Você está na página 1de 4

AWANG LOTONG Awang Lotong tinggal bersama dengan ibunya.Ibunya bernama Mak Miskin.Awang Lotong sangat hodoh.

Badan dan mukanya diselaputi bulu.Rupanya hodoh seperti lotong. Awang Lotong dan ibunya menyara hidup mereka dengan mencari kekabu di hutan.Kekabu itu kemudian dijual kepada penduduk kampung.Sementara Mak Miskin menjual kekabu itu Awang Lotong akan berjalan di seluruh pelosok kampung.Kadangkadang Awang Lotong akan melalui taman bunga yang terletak dalam kawasan istana. Permintaan Awang Lotong Pada suatu hari Awang Lotong terpandang akan tiga orang puteri raja sedang bermain di taman bersama dengan dayang-dayangnya.Awang Lotong mula jatuh cinta kepada puteri-puteri raja yang rupawan itu. Alangkah beruntungnya kalau aku dapat memperisterikan salah seorang daripada puteri-puteri raja yang rupawan itu.Awang Lotong berfikir sendiri. Pada malam itu,Awang Lotong memberitahu ibunya akan hasrat hatinya.Mak Miskin sangat terperanjat. Awang,tidak adakah gadis yang lain?Mak Miskin bersuara dengan wajah yang sedih. Salahkah Awang beristerikan puteri raja?Awang Lotong bertanya. Salah itu tidak.Tetapi kamu mesti ingat,kita orang miskin.Kita tidak setaraf dengan mereka.Emak malu,Awang,Mak Miskin menasihati Awang Lotong. Awang Lotong tetap berkeras dan memaksa ibunya meminang puteri raja.Oleh sebab sayang akan Awang Lotong maka Mak Miskin pun bersetuju menunaikan permintaan anaknya itu. Mak Miskin Meminang Puteri Raja Keesokan harinya Mak Miskin ke istana.Dia masuk menghadap raja. Ampun tuanku,tujuan patik ke sini adalah untuk menyampaikan hajat Awang Lotong.Dia hendak meminang puteri sulung tuanku,sembah Mak Miskin dengan suara terketar-ketar.Dia menduga bahawa raja akan murka apabila mendengar permintaannya itu. Beta tidak dapat memberikan kata putus.Mak Miskin pergilah menemui Puteri Sulung sendiri,perintah raja dengan lembut. Mak Miskin gembira.Dia tidak menyangka bahawa raja akan bertitah sedemikian.Mak Miskin segera menemui Puteri Sulung untuk menyampaikan hajat Awang Lotong. Puteri Sulung,sebenarnya anak hamba,Awang Lotong berkenan akan Puteri Sulung.Dia berhajat untuk memperisterikan Tuan Puteri,kata Mak Miskin. Apa?Awang Lotong hendak memperisteri beta!Puteri Sulung terkejut mendengar kata-kata Mak Miskin itu.Puteri Sulung menengking Mak Miskin dengan wajah merah menyala.Hai, Mak Miskin,sedarlah diri.Kamu itu miskin.Rupa Awang Lotong itu pula

bukan macam manusia.Ada hati dia hendak memperisteri betaPuteri Sulung berasa murka lalu melemparkan sebuah lelabu air ke kepala Mak Miskin.Mak Miskin menangis mendengar penghinaan itu lalu dia terus pulang. Setibanya di rumah,Awang Lotong pun bertanya kepada ibunya.Apakah khabar dari istana,ibu?berita burukkah atau berita baik? Mak Miskin diam.Awang Lotong menanyakan soalan yang sama kepada Mak Miskin. Mak Miskin terus menangis.Kemudian Mak Miskin menceritakan peristiwa yang berlaku semasa dia berada di istana kepada Awang Lotong.Awang Lotong memujuk ibunya supaya bersabar. Beberapa hari kemudian Awang Lotong meminta ibunya meminang Puteri Tengah pula.Pada mulanya Mak Miskin enggan pergi,tetapi setelah mendengar rayuan anak tunggalnya itu,Mak Miskin tidak sampai hati.Dia pun sekali lagi pergi ke istana. Di istana,Mak Miskin pun menyampaikan hasratnya kepada raja.Raja menyuruh Mak Miskin sendiri menemui Puteri Tengah.Apabila bertemu denagn Puteri Tengah,Mak Miskin mendapat jawapan yang sama seperti yang dikatakan oleh Puteri Sulung.Puteri Tengah juga telah melemparkan botol ke kepala Mak Miskin.Menangislah Mak Miskin menahan kesakitan. Seperti biasa Awang lotong menyambut kepulangan ibunya lalu bertanya,Khabar baik atau khabar buruk,ibu? Mak Miskin pun menceritakan peristiwa yang terjadi di istana kepada Awang Lotong.Sekali lagi Awang Lotong memujuk ibunya supaya bersabar. Puteri Bongsu Menerima Pinangan Beberapa hari selepas itu,Awang Lotong sekali lagi meminta emaknya meminang Puteri Bongsu pula. Kali ini sahaja ibu menurut kehendak kamu,Awang,kata Mak Miskin dengan linangan air mata.Dia begitu bimbang kalau peristiwa dia dilempari lelabu air dan botol akan berulang. Pada keesokannya Mak Miskin pun berangkatlah menuju ke istana raja untuk menyampaikan hajat Awang Lotong.Dalam hati dia berdoa agar dirinya tidak akan menerima cacian lagi. Setelah menyampaikan hajatnya kepada raja,baginda pun menyuruh Mak Miskin berjumpa sendiri dengan Puteri Bongsu.Dengan hati yang berdebar-debar,Mak Miskin masuk menghadap Puteri Bongsu. Apakah hajat Mak Miskin menemui beta?Puteri Bongsu bertanya sambil tersenyum mesra menyambut kedatangan orang tua itu. Mak Miskin terdiam.Dia tidak menduga bahawa Puteri Bongsu akan menyambutnya dengan senyuman dan penuh sopan santun. Sebenarnya,Mak Miskin mahu menyampaikan hajat anak hamba,Awang Lotong.Dia begitu berhajat untuk memperisteri Puteri Bongsu,cerita Mak Miskin dengan jujur. Puteri Bongsu tersenyum lalu bertitah,Beta menerima sahaja.Tetapi Mak Miskin mestilah memberitahu ayahanda beta dahulu.

