Você está na página 1de 10

Apa itu dialog peradaban?

Mohd Shauki Abd Majid (2008) pula menyatakan bahawa, perkataan dialog ialah istilah bahasa Inggeris iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dan tanya jawab. Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai suatu percubaan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara kedua-dua belah pihak. Mengikut Kamus Dewan (2005) pula, dialog didefinisikan sebagai satu perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Menurut Dr. Abdel Kader Fustok, menyatakan bahawa dialog adalah suatu proses yang luas dan bermakna dalam. Beliau menyatakan Dialog merupakan ayat yang berasal dari kata yunani Dia yang bermaksud melalui dan logos yang bermakna kata-kata atau makna. oleh itu, dialog ialah suatu konsep proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan Kumpulan. Oleh itu, kita boleh menyimbulkan bahawa dialog ialah perbincangan dan pertukaran pendapat yang melibatkan lebih dari seseorang tentang sesuatu perkara atau isu. Seterusnya, peradaban pula diertikan sebegini. Mengikut Kamus Dewan (2005), peradaban diertikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Menurut Muhammad Naquib al-Attas peradaban ialah kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa peradaban ialah proses tamadun yang merujuk kepada pencapaian masyarakat dari segi kebendaan dan tatasusila yang tinggi. Pembangunan sesebuah tamadun pasti akan merangkumi pencapaian dalam perbandaran, kerohanian, kesenian, perundangan, pemerintahan dan lain-lain lagi seperti yang terdapat dalam perkembangan sesebuah tamadun awal. Terdapat juga definisi yang diberikan kepada dialog peradapan. Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) pula menjelaskan dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakianan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. Dialog peradapan dari perspektif Islam pula ditunjukkan oleh Osman Bakar (1997). Beliau menyatakan, komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikkan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza. Daripada dua pendapat bertokoh ini, kita boleh menyimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan satu perbincangan yang diadakan bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain.

Sifat Kepelbagaian Budaya yang berpunca kepada Perbezaan

Cabarancabaran proses Dialog Peradaban Persepsi yang Salah

Polarisasi Kaum atau Bangsa

Interaksi yang Terhad

Ketidakfahaman antara Etnik adanya Jurang Pemisah Sikap Fanatik dan Perkauman

Kekurangan Toleransi Agama

Jadual 1: Cabaran-cabaran yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban.

Sepertimana yang kita teliti, dialog merupakan satu kaedah perbincangan dan perbahasan tentang sesuatu tajuk atau isu yang kita kemukakan. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan ataupun diskusi. Ini kerana diskusi lebih kepada aspek penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun dialog juga mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari sesuatu penyelesaian tetapi diskusi lebih membincang sesuatu perkara secara lebih mendalam dan juga mempunyai unsur-unsur kalah dan menang dari segi ketengahan isu di antara beberapa orang yang terlibat secara langsung. Perbahasan pula, lebih menjerumus kepada kegiataan mengalahkan atau memprotes pendapat seseorang dengan mengutarakan fakta terpenting. Tetapi, seperti yang telah dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara mendalam dan teliti sama seperti diskusi tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang dan kalah serta perbincangannya memberi kebaikkan kepada semua orang. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita tidak boleh mengutarakan sesuatu isu yang memberi kebaikkan serta memanfaatkan diri dan sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Dialog perlu dilakukan dalam keadaan yang menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi. Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan kita tidak boleh membincang sesuatu isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah menjadikan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah menakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Sini, kita boleh mengatakan bahawa dialog yang dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajar serta prosesnya tidak berjaya. Ini tidak mencapai matlamat untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan fanatik dalam diri masyarakat. Oleh itu, perbincangan yang dijalankan hanya patut dibincang supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikkan bersama dan bukan mengikut cara diskusi atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan perdapat dan fakta mereka. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah Negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama. Oleh itu, jika kita tidak menyesetujui sesuatu pendapat yang hanya melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang masalah perkauman di Negara kita. Jikalau kita bersetuju untuk mengambil sesuatu keputusan tersebut walaupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh mengundang masalah seperti kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan dan menimbulkan rasa tidak berpuas hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di Negara kita tidak boleh dilaksanakan dan ini boleh

menimbulkan rusuhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku. Sehingga hari ini, masalah sedemikian terus kian menular dan menjadi satu cabaran yang tidak dapat ditangani dalam proses dialog peradaban. Misalnya, Utusan Online mengatakan MCA dan MIC semakin memupuk perkauman dengan fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkatkan kembali kedudukan masing-masing semasa pilihanraya ke-12 ini. Krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut semacam menuntut supaya mereka kembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu. Luahan dalam akhbar-akhbar Cina memperlihatkan komitmen kecinaan yang semakin ketara dan ini melihatkan penularan semua sentimen perkauman dalam MCA. Perjuangan memartabatkan sekolah jenis kebangsaan turut tersalur menerusi perancangan 1 Malaysia. Golongan konservatif Cina melihat ruang kini terbuka luas untuk mengembangkan agendanya. Begitu juga peranan Hindraf, serta kemunculan Makkal Sakhti, yang telah membawa kepada pemupukan perkauman dalam MIC. Kepimpinan MIC ditentang kerana ketidakupayaannya membela nasib orang India sehingga berlakunya politik protes berpanjangan. Demikianlah isu-isu perkauman yang sedang menular dalam Negara kita yang meracuni sistem politik. Ini jelas menunjukkan mereka mempunyai sikap fanatik dan hanya memetingkan perkauman masing-masing dan tidak mementingkan kepentingan bersama. Ini adalah salah satu bukti media massa dalam politik hari ini yang jelas menunjukkan kegagalan untuk proses dialog peradaban. Cabarannya semakin kuat sehingga ia sukar untuk diatasi. Oleh itu, marilah kita berfikir secara rasional dan mengadakan dialog peradaban yang tidak mementingkan unsur perkauman dan boleh menguntungkan kebaikkan Negara secara bersama. Cabaran seterusnya yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di Malaysia ialah perspeksi yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain. Perasaan dan tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu ancamaan kepada kepentingan pihak tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut. Salah tanggapan sejak peringkat awal lagi terhadap sesuatu tamadun yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi kesan bahawa segala tindakan dan gerak-geri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta keburukan kepada pihak yang lain. Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang besar serta tidak dingini dan bukan hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut tetapi memberi kesan kepada tamadun lain di dunia ini. Sebagai contoh seperti yang melibatkan Negara kita pada masa kini sebagai satu kuasa Islam. Umat Islam sejak masa Nabi Muhammad SAW dan masa Khalifah Ar-Rasyidin hingga sekarang memahami kenyataan adanya kemajmukan dan perbezaan dalam keyakinan terhadap agama masing-masing. Dalam konteks sekarang pula, sebagaimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara barat (Kristian) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka

menganjurkan 'kekerasan' atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan, bahawa tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka. Ucapan yang diberikan seumpama ini boleh mengakibatkan kemarahan pihak barat dan mengukuhkan lagi perasaan salah tanggapan mereka. Dari dulu lagi, kuasa-kuasa islam mempunyai tanggapan yang kurang disegani yang berpunca daripada tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan yang dikunjungi pelancong Barat oleh kuasa muslim radikal. Ini mengambarkan mereka sebagai satu kuasa anti-barat serta suatu fahaman yang menunjukkan keganasan. Manakala, dari segi pemandangan Timur serta lebih-lebih lagi oleh kuasa Islam, Barat merupakan satu kuasa penjajahan yang hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja. Mereka tidak pernah mengambil kira kepentingan orang lain. Selain itu, mereka juga berfikir dengan kuasa dan kepimpinan, mereka boleh menguasai sesebuah Negara dan menjajahnya dengan mengatakan mereka menolongnya. Kedua-dua pihak ini saling mempunyai tanggapan yang salah terhadap masing-masing dan masih lagi kita melihat keadaan ini berterusan. Ini juga jelas ditunjukkan apabila kuasa barat dan Islam tidak pernah dan mahu untuk bekerjasama dalam mana-mana tujuan. Tanggapan ini juga masih menular dalam Negara Malaysia. Kita boleh meneliti risalah serta sebarang bentuk tulisan ataupun ucapan yang sentiasa mewar-warkan kita supaya tidak sekali-kali terpedaya dan memberi ruang kepada barat untuk mempengaruhi dan menguasai kita. Oleh itu, masalah sedemikian ini masih lagi berpeluang untuk dibendung dengan proses dialog peradaban. Demikian saranan yang diberikan oleh Perdana Menteri kita. Apatah lagi, Persepsi buruk mengenai islam sudah pula ditanam dalam kalangan warga barat dari segi kecil lagi. Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan kaum dalam sejarah Malaysia sendiri. Peristiwa Kampung Medan iaitu pergaduhan antara kaum India dan Melayu di beberapa kawasan pada 10 Mac 2001 berlaku akibat satu salah faham yang melibatkan kematian enam orang dan 40 orang lain cedera di beberapa buah kampung. Oleh itu, dialog peradaban perlu mengatasi cabaran ini untuk menghalang persepsi sedemikian supaya keadaan ini tidak berterusan dan menggalakkan permusuhan. Seterusnya ialah cabaran interaksi yang terhad. kekurangan sumber-sumber untuk menggalakkan dialog peradaban dalam Malaysia merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan penginteraksian menjadi terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya, universiti berperanan berfungsi sebagai satu tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog peradaban pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama, adat dan tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya. Menerusi sesuatu perbincangan yang diadakan dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang berasaskan ilmu pengetahuan, para siswazah

dapat menjalani satu proses sosiologi yang berterusan yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang mementingkan tindakbalas yang berbentuk positif dalam proses sosialisasi. Proses ini akan mewujudkan satu bentuk interaksi dan akomodasi supaya ia dapat membentuk satu budaya yang mantap yang dilahirkan berasaskan diolog peradaban. Tetapi, didapati tempat belajar seperti Insititut Pengajian Tinggi masih lagi mengekalkan jurang antara interaksi serta gagal untuk memupuk dialog peradapan. Melalui salah satu hasil kajian yang dijalankan terhadap Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia mendapati suasana interaksi dalam kalangan pelajar dalam kampus menunjukkan kecenderungan kepada keadaan yang positif berdasarkan peratus situasi yang lebih positif sebanyak 57 peratus berbanding situasi yang negative yang tidak menggalakkan interaksi iaitu sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana walaupun terdapat peluang untuk berinteraksi di antara pelbagai kaum, mereka lebih bercenderung untuk memilih sahabat dari bangsa yang sama serta lebih selesa untuk mengadakan berbincangan yang berbentuk akademi mahupun isu-isu am seperti politik, ekonomi serta sosial. Mungkin ini menyebabkan oleh faktor seperti kekurangan galakkan untuk berinteraksi antara pelbagai kaum untuk memperolehi pelbagai ideologi, proses perhubungan seperti bahasa yang menjadi penghalang serta budaya mereka. Ini juga mungkin disebabkan oleh sikap kebudayaan yang menganggap pandangan sesama etniknya adalah lebih baik daripada pergaulan dan perbincangan antara etnik yang lain. Oleh itu, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat dilaksanakan. Apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum kita dapat mengembleng tenaga bersama serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau kekangan isu seperti globalisasi dan isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara bersama. Melaui interaksi antara pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara pelbagai kaum serta kenal-mengenali dan berkomunikasi untuk menyelesaikan isu-isu yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam Negara serta masalah-masalah sosial secara bersama. Selain itu, cabaran seterusnya yang menjadi penghalang dan faktor kegagalan dialog peradaban ialah kekurangan toleransi. Toleran merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya. Hal ini jelas dilihat dari pelbagai perspektif seperti agama, fahaman ideologi, prinsip kehidupan, budaya dan lain-lain lagi. Negara kita terdiri daripada pelbagai etnik kaum yang berbeza yang menganuti pelbagai agama dan budaya tersendiri. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kekurangan toleransi antara kaum boleh menjadi satu cabaran kepada pelaksanaan proses dialog peradaban. Melalui amalan toleransi yang tinggi, hasrat pencapaian matlamat proses diolog peradaban adalah lebih terserlah. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Keunikan dan ketidaksamaan ini boleh menyebabkan kita menghadapi sesuatu cabaran yang melanda Negara dengan lebih

