Você está na página 1de 2

AKTA 308 dan Akta 550 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal

bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia? Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun. FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada; (a) Pendidikan prasekolah (b) Pendidikan rendah (c) Pendidikan menengah (d) Pendidikan lepas menengah (e) Pendidikan tinggi Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa. FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA (1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. (2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh

murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing. (3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.

Aktiviti 8: 1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika? 2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan? Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. 2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum.