Você está na página 1de 3

8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG PAYA LUAS, BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR.

Setelah dikaji dan menjalankan temu bual dengan beberapa orang penduduk tempatan, saya mendapati pencemaran alam sekitar di Kampung Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor adalah berpunca daripada :

Kenderaan Bermotor
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah membawa

banyak perubahan dan kebaikan kepada taraf hidup penduduk di Batu Anam, khususnya di Kampung Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor ini kerana kemudahan pengangkutan ini secara tidak langsungnya telah mengubah nasib, keadaan dan rezeki penduduk desa.
Namun begitu, setiap pergerakan kenderaan bermotor seperti motosikal, lori,

kereta, bas akan menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang menghasilkan asap serta bunyi bising yang mengganggu keselesaan penduduk di Kampung Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor. Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka memang sering berlaku di Kampung Paya Luas, Batu Anam,

Segamat, Johor kerana Batu Anam merupakan kawasan pertanian. Pembakaran terbuka ini bukan sahaja dijalankan oleh penduduk di kawasan kampung yang membakar sampah dan daun kering di halaman rumah. Malahan pembakaran terbuka dijalankan oleh pekebun kecil dan ladang-ladang yang menjalankan proses penanaman pokok getah dan kelapa sawit baru yang menggantikan pokok tua. Akibatnya, udara di sekitarnya akan dipenuhi dengan asap dan debu serta partikel halus yang terampai-ampai di ruangan udara. Pembuangan Bahan Kimia Ke Dalam Sungai

Satu bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu:

Satu unsur kimia adalah satu bahan yang tidak boleh dibahagi atau diubah kepada bahan-bahan yang berlainan oleh cara kimia yang biasa. Zarah unsur yang paling kecil adalah atom, yang mengandungi elektron mengelilingi nukleus iaitu proton dan neutron.

Satu sebatian kimia adalah satu bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur

kimia yang bergabung secara kimia di dalam satu nisbah yang tetap. Satu molekul adalah zarah yang paling kecil sesuatu unsur atau sebatian yang mengekalkan ciri-ciri kimia sesuatu unsur atau sebatian. Satu ion adalah satu atom atau kumpulan-kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron. Perkataan "kimia" boleh merujuk kepada apa-apa bahan kimia, walaupun satu makna popular yang mana "satu produk daripada industry. Aktiviti Pertanian

Kebanyakan ladang di Kampung Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman seperti kelapa sawit. Maka baja kimia akan digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun serangga juga digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Penggunaan racun serangga, racun kulat dan baja kimia akan meninggalkan bahan toksik yang tidak larut dalam air di sekitar kawasan kajian. Contohnya, plumbum dan zink dalam baja kimia tidak mudah lupus dan akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan ini menyebabkan bahan asid dalam tanih meningkat. Apabila hujan, bahan tersebut dibawa air hujan ke dalam sungai. Begitulah pencemaran Sungai Merlimau yang tercemar oleh penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan sekitarnya.

Pembuangan Sampah Sarap

Pembuangan sampah di merata-rata tempat oleh sesetengah penduduk di Kampung

Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor juga menyebabkan air sungai tercemar dan boleh menyebabkan banjir kilat apabila hujan lebat. Ini kerana jalan air tersumbat dan tersangkut oleh sampah sarap ini. Di samping itu, pembuangan sampah sarap juga menyebabkan udara tercemar melalui bau busuk yang dikeluarkan. Akhir sekali, penduduk seharusnya mengurangkan penggunaan racun serangga sebagai menghargai alam sekitar.

Perkilangan
Terdapat kilang di Kampung Paya Luas, Batu Anam, Segamat, Johor iaitu kilang

kelapa sawit. Pencemaran udara berlaku akibat kilang kelapa sawit ini mengeluarkan asap, debu serta bau yang kurang menyenangkan ke udara. Oleh kerana itu, keselesaan dan ketenteraman penduduk tergugat.

Você também pode gostar