Você está na página 1de 12

~Risalah Muslimah (1) ~Oleh : Ust.

Harolizam Abu Hashim

Muslimah Di Ambang Perkahwinan


Terbitan : & Seliaan Panduan: kh () h () Wakil Penerangan Darul Ilaj Pontian, Johor Darul Tazim

t sy sh/s gh th

() () () () ()

dh/d z dz a a

() () () () ()

Muslimah Di Ambang Perkahwinan


1.

Perkahwinan adalah sunnah para Rasul. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:


Empat perkara merupakan sebahagian dari sunnah para Rasul iaitu sifat malu, memakai harum-haruman, bersugi dan berkahwin.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Pernikahan adalah sunnah ku, maka sesiapa yang mencintai fitrahku, ia hendaklah mengikut sunnahku. Di antara matlamat perkahwinan ialah : 1) Memelihara kesinambungan bagi kewujudan manusia di alam mayapada ini. 2) Memelihara kesucian nasab. 3) Memelihara masyarakat dari keruntuhan akhlak. 4) Saling bantu-membantu di antara suami-isteri di dalam tugas pembentukan keluarga dan pengasuhan anak. 5) Memelihara masyarakat dari pelbagai jenis penyakit. 6) Memperolehi ketenangan roh dan jiwa. 7) Menyalakan perasaan keibuan dan keayahan. Seorang isteri di dalam sebuah institusi rumahtangga yang berfungsi sebagai wadah atau kubu al-dakwah, berperanan selaku penggalak dan pembantu suami dalam melaksanakan segala tugas perjuangan al-dakwah dan al-jamaah. Dalam konteks al-dakwah, perkahwinan berfungsi untuk meramaikan anggota dan membesarkan bilangan pejuang, juga sebagai langkah yang strategik ke arah penguasaan dan pengukuhan pengaruh Islam ke atas sesebuah kawasan atau kelompok masyarakat yang tertentu. Oleh itu perkahwinan di antara sesama pejuang Islam mestilah digalakkan dan langkah-langkah perkahwinan di antara sesama mereka wajib dipermudahkan. Di antara permasalahan atau halangan perkahwinan awal di antara sesama pejuang Islam ialah mahar atau hantaran belanja yang terlalu tinggi. Sabdaan Nabi s.a.w. melalui riwayat Uqbah Ibnu Amir

Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah, dan di dalam sebuah riwayat yang lain, Sebaik-baik mahar ialah yang paling mudah. 7.1 Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda: Wanita yang paling besar keberkatannya ialah yang paling jelita tetapi paling murah maharnya. 7.2 Melalui riwayat Aisyah pula, baginda bersabda:

Sesungguhnya sebahagian dari keberkatan seorang wanita ialah mudah peminangannya, mudah maharnya, dan mudah rahimnya. Kata Urwah, Yakni mudah melahirkan anak. Tersebut di dalam sebuah riwayat yang lain :

Daripada Abu Ajfa al-Sulami, katanya, Pada suatu hari Umar berkhutbah, Ingatlah ! Jangan kamu meninggi-ninggikan harga mahar wanita kerana seandainya perara ini merupakan suatu kemuliaan di dunia dan suatu bentuk ketaqwaan di sisi Allah, nescaya yang lebih patut melakukannya di kalangan kamu ialah Rasulullah s.a.w, sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak memberikan mahar kepada seorang pun daripada isteri-isteri baginda melebihi 12 uqyah, malahan juga tiada seorang pun di kalangan puteri-puteri baginda yang menerima mahar melebihi 12 uqyah. 8. Namun di dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan bahawa seorang wanita telah membantah ucapan Sayyidina Umar ini dan beliau mengaku tersilap serta membenarkan yakni mengiyakan teguran wanita tersebut. 8.1 Kata Imam Al-Syafie dalam Al-Umm (5/143), Bersederhana pada maskahwin itu tidak melebihi kadar mahar yang telah diberikan oleh Rasulullah sa.w kepada pra isteri baginda dan kadar mahar yang telah diterima oleh puteri-puteri baginda iaitulah 500 dirham. 8.2 Seorang wanita dari Bani Fuzarah dibenarkan berkahwin oleh Rasululullah s.a.w dengan sepasang sepatu sebagai maskahwin. 8.3 Maskahwin Ummu Sulaim ialah keislaman suaminya Abu Talhah. 8.4 Seorang sahabat yang menghafal beberapa surat Al-Quran berkahwin dengan mengajar Al-Quran sebagai maskahwinnya. 8.5 Abdul Rahman Ibn Al-Auf berkahwin dengan bekas isteri Saad Ibn Al-Rabie di atas maskahwin yang bernilai satu nawah emas. 8.6 Maskahwin pernikahan Sayyidina Ali dengan permaisuri syurga Sitti Fatimah Al-Zahra hanyalah sebuah baju perang diriyyah. 8.7 Maskahwin pernikahan Rasulullah s.a.w dengan Sitti Aisyah ialah barangan rumah yang bernilai 50 dirham. 8.8 Imam para tabiin Said Ibn Musayyab menolak pinangan Raja Abdul Malik Ibn Marwan bagi pihak puteranya Tengku Mahkota Al-Walid lalu anak perempuannya dikahwinkan dengan seorang penuntut ilmu yang sangat fakir iaitu Ibnu Abi Wadaah dengan maskahwin yang hanya bernilai 2 atau 3 dirham sahaja. Setelah itu

