Você está na página 1de 23

Menganyam

bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga

kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

1.

Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lainlain () 2. Anyaman pandan - Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding () 3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai - Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain ()

4.

Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain () 5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor () 6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain ()

Rotan

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur. Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk. Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagaibagai bentuk bakul atau alat-alat menangkap ikan.

Corak

lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:

1.

Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap 2. Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

3.

Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-akan beras patah. 4. Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih. .

5.

Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. 6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalurjalur putih, hijau dan kuning. Antara petakpetak digunakan adalah campuran merah dan biru

7.

Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. 8. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar. 9. Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.

10.

Corak Ketapang Gilir Kacang seakanakan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. 11. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

Pohon Mengkuang Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya kelihatan lebih kasar dan keras. Buluh Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan menarik

Puan

Aminah binti Ali

Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman

Lain-lain

tokoh yang telah mencipta motif anyaman: i. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas ii Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau iii Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek iv. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah. v. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Você também pode gostar