Você está na página 1de 19

KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM (942/1)

2009
LOKASI KAJIAN
:
TAMAN NEGARA BAKAU TANJUNG PIAI

TARIKH
:
6-9 APRIL 2009

GURU PENYELARAS:
ENCIK ISMAIL MD ALI

AHLI KUMPULAN
:
NURUL NAJWA ISMAIL NURUL FARHANA HAQIAH FOUZI NOORSALEHA MANSOR

Tingkatan
:
6 ATAS GEOGRAFI

Tarikh hantar
:
16 APRIL 2009

SENARAI KANDUNGAN
Perkara halaman

Pendahuluan 1

Kawasan kaji an S T e e b m a p b o h p e k m a i j l i i h a a n n

5 objektif kajian

6 kaedah kajian

P t r

e e u

m m j u

e u

h b k a

a u n a

t l

9 dapatan kajian

k o b i R

m p o n o t i k n t a i a

&

10 13

n i m

m n g

a a

k n

k e e k o bakau

p e i s

n t t e

14

m e m e m e m u l

l i

i h a h a r

r a a

&

19 rumusan 22 cadangan 23 lampiran 24 rujukan 27

PENDAHULUAN
Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau. Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya.

Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara. Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkan air yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan dan udang telah mencemar kawasan sekeliling. Selain itu kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang. Hutan paya bakau merupakan salah satu daripada ekosistem lahan basah yang terdiri daripada kawasan payau, paya, tanah gambut atau perairan, baik yang bersifat semulajadi mahupun buatan, tetap atau sementara, dengan perairannya yang tergenang ataupun mengalir, tawar, agak masin termasuk kawasan-kawasan perairan laut yang kedalamannya tidak lebih dari 6 meter pada waktu air surut. Hutan paya bakau mempunyai vegetasi rata dan rapat, memiliki jenis tumbuhan yang selalu berdaun

Penghargaan



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyempurnakan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberi sokongan moral yang tidak terhingga serta bantuan kewangan dalam kajian yang kami jalankan ini. Tidak lupa juga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad yang telah membenarkan kami menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Selain itu, ribuan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru SMK.Sultan Ahmad yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Terutamanya kepada cikgu Encik Ismail Md Ali yang telah memberi tunjuk ajar dalam proses penyiapan folio ini kepada kami sekumpulan sejurus guru penyelaras projek STPM kajian luar geografi 1. Selain itu, terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang tidak jemu-jemu menolong kami dalam menyiapkan kertas kerja geografi 1 ini. Kami juga ingin mengucapkan syabas kepada diri kami sendiri kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dengan lancar dan sempurna. Tugasan yang diberikan ini telah kami jalankan secara berkumpulan dan sistematik dalam pembahagian kerja berkumpulan.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian luar yang kami jalankan tentang ekosistem bakau ialah bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Taman Negara Tanjung Piai ini merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 0116 Utara dan longitud 10331 Timur . Tanah lembap (wetland) Taman Negeri Tanjung Piai (Ref:1289) yang dipilih pada 31 Januari 2003 adalah Taman Negeri yang mengandungi pantai bakau dan intertidal mudflats. Sebuah mercu tanda dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada tahun 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya. Menurut Wetlands International, di Semenanjung Malaysia terdapat 28.7% hutan paya bakau di Johor (27733ha) atau 4.7% daripada keseluruhan jumlah hutan bakau di Malaysia. Tanjung Piai meliputi kawasan bakau seluas 526 hektar dan lagi 400 hektar dataran berlumpur. Mudflats adalah tanah lembut dan berlumpur. Ia mengandungi kandungan garam yang tinggi dan kadar oksigen yang rendah (anaerobic). Walaubagaimanapun, ini dipengaruhi oleh keadaan yang panas dan kering. Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai Paku Piai. Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini kerana ia hidup di kawasan yang masin. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat. Bakau yang digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau (MFR) di Johor adalah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Bakau yang digazetkan sebagai Taman Negara dan tapak RAMSAR oleh Kerajaan Negeri Johor diuruskan oleh Johor National Parks Corporation (JNPC). Ia membentuk satu-satunya koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembap Sungai Pulai. Terdapapt lima buah sungai merentasi Taman Negeri Tanjung Piai.Sebelum menjadi taman Negara, ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sg Pulai di bawah Jabatan Perhutanan PM. Johor National Parks Corporations ditubuhkan di bawah Akta JNPC 1989 untuk menguruskan taman-taman Negara di Johor. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. Kajiselidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.

SEBAB PEMILIHAN
Kami memilih kawasan kajian di Taman Negara Tanjung Piai,Kukup,Pontian,Johor sebagai kajian ekosistem bakau adalah untuk mengenalpasti komponen-komponen biotik dan abiotik yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu,sebab pemilihan ini dibuat ialah bertujuan untuk menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang wujud dalam kawasan paya bakau di Tanjung Piai. Sebab pemilihan dibuat juga adalah untuk mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Akhir sekali adalah untuk mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem di kawasan kajian.

TEMPOH KAJIAN
Tempoh kajian yang telah kami ambil bagi membuat kajian tentang ekosistem bakau di Taman Negara Tanjung Piai, Kukup, Pontian,Johor adalah selama 4 hari 3 malam, bermula pada 6 April -9 April 2009. Pada hari kedua iaitu 7 April kami mula menjalankan kajian di hutan paya bakau dan diiringi oleh beberapa petugas Taman Negara tersebut. Kami berkunjung ke Taman Negara tersebut pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

OBJEKTIF KAJIAN
5
Mengenalpasti komponen-komponen biotic dan abiotik yang terdapat di kawasan kajian. Menghurai proses aliran tenaga dalam rantaian makanan yang wujud di kawasan kajian.

Mengenalpasti kepentingan ekosistem bakau kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia Mengenalpasti usaha-usaha memelihara dan memulihara keseimbangan ekosistem kawasan kajian.

I) Pemerhatian
Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kami dapat melihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Kami menggunakan kaedah pemerhatian dalam membuat kajian tentang ekosistem bakau di Taman Negara Tanjung Piai.Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan,terdapat pelbagai spesis tumbuhan bakau seperti Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata), Bakau tulen (Rhizophora Stylosa), Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata), Lenggadai (Bruguiera Parriflora), Bakau Putih / Berus (Bruguiera Cylindrica) dan Bakau Tengar (Ceriops tagal). Selain itu, terdapat juga habitat lain seperti Ketam Rebab(Fiddler Crabs), Belangkas(Coastal), Kunang-kunang(Fire Fly) dan terdapat juga haiwan liar seperti kera(Long-talied Macaque), lotong cikong(Dusky Leaf Monkey), babi hutan(Sus Scrofa) dan sebagainya. Dataran lumpur ini walaubagaimanapun adalah luas, terutama di bahagian selatan Tanjung Piai. Lima spesis burung air besar dan 7 spesis burung pantai dilihat mencari makan di

KAEDAH KAJIAN
6

EKOSISTEM PAYA BAKAU


Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document Report this document? Please tell us reason(s) for reporting this document
Top of Form
156f7d290f1f259d5 doc

Spam or junk Porn adult content

Hateful or offensive If you are the copyright owner of this document and want to report it, please follow these directions to submit a copyright infringement notice. Report Cancel
Bottom of Form

This is a private document.

Info and Rating


Reads: 13,513 Uploaded: 07/02/2009 Category: School Work>Essays & Theses Rated:
0 5 false false 0

ekosistem paya bakau di taman negara tanjung piai masin pantai pantai morib bakau mengikut (more tags) ekosistem paya bakau di taman negara tanjung piai masin pantai pantai morib bakau mengikut pokok hutan kesan alam memulihara paya hutan simpanan pada ekosistem langkah menstabilkan kayu paya masin wikipedia kerosakan ekosistem kajian paya (fewer) Follow najjnurul

Share & Embed Related Documents


PreviousNext 1.

p.

p.

p. 2.

p.

p.

p.

3.

p.

p.

p. 4.

p.

p.

p. 5.

p.

p.

p. 6.

p.

p.

p. 7.

p.

p.

p. 8.

p.

p.

p. 9.

p.

p.

p. 10.

p.

p.

p. 11.

p.

p.

p. 12.

p.

p.

p. 13.

p.

p.

p.

14.

p.

p.

p. 15.

p.

More from this user


PreviousNext 1.

3 p.

40 p.

33 p.

Recent Readcasters

Add a Comment
Top of Form
156f7d290f1f259d5

Submit Characters: 400


document_comme 4gen

Bottom of Form

sisinen left a comment nice 07 / 28 / 2010 Reply

Fadilatul_Akma_5497 left a comment adm_ila05@yahoo.com.my 04 / 21 / 2010 Reply AIN_SALOVE left a comment ainsha.ahmad@yahoo.com 03 / 25 / 2010 Reply