cermat. Perbezaan tamadun dan agama adalah bukan berasaskan akal dan pemikiran tetapi semata-mata bersumberkan kepada hati. Jika kita tidak mempunyai amalan menolak fakta serta berkeras untuk tidak mempersetujui sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain, rusuhan serta pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Oleh itu, sikap lapa dada dan keterbukaan adalah penting untuk bertoleransi dengan kebudayaan orang lain. Misalnya dalam soal agama. Penduduk Negara yang mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting kepada pelaksanaan dialog peradaban. Pastinya dalam berbagai-bagai kaum, terdapat nilai atau ajaran yang serupa walaupun tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yang serupa sebagai titik asas untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat, Sebagai contoh nilai-nilai sejagat. Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak ansur, berbudi dan lain-lain lagi. Pemupukan semangat untuk saling hormat menghormati dan tahap toleransi yang tinggi harus dimulakan dari peringkat awal lagi. Tahap toleransi boleh melahirkan sikap toleran, prihatin, hormat, kerjasama, berbaik sangka, interaksi, dak akur terhadap perkara yang berbeza atau yang tidak dipersetujui, (Mahadzir Mohd Khir, 2005). Di Malaysia, usaha untuk memupuk perpaduan dengan mengamalkan sikap toleransi dimulakan dengan usaha pendidikan seperti Penubuhan Sekolah Wawasan iaitu menempatkan tiga jenis sekolah dalam satu kawasan dan beberapa aktivti dijalankan bersama supaya interaksi serta toleransi dapat dipupuk. Tetapi, nampaknya usaha yang dijalankan tidak menepati kehendak serta memerlukan langkah yang lebih strategik. Sikap toleransi di antara kaum masih lagi mundur dan beberapa peristiwa yang berlaku dalam Negara kita jelas membuktikkannya. Antara isunya pada masa kini adalah yang berkaitan dengan Novel Interlok. Novel ini dilihat sebagai satu kontroversi yang boleh mengancam perpaduan antara kaum serta mengancam konsep 1 Malaysia yang dikenalkan oleh Perdana Menteri kita. Kita menyaksikan demontrasi jalanan sehingga pembakaran novel tersebut demi memperjuangkan bangsa tertentu. kita boleh mengatakan bahawa novel ini menjadi satu jambatan penghubungan yang mempuk perpaduan Negara. Jika bangsa-bangsa tertentu terutamanya kaum India jika memahami keadaan yang ditunjukkan sebelum merdeka bermaksud menunjukkan kemajuan kaum tertentu serta bertoleransi dalam masyarakat, kita dapat mengelakkan beberapa masalah yang tidak perlu yang menjadi bebanan kepada Negara. Oleh itu tahap pemahaman adalah sangat penting dan kita tidak patut menghina atau memandang rendah corak kehidupan, budaya dan agama dalam Negara kita serta menggangapnya sebagai unsur yang unik dan istimewa yang Negara kita miliki. Oleh itu, pelbagai masalah dapat diselesaikan melalui proses dialog peradaban dan sikap toleransi yang menjadi satu cabaran kepada pelaksanaanya perlu kita mengambil berat dan mengorak langkah untuk mengatasinya. Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan juga menjadi cabaran kepada proses diolog peradaban di Malaysia. Seperti yang diketahui, Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang menganuti pelbagai ajaran agama dan budaya. Perbezaan ini boleh mewujudkan jurang pemisah yang ketara dalam masyarakat. Manusia semestinya tidak dapat dihindari dari perbezaan dari segi biologikal, tempat tinggal, fahaman, ajaran dan kepelbagaian individu dalam sesebuah masyarakat. Malah, dalam kelompok yang kecil pun terdapat juga perbezaan dan kepelbagaian yang berbagai ragam dan personaliti tersendiri seseorang individu. Untuk mengurangkan

jurang perbezaan dan perfahaman, diolog peradaban adalah sangat penting. Tetapi, kini kepelbagaian individu dari segi personaliti, agama, kaum, budaya, tradisi, pemikiran, tahap sosial dan pekerjaan menjadi cabaran dan kekangan untuk merealisasikan pelaksanaan proses dialog peradaban. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pastinya akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban. Sesuatu isu yang dikemumakan perlu dipastikan terlebih dahulu tidak menyakiti atau berbentuk mengkutuk individu mahupun sesebuah kelompok. Jika kita tidak mengambil berat akan perkara ini dan hanya mempersoalkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil berat akan hal orang lain pasti akan mengundang persefahaman dan menjadikan proses dialog peradaban gagal. Terdapat juga segelintir orang yang berfikir perbezaan sebegini adalah lebih mendasari keunggulan budaya mereka tersendiri dan tidak mahu bertolak ansur dalam perkara sekecilpun. Oleh itu, mereka berfikir bahawa perbezaan sedemikian perlu untuk megekalkan pendiriran pihak tertentu dan mereka berfikir bahawa sebarang perbincangan diolog peradaban adalah tidak perlu dan penting. Salah satu peristiwa yang melanda Negara kita pada tahun 69-an iailah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang melayu dan cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera. Oleh itu, perbezaan-perbezaan ini menjadi isu sensitif yang sukar dan tidak boleh dibahaskan dan hal-hal seperti ini tidak boleh dibincangan secara mendalam. Sikap keterbukaan dan penerimaan yang masih lagi gagal dipupuk dalam kalangan individu menjadi satu halangan kepada dialog peradaban. Perbezaan ini tidak dapat dihapus sekirannya semua orang mengiktiraf dan mengakuinya. Pemupukan sikap fundamental dengan menerima dan menghormati perbezaannya selain mencari persamaan serta mengambil inisiatif untuk membincang hal-hal dipersetujui bersama adalah lebih wajar. Ini pastinya akan menjayakan tujuan proses dialog peradaban disamping mewujudkan masyarakat yang saling hormatmenghormati dan bantu-membantu. Oleh itu, perbezaan yang wujud ini menjadi tribulasi kepada proses diolog peradaban dan masalah ini boleh diatasi dengan pendidikan, galakkan daripada media massa dan lain-lain lagi. Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal merupakan salah satu cabaran yang kian menjadi-jadi dalam usaha dialog peradaban. Polarisasi di sini merujuk kepada erti kata setiap kaum akan berkelompok di dalam kaum masing-masing perhubungan dengan kaum lain adalah terhad dan berhubungan dengan kaum lain hanya dilakukan apabila terdapat keperluan dan kepentingan yang mustahak dan tidak dapat elakkan. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses dialog peradaban. Kaum yang berkelompok rupanya melahirkan satu bentuk perhubungan yang dikenali sebagai perhubungan palsu dalam kalangan pelbagai kaum. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. Ini merupakan salah satu bentuk hubungan yang palsu. Apabila perhubungan yang

berbentuk palsu ini dijalankan segala usaha untuk memartabatkan keharmonian antara Negara pasti tidak akan dicapai kerana mereka seolah-olah menerima perbezaan kaum lain dengan sikap terbuka tetapi sebaliknya mereka hanya menjalinkan hubungan semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. Mereka lebih suka hidup mengkuatkan kepentingkan kaum mereka tanpa ditunjuk secara langsung dan disedari oleh orang lain. Walaupun dialog peradaban yang dijalankan berharap dapat mencari jalan penyelesaian yang memberi kepentingan bersama serta menguatkan perasaan bersatu padu tetapi usaha yang dijalankan juga sebaliknya mempunyai kepentingan kaum yang tidak disedari. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Jika situasi demikian kian menular, sikap polarisasi kaum pasti tidak dapat dibendung dan dihalang kerana mereka yang terlibat berfikir bahawa pendapat mereka adalah paling betul dan jika dihalang ia akan menjadi salah satu perkara yang memundurkan kaum-kaum tertentu serta mereka akan berfikir mereka dijajah seperti hamba yang hanya menurut perintah. Sudah pasti perasaan ini pasti akan terbongkar dan boleh membawa permasalahan pada bila-bila masa yang sudah mencapai tahap tidak boleh diatasi lagi. Sebagai contoh, isu dan hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan Negara kita. Tetapi, masih lagi dipersoalkan seperti hak-hak kebajikan secara tidak langsung dan terselindung oleh kaum lain dengan menggunakan istilah satu Malaysia. Iaitu kesamarataan dalam semua perkara kepada semua kaum di Negara kita. Dalam soal seperti ini, walaupun diolog peradaban boleh memainkan peranannya tetapi tidak dapat mencapai objektifnya kerana dihalang oleh perundangan serta akan mengakibatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana mereka masih lagi terikat dengan polarisasi kaum mereka. Oleh itu, setiap individu yang berpendidikan mahupun yang tidak berpendidikan perlu berfikir secara wajar yang berasaskan kepada pertimbangan kepada kepentingan semua kaum dan akibat perasaan yang tidak digalakkan. Selain itu, seperti yang telah dibincangkan terlebih dahulu pelajar adalah bakal pewaris pemimpin dan pemaju sesebuah Negara. Polarisasi kaum yang berlaku di Institusi Tinggi dalam kalangan pelajar boleh mewujudkan konflik secara senyap mengenai pelbagai kaum dan etnik dan ini merupakan satu bentuk polarisasi kaum yang berlaku secara tidak langsung yang menular dalam masyarakat. Sudah pastinya, kemakmuran Negara akan diancam dan proses dialog peradaban mengalami kegagalan. Cabaran yang akhir ialah, Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah. Mengetahui sesuatu etnik secara mendalam dan mendekati mereka mengikut kehendak mereka adalah satu keperluan dalam proses dailog peradaban. Ketidakfahaman etnik boeh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur penyatuan seperti fungsi lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban mereka. Perbincangan dialog yang diadakan dalam kalangan golongan tertentu sahaja tidak wajar dan perlu melibatkan pelbagai peringkat dan etnik kaum di Negara Malaysia kerana bukan hanya golongan majoriti yang diberi perhatian malah golongan minoroti juga turut dipelihara kepentingannya. Jurang pemisah antara golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan. Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik telah

menyebabkan dialog peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan mereka berpendapat bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Persepsi yang tidak betul ini secara langsung menunjukkan keendahan dan kelalaian mereka terhadap dialog peradaban ini. Ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk memperkayakan budaya kita dengan ciri-ciri tamadun yang tersendiri serta tidak dipengaruhi oleh globasisasi disamping memelihara dan berkongsi elemen-elemen kerohanian berakhlak tinggi yang berdaya saing melalui dialog peradaban. penambahbaikkan dan peningkatan jurang pemisah yang dimaafaatkan sebagai satu usaha menghindari ketegangan adalah perlu dan pemikiran terbuka ini wajar dianuti oleh setiap individu. Sebagai contoh etnik minoriti seperti masyarakat Siam di Kelantan, Kedah dan Perlis serta masyarakat Portugis di Melaka perlu diambil kira nilainya serta berkongsi pendapat dan mempraktikkannya norma-norma dan nilai kehidupan sebagai nilai-nilai yang diterima umum kerana jurang pemisah yang wujud boleh menyebabkan perasaan polarisasi dan kewujudan rasa curiga akan kedudukan mereka yang boleh memberi kesan negatif kepada Negara pada masa akan datang serta melahirkan prinsip poligami seperti kedusunan, kedazanan di sabah dan Sarawak. Oleh itu, kita semua sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan Negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja. Selain berkenalan kita juga boleh bersatu padu menentang sebarang anasir yang bersifat negatif yang boleh mengugat keamanan Negara Malaysia. Marilah kita mengembleng tenaga untuk melaksanakan proses dialog peradaban secara berkesan dan berterusan demi kepentingan Negara dan bersama.

Você também pode gostar