Benarkah Tuan Puteri bersetuju?Mak Miskin terkejut mendengar jawapan itu.Dia terasa seperti bermimpi. Benar Mak Miskin,titah Puteri Bongsu sambil tersenyum. Hantaran Perkahwinan Mak Miskin pun segera menghadap raja.Lalu dikhabarkannya persetujuan Puteri Bongsu menerima pinangan Awang Lotong itu. Kalau puteri beta bersetuju,beta mengikut saja,titah baginda Tetapi apakah hadiah yang mesti patik sediakan sebagai hantaran perkahwinan itu,tuanku?Mak Miskin bertanya lagi. Awang Lotong hendaklah menyediakan jambatan emas dan perak yang menghubungkan rumahnya dengan istana beta ini,titah raja. Mak Miskin tersentak mendengar syarat yang dikenakan oleh baginda itu.Sudah tentulah Awang Lotong tidak berupaya menyediakan semua hadiah tersebut.Hendak menyediakan sebuah rumah untuk berteduh pun dia tidak mampu apatah lagi hendak menyediakan jambatan emas dan perak.Lalu dengan hiba Mak Miskin pun pulang ke rumahnya.Dia terus memberitahu Awang Lotong mengenai kehendak raja itu. Ah,itu perkara mudah!Usahlah ibu bimbang,kata Awang Lotong.Awang akan tunaikan permintaan itu. Mak Miskin sungguh terkejut mendengar kesanggupan Awang Lotong itu. Pada waktu dinihari itu,Awang Lotong pun berserulah.Dengan seruannya itu maka terbinalah sebuah jambatan emas dan perak yang menghubungkan rumahnya dengan istana. Sarung Menjadi Emas Tidak lama selepas itu,Awang Lotong pun berkahwinlah dengan Puteri Bongsu.Hiduplah Puteri bongsu bersama dengan Awang Lotong di istana dengan aman bahagia. Pada suatu malam sedang Awang Lotong berehat-rehat di dalam biliknya,Puteri Sulung dan Puteri Tengah ternampak akan Awang Lotong keluar dari sarungnya.Puteri Sulung dan Puteri Tengah begitu terpesona oleh ketampanan Awang Lotong.Timbul pula rasa iri hati mereka terhadap Puteri Bongsu yang bersuamikan Awang Lotong. Pada suatu hari Puteri Tengah dan Puteri Sulung pun menemui Puteri Bongsu.Mereka menyuruh Puteri Bongsu membakar sarung Awang Lotong.Mereka berharap agar Awang Lotong akan memarahi Puteri Bongsu kerana membakar sarungnya itu.Puteri Bongsu enggan menurut kata-kata saudaranya itu. Kalau adinda saying akan suami adinda,bakarlah sarung itu,kata Puteri Sulung dan Puteri Tengah. Puteri Bongsu terdiam.Tetapi setelah didesak oleh kakaknya itu,Puteri Bongsu pun bersetuju membakar sarung Awang Lotong. Pada malam itu selepas Awang Lotong membuka sarungnya dan duduk berehat,Puteri Bongsu pun segera mengambil sarung Awang Lotong itu lalu membakarnya.

Pada pagi esoknya Awang Lotong mendapati sarungnya telah tiada.Dia segera bertanyakan hal itu kepada isterinya. Dinda telah membakar sarung itu,kata Puteri Bongsu dengan perasaan takut. Alangkah terperanjatnya Awang Lotong mendengarnya.Mengapakah dinda membakarnya?Tanya Awang Lotong. Puteri Bongsu pun menceritakan hasutan kakak-kakaknya itu.Awang Lotong sangat marah akan kedua-dua orang kakak iparnya itu.Dia tidak memarahi Puteri Bongsu kerana dia tahu isterinya seorang yang baik. Pergilah ambil sarung itu kembali,kata Awang Lotong dengan lembut.Puteri Bongsu pun pergi ke tempat dia membakar sarung itu semalam.Alangkah terkejutnya Puteri Bongsu apabila melihat sarung yang dibakarnya itu bertukar menjadi emas. Sejak hari itu,Awang Lotong pun terus bertukar menjadi manusia biasa.Puteri Bongsu dan Awang Lotong hidup aman dan damai.

Você também pode gostar