Você está na página 1de 5

APLIKASI DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDEDAHAN KEPADA KONSEP INTEGRASI Konsep dan pelbagai makna

Integrasi Pengenalan Program pendidikan Integrasi merupakansatu program yang amat popular di luar Negara khususnya Amerika Syarikat. Program ini dimulakan pada tahun 1900 an.Pada ketika itu, penekanan diberikan pada mata pelajaran Sains untuk diintegrasikan dengan mata pelajaran.Ini kerana sains telah dianggap sebagai asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian , daripada itulah mata pelajaran lain mula diintegrasikan kedalam kurikulum di sekolah sekolah.Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa konsep integrasi ini diamalkan dengan meluas dikebanyakkan pelajar di negara negara maju.

Pengertian Integrasi. Para pendidik menggunakan konsep dan makna integrasi dari pelbagai sudut psikologi, pedagogi dan sosiologi. Integrasi dari sudut psikologi Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personality sempurna dimana bermaksud bahawa individu itu adalah insan sempurna dengan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain. Integrasi dari sudut sosiologi Dari sudut sosiologi , integrasi mempunyai lebih daripada satu makna.Pertama ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, antara pelajar dengan guru.Kedua perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara

individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Integrasi dari sudut pedagogi. Dari sudut pedagogi , integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

Jenis Jenis integrasi. Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR , penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran , antaranya ialah Integrasi.Untuk itu beberapa jenis konsep integrasi perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan Satu proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkansuatu pelajaran yang integrative dan menyeluruh.Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai bagai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersatu padu , sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.

Penyerapan Satu proses penyebatian dan penyatupaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain kedalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Merupakan lebih kepada unsur pengetahuan.

Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran.

Penerapan

Proses menerapkan nilai- nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai- nilai yang dimaksudkan ialah nilai nilai murni

Nilai ini akan diterapkan melalui dua pendekatan iaitu Pendekatan Implisit dan pendekatan Eksplisit.

Pemulihan Satu aktiviti pengayaan yang bertujuan secara khusus untuk membantu murid yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu terutamanya dalam kemahiran asas 3M

Pengayaan Aktiviti yang difokuskan kepada murid yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaanya. ISU DAN CABARAN INTEGRASI Masalah berhubung dengan peruntukkan masa dan slot pergerakkan , seni visual atau muzik bukanlah satu alasan yang baru.Dengan keadaan jadual waktu yang padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi jumlah mata pelajaran . Oleh yang demikian , apabila sesuati bidang baru diperkenalkan , beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk memuatkan mata pelajaran baru kedalam jadual pembelajaran yang sedia ada itu dengan cara mengeluarkan mata pelajaran yang dianggap kurang penting dari segi akademiknya dan tidak terlibat dalam peperiksaan.

Apa yang berlaku kepada mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Negara ini adalah satu contoh yang paling baik dan sesuai.Daripada tiga waktu seminggu, telah dikurangkan kepada dua waktu. Selain itu juga mata pelajaran yang lain juga tidak diajar, sebaliknya mata pelajaran yang merlibatkan peperiksaan menggantikan mata pelajaran seperti muzik dan seni untuk murid murid yang terlibat dalam peperiksaan. Integrasi isi kandungan unit, pelbagai kemahiran , proses dan strategi pelbagai mata pelajaran.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan pelbagai aktiviti perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Untuk itu, sesuatu proses pengajaran tidak dapat lari daripada perkara perkara asas yang melibatkan guru, murid , isi kandungan/pelajaran , bahan-bahan pembelajaran , bilik darjah serta kemudahan kemudahan lain . Untuk itu , sebelum melaksanakan, pengajaran, guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih teratur. Untuk itu guru perlulah menyediakan bahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh diintegrasikan dalam bilik darjah dimana bahan bahan yang dipilh akan saling bantu membantu dan melengkapkan serta menentukan kejayaan pengajaran untuk hari tersebut. Selain daripada itu juga, untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya, guru perlulah merangka dan menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu, penglibatan serta penyertaan murid amatlah diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalah untuk memastikan pelajar dapat berpeluang menjalani kehidupan dimasa akan datang dan dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Pengajaran yang lebih terancang dengan susunan rapi dengan penetapan objektif yang disasarkan mengikut tahap dan kebolehn murid yang diajar.Selain daripada ituisi pelajaran yang hendak disampaikan juga haruslah bersifat kontekstual dan boleh mempunyai hubungkait dengan mata pelajaran lain

merupakan satu kaedah integrasi dimana kesemua aspek aspek tersebut saling bergantungan untuk memastikan kejayaan ssuatu proses pengajaran dan pembelajaran..

Integrasi dengan mata mata pelajaran lain pula sebagai contoh seni visual ,muzik dan pergerakkan adalah subjek yang doleh diintegrasikan keranaketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan dengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid tentang tajuk tajuk yang hendak diajar. Selain daripada itu pengintegrasian juga boleh dilakukan dengan mata pelajaran seperti Sains. Matematik dan juga Bahasa Inggeris dimana ianya mempunyai konsep penekanan iaitu berdasarkan kemahiran- kemahiran dan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya yang dapat membantu murid memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru.

Você também pode gostar