menantunya ini dihadiahkan pula olehnya wang sejumlah 20 ribu dirham. 8.9 Imam Taqiyyuddin mengulas, Ya, disunatkan maskahwin itu tidak kurang dari 10 dirham demi keluar dari khilaf Abu Hanifah dan disunatkan juga agar mahar tersebut tidak melebihi mahar isteriisteri Rasulullah s.a.w iaitu 500 dirham. Jika anda bertanya, Bukankah Ummu Habibah isteri Nabi s.a.w telah diberi oleh baginda sebanyak 400 dinar?. Jawapannya ialah jumlah ii yang sebenarnya diberikan oleh Al-Najasyi (Raja Habsyah) dari hartanya sendiri sebagai menghormati pengulu bagi segala manusia yang terdahulu dan yang terkemudian s.a.w. 9. Kata Al-Marhum Al-Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Kebanyakan orang pada hari ini telah terpesong dari ajaran Islam yang sahih di mana mereka memandang perkahwinan anak-anak perempuan mereka dengan pandangan kebendaan (materialistik) semata-mata bagaikan seorang penianga yang memandang barangbarang jualannya dengan hasrat ingin meraih keuntungan yang besar dan perolehan yang banyak tanpa mengenal nilai-nilai (normanorma) akhlak dan perkiraan-perkiraan agama yang mana dengannyalah wujud pemudahan jalan-jalan perkahwinan dan pengasasan tunggak-tunggak bagi sesebuah keluarga. Lalu seorang bapa yangmemiliki seorang anak dara yang cantik atau anaknya itu menjawat sesuatu jawatan atau ia memperolehi sijil yang tertentu.. ia akan dikuasai oleh kemabukan kebanggaan dan dirasuki oleh kedunguan ujub dan ghurur. Tatkala seorang peminang datang meminang anak perempuannya, jika ia redha untuk bercakap dengan si peminang ini, nescaya ia akan bercakap dengan gayabahasa orang yang sombong lagi takbur. Jika ia bersetuju dengan pengahwinannya (menerima pinangan tersebut), ia akan menuntut mahar dan belanja yang akan membebani kelasa si peminang ini di mana ia sama sekali tidak sanggup memikulnya, apatah lagi membayar dan menyerahkannya.. Kata Syeikh Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddim pula, Sesungguhnya memahalkan harga mahar dan tidak memudahkannya akan melahirkan suatu akibat buruk iaitu anakanak dara akan ditinggalkan menjadi andartu dan terbiar di rumahrumah bapa mereka demi memamah usia-usia muda yang ada. Umur mereka berlalu setahun demi setahun sedangkan kebanyakan para pemuda tidak dapat malah sukar untuk berkahwin. Kesemu ini bertentangan dengan tujuan-tujuan syariat yang menggalakkan perkahwinan dan beranak-pinak..

9.1

10.Pinangan daripada seorang lelaki yang baik budi pekerti dan agamanya tidak seharusnya ditolak.

