Você está na página 1de 24

ISI KANDUNGAN

1.

PENGENALAN Sejak akhir-akhir ini, negara sering digemparkan dengan masalah sosial oleh generasi muda, terutamanya pelajar. Gejala gengsterisme dikatakan bersarang di beberapa sekolah menengah di negara ini. Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang. Gengsterisme adalah sejenis salah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan hingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan pelajar sekolah rendah dikesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.

Fakta kajian menunjukkan satu pertiga dari 1,560 buah sekolah menengah kita adalah berisiko tinggi dan terdedah kepada berbagai -bagai kongsi gelap. Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ia jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja akan dikenali sebagai delinkuen.

2.

ISU GENGSTERISME Di Malaysia isu gengsterisme semakin mendapat liputan yang meluas dan ia semakin menbimbangkan. Pada 9 Ogos 2005, Malaysia digemparkan dengan kes seorang remaja 17 tahun, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Negara, selepas membakar kereta Proton Wira milik guru Sainsnya, pelajar tersebut bertindak lagi, kali ini cuba membakar kereta Mercedes-Benz milik bekas pengetua sekolahnya pula. Peristiwa tersebut berlaku di Kuala Terengganu. 2.1 Faktor-Faktor Berlakunya Gengsterisme Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang pelajar terlibat gengsterisme. Faktor-faktor ini termasuklah pengaruh keluarga, faktor rakan sebaya, pengaruh media massa, pengaruh persekitaran, pihak sekolah dan individu itu sendiri yang mempengaruhi berlakunya gengsterisme di sekolah.

Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pelbagai salah laku di atas merupakan mereka yang kurang mendapat pendidikan agama dan moral serta bimbingan ibu bapa di rumah. Ibu bapa yang bekerja tidak dapat meluangkan masa secukupnya untuk bermesra dan membimbing anak-anak dengan didikan agama yang sewajarnya. Tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada guru-guru di sekolah. Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar. Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan serta masalah-masalah gengsterisme yang lain. Pengaruh media massa dan era globalisasi masa kini amat banyak mencetuskan masalah dalam diri pelajar. Majalah-majalah hiburan yang tidak bermoral dan beretika berleluasa di pasaran. Filem-filem ganas dan unsur seks yang ditayang di televisyen secara bebas memberi kesan ke atas pembentukan pelajar. Pelajar-pelajar menjadi keliru dan tidak tahu memilih maklumat yang terbaik untuk membina kehidupan mereka. Mereka sering tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki jati diri yang kuat. Pengaruh persekitaran seperti pusat-pusat hiburan, kafe siber, kedai-kedai permainan video dan berbagai-bagai pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan tanpa penguatkuasaan undang-undang telah menambahkan lagi kemelut dan keruntuhan

akhlak dan moral sehingga akhirnya membawa pelajar terlibat dengan aktiviti jenayah dan kumpulan samseng atau gengster. Pelajar-pelajar berkemungkinan mempunyai sifat semula jadi yang suka memberontak dan melanggar peraturan-peraturan sekolah dan lain-lain peraturan termasuk menjadikan diri mereka sebagai tumpuan ramai khususnya dalam kalangan rakan sebaya. Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian yang rendah dalam bidang akademik dan gagal menjadikan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat sekolah masing-masing berkemungkinan lebih cenderung untuk melakukan jenayah. Sekolah adalah rumah kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah. Tugas guru semakin mencabar dalam era globalisasi ini dalam mendidik para pelajar berbanding pada era yang lalu. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi role-model kepada pelajar. Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan, ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya rasa tidak puas hati di jiwa pelajar. Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakannya menjurus kepada peperiksaan. Hal yang demikian menyebabkan pelajar menghadapi tekanan mental dan emosi. 2.2 Kesan-kesan gengsterisme terhadap pendidikan Malaysia Sebagaimana yang kita ketahui sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada pelajar bukan sahaja dari segi akademik, malah pelajar juga diasuh mengenai tingkah

