Você está na página 1de 13

ISI KANDUNGAN Bil 1 2 3 Isi Kandungan Biodata diri Jenis-Jenis Rumah Rumah Tradisional Rumah limas Johor Rumah

ah Minangkabau Rumah Pahang Rumah Kutai (Perak) Rumah Melaka Rumah Bajau Rumah tinggi Melanau Rumah Panjang Rumah papan 4 Rumah rakit Rumah Moden Rumah teres Rumah banglo Villa Kondominium Rumah pangsa 9 Muka Surat 2 3 3

BIODATA DIRI 1

Nama : Nur Iman Izzati binti Rohizard Tarikh Lahir : 8 Julai 2001 Tempat Lahir : Hospital Daerah Sik No.Sijil Lahir : AV 91177 Umur : 10 Tahun Nama Bapa : Rohizard bin Abdul Rahman Umur Bapa : 37 Tahun Nama Ibu : Nor Hayati binti Kadir Umur Ibu : 34 Tahun Kelas : 4 Merah Tempat Belajar : Sek.Keb.Jeneri Hobi : Membaca buku cerita,berbasikal,berenang. Cita-Cita : Pensyarah Subjek Kegemaran : Matematik Azam : Mendapat 5A dalam UPSR

JENIS-JENIS RUMAH Rumah terbahagi kepada dua jenis iaitu

1. Rumah tradisonal 2. Rumah moden 1. RUMAH TRADISIONAL Rumah tradisional ialah rumah yang dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya. Contoh rumah-rumah tradisional ialah:

rumah limas Johor

rumah Minangkabau

Rumah Pahang

Rumah Kutai (Perak)

Rumah Melaka

Rumah Bajau (Sabah)

Rumah tinggi Melanau (Sarawak)

Rumah Panjang

RUMAH PANJANG Jenis rumah panjang biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur. Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu. Rumah panjang Sarawak Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada 5

pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti diadakan di tempat itu. Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu , ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.

RUMAH

PAPAN

Rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional maupun caranya dibangun tanpa paku.

Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah. Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ditanggal-buka dan di pasang semula di tempat lain.. Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil Rumah Ibu (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), sementara bahagian kedua ialah Rumah Dapur. Pengasingan ini juga pintar kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan juga mengurangkan bahaya Rumah Ibu dijilat api dengan cepat. Selain itu, selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari aras Rumah Ibu. Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding, cuma berpagar susur. Ini dipanggil serambi, ataupun selasar di setengah tempat di Pantai Timur. Serambi menjadi tempat pengantara di antara luar dan dalam rumah untuk duduk bekerja, beristirehat atau menerima tetamu yang tak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu, yakni tidak mengganggu keluarga.

RUMAH RAKIT

Rumah Rakit adalah rumah yang dibina di atas air. Biasanya dibina di tepi sungai atau di tasik tasik. Kebanyakan Rumah Rakit dihuni oleh orang kampung yang menjadikan sungai atau tasik sebagai mata pencariannya. Disamping ada juga individu membuat rumah rakit sebagai tempat untuk menyimpan sampan dan alat-alat menangkap ikan.

2. RUMAH MODEN Rumah moden ialah rumah seperti banglo, teres, pangsapuri. Rumah 8

begini dibina dengan kepakaran serta teknologi moden. Rumah moden pula dibina menggunakan batu bata, simen, besi, dan kaca.Contoh rumah-rumah moden ialah : i. RUMAH TERES

Diperkenalkan abad rumah teres

pada (juga

permulaan digelar

keduapuluh,

rumah paut lurus) telah digunakan di Malaysia dan Singapura sejak pemerintahan awal British pada kedua-dua negara tersebut. Berasaskan reka bentuk rumah teres British, variasi Asia Tengara adalah mirip dengan rakan British mereka (di mana tempat tinggal terletak di hapadan dan tingkat atas dan dapur di belakang). Versi-versi terdahulunya adalah lebih terbuka, direka bentuk untuk pengaliran udara yang lebih baik dan mencirikan halaman bahagian dalam, dengan sebuah laman depan, laman belakang, atau kedua-duanya. Sebuah rumah teres Malayu dan Singapura biasanya adalah satu atau dua tingkat tinggi, tetapi beberapa bilangan rumah teres yang mempunyai tiga atau empat tingkat juga wujud, khususnya rumah teres yang baru. Variasi terdahulunya mengikut seni bina Barat, Melayu, India dan Cina, dan juga Art Deco dan kegayaan Antarabangsa diantara 1930an dan 1950an.

Gaya yang mana bangunan-bangunan direka bentuk berlainan dalam sebuah kawasan bandar. Derivatif terletak di dalam pusat bandar juga menggunakan ruang mereka untuk perniagaan di tingkat lantai dan kegunaan tempat kediaman di tingkat pertama dan di atas (dengan secara tepat digelarkan rumah kedai, juga mirip dengan bangunan Lingnan). Rumah teres bahagian dalam bandar direka bentuk biasanya kekurangan laman hadapan, oleh itu struktur bangunan secara langsung didirikan di hadapan jalan. Sebuah anjung jarak lima kaki biasanya diletakkan di tingkat lantai untuk kegunaan oleh pemilik dan pejalan kaki. Rumah teres terletak di pinggiran pusat bandar adalah kurang terhad, walaupun reka bentuk bangunan itu sendiri tidak seperti yang berada di bandar. Sesetengah rumah kelihatan mencirikan laman hadapan yang lebih panjang, cukup untuk sebuah kereta. Yang lain secara terhad dijadikan sebuah taman kecil. ii. RUMAH BANGLO

Banglo ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna 10

sebuah rumah "dalam gaya Bengal". Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami, dan mempunyai serambi lebar. Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tingkat setengah, atau dua tingkat, dan ada juga yang agak besar. Dari segi unit luas (contohnya, kaki persegi atau meter persegi), banglo adalah lebih mahal untuk dibina berbanding dengan rumah dua tingkat disebabkan saiz asas dan bumbungnya lebih besar bagi ruang kediaman yang sama. Asas yang besar seringnya juga memerlukan tanah yang luas. Inilah sebabnya mengapa banglo selalunya tidak dibina secara berkembar dan tidak berkongsi asas atau dinding dengan rumah yang lain. iii.VILA

Vila

ialah

rumah yang

besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Kebanyakan pemilik Vila adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan atau jutawan besar di dalam atau luar negara. Mereka membina Vila sebagai 11

tempat yang ekskusif dan istimewa untuk kehidupan mereka mahupun sebagai tempat persinggahan. Biasanya sebuah Vila dilengkapi pengawal keselamatan dan sistem keselamatan berteknologi tinggi yang mengawasi setiap sudut kawasan Vila.

iv. KONDOMINIUM

Kondominium merupakan bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. Kondominium dibina di tengah-tengah kepadatan penduduk di dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur.

v. RUMAH PANGSA

12

Rumah Pangsa adalah bangunan empat tingkat yang blok-blok rumah pada setiap tingkat. Kerajaan yang prihatin akan membina rumah pangsa untuk rakyat miskin yang tidak mampu untuk membeli rumah di atas tanah seperti rumah teres. Mereka dapat memiliki rumah pangsa kerana harganya murah walaupun terpaksa berkongsi dinding, bumbung, lantai dan halaman.Biasanya rumah pangsa terdapat di kawasan bandar.

SEKIAN TERIMA KASIH

13

Você também pode gostar