Apabila datang kepada kamu seorang lelaki yang baik agama dan sifat amanahnya, kamu hendaklah mengahwinkannya, jika tidak nescaya akan berlaku fitnah di mukabumi ini dan kerosakan yang melata.
11.

Perkahwinan adalah sebahagian dari kesempurnaan pegangan agama seseorang insan.


Apabila seorang hamba mengahwini seorang hamba yang lain, maka sesungguhnya separuh agamanya telah sempurna. Oleh itu, ia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk sebahagian lagi. 12.Pahala yang berlipat ganda disediakan buat sesiapa yang telah berumahtangga. Kata Ibn Abbas :

Berkahwinlah, kerana sesungguhnya satu hari yang disertai dengan perkahwinan lebih baikd ari beribadat seperti yang sedemikian ini. 13.Perkahwinan akan mengelakkan fitnah di dalam kehidupan muslimah kerana bilangan wanita kini kian melebihi bilangan lelaki.

Kelak kamu akan melihat seorang lelaki diikuti oleh seramai 40 orang wanita yang berlindung dengannya lantaran sedikitnya bilangan lelaki dan ramainya wanita. Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan berleluasa, banyak perzinaan, banyak minum arak, lelaki sedikit dan wanita ramai sehingga nantinya 50 orang wanita: seorang lelaki.

14.

Oleh itu, muslimah yang telah menemui jodohnya yang sesuai, perlulah mendirikan masjid dengan segera. Sabdaan Nabi s.a.w kepada Sayyidina Ali:

Wahai Ali! Tiga perkara jangan dilewatkan iaiatu sembahyang apabila masuk waktunya, jenazah apabila telah hadis dan anak dara apabila telah menemui lelaki yang sekufu dengannya.

15.Sesungguhnya Allah akan membantu sesiapa yang memerlukan perkahwinan atas dasar ingin memelihara kesucian dirinya. Sabdaan baginda s.a.w melalui riwayat Abu Hurairah :

Tiga orang yang berhak dibantu oleh Allah iaitu pejuang di jalan Allah, yang bernikah lantaran ingin memelihara kesucian dirinya dan hamba mukatab yang ingin perlunasan. 15.1 Pemeliharaan kesucian diri akan dibalas dengan syurga. Sabdaan Rasulullah s.a.w :

Wahai para pemuda Quraisy! Peliharalah kemaluan kamu dan jangan berzina. Ketahuilah, bahawasanya sesiapa yang menjaga kemaluannya, maka baginya balasan syurga. 15.2 Hadis melalui riwayat Sahl Ibn Saad menyatakan :

Sesiapa yang menjamin kepadaku akan lidah dan kemaluannya, maka daku menjamin syurga buatnya. 15.3 Kecuaian seseorang insan memelihara kemaluannya akan menjerumuskannya ke dalam neraka. Di dalam riwayat Abu Hurairah, tatkala baginda s.a.w ditanya mengenai perakra yang paling banyak menyebabkan manusia terhumban ke dalam neraka, baginda lantas menjawab :

Mulut dan kemaluan. 15.4 Islam membenarkan wanita menawarkan dirinya kepada mana-mana lelaki yang baik akhlak, budi pekerti dan pegangan agamanya, namun ia mestilah berlangsung dalam suasana yang penuh kesopanan. 15.1 Asal bagi hukum ini ialah dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabit Al-Banuni iaitu :
:

. Kata Thabit, saya berada di sisi Anas dan beliau ketika itu bersama dengan anak perempuannya. Kata Anas, seorang wanita telah datang kepada Rasulullah s.a.w menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata, Wahai Rasulullah ! Adakah tuan berhajat pada saya? Lalu anak perempuan Anas mencelah, Alangkah kurang sifat malunya dan teruknya dia!, lantas Anas menegur, Dia lebih baik daripada mu, ia menghendaki Rasululullah sebab itulah ia menawarkan dirinya. 15.2 Juga dari sebuah hadis lain daripada Sahl Ibn Saad mengenai seorang wanita yang menawarkan dirinya kepada baginda Rasulullah s.a.w.

