Você está na página 1de 12

Daerah artikulasi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daerah artikulasi (pasif dan aktif): 1. Ekso-labial; 2. Endo-labial; 3.Gigi (Dental); 4.Gusi (Alveolar); 5.Belakang gusi (Postalveolar); 6.Pralelangit (Pre-palatal); 7.Lelangit (Palatal); 8.Velar; 9.Uvular; 10.Farinks; 11.Glotis; 12.Epiglotis; 13.Akar (Radikal); 14.Postero-dorsal; 15.Antero-dorsal; 16.Laminal; 17.Hujung lidah (Apikal); 18. Sub-apikal

Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. Contohnya, bibir bawah yang aktif boleh menyentuh bibir atas yang pasih (dwibibir, seperti [m]) atau gigi atas (bibir-gigi, seperti [f]). Lelangit keras boleh disentuh oleh bahagian depan atau belakang lidah. Jika depan lidah digunakan, maka daerahnya dipanggil gelungan; juga belakang lidah ("dorsum") pula, maka lelangit (palatal) namanya. Terdapat lima artikulator aktif yang asas, iaitu: bibir ("labial"), depan lidah yang lentur ("koronal"), bahagian tengah/belakang lidah ("dorsal"), akar lidah bersama epiglotis ("radikal"), dan larinks ("glotis"). Artikulator-artikulator ini boleh bertindak sendirian, atau dua daripadanya boleh bertindak serentak.

Artikulasi pasif pula tidak jelas sempadan daerahnya, iaitu berlakunya pertindanan antara daerah lidahbibir dan antargigi, antargigi dan gigi, gigi dan gusi, gusi dan lelangit, lelangit dan velar, dan velar dan uvular, yang boleh disentuh oleh mana-mana konsonan. Selain itu, apabila bahagian depan lidah digunakan, itupun sama ada permukaan atas atau daun lidah ("laminal"), ataupun hujung lidah ("apikal"), atau permukaan bawahnya ("sub-apikal"), yang melakukan sentuhannya; ketiga-tiganya bertindan menjadi satu tanpa sempadan yang jelas. Kelompok konsonan yang berkongsi daerah artikulasi yang sama, seperti konsonan-konsonan gusi n, t, d, s, z, l dalam bahasa Melayu, dikatakan merupakan homorganik. Wujudnya satu hukum sengauan homorganik, iaitu daerah artikulasi sesuatu bunyi terawal berasimilasi dengan bunyi terakhir dalam imbuhan awalan. Contohnya: baca diimbuhkan dengan awalan me(n) menjadi membaca; kutip dengan imbuhan yang sama menjadi mengutip.

Daerah artikulasi

Bibir Dwibibir Bibir-velar Bibir-gusi Bibir-gigi

Dwigigi

Koronal Lidah-bibir

Antargigi Gigi Gigi-gusi Gusi Hujung lidah Laminal Belakang gusi Gusi-lelangit Gelungan

Dorsal Lelangit Labial-palatal Velar Uvular Uvular-epiglotis

Radikal

Gerakan aktif

Daerah artikulasi aktif + pasif Dwibibir (Bilabial) Bibir-gigi (Labiodental)

Farinks Epiglotis-farinks

Bibir (Labial)

Epiglotis

Koron Laminal al

Lidah-bibir (Linguolabial) Glotis Antargigi (Interdental) Gigi (Dental) laminal Gigi-gusi (Dentialveolar) laminal Gusi (Alveolar) laminal Belakang gusi (Postalveolar) laminal ("gel ungan" #1) Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalamIPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]

lihat bincang sunting

Belakang Lengkungan (separa dipala gusi lengkungan ("palatotalkan) alveolar") Belakang gusi dipalatalkan ("gusilelangit") Gigi hujung lidah Gusi hujung lidah Belakang gusi hujung lidah ("gelungan" #2) (Pra-)Lelangit subapikal ("gelungan" #3)

Dipalatalkan

Hujung lidah (Apikal)

Bawah lidah (Sub-apikal)

Belakang (Dorsal)

Pra-lelangit Lelangit Pra-velar (atau tengah lelangit) Lelangit lembut (Velar) Pasca-velar Anak tekak (Uvular)

Akar (Radikal)

Farinks atas Farinks bawah Epiglotis-farinks Katup tenggorok (Epiglotis)

Larinks [sunting]Senarai daerah artikulasi


      

Glotis

Dwibibir (Bilabial): antara kedua-dua belah bibir Bibir-gigi (Labiodental): antara bibir bawah dan gigi atas Lidah-bibir (Linguolabial): antara depan lidah dan bibir atas Gigi (Dental): antara depan lidah dan gigi atas Gusi (Alveolar): antara depan lidah dan batas di belakang gusi Belakang gusi (Postalveolar): antara depan lidah dan ruang di belakang batas gusi Gelungan (Retrofleks): sebetul-betulnya, lidah menggelung ke belakang agar bahagian bawahnya menyentuh lelangit Lelangit keras (Palatal): antara tengah lidah dan lelangit keras Lelangit lenbut (Velar): antara belakang lidah dan lelangit lembut (velum)

 

Anak tekak (Uvular): antara belakang lidah dan anak tekak (yang tergantung di belakang mulut)

(Semua konsonan di atas boleh disengaukan, kebanyakannya juga boleh disisikan.)


   

Farinks: antara akar lidah dan belakang kerongkong (farinks) Epiglotis-farinks: antara epiglotis dan belakang kerongkong Epiglotis: antara lipatan aryepiglotis dan epiglotis (lihat larinks) Glotis: di glotis (lihat larinks)

[sunting]Sengauan dan sisian




Untuk menghasilkan sengauan, lelangit lembut direndahakn untuk membolehkan udara melalui hidung (sebenarnya daerah juga, tetapi dianggap sebagai cara artikulasi) Untuk menghasilkan sisian, udara dihembuskan melalui sisi lidah dan gigi, bukan melalui hujung lidah. Bahasa Melayu cuma ada satu sisian, iaitu /l/, tetapi sesetengah bahasa lain ada lebih dari satu, cth. bahasa Sepanyol yang berhuruf "l" lwn. "ll"; bahasa Hindi dengan sisian gigi, lelangit dan gelungan; dan berbilang-bilang bahasa Pribumi Amerika yang merangkumi sisian yang berbentukmalaran tak geser, geseran dan letusan.

[sunting]Artikulasi serentak Sesetengah bahasa ada konsonan yang dihasilkan di dua daerah artikulasi serentak, iaitu artikulasi serentak. Antaranya termasuk:


Pembibiran, membundarkan bibir sambil menghasilkan halangan, seperti [k ] dan /w/ dalam bahasa Inggeris. Pempalatalan, menaikkan anggota lidah ke arah lelangit keras sambil menghasilkan halangan, seperti /t / dalam bahasa Rusia. Pemvelaran, menaikkan belakang lidah ke arah lelangit lembut (velum), seperti [l ] atau [ ]. Pemfarinksan, menjerut kerongkong (pharynx), seperti [t ] dalam bahasa Arab. Hentian berartikulasi ganda: dua hentian yang dihasilkan serentak, contoh: konsonan bibirvelar seper [k p] yang terdapat di Afrika Barat dan Tengah; konsonan bibir-gusi [t p d b n m] yang ditemui sebagai konsonan tersendiri dalam sebuah bahasa di New Guinea yang juga membezakan hentian bibir-belakang gusi. Bahasa Somali ada hentian uvular-epiglotis [q ].

  

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otototot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran.Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek Vokal Depan Luas ( a)

Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara.Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

DIFTONG

Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong.Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Você também pode gostar