Você está na página 1de 5

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AlHAJ merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Allahyarham dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu (31Ogos1957) dan Bapa Kemerdekaan Malaysia (16 September 1963). Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ayahanda allahyarham ialah Almarhum Sultan Abdul Halim Syah dan bondanya bernama Cik Manjalara. Alahyarham Tunku Abul Rahman dibantu oleh rakan-rakan dalam UMNO seperti Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail untuk menggembleng tenaga orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini dalam usaha menuntut kemerdekaan. Pada 8 Februari 1956, perjanjian ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat bagi merangka Perlembangan Malaya dan seterusnya pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh allahyarham Tunku pada 31 Ogos 1957. Kepulangan allahyarham bersama Rombongan Merdeka yang lain disambut meriah dalam satu peristiwa bersejarah di Bandar Hilir Melaka. Allahyarham Tunku Abdul Rahman muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957 1970). Falsafah hidup allahyarham Tunku ialah, Jika ada masalah jangan dibawa ke tempat tidur. Allahyarham meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK yang lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Negarawan yang cukup berjasa ini dilahirkan di Paya Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac 1922. Allahyarham Tun Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar. Setiap hari, allahyarham berjalan kaki sejauh enam batu berulang-alik ke sekolah tanpa bersepatu. Allahyarham mengantikan bapanya sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar yang baru dalam usia 27 tahun. Pada tahun yang sama ,iaitu 1950 allahyarham menjadi Ketua Pengerakan Pemuda UMNO. Pada tahun itu jugalah bermula khidmatnya dalam Malay Civil Service (MCS). Allahyarham begitu terkenal sebagai Bapa Pembangunan. Daripada fikiran allahyarham lahirlah Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan Buku Merah (1960) yang mengandungi rancangan kerajaan bagi berbagai-bagai projek pembangunan di setiap daerah dan negeri. Allahyarham Tun Razaklah yang mempelopori pentadbiran secara Bilik Gerakan, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970), Dasar Pelajaran Razak(1956), Buku Hijau (1974) dan berbagaibagai dasar lagi untuk membangunkan kehidupan rakyat negara ini.

ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN, putera sulung Datuk Onn Jaafar adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Perdana Menteri Malaysia ketiga ini dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Allahyarham mendapat pendidikan sehingga Senior Cambridge di English College, Johor Bahru. Allahyarham Tun Hussein mengasaskan penubuhan Pemuda UMNO sebagai sayap kepada UMNO. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama dalam usia 28 tahun. Berikutan dengan kematian allahyarham Tun Dr. Ismail, allahyarham Hussein Onn yang ketika itu bergelar Datuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 dan juga memegang jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Di bawah pimpinan allahyarham Tun Hussein, Malaysia terus maju baik dari segi ekonomi mahupun social. Dua peristiwa penting pada zamannya ialah perlancaran Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April, 1981 dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April, 1981. Allahyarham pernah berkata, Saya tidak penting, apa yang penting ialah apa yang saya lakukan. Ini benar-benar dilaksanakan dengan pengunduran allahyarham sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketiga (1976 1981) atas sebab-sebab kesihatan.

Allahyarham Tun Hussein Onn pulang ke rahmatullah pada 29 Mei 1990.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan Abdul Hamid di Bandar yang sama. Selepas kematian allahyarham Tun Razak dan allahyarham Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir dilantik sebagai timbalannya pada 5 Mac 1979 . Pengunduran allahyarham Tun Hussein padah tahun 1981 digantikan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir memperkenalkan serta melaksanakan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandangan ke Timur, Sistem Perakam Waktu (Punch Card) serta penerapan nilai-nilai Islam dalam pemerintahannya. Beliau juga mempelopori projek kereta nasional Proton Saga untuk membawa Malaysia ke arah negara telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Di bawah pentadbirannya, Malaysia sedang menuju abad ke-21 dengan lebih yakin. Pada 31 Oktober 2003, Dr. Mahathir telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pada tarikh yang sama, beliau telah dianugerahi pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang memberinya gelaran Tun. Pingat tersebut telah dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Balairong Seri, Istana Negara.

Jawatan Perdana Menteri Malaysia kini disandang oleh Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Você também pode gostar