15.3 Kata Imam Ahmad Ali Hajar al-Asqalani :

Di dalam dua buah hadis ini terdapat keharusan bagi wanita menawarkan dirinya kepada lelaki dan menyatakan hasratnya kepada lelaki ini di mana hal ini bukanlah merupakan suatu keaiban terhadap dirinya. Kata Imam Badruddin Abu Muhammad Mahmud Ahmad al-Aini.

. Ungkapan ~ dia lebih baik daripada mu ~ menunjukkan keharusan bagi wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang salih dan menyatakan kemahuannya terhadap lelaki ini lantaran kesalihannya dan kelebihannya atau kerana ilmu pengetahuan dan kemuliaannya atau oleh salah satu ciri dari beberapa ciri keagamaan yang ada padanya (lelaki ini). Sesungguhnya ini bukanlah suatu keaiban baginya, bahkan pula hal ini sebaliknya menunjukkan kepada peri kemuliaan wanita tersebut. 15.4 Menurut Doktor Abdul Jalil Syalabi, seorang anggota Majlis Fatwa Al-Azhar, konsep Perigi Cari Timba tidak ditegah oleh syara kerana Ummul Mukminin Sitti sendiri telah menghantar utusan untuk melamar baginda Rasulullah s.a.w dan Amirul Mukminin Sayyidina Umar juga pernah menawarkan puterinya Sayyidatina Hafsah kepada Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Uthman. 15.5 Kata Muhammad Ali Qutub mengenai penawaran diri wanita kepada lelaki salih pilihannya,

Hal tersebut tidak mengapa selama mana ia bermaksud ingin mencari keredhaan Allah dengannya serta mengharapkan suatu perara yang dicintai dan diredhai oleh Allah, bahkan pula sesungguhnya ia akan diberi ganjaran pahala lantaran qasadnya ini tanpa mengira sama ada permintaannya (tawaran diri) ini diterima (oleh lelaki tersebut) atau tidak. 15.6. Kata Doktor Ahmad al-Husari mengenai hadis yang lalu,

. Hal ini sudah tentu bererti ia inginkan perkahwinan dengan Rasululah di mana ia berterus-terang dengan perkara tersebut kepada baginda. Ini adalah peminangan kerana khitbah ialah mengajak kepada pernikahan. Seandainya lamaran wanita terhadap lelaki merupakan sebahagian dari perkara-perkara yang terlarang,

nescaya baginda tidak akan berdiam diri tatkala seorang wanita meminang baginda. Pendapat para ulama mengenai peminangan wanita terhadap lelaki ialah : (1) Mazhab Maliki. Boleh Lelaki lain tidak boleh melamar wanita peminang ini setelah pinangannya telah diterima oleh pria lamarannya. Tetapi apabila lamarannya ditolak, ia boleh dipinang oleh mana-mana lelaki yang lain. (2) Mazhab Syafie. Para fuqaha syafieyyah berdiam diri dalam masalah ini tetapi berdasarkan kepada kaedah-kaedah mereka perkara ini dibolehkan buat kaum wanita. (3) Mazhab Hanbali. Boleh. Lelaki lain tidak boleh melamar wanita peminang yang telah diterima pinangannya oleh lelaki lamarannya, tetapi apabila lamarannya ditolak, ia boleh dipinang oleh lelaki yang lain. Haram ke atas seorang wanita atau walinya meminang lelaki yang telah melamar wanita yang lain. 15.9 Hukum Memandang Lelaki Pinangan oleh Wanita Lamaran Dan Sebaliknya . 1) Sunat bagi peminang dan wanita pinangan memandang antara satu sama lain tatkala : a) Kedua-duanya telah berazam untuk bernikah b) Pandangan tersebut dibuat sebelum berlakunya peminangan. Adapun setelah berlangsungnya peminangan, maka ia tidak disunatkan lagi menurut zahir kalam para pengarang bagi kitab-kitab berikut iaitu Al-Tuhfah, Al-Mughni, Syarh Raudh dan Syarh Manhaj. Tetapi menurut kitab Al-Nihayah (Imam Al-Ramli), kesunatan tersebt tetap ada walaupun setelah berlakunya lamaran (pendapat paling wajih). 2) Haram memandang anak lelaki yang masih amrad (belum berjanggut) milik wanita pinangan sekalipun kedua-duanya sebanding dari kecantikan (yakni anak lelaki ini dan ibunya sama lawa dan cantik) ~ dari Al-Tuhfah. Tetapi jika sukar melihat wanita ini dan payah pula memperolehi maklumat mengenai sifat-sifatnya, maka anak lelaki yang masih amrad ini boleh dilihat jika ia dan ibunya sama cantik. Jika tidak si peminang tidak dibenarkan melihatnya. Keharusan melihat amrad ini pula terikat dengan dua syarat iaitu :