laku yang sempurna dan diajar mengenai disiplin diri. Oleh yang demikian penekanan terhadap pentingnya perasaan rasa tanggungjawab pelajar kepada negara amatlah perlu untuk menghindari pelajar-pelajar daripada gejala sosial. Kalaulah pelajar membiarkan diri mereka terbabit dengan masalah gengsterisme sudah tentu negara kita tidak akan aman dan mereka akan menjadi mangsa gejala sosial di zaman mereka, iaitu pada masa akan datang. Gengsterisme juga mampu memberi pelbagai implikasi terhadap sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia. Apabila pelajar telah pandai mencabar kewibawaan guru, keselamatan guru sudah tidak terjamin, berleluasanya kes-kes jenayah dan masalah sosial pelajar maka wujudlah tanggapan yang negatif terhadap institusi pendidikan tersebut dari pelbagai pihak. Maka peluang-peluang menyambung pelajaran, pekerjaan dan lain-lain yang menguntungkan mungkin akan diketepikan. Keadaan ini amatlah tidak adil bagi sebahagian pelajar yang memang mempunyai pencapaian akademik dan moral yang baik. Kemerosotan akademik juga akan berlaku dalam sistem pendidikan negara sekiranya masalah gengsterisme ini tidak dibendung atau dikurangkan. Ia bukan sahaja melibatkan pelajar samseng terbabit malahan pelajar-pelajar lain juga. Mereka akan berasa takut untuk ke sekolah kerana takut menjadi mangsa pelajar yang samseng. Sekiranya perkara ini berterusan, prestasi akademik sesebuah sekolah akan merundum.

3.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah gengsterisme di sekolah, sebagai seorang guru matapelajaran Bahasa Melayu, seorang guru perlu mempunyai sikap-sikap positif. Perkara tersebut amat perlu untuk mendidik pelajar supaya tidak terjerumus dalam kancah yang tidak bermoral ini. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran metafizik, epistemologi dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah secara idealisme, nyata dan bahawa realisme, khusus perenialisme, kepada progresivisme aliran dan eksistensialisme. Oleh itu falsafah pendidikan negara ini tidak mengikuti sesuatu kuasa falsafah. Walaubagaimanapun, pendidikan di negara lebih menuruti falsafah yang berpendapat pendidikan sebagai (perenialismeeksistensialisme) dan pendidikan yang berdasarkan nilai-nilai hakiki atau intrinsik (idealisme).

3.1

Tujuan, Matlamat Dan Objektif Pendidikan

Tujuan pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya. Berdasarkan tujuan tersebut, maka matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapa aspek iaitu aspek individu, sosial, ekonomi, politik, pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan untuk menggalakkan perkembangan potensi pada tahap maksimum. Bagi aspek sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman tentang persekitaran alam, budaya hidup masyarakat dan peranan masyarakat sebagai warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang positif. Bagi aspek ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi negara. Dari segi politik, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara, demokrasi dan ideologi serta idealisme kepimpinan negara. Survival, maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah bersandarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat patriotik dan nasionalistik. Bagi aspek pemodenan, pendidikan adalah untuk mengubah nilaii-nilai tradiosional dan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizik, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha pembetukkan masyarakat yang progresif dan integratif bukannya (Westernised).

Dari segi kefahaman antarabangsa, pendidikan adalah untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia merupakan komuniti. Objektif pendidikan di Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada objektif kurikulum baharu sekolah di peringkat sekolah rendah dan menengah yang berpandukan hasrat

a) b)

untuk memastikan sifar buta huruf di kalangan pelajar untuk kemahiran membolehkan intelektual dan pelajar mendapat serta psikomotor,

mendedahkan kepada mereka etika kerja yang baik serta kepentingan prinsip pendidikan berterusan c) untuk membina sikap yang positif dalam bidang pekerjaan, menghormati dan menyayangi sesama manusia, dan komitmen untuk membangunkan taraf hidup diri dan komitmen untuk membina sebuah negara Malaysia yang progresif

d)

untuk

menyebarkan

budaya

warisan

kebangsaan negara serta berkebolehan untuk memperkayakan budaya nasional e) untuk memperoleh kod-kod tingkahlaku, moral atau akhlak dan nilai-nilai murni yang sejajar dengan pembangunan masyarakat sejahtera dan hukum-hukum agama 3.2 Penghayatan guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Rukun Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Negara

Kurikulum pendidikan untuk peringkat: - Rendah - Menengah - Pendidikan Guru - Pendidikan Tinggi

Matlamat pendidikan - Individu - Sosial - Ekonomi - Politik - Kemodenan - Kefahaman - Antarabangsa Falsafah pendidikan negara adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, mulia, berketrampilan, berakhlak

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988) Kepentingan falsafah yang jelas umpama tongkat si buta. Jika si buta kehilangan tongkat maka deria imbangan dan keyakinannya hilang dan seluruh pemikiran serta anggotanya teraba-raba. Demikianlah perihalnya jika sistem pendidikan tidak mempunyai sistem falsafah untuk dijadikan pegangan asas dalam segala program bagi tempoh jangka panjang. Justeru, banyak bukti yang meyatakan bahawa sistem pendidikan dijalankan secara ad-hoc, iaitu sistem berubah seumpama cara tertentu

dalam sesuatu masa. Misalnya, jika pada tahun 1960-an bidang sains diberi penekanan, maka kurikulum sekolah berorientasikan kepada sains dan teknologi. Jika pada tahun 1970-an pendidikan adalah untuk mengisi keperluan pembangunan tenaga manusia dan masyarakat maka kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi bersifat utilitarian (berkenaan dengan hal yang berfaedah). Jika pada tahun 1980-an pendidikan ditinjau daripada perspektif perkembangan dan humanistik, maka kurikulum sekolah menekankan perkembangan individu manusia yang menyeluruh. Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau dari segi pertalian antara komponen yang membentuk keseluruhan. Jika bidang dan sistem pendidikan tidak mencapai apa yang dihasratkan maka falsafah pendidikan boleh disorokkan kepada perspektif mikro untuk mengesan halangan dan masalah bagi membetulkan haluan sesuatu atau beberapa komponen. Pembetulan haluan sesuatu atau beberapa komponen adalah untuk mencapai keseragaman dalam sistem dan bidang pendidikan. Falsafah guru adalah untuk melihat keselanjaran di antara kedua-duanya. 3.3 Penterjemahan Cabang Falsafah 3.3.1 Metafizik dan Epistemologi Metafizik didefinisikan sebagai sifat-sifat kewujudan hakiki yang bersandarkan kepada fenomena nyata dan objektif dalam mencari pertalian hukum-hukum yang mengawal merupakan perjalanan alam dan makhluk. Metafizik dan penerokaan akal dalam mencari

mengenali sifat, zat dan keagungan Yang Maha Pencipta. Manakala Epistemologi pula dikenali sebagai teori ilmu yang memberi perhatian kepada sifat ilmu pengetahuan manusia.

10

3.3.1.1 Penerapan dan pendedahan ilmu agama Di samping itu, pengetahuan agama perlu ditekankan dalam kelas, ini kerana lazimnya pengetahuan kepada agama memberi garis panduan Dengan individu apabila bertindak.

pengisian pengetahuan agama, ia akan menjadi panduan hidup dalam menentukan arah tuju hidup seseorang pelajar. Pendidikan agama memberi pengaruh

besar dalam mencorakkan sikap dan akhlak pelajar dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh kerana pendidikan agama disampaikan kepada pelajar sejak kecil lagi ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan sikap dan nilai positif kepada diri pelajar berkenaan. Ini dapat diterapkan secara langsung pengajaran di dalam dan kelas semasa proses Di pembelajaran dilakukan.

samping pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan kepada pelajar. 3.3.1.2 Kepelbagaian pembelajaran Bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah guru harus menggunakan pendekatan pembelajaran yang menarik seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru, pembelajaran secara berkumpulan dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar di sekolah. Strategi ini dapat menarik minat pelajar aktiviti pengajaran dan

11

menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan mereka. Dengan penggunaan alat-alat bantuan

mengajar yang terkini seperti komputer, video dan alat pandang dengar akan menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran. Ini adalah kerana pelajar lebih berminat untuk meneroka sesuatu yang baru berbanding dengan cara pengajaran yang konservatif. Cara kerja berkumpulan diyakini dapat membina kerjasama dan komitmen yang utuh daripada pelajar. Selain juga matlamat itu, kerja secara dapat menjana berkumpulan mengenai dipercayai sekolah,

memperkembangkan lagi kefahaman sedia ada penyelesaian masalah yang efektif, kreatif, motivasi dan meningkatkan kemahiran dalam kalangan pelajar. Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan penglibatan ataupun kerana pelajar jenayah. ia dapat mengurangkan kegiatan wujudnya disiplin aspek dengan Dengan

perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa untuk mengawal disiplin. 3.3.1.3 Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

12

Guru perlu menyediakan jadual harian yang lengkap kepada pelajar supaya ia merangkumi semua aktiviti Ini atau boleh ia program dilakukan dapat peribadi, dengan dilakukan kemasyarakatan, sekolah dan ibadat yang mampu dilaksanakan. disiapkan dan menentukan apa dan bila sesuatu itu harus pastikan berdasarkan tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, pelajar harus membahagikan keseluruhan matapelajaran dan menentukan jangkamasa bila setiap bahagian itu akan diulangkaji supaya pelajar mampu bersedia sebelum peperiksaan. Guru perlu memberi nasihat kepada pelajar supaya berusaha sedaya Ingatlah pelajar upaya kejayaan berusaha untuk akan untuk mengikutinya tanpa memberi pelbagai alasan untuk mengenepikanya. diperolehi apabila

mendapatkannya. Pelajar perlu memahami dengan jelas aktiviti harian yang harus dilakukan dan mampu membezakan yang mana lebih utama. Bidalan melayu ada menyebut berbilang dari esa, mengaji dari alif iaitu melakukan pekerjaan mengikut tertib, yang dahulu didahulukan, yang mana kemudian perlu dikemudiankan. Ini untuk memastikan pelajar lulus dengan cemerlang 3.3.2 Aksiologi Aksiologi didefinisikan sebagai persoalan nilai punca dan sifat semulajadi yang digunakan dalam pertimbangan nilai. Cabang falsafah aksiologi boleh dibahagikan kepada etika dan estetika. Etika menumpu perhatian terhadap isu dan persoalan tentang nilai moral dan peraturan kelakuan manusia yang betul. Estetika pula

13

memberi perhatian kepada seni dan keindahan sesuatu objek atau kejadian yang dipengaruhi oleh pancaindera manusia. 3.3.2.1 Cara pengajaran guru berdasarkan prinsip rukun negara Guru perlu menerapkan Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana Rukun Negara menerapkan prinsip untuk membina masyarakat yang bersatu padu, harmonis, aman damai, progresif serta cintakan tanah air. Rukun Negara menggariskan norma dan etika budaya hidup, daya usaha dan cara pemikiran yang perlu diterapkan ke dalam sanubari setiap pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut patuh kepada rukun negara, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang menyimpang daripada ajaran agama. Setiap agama pada asasnya mementingkan aspek-aspek nilai murni. Peningkatan semangat dan kesedaran itu berlaku bukan hanya dengan cara amalan yang kerap tetapi unsurnya dijalinkan bersama-sama kurikulum penghayatan merupakan tanggungjawab pendidikan. cita-cita aspek pendidik Pemahaman murni yang Rukun yang sentiasa dan Negara menjadi sedar

kurikulum

tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara, agar pembentukan pelajar yang dihasratkan benarbenar dapat dicapai. 3.3.3 Guru perlu berlaku adil

14

Dalam

menyelesaikan

masalah

gengsterisme

dalam kalangan pelajar, guru memainkan peranan yang amat penting. Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan orang yang paling rapat dengan pelajar. Ini kerana pelajar lebih banyak menghabiskan masa di sekolah. Sebelum menunding jari terhadap pelajar seorang guru perlu menyiasat terlebih dahulu. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, guru harus menyelidik terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. Ini adalah amat perlu untuk mengelakkan terjadinya salah faham. Mungkin pelajar tersebut mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti berlaku kematian saudara terdekat. Keadilan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan pelajar yang tidak bersalah dikenakan hukuman yang tidak sepatutnya diterima oleh mereka. Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil. Selain itu, pelajar dan ibu bapa akan lebih menghormati guru-guru yang berlaku adil. Untuk berlaku adil, apabila menghukum seseorang pelajar, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka. 3.3.4 Perwatakan yang baik Guru yang berdedikasi haruslah mempunyai

perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Sikap baik guru akan menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya tidak ponteng. Ini akan

15

mengelakkan

pelajar

tersebut

terpengaruh

dengan

masalah sosial seperti gengsterisme. Selain itu, pelajar akan mempunyai minat untuk belajar dan hubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah erat dan mesra. Selain mengurangkan masalah sosial, ia akan meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Sekiranya seorang guru mempunyai perwatakan yang baik, sudah pasti pelajar akan mencontohi sikap yang terpuji itu. Ini akan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Contohnya, adalah tidak masuk akal seseorang guru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-guru mereka. Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta setiap guru supaya menunjukkan contoh kelakuan yang baik dalam usaha memperbaiki disiplin dan akhlak pelajar yang semakin buruk akhir-akhir ini. 3.3.5 Sikap tegas dan penyayang Sebagai seorang pendidik yang baik, guru perlu mempunyai dua sikap yang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip dan kepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cekap dan mengambil tindakan susulan ke atas apa

16

yang

disuruh

atau

diarahkan.

Ini

samalah

seperti

melaksanakan peraturan yang ditetapkan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap yang tegas. Sebaliknya pelajar yang bersalah harus dibimbing dan dibantu. Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar dan penuh kasih sayang. Dengan adanya dua sikap ini yang digandingkan barulah seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka. Tambahan pula, guru sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya. Amalan kebanyakan guru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidak seharusnya berlaku. Guru disiplin hanya menjalankan hukuman diserahkan sedangkan kepada tugas guru memberi nasihat Secara pula tidak kaunseling.

langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepada pelajar yang bermasalah. Manakala, guru kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana memahami masalah pelajar. Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab. Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin pelajar, mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran, di samping membetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita tidak dapat lari daripada bersikap tegas dan penyayang pada masa yang sesuai, memainkan peranan yang berlainan pada waktu yang berbeza untuk mendidik dan bukan sekadar penyampai.

17

3.4

Kurikulum dan ko-kurikulum Matlamat kurikulum pendidikan secara umumnya adalah untuk membentuk pelajar yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh, meliputi dimensi instrumental dan dimensi intrinsik. Dimensi instrumental mempersoalkan kerelevanan pendidikan dengan kehidupan individu sebagai ahli masyarakat. Dimensi ini meliputi aspek sosial, politik, ekonomi, pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Dimensi intrinsik pula mempersoalkan kerelevenan pendidikan untuk perkembangan dan perbangunan pelajar sebagai manusia dan dimensi ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, estetika dan etika kehidupan pelajar sebagai manusia yang berinteraksi dengan alam sekitar dan alam spiritual. Rajah berikut menunjukkan gambaran umum tentang matlamat kurikulum pendidikan yang berpusatkan perkembangan indidvidu pelajar.

18

Potensi, Rohani, Mental, Bakat Sosial & Politik Perpaduan Demokrasi Nilai-nilai Agama, Rukun Negara

Perkembangan Individu yang Menyeluruh

Pembangunan Ekonomi, Kemodenan, Progresif, Kemahiran Kerja Perkembangan Ilmu Pendidikan Seumur Hidup

Bidang Ilmu

Secara spesifiknya, kurikulum pendidikan bagi peringkat rendah berfokus kepada penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) di samping pemupukkan nilai-nilai etika dan estetika. Kurikulum pendidikan menengah pula bercorak umum dan liberal apabila pelajar mengikuti pelajaran dalam komponen bahasa, komponen vokasional. sains sosial, komponen pendidikan sains dan komponen atas atau Kurikulum menengah

prauniversiti pula bercorak liberal dan bersifat terbuka bagi memenuhi keperluan bakat, minat dan keupayaan murid dalam matapelajaran tertentu. 3.4.1 Membentuk pasukan kerja yang berkesan Guru memainkan yang peranan penting dalam menjana, memantap dan mengukuhkan pasukan kerja dalam bilik darjah bagi mencapai matlamat sekolah dan juga ahli pasukannya. Sehubungan dengan itu kepimpinan

19

guru harus bijak mengolah dan mencorak sumber yang sedia ada, bersedia membuat keputusan, serta mengambil tindakan bagi mencapai matlamat itu. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh guru adalah membina perhubungan yang baik antara pelajar dengan guru. Guru juga harus berperanan sebagai model yang berupaya membangkitkan dorongan dan kekuatan. Malah ada ketika guru harus memberikan ganjaran kepada pelajar atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar itu. Guru juga boleh bertindak sebagai saluran

komunikasi dengan bertindak sebagai jurucakap pada pihak-pihak berkaitan di sekolah bagi menyampaikan hasil tindakan dan pencapaian yang diperoleh pasukan kerja. Ada ketika pula guru harus menjadi orang tengah ataupun perunding bagi menyelasaikan masalah dalaman yang mungkin timbul akibat daripada perbezaan pendekatan, pendapat dan jangkaan sesama pelajar dalam kumpulan kerja itu. Selain daripada itu kepimpinan guru harus membangunkan semangat penyertaan dalam kalangan pelajar kerana usaha melibatkan semua pelajar secara maksimum dalam pasukan ataupun aktiviti bukanlah mudah kerana sering menimbulkan masalah bagi setiap guru. Keberkesanan penyertaan pula bergantung kepada kemahiran, pengetahuan dan perhubungan antara pelajar dengan ketua pasukan kerja itu. Sebagai contoh ahli pasukan pengakap mungkin tidak bersedia memberikan komitmen yang tinggi apabila ketua mereka tidak bersedia berkongsi kuasa ataupun mendengar pandangan ahli lain semasa membuat kerja pasukan. Justeru, kepemimpinan guru memainkan peranan penting. Ia dapat dilakukan

20

dengan cara memilih pelajar yang rajin dan gigih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua pasukan serta memberikan motivasi bagi membangkitkan kepentingan setiap individu dalam pasukan itu. Di samping itu juga kepemimpinan guru harus memainkan peranan bagi menggalakkan penyertaan ahli dalam membuat keputusan bagi mengelakkan wujudnya ketidakadilan dalam kalangan pelajar dan pada masa yang sama pandangan dan idea individu dihargai. Dengan berbuat demikian, ahli ataupun sebahagian daripada kumpulan itu bermotivasi tinggi bagi menjadi ahli dalam kumpulan itu. Program ini dapat membina semangat penyertaan berpasukan berasaskan permainan yang dianjurkan oleh guru.

3.4.2

Penerapan aktiviti ko-kurikulum Pelajar juga digalakkan menyertai ko-kurikulum

yang disediakan oleh sekolah sama ada dalam kegiatan pasukan beruniform, kegiatan persatuan akademik atau pun kegiatan sukan. Ini dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, panggung wayang. Selain itu, ko-kurikulum juga dapat mengelakkan pelajar daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak. Ko-kurikulum dapat menyemai semangat kekitaan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Kegiatan-kegiatan pasukan beruniform juga boleh membina disiplin pelajar yang kukuh. Ia baik untuk memulihkan disiplin pelajar yang kian merosot ini. Kegiatan berpesatuan pula boleh mengembangkan bakat

21

pelajar-pelajar dari segi berpidato, berbahas, berpantun serta kemahiran-kemahiran berucap. Kelab-kelab sukan juga membantu pelajar-pelajar meminati sesuatu permainan dan dapat mengembangkan potensi mereka dalam permainan tersebut. Pihak sekolah haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti menarik perhatian seluruh pelajar untuk menyertai kegiatan-kegiatan tersebut dan bukan atas paksaan. Mereka perlu biar pelajar sendiri sedar akan faedah menyertai kegiatan tersebut dan menganggapnya tidak membuang masa. Pihak sekolah dan guru-guru perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memberi insentif kepada pelajar yang menyertai kegiatankegiatan sebegini. Kegiatan ko-kurikulum ini sedikit sebanyak dapat membina sikap dan keperibadian pelajar dan serta mencegah pelajar-pelajar daripada terlibat dengan perkara-perkara yang negatif.

4.0

PENUTUP DAN KESIMPULAN Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Ini kerana salah satu pencorak masa depan seseorang pelajar banyak bergantung kepada guru. Sikap positif dan dedikasi guru dalam melaksanakan kurikulum amat diperlukan. Sikap dan dedikasi guru sebagai seorang pendidik professional dapat menjamin suasana pembelajaran yang lebih menarik, yang bukan sahaja berfokus kepada penguasaan akedemik tetapi juga kepada aspek pembentukan kemanusiaan yang meliputi emosi, rohani, etika dan estetika pada diri pelajar.

22

BIBLIOGRAFI Dr.Amir Mohd Salleh, (1999) Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sufean Hussin (2004), Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah. (2007) Guru sebagai Pemimpin: PTS Profesional. Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, (2008) Falsafah Pendidikan dan Kurikulum: Quantum Books

23

Chin Pek Lian, Low Li Chueen, Vivian Low Yen Yeong, Seminar Pedidikan 2005, Fakulti Pendidikan UTM, 15 Oktober 2005 http://www.smkberangan.com/minitmesyuarat.html http://www.moe.gov.my

24

Você também pode gostar