Você está na página 1de 22

PENSYARAH: USTAZ MUHAMMAD ZAWAWI

DISEDIAKAN OLEH: NