Você está na página 1de 29

UNIT 4 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis

Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan
instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).

Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui


pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran
membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan
ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian
Pendidikan Moral dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral.


2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU)
3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah
Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.

1
TAJUK 1 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Pengenalan

Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini
adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan
peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian?

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan


mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan
dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Jenis Penilaian

1.1.1 Penilaian Formal

Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam
Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral sama
dengan penilaian bagi mata pelajaran lain?

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah
pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid
yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.

2
Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:

UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF


Fungsi Menghasilkan maklumat balik Pensijilan murid pada akhir kursus
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid
Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian yang
item sangat senang dan ada yang susah
Jenis alat Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun
bentuk khusus
Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja, UPSR, PMR, SPM, STPM,
buku skrap dan lain-lain Peperiksaan Sijil Perguruan,
peperiksaan akhir tahun

1.1.2 Penilaian Tidak Formal

Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual

i) Pemerhatian

3
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah
ditentukan.

ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun
enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan
telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah
seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama : Kelas: Tempoh :

PEMERHATIAN
(YA) (TIDAK)
BIL TINGKAH LAKU
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4. Bersopan santun
5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6. Selalu bersikap adil
7. Menepati masa
8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu
skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat

4
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif
atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif
atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang
baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)


Nama : Kelas : Tahun:
TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2. Berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu `Negaraku’
3. Berbaris semasa
perhimpunan
4. Memberikan salam apabila
berjumpa dengan guru
5. Tidak membuat bising semasa
guru tidak ada dalam kelas
6. Mendengar arahan guru
7. Menghantar kerja rumah pada
masa yang ditetapkan
8. Memakai pakaian seragam
sekolah yang kemas dan bersih
Skor
Jumlah Besar

Skala : 1- sangat rendah


2- rendah
3- sederhana
4- baik
5- sangat baik

iv) Rekod Anekdot

5
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh
tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar
seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

9.7.04 Bergaduh di dalam kelas


17.8.04 Berbual-bual semasa perhimpuan
23.8.04 Tidak memakai lencana sekolah
2.9. 04 Merosakkan meja di dalam kelas
3.9. 04 Meniru semasa ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

V) Hasil Kerja Pelajar


Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang
boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam
menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

6
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan
peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.
Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Soalan 1
Anda telah pun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan
perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.

PERBEZAAN PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF

Fungsi

Masa diberi

Contoh

Soalan 2
Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-

PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL PENILAIAN TIDAK FORMAL

Fungsi

Kelebihan

7
Kelemahan

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Rumusan
Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang
menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian
biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya
menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar.

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

TAJUK 2 PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Pendahuluan

Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai
serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan
usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian
mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain
pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk
merangkuminya.

8
Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara
berikut:

• Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.


• Menentukan Jadual penentuan ujian
• Menulis item-item soalan.
• Menyunting item.
• Menjalankan praujian.
• Mentadbir ujian atau peperiksaan.

2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat
dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat
jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif.

• ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran


yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan
sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang
ditentukan.
• ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum
balas kepada guru.
• ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
• ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan
pensijilan.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu
cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif
pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain
kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

9
Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan
aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan
jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam
membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.

Latihan 2.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut :

Soalan 1

Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. Oleh sebab perkhidmatan anda di
sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru
besar. Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka,
pentadbir sekolah melantik anda sebagai setiausaha peperiksaan yang
bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Huraikan tugas-tugas dan
cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat
dilaksanakan secara lebih berkesan.

Masa untuk rehat. Sila minum dulu. Selepas ini anda bolehlah teruskan
pembacaan bagi tajuk yang berikutnya.

2.2 Penyediaan Jadual Penentuan Ujian

Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang akan
dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting
sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan
Ujian (JPU).

Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan


ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk:

10
• menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,
• dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian


adalah :

• memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji,


• menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan
• membina carta-carta dua hala.

JADUAL PENENTUAN UJIAN


Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras Penge Kefaha- Aplikasi Analisis Sintesis Peni- Jumlah


kemahiran isi ta- haman laian
atau huan (25%) (55%) (10%) (2.5%) (2.5%)
kandungan (5.0%)

11
Nilai
kebersihan 1 1 2
Fizikal &
mental

Nilai harga Diri 1 1 2

Sayang
terhadap 1 1 4 6
keluarga

Tanggung
jawab terhadap 1 4 11 3 1 20
masyarakat

Cinta akan 1 2 4 1 8
Negara

Kebersihan & 1 1 2
Keindahan
Alam Sekitar

Jumlah 3 10 22 4 1 40
Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan)
manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan
kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan
aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11
soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu
disediakan untuk ujian berkenaan.

Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:

12
• 5.0% aras pengetahuan
• 25% aras kefahaman
• 55% aras aplikasi
• 10% aras analisis
• 2.5% aras sintesis
• 2.5% aras penilaian

JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:-

• menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.


• menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
• menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
• menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
• membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.
• membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Latihan 2.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1

Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah, anda diberi amanah sebagai salah seorang
penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal
soalan bagi matapelajaran ini. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30
soalan Tahun 4. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian

13
RUMUSAN

• JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan,


• JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan
• Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya

2.3 Pembinaan Item Ujian

Pendahuluan

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara
formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang
berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif..
Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-

Soalan Objektif Soalan Subjektif

• Soalan aneka pilihan • Soalan memerlukan jawapan yang


- jawapan terbaik pendek
- Positif dan negatif • Soalan melengkapkan perkataan /
- Cantuman ayat / cerita
• Soalan betul salah • Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

14
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang
berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna
mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan
kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk
mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-


• merangkumi semua bidang matapelajaran.
• masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
• objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
• emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :-

• pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.


• tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
• menggalakkan pelajar meneka jawapan.
• pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

• senang dibina dan ditadbir.


• menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
• boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
• peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

• unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

15
• ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
• pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
• pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda
mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.
Apakah tindakan anda
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Tidak mempedulikan mereka
D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar


I Menebang pokok sesuka hati
II Membuang sampah ke dalam sungai
III Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V Menderma baju lama ke rumah anak yatim
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan
perkara-perkara berikut kecuali

16
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Melarikan diri dari tempat kejadian
C. Menggantikan pasu bunga yang baru
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )


b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ________________________


b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita
kerana ____________________________________________________

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)

a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan
kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar.
Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai
kebersihan diri
1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________

Latihan 2.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

17
Soalan 1
Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu
mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu
bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.

Soalan 2
Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4

Rumusan:
1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih
daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan,
salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.
2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan respons
secara bertulis.
3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan mendapatkan
maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung dengan pencapaian
pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak
diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk
mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
dapat dibentuk.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Bacaan Asas

Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman
Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

Rujukan
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

18
TAJUK 3 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)

Pengenalan

Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung
dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah
berasaskan matlamat KBSR.

Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi
peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang

19
diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan
kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.

3.1 Tujuan-tujuan PKSR

1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di
peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu
proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna
2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan
3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan
4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi

3.1.1 Skop Penilaian

PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai,
sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)

3.1.2 Pendekatan PKSR

PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:

• Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan


kefahaman
• Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran
psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum
• Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari
aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum
• Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu
• Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan
dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral

20
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda
memerlukan bantuan

Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas.
Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah.

Latihan 3.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1
Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan
nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda
berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.

Contoh:

Situasi Soalan Jawapan anda


A.
Satu acara Hari Kebangsaan Apakah anda akan
di Kuantan ialah perarakan buat apabila terjumpa B.
kereta berhias. Dalam wang itu?
keadaan yang penuh sesak C.
dua helai wang RM10.00
telah tercicir daripada poket D.
seorang pengunjung

21
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.

Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan
kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong
dan membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain
yang amat sukar dinilai

22
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini
seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?

Latihan 3.2 :
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan
asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah
laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian
anda.

Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu


berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa
yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan
Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami
banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.

Bacaan Asas:

Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

23
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Rujukan:

Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia

Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.

Soalan Tutorial

1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik
(1jam)

2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)

3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and
(2 jam)

24
Rujukan

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional


knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development


challenge. Retrived on 23-6-04 from
http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual


framework. Retrived on 20-5-04 from
http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.

25
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future.
Albany:
Delmar Publishers. p 214.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.

Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.


(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an


introduction. US: Allyn and Bacon.

Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:


Wadsworth Publishing Company.

Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
Publishing Company.

Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
Hall.

PANEL PENULIS MODUL

BIL NAMA KELAYAKAN

BA (Hons) Sejarah. UM
PENYELARAS
M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Ph. D (Pendidikan). Universiti
1 Unit Kurikulum
Queensland.
Bahagian Pendidikan Guru
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
Kementerian Pelajaran Malaysia
1 tahun
Pengerusi
B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
Cik J Krishna Kumary a/p Juval
Diploma Pendidikan, USM
2 Maktab Perguruan Temenggung
M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
Ibrahim
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
Jalan Datin Halimah,
10 tahun
803500 Larkin, Johor.

26
Pn. Ng Choo Tang BSc (Hons) Kimia, UM
3 Institut Perguruan Bahasa-Bahasa M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Antarabangsa, Kuala Lumpur Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM
Maktab Perguruan Raja Melewar, SPI, Pendidikan Islam, UKM
4
Beg Berkunci 43, 70990, Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
Seremban, Negeri Sembilan, DK. 9 tahun

Pn. Chia Yip Lan B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)


Maktab Perguruan Sarawak Sarjana Pengurusan (UUM)
5 98009 Miri Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Sarawak Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

Pn. Rohaini Kamsan B A (Hons) Kesusasteraan Melayu


Maktab Perguruan Temenggung dengan Pendidikan (USM)
6 Ibrahim Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
Jalan Datin Halimah, 19 tahun
803500 Larkin, Johor

Pn. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
7 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar
56000 Kuala Lumpur Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah B. Econs (UM)


Maktab Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan (UM)
8 98009 Miri, Sarawak Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

Bil. Nama Kelayakan

PENYELARAS B.A. (Hons) Sejarah


Dr. Maznah Binti Abd. Samad M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
1. Unit Kurikulum PhD (Pendidikan)
Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
2 tahun

2. PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Maktab Perguruan Temenggong Pengalaman Mengajar Pendidikan
Ibrahim Moral: 17 Tahun

27
Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor

3. Pn. Chia Yip Lan B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi


Maktab Perguruan Sarawak, (UKM)
Jalan Bakam, M.Ed. Pengurusan (UM)
98009 Miri, Serawak. Pengalaman mengajar: Pendidikan
Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan
Moral

4. Cik Krishna Kumary Juval B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)


Maktab Perguruan Temenggong Diploma Pendidikan (USM)
Ibrahim, M SC. Pendidikan Moral (UPM)
Jalan Datin Halimah, Pengalaman Mengajar Pendidikan
80530 Larkin Moral : 10 tahun
Johor Baharu.

5. Pn. Asiah binti Saad B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara


Institut Perguruan Darul Aman M. Sc. Psikologi
06000 Jitra, Pengalaman mengajar Pendidikan
Kedah Darul Aman Moral : 14 Tahun

6. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi USM


Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks UM
Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar Pendidikan
56000 Kuala Lumpur. Moral: 16 Tahun

7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam


Institut Perguruan Darul Aman M Ed (Pendidikan Islam)
06000 Jitra, Kedah Darul Aman Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun

28
29

Você também pode gostar