i) Ternafi syahwat sewaktu memandangnya ii) Tidak bimbang timbul fitnah (Dari Al-Mughni dan Al-Nihayah) 3) Lelaki dan perempuan boleh mengulang-ulangi pandangan terhadap pasangan masing-masing tatkala memerlukan kepada kepastian rupa paras pasangannya agar tidak menyesal setelah bernikah kelak. (Dari Syarh Al-Manhaj) Pandangan ini boleh diulang-ulangi walaupun melebihi 3 kali. Tetapi haram mengulang-ulanginya jika rupa wanita tersebut telah jelas baginya dengan hanya sekali pandang. 4) Pandangan yang disertai dengan syahwat. Boleh di sisi Al-Imam Al-Haramain dan Al-Ruyani. Tetapi menurut Al-Azraei, pendapat ini perlu dinilai semula (yakni diteliti kembali). Bagaimanapun, menurut pendapat yang muktamad, ia boleh memandangnya (yakni wanita pinangan atau si pelamar) walaupun disertai dengan syahwat. Penutup. Perkahwinan adalah salah satu jalan yang terluang bagi seseorang mukmin untuk terus mengorak langkah bagi meninggikan taraf ubudiyyahnya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Di samping menghidupkan Al-Sunnah Al-Nabawiyyah al-Syarifah, memperolehi cahayamata, memuaskan nafsu syahwat dan memperolehi ketenangan jiwa, sepasang suami isteri mampu meraih mardhatiLlah dari pelbagai liku, cabang dan sudut kehidupan berumahtangga yang telah diperindahkan dengan syariat Allah Azza Wa Jalla. * * * *

Catatan Hujung 4. Secara umum, maskahwin muslimah kita (bukan Arab) adalah rendah tetapi hantaran belanja yang besar, hadiah serbasatu, denda langkah bendul dan lain-lain itulah yang membebankan pengantin lelaki. Amat menghairankan kerana seorang mertua sanggup menekan menantunya sendiri walaupun menantunya ini terbelenggu dengan sejumlah bebanan hutang. Kononnya perkahwinan yang dibina di atas maskahwin yang rendah akan memudahkan berlakunya perceraian. Ini agak logik tetapi sebaliknya, hakikat kehidupan menyerlahkan kepada kita betapa perceraian lebih sering terjadi di kalangan masyarakat yang mempertahankan adat basi tersebut. Mengapa ribuan kes perceraian berlaku setiap tahun malah jumlahnya kian meningkat? Diriwayatkan oleh Abu Umar Al-Tuqanidalam Muasyarah alAhlin dan beliau mensahihkannya. Riwayat Ahmad, Al-Nasaei, Al-Tabrani, Al-Baihaqi, Ibn Hibban dan Al-Hakim di mana beliau mensahihkannya menurut syarat Bukhari-Muslim dan hal ini telah dipersetujui oleh Imam AlZahabi. Diriwayatkan oleh Abu Daud, Al-Tirmizi (beliau mensahihkannya), Al-Nasaei, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Al-Hakim (beliau mensahihkannya dan dipersetujui oleh Al-Zahabi), Ibnu Hibban, Al-Darimi, Al-Humaidi dan Ahmad.

5. 6.

7.

Maklumat: Nilai 12 uqyah = 125 riyal Saudi 1 uqyah = 40 dirham 1 dirham = riyal Saudi [Lihat Muhammad Musa al-Baidawi, Tahdhir Wulah al-Umur Min alMughalah Fi al-Muhur, Maktabah Al-Tawiyah al-Islamiyyah, Giza (1407H), hlm. 20]. 8. Al-Baihaqi berkata, Ia terputus (sanadnya). Menurut Syeikh Muhammad Musa al-Baidawi pula, dalam sanadnya terdapat Mujalid Ibn Said dan ia adalah seorang yang lemah. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abdul Razzaq dalam kitab Al-Musannaf 6/180 hadis no.10420 dan isnadnya juga lemah lantaran terdapat Qais Ibn Al-Rabie di mana ia dianggap lemah oelh Ibnu Muayyan dan AlDaruqutni. Menurut Al-Nakahei pula, ia matruk.. [Lihat Tahdir, Ibid, hlm. 23-24]. Tetapi Abu Yala juga ada meriwayatkan hadis ini dalam al-Kabir di mana beliau menganggap sanadnya terlalu kuat.

Hadis ini turut diriwayatkan oelh Al-Hakim, Al-Tirmizi dan AlNasaei dengan sanad yang sahih. Sekiranya hadis ini memang benar sahih, maka beberapa kesimpulan dapat dibuat darinya :a) Riwayat ini masih tidak menunjukkan bahawa maskahwin yang mahal adlah suatu perkara yang afdhal. Ia hanya menunjukkan kepada keharusan maskahwin yang mahal sahaja. Riwayat-riwayat yang lain mengutamakan mahar yang murah. b) Menurut kaedah usul, perbuatan para sahabat bukanlah hujah syara. Oleh itu riwayat ini perlu diikat dengan tuntutan dari hadis-hadis nabawi yang lain. c) Saidina Umar tersangat gusar dengan sekalangan rakyat yang mengenakan maskahwin yang mahal ke atas para pengantin lelaki. Kegusaran ini menunjukkan bahawa beliau sangat mengambil berat tentang hal-ehwal masyarakat termasuk soal perkahwinan. Catatan : Menurut Syeikh Al-Khazraji, pemerintah berhak menyekat keadaan peninggian mahar ini apabila ia memudaratkan masyarakat, para pemuda menjauhkan diri dari perkahwinan, mereka terjebak ke dalam kemaksiatan, para pemudi tertahan dari perkahwinan dan berlakunya pemadaman syahwat. [Lihat Manar al-Islam, bil.6, thn.20, Nov. 1994, hlm.18] 10.Muhammad Ahmad Ismail, Audah al-Hijab, Dar al-Safwah, Qaherah (t.t), hlm. 308. 11.Diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Tirmizi. Menurut Al-Tirmizi, ia hadis hasan dan di dalam sebahagian naskhah yang lain, beliau menyatakan ia berdarjat hasan sahih. Kata Ibn Asakir dalam AlAtraf, Sesungguhnya ia adalah hadis sahih. 12.Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi (beliau mensahihkannya), Al-Nasaei, Ibn Majah, Ibn Al-Jarud, Malik, AlBaihaqi, Al-Daruqutni, Ahmad, al-Humaidi dan Al-Darimi. 13.Dikeluarkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmizi (sahih di sisinya), Al-Nasaie, Ibn Majah, Malik, Al-Darimi, Al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Ibn al-Jarud. Catatan : Menurut Ibnu al-Athir dan Al-Nawawi 1 Nawah emas = 5 Dirham 14.Riwayat Abu Daud, Al-Nasaei, Al-Baihaqi, Al-Tabrani dalam AlKabir dan Ibn Abi Syaibah dalam Al-Musannaf. Menurut Abdul

Qadir al-Arnawut dalam pentahqiqan beliau ke atas kitab Jami alUsul, sanad hadis ini sahih. 15.Diriwayatkan oleh Ibn Majah. 16.Abduh Ghalib Ahmad Isa, Nisa Mukminat, Dar al-Hadith, Qaherah (t.t), hlm. 49-53. 17.Kifayah al-Akhyar, Mustafa al-Halabi, 2/40. Riwayat Al-Bukhari pula menyebutnya sebagai 4000 dirham. Lihat lebih lanjut dalam Ianah al-Talibin, op.cip 2/347. 18.Aqabat al-Zawaj, op.cit, hlm.40-41. 19.Audah al-Hijab, op.cit, 309-310.

Você também pode gostar