Você está na página 1de 1

Pengenalan Kursus ini membincangkan hidupan dan proses-proses yang berlaku dalam kehidupan.

Kursus ini akan menerokai sifat-sifat semulajadi hidupan, makanan dan kesihatan, struktur sel dan fungsi, respirasi haiwan dan tumbuhan, respirasi sel dalam haiwan dan tumbuhan, pertumbuhan, nutrisi haiwan dan tumbuhan, perkumuhan haiwan dan tumbuhan, pembiakan haiwan dan tumbuhan, pergerakan dan sokongan haiwan serta tindak balas tumbuhan terhadap rangsangan. Keperluan Kursus Kursus SCE 3101 ialah kursus biologi dan memerlukan bacaan yang meluas untuk mengukuhkan kefahaman. Terdapat istilah baru yang anda akan temui yang memerlukan anda menguasainya dengan baik dan mendalam. Aktivitiaktiviti serta latihan yang sesuai disediakan untuk setiap topik untuk menggalakkan pembelajaran kendiri disediakan.

Panduan untuk pengagihan topik untuk tutorial diberi di bawah:

Tutorial 1 (25 Jun) 2 (30 Julai) 3 (20 Ogos) 4 (24 Sep) 5 (1 Okt) Bahan Sokongan

Topik Topik 1-3 Topik 4-6 Topik 7-9 Topik 10-12 Topik 13-15

Bahan sokongan seperti buku rujukan dan internet akan membantu anda dalam memahami konsep-konsep secara menyeluruh dan mendalam. Maklumat tentang aktiviti atau latihan dalam modul ini Jawapan aktiviti / latihan hendaklah di hantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti.

viii

Você também pode gostar