalam serta luar negara.

23

RUJUKAN Anas, A.N.,M.M.Jusoh,K.L. Heong, N.K.Ho (1987) A Survey of Lever Operated Knapsack Sprayer Owned by The Rice Farmers in The MUDA Irrigation Scheme. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

K.L Heong, M.M. Jusoh, N.K.Ho, and A.N.Anas (1987) Sprayer Usage Among Rice Farmers in The MUDA Area. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur Md Jusoh, M.M., Anas, A.N., Heong, K.L.,Chan,C.W., Nik Mohd Nor,N.S.,Ho,N.K., Zaiton,A.S., Fauzi,A. (1987) Features of Lever Operated Knapsack Sprayer Considered Important by MUDA Rice Farmers in Deciding Which Sprayer To Buy. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Md Jusoh,M., A.N. Anas, and S.H.Sarif Hashim (1990) Towards Safer Pesticide Application Equipment For Small-Scale Farmers of Developing Asian Countries. Paper Presented at Symposium on the Impact of Pesticide Use on Health in Developing Countries. (14-22 September 1990) IDRC, Ottawa, Canada Sidek Mohd Noah (2002) Rekabentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia, Serdang Thornhill, E.W. (1987). Lever-operated Sprayer Selection. Paper Presented at International Conference on Pesticides in Tropical Agriculture (23-25 Sept 1987), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

24

Você também pode gostar