Você está na página 1de 5

APAKAH YANG MEREKA KELIRU ?

Persepsi Tentang Merokok Kekeliruan 1 Merokok melambangkan kedewasaan Fakta sebenar 1 Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan dewasa. Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri Kekeliruan 2 Dengan merokok seseorang itu mudah dapat kawan Fakta sebenar 2 Apa guna mendapat kawan sekiranya tidak baik. Dengan tidak merokok remaja akan mendapat ramai kawan yang baik kerana majoriti remaja adalah tidak merokok Kekeliruan 3 Merokok merupakan sumber ilham Fakta sebenar 3 Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya sekadar meredakan ketagihan. Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara produktif Kekeliruan 4 Merokok melambangkan kehebatan (macho) bagi lelaki dan bergaya (trendy) untuk perempuan Fakta sebenar 4 Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan. Fakta yang sebenarnya kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan nafas berbau Kekeliruan 5 Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan Fakta sebenar 5 Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan badan. Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan cara makan yang sihat. Ia bukan sahaja lebih berkesan tetapi lebih berpanjangan. Malah remaja akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada berbagai jenis penyakit seperti jantung, kanser dll. Merokok: Apa padahnya? Pertama Merokok adalah langkah pertama ke arah : Penyalahgunaan dadah - 100% bermula Meminum alkohol - 90% bermula Kedua : - Masalah disiplin sekolah Ponteng Vandalisma Gangsterisma

Mungkinkah rokok menjadi puncanya? Ketiga: Menjejaskan prestasi akademik & ko-kurikulum Kelima: Menjejaskan penampilan diri Selekeh Comot Nafas berbau Bibir lebam Gigi kuning Batuk-batuk Memencilkan diri ?? Keenam: Menghidap penyakit-penyakit akut: Penyakit gusi Jangkitan saluran pernafasan Ketujuh: Menghidap penyakit-penyakit kronik: Kanser paru-paru 9X COPD (emfisima & bronkitis) 9X Kanser kerongkong 7X Kanser mulut & tekak 4X Kanser esophagus 4X Strok 4X Crohns disease 5X Penyakit jantung iskemia 4X Kanser pundi kencing 3X Artheriosclerosis 2X Ulser peptic 2X Kanser pancreas 2X Pneumonia 1X Kelapan: Mempercepatkan proses penuaan Kelihatan tua: Kulit cepat berkedut Rambut cepat beruban Kesembilan: Menjejaskan kesuburan lelaki dan perempuan Mati pucuk Kesepuluh Pendek umur Secara purata, perokok kehilangan 20 22 tahun jangka hayat biasa. 2 JENIS PEROKOK

PEROKOK AKTIF (orang merokok) PEROKOK PASIF (penyedut asap rokok) Penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok pasif - Kanser paru-paru - Sakit jantung - Asma bertambah teruk -Ibu hamil mengalami rencatan tumbesaran anak di dalam rahim. -Ibu melahirkan anak yang mempunyai kurang berat badan. -Kanak-kanak mudah terdedah kepada infeksi saluran pernafasan. -Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu. -Hak-hak orang ramai. - Sebagai individu anda berhak menikmati udara bersih dan bebas dari asap rokok. - Sebagai orang yang tidak merokok anda boleh; - memberitahu orang lain bahawa anda tidak suka asap rokok. - membantah dengan baik apabila orang lain merokok di hadapan anda. - memberitahu orang lain tentang bahaya merokok. Banyak Kebaikannya jika Tidak Merokok: Lebih segak Matang Berketerampilan Keyakinan diri tinggi Perawakan menarik Cemerlang akademik Lebih cergas dan berstamina Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit Sentiasa ceria Lebih disenangi orang lain Lebih wang saku dan berjimat cermat Peruntukan Undang-Undang Di bawah Peraturan 8A Kawalan Hasil Tembakau (1997) Pindaan, adalah menjadi kesalahan bagi remaja yang berumur 18 tahun ke bawah daripada merokok, membeli atau memiliki sebarang hasil tembakau Remaja-remaja yang didapati bersalah di bawah Peraturan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1000.00 Lindungi Diri, Jauhi Merokok Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok Bina keyakinan diri Katakan tidak pada rokok Bersikap positif terhadap cabaran

Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah: Bersukan,Berekreasi, Berpersatuan Sentiasa patuhi ajaran agama Tidak terperdaya dengan promosi dan iklan rokok Faedah Berhenti Merokok Fisiologi: Selepas beberapa jam berhenti sistem darah akan mulai bersih dari nikotin. Dalam masa 2 3 hari, hasil sampingan nikotin akan lenyap daripada tubuh. Selepas 6 jam, nadi akan menjadi perlahan ke paras yang biasa (normal), tekanan darah juga turut menurun sedikit. Selepas 24 jam, karbon monoksida akan mula lenyap daripada tubuh, membolehkan lebih banyak oksigen diresap oleh sel darah merah. Selepas 2 hari, deria rasa dan deria menghidu akan pulih seperti sedia kala. Selera makan akan bertambah. Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan akan kembali pulih untuk membersihkan segala kotoran yang terdapat dalam saluran tersebut. Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama di bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki dan juga alat kelamin akan kembali normal. Selepas 3 bulan, kesuburan bagi lelaki dan juga wanita kembali berfungsi seperti keadaan seorang bukan perokok. Selepas setahun risiko kepada pelbagai jenis penyakit berkurang pada kadar separuh Terlepas daripada belenggu ketagihan. Keyakinan pada diri akan meningkat. Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-korikulum akan meningkat. Kehidupan akan lebih ceria. Kelihatan lebih tampan dan kemas Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya. Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan juga rakan taulan. Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang kebanyakannya tidak merokok. Ekonomi: Banyak wang dapat dijimatkan: Dengan berhenti merokok, perbelanjaan mendapatkan rawatan penyakit akibat merokok akan dapat dijimatkan. Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 10%. 10% daripada kebakaran rumah berpunca daripada puntung rokok yang menyala. Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok : Klinik Berhenti Merokok Kaedah kaunseling Rawatan gantian nikotin (NRT) Nasihat daripada guru kaunselor di sekolah

Você também pode gostar