Você está na página 1de 2

(1099-1166 C.E.

)
Abu Abdallah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdallah Ibn Idris alQurtubi al-Hasani dilahirkan di Ceuta, Sepanyol pada tahun 1099 C.E. Beliau mendapat didikan di Cordova. Beliau kemudian mengembara jauh dalam usaha mendapatkan ilmu pengetahuan dan berkembang di Norman, Palermo. Tarikh kematian beliau masih lagi controversial, sama ada pada tahun 1166 C.E. atau 1180 C.E. Sumber biografi beliau adalah agak terhad dan menurut F. Pons Boigues, sebabnya adalah kerana ahli biografi Arab menganggap beliau sebagai renegade atau telah meninggalkan asal-usulnya. Ini kerana beliau pernah terlibat dalam urusan yang melibatkan seorang raja Kristian, dan pernah menulis memuji raja tersebut dalam hasil kerja beliau. Akibat yang menyebabkan beliau menetap di Sicily di bawah Roger II tidak terdapat dalam rekod. Sumbangan utama beliau adalah dalam penyelidikan tumbuhan untuk tujuan perubatan seperti yang dinyatakan dalam beberapa buku beliau terutamanya dalam Kitab al-Jami-li-Sifat Ashtat al-Nabatat. Beliau telah menyelidik semua hasil kesusasteraan mengenai tumbuhan perubatan dan berpendapat bahawa terdapat terlalu sedikit penemuan baru dalam pengetahuannya sejak hasil kerja Greek. Oleh itu beliau telah mengumpulkan tumbuhan dan data yang tidak dilaporkan dahulu dan menambahkan pengetahuan baru itu ke dalam subjek botani, dengan rujukan khas kepada tumbuhan untuk tujuan perubatan. Hasilnya sebilangan besar tumbuhan perubatan beserta penilaiannya dapat digunakan ahli-ahli perubatan. Beliau telah memberikan nama ubat-ubat itu dalam enam bahasa iaitu: Syriac, Greek, Parsi, Hindi, Latin dan Berber. Tambahan lagi, beliau turut banyak menyumbang kepada ilmu geografi, terutamanya yang berkaitan ekonomi, factor fizikal, dan kebudayaan. Beliau telah menerangkan mengenai bumi dalam Al-Kitab al-Rujari (Roger's Book), juga dikenali sebagai Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq. Buku tersebut merupakan ensiklopedia geografi pada masa itu yang bukan sahaja memberikan maklumat mengenai Asia dan Afrika tetapi juga negara-negara Barat.

AL-IDRISI

Kemudiannya, Al-Idrisi turut mengkompilasi satu lagi ensiklopedia geografi yang lebih besar bertajuk Rawd-Unnas wa-Nuzhat alNafsyang turut dikenali sebagai Kitab al- Mamalik wa al-Masalik. Selain botani dan geografi, Al-Idrisi turut menulis mengenai fauna, zoology dan aspek-aspek therapeutical. Hasil kerjanya kemudian diterjemahkan ke bahasa Latin, dan bukunya mengenai geografi kekal popular di Timur dan barat untuk beberapa kurun.

Você também pode gostar