Você está na página 1de 7

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan
berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah
taska. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini
bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.
Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PBG di sekolah anda tentang
perkara berikut :
(a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan
memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian.
Akta 308
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) yang termaktub di dalam Undang-
Undang Malaysia adalah merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan
bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Akta ini merupakan garis panduan
yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran, pengawalan, pemantauan dan
terpakai untuk semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja,
persendirian dan sesuatu institusi. Akta yang diwujudkan bertujuan untuk menjamin
kualiti perkhidmatan kanak-kanak dan sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan
yang telah ditetapkan, premis tersebut boleh ditutup dan pengusaha boleh didakwa
di mahkamah.
Secara keseluruhannya terdapat 6 bahagian di bawah Akta 308 ini dan terbahagi
kepada 24 Seksyen. Untuk menjelaskan perkara-perkara yang terkandung dalam
akta tersebut, berikut dilampirkan satu jadual yang akan menjadi garis panduan
untuk memberi penerangan tentang beberapa bahagian dan seksyen yang perlu
diketahui dan diberikan perhatian serius, sebelum seseorang pengusaha itu
menubuhkan sesebuah TASKA.



AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN

Permulaan
Seksyen 2 Tafsiran

Taman Asuhan Kanak-Kanak bererti,
mana-mana premis yang mempunyai
empat orang atau lebih kanak-kanak di
bawah umur empat tahun yang melebihi
daripada satu isi rumah diterima masuk
untuk dijaga dengan upah/yuran.
Taman Asuhan Kanak-Kanak berdaftar
bermaksud ianya telah didaftarkan dengan
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat sepertimana termaktub dalam
Seksyen 7.
Seksyen 3 (1)
Pengecualian
Akta ini dikecualikan sekiranya premis
tersebut adalah hospital, tadika dan rumah
kanak-kanak yang dikendalikan oleh
kerajaan. Akta ini juga tidak terpakai
sekiranya premis tersebut menerima
masuk kanak-kanak atas status saudara.
Saudara adalah merujuk kepada datuk
atau nenek, abang atau adik laki-laki,
kakak atau adik perempuan, bapa saudara
atau emak saudara yang
mempunyai pertalian darah.

Pendaftaran
Seksyen 4 - Semua
taman asuhan kanak-
kanak hendaklah
didaftarkan
Semua taman asuhan kanak-kanak mesti
didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dengan membuat permohonan
di mana-mana Pejabat Kebajikan
Masyarakat dan perlu menepati kehendak-
kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat dan Jabatan
Kesihatan.

AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN



Pendaftaran
Seksyen 5 Kategori
Taman Asuhan
Kanak-Kanak
Terdapat dua kategori taman asuhan
kanak-kanak:
(a) taman asuhan kanak-kanak di rumah
iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak
yang menerima masuk kurang daripada
sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah
orang yang didaftarkan di bawah seksyen
7;
(b) taman asuhan kanak-kanak di institusi
iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak
yang menerima masuk sepuluh orang
atau lebih kanak-kanak.
Seksyen 6 (2) -
Larangan ke atas
taman asuhan kanak-
kanak yang tidak
berdaftar
Taman Asuhan Kanak-Kanak yang tidak
didaftarkan di bawah peruntukan Akta
boleh dikenakan denda tidak melebihi
RM1000.00, dan bagi kesalahan kali kedua
atau berikutnya denda tidak melebihi
RM2000.00.
Seksyen 7(1)
Pendaftaran
Permohonan pendaftaran taman asuhan
kanak-kanak perlu dibuat melalui Ketua
Pengarah menggunakan borang yang telah
ditetapkan dalam akta.
Seksyen 8 - Terma
dan syarat yang
hendak dikenakan
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan
mana-mana taman asuhan kanak-kanak
tertakluk kepada yang berikut:
(a) Menghadkan bilangan kanak-kanak
yang diterima masuk dalam mana-mana
taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu
masa;
(b) Menjamin bahawa pengasuh kanak-
kanak merupakan seorang yang layak,
sesuai dan bertanggungjawab;

AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN



Pendaftaran
Seksyen 8 - Terma
dan syarat yang
hendak dikenakan
(c) Menjamin bahawa pengasuh
mempunyai pengalaman dan telah
mengikuti kursus asas asuhan kanak-
kanak;
(d) Menjamin bahawa taman asuhan
kanak-kanak mempunyai kemudahan
infrastruktur yang lengkap dan
disenggarakan dengan baik setiap masa;
(e) Masa operasi yang melebihi empat jam
dalam satu-satu hari, perlu ada jadual,
peraturan dan program harian yang sesuai
merangkumi makanan, rehat dan hiburan
bagi kanak-kanak;
(f) Keadaan bangunan taska hendaklah
mematuhi syarat rekabentuk, pembinaan,
ketahanan api bertujuan untuk kesihatan
dan keselamatan kanak-kanak;
(g) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut
dan sesuai oleh Ketua Pengarah.
Seksyen 9(1) - Daftar
yang hendak
disimpan
Merujuk kepada pengurusan penyimpanan
rekod dan dokumen berkaitan Taman
Asuhan Kanak-Kanak secara sistematik
dan perlu dikemaskini pada setiap masa
seperti daftar pekerja dan pengasuh,
dokumen pengurusan dan pendaftaran,
rekod peribadi kanak-kanak seperti daftar
kehadiran, rekod kesihatan, rekod
kemajuan / perkembangan dan
sebagainya.

AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN



Pendaftaran
Seksyen 11(1-5)
Perakuan
pendaftaran
Perakuan pendaftaran hanya boleh
didaftarkan di atas nama pemohon dan
premis yang hendah didaftarkan sahaja.
Perakuan pendaftaran tidak boleh dipindah
milik dan hanya sah selama dua belas
bulan kalendar iaitu setahun dari tarikh
permohonan. Jika berlaku apa-apa
perubahan, pemohon perlu memberitahu
Ketua Pengarah dengan sewajarnya
secara bertulis, dan Ketua Pengarah akan
mengeluarkan suatu perakuan pindaan
sebagai ganti perakuan asal itu. Dokumen
Perakuan Pendaftaran perlu disimpan
dengan baik dan boleh ditunjukkan pada
bila-bila masa kepada Pihak Berkuasa
yang datang memeriksa.

Pembatalan
Pendaftaran
Seksyen 12
Pembatalan
Pendaftaran
Pendaftaran Taska boleh dibatalkan
sekiranya pemilik melanggar mana-mana
mana-mana syarat yang dikenakan
berhubungan dengan pendaftaran, tidak
memaklumkan perubahan terkini, pemilik
terlibat dengan kesalahan lain yang
melibatkan keburukan akhlak. Pendaftaran
juga akan terbatal jika didapati Taska
tersebut tidak berjalan seperti di tetapkan
atau sudah berhenti beroperasi.
V
Perlantikan
Pegawai Diberi
Kuasa
Seksyen 14 - Kuasa
Ketua Pengarah dan
pegawai diberi kuasa
Pegawai yang diberi kuasa berhak
memeriksa keadaan premis dari segi
kesihatan, pengurusan, peralatan,
persekitaran dan kecemasan pada bila-bila
masa.

AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN


V
Arahan
Seksyen 16 (1)-
Perintah untuk
menutup sementara
taman asuhan kanak
Pengusaha boleh diberikan notis secara
bertulis untuk menutup sementara Taska,
jika pihak berkuasa mendapati pengusaha
mengabaikan kebajikan dan keselamatan
kanak-kanak dan gagal menyediakan
peralatan pemadam kebakaran yang boleh
berfungsi dengan baik.
V
Pelbagai
Seksyen 17 -
Kesalahan dan
penalti
Pengusaha Taska yang melanggar
peraturan di dalam akta dan gagal
memberikan kerjasama dengan pegawai
berkuasa boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM 2,000.00 atau penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun.
Seksyen 20 (1) & (2)-
Kuasa untuk masuk
dan memeriksa
premis
Pegawai berkuasa mempunyai kuasa untuk
menjalankan siasatan terperinci jika
didapati pengusaha Taska telah melanggar
peraturan di dalam Akta. Pegawai
berkuasa mempunyai kuasa untuk menyoal
siasat pengusaha dan pekerja Taska.
Pegawai berkuasa juga boleh menyiasat
semua rekod yang berkenaan dan boleh
menyita atau mengambil salinan apa-apa
rekod yang berkenaan dengan akta.
Seksyen 22 - Rayuan Pengusaha yang tidak berpuas hati dengan
keputusan pendakwaan boleh membuat
rayuan secara bertulis kepada Menteri
dalam tempoh 30 hari.
Seksyen 23 (2)
Peraturan-Peraturan
Menteri mempunyai kuasa untuk
menentukan peraturan-peraturan berkaitan
akta seperti berikut;
(1) penjalanan, pengurusan dan penyeliaan
taman asuhan kanak-kanak;

AHAGIAN SEKSYEN PENERANGAN


V
Pelbagai
Seksyen 23 (2)
Peraturan-Peraturan
(2)pendaftaran, kelayakan, pengalaman,
perlantikan, tugas, tanggungjawab dan
disiplin pekerja dan pengasuh Taska;
(3) penjagaan kesihatan dan pemakanan
kanak-kanak;
(4) penyimpanan dan penyenggaraan apa-
apa daftar mengenai kanak-kanak;
(5) penetapan kehendak minimum
bagi penerimaan masuk kanakkanak
dan peruntukan bagi mengadakan
keperluan kebersihan minimum, bekalan air
dan perkara lain mengenai kesihatan
berhubungan dengan bangunan Taska;
(6) penetapan kelengkapan minimum;
(7) penetapan borang yang hendak
digunakan dan maklumat yang berkaitan
dengan Akta;
(8) pemberian perakuan dan pengeluaran
salinan perakuan;
(9) penetapan fi dan apa-apa jua yang
dikehendaki ditetapkan atau yang boleh
ditetapkan di bawah Akta ini.
Seksyen 24 -
Peruntukan untuk
membenarkan
penerimaan masuk
kanakkanak
di atas umur empat
tahun
Permohonan kebenaran untuk menerima
masuk kanak-kanak di atas umur 4 tahun
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat
selanjutnya yang difikirkan perlu oleh Ketua
Pengarah.

Você também pode gostar