Você está na página 1de 5

Analisis Punca-punca Masalah dan Cara Mengatasi

Faktor di bilik darjah

Punca Pertama
‡ Amirul berasa tidak kondusif semasa berada dalam bilik darjah. ‡ Mudah berasa bosan atau seringkali tidak berpuas hati dengan sikap dan jangkaan gurunya semasa proses P&P. ‡ Keadaan kelas yang murung, sepi dan tidak menyeronokkan akibat sikap guru yang garang dan suka memaksa, memerintah serta mengugut murid ketika proses P&P.

Punca Kedua
‡ Amirul berasa gagal mendapat rasa kepunyaan dan rasa terpinggir setiap kali berada dalam bilik darjah. ‡ Merasakan gurunya tidak mahu memberi perhatian kepadanya. ‡ Kawan-kawannya juga tidak mahu berkawan dan bekerjasama dengannya. ‡ Emosi Amirul terganggu

Cara Mengatasi Punca Pertama


‡ Melalui Model Terapi Realiti Glasser : i. Guru tersebut hendaklah cuba melaksanakan aktiviti P&P yang bersifat mesra murid. ii. Berikan peluang kepada murid-murid untuk memilih aktiviti-aktiviti bilik darjah yang berpusatkan murid dan bersesuaian. iii. Guru perlu menunjukkan sikap mengambil berat serta mengamalkan pengurusan demokratik . iv. Guru perlulah kreatif untuk memikirkan aktiviti serta mempelbagaikan strategi dan kaedah P&P.

Cara Mengatasi Punca Kedua


‡ Melalui Model Akibat Logikal Dreakurs : i. Guru perlu memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada semua murid. ii. Memberi kepercayaan secara sama rata kepada semua murid bagi menjaga disiplin dalam bilik darjah. iii. Guru memberi perhatian yang akan mendatangkan kesan positif.

Você também pode gostar