Você está na página 1de 3

Apakah aisd propionik?

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan. Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering. Tahukah anda.... Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a). Info terkini Kebanyakan roti dan ban yang dijual di Malaysia melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undangundang. Dalam ujian yang dijalankan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Anda mesti memberi perhatian. Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan. Jenama Jenis Produk Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) Gardenia Wholemeal Bread Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) Gardenia Breakthru (Formula White) High 5 Nutri-White Sandwich Bread High 5 Sure Value Sandwich Bread High 5 Wholemeal Bread Roman Meal Honey & Oat Bran Bread Roman Meal Hi Calcium Bread Roman Meal 12 Grain Bread Giant Roti Sandwic Giant Bread (Concess) Tesco Wheat Bran Bread Tesco White Sandwich Kandungan asid propionik (kali lebih tinggi ) 1.6 kali 2.6 kali 2.4 kali 3.3 kali 1.9 kali 3.4 kali 1.7 kali 3.4 kali 3.1 kali 3.0 kali 2.9 kali 1.7 kali 2.3 kali 1.4 kali

Gardenia

High 5

Roman Meal

Giant Tesco

Begitu juga dengan ban dan burger yang di hidangakan di rangkaian makanan segera KFC dan McDonalds. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kesan sampingan daripada penggunaan aisd propionik yang berlebihan. Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka

tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Você também pode gostar