Você está na página 1de 2

29 September 2010

ALIH BENTUK TEKS JENIS PROSA MODEN

peti ARAHAN Alih bentuk bahasa yang berikut kepada bentuk prosa Melayu Moden.

PETIKAN ASAL
"Kenapa kau mahu jadi cikgu? Banyak lagi profesion lain. Keputusan STPM engkau sangat bagus. Mahu jadi lawyer pun boleh," Pak Majid menduga anaknya, Khatijah. "Saya mahu jadi guru sebab saya memang mahu jadi guru. Tiada siapa sokong saya. Saya yang mahu sendiri. Saya tidak mahu jadi macam guru saya dahulu. Saya nak jadi guru yang lain dari yang lain. Dahulu ada guru pilih kasih. Pelajar yang ibu bapanya ahli PIBG selalu dilayan dengan baik. Kalau budak kelas corot, dia pandang kita macam cencorot. Sebab itu saya mahu jadi cikgu. Saya mahu sayang anak murid saya."

JAWAPAN YANG DICADANGKAN


Pak Majid menduga anaknya, Khadijah dengan mempersoalkan kemahuan anaknya yang ingin menjadi guru. Menurutnya, banyak profesion lain lagi yang boleh dipilihnya. Memandangkan keputusan peperiksaan STPM anaknya yang sangat baik, dia berpendapat bahawa sekiranya anaknya mahu menjadi peguam sekalipun, pasti dapat. Khadijah menjelaskan bahawa dia mahu menjadi guru disebabkan oleh kemahuannya sendiri. Tiada sesiapa yang menyokongnya dalam hal itu kerana dia sendiri yang mahu berbuat demikian. Khadijah kemudiannya menegaskan bahawa dia tidak mahu menjadi guru seperti gurunya dahulu. Menurutnya, dia mahu menjadi guru yang lain daripada yang lain. Tambahnya lagi, pada masa dahulu, ada guru yang bersikap pilih kasih. Sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai ibu bapa yang menjadi ahli PIBG, pelajar tersebut akan dilayan dengan baik. Sebaliknya, kalau pelajar itu tidak pandai atau berada di kelas yang terakhir, guru memandang pelajar sedemikian secara acuh tidak acuh sahaja. Oleh sebab itu, dia mahu menjadi guru. Khadijah menyatakan bahawa dia mahu menyayangi anak-anak muridnya.

ALIH BENTUK TEKS JENIS DIALOG

TEKS ASAL
Madona : Awak sudah pergi ke pejabat sekolah? Mukrisu : Belum, mengapa? Madona : Tadi, semasa saya di pejabat saya terpandang akan Pengetua sekolah baharu kita. Mukrisu : Benarkan begitu? Madona : Benar, beliau ada di pejabat. Orangnya agak serius.

JAWAPAN YANG DICADANGKAN


Madona ingin tahu sama ada Mukrisu sudah pergi ke pejabat sekolah atau tidak. Mukrisu menyatakan bahawa dia belum pergi ke pejabat sekolah. Mukrisu ingin tahu sebab Madona bertanyakannya sedemikian. Madona menjelaskan bahawa ketika dia berada di pejabat, dia ternampak Pengetua baharu sekolah mereka. Mukrisu meminta kepastian tentang kebenaran katakata Madona itu. Madona mengiyakan. Madona menyatakan bahawa Pengetua baharu itu sudah berada di pejabat dan beliau agak serius orangnya.

Você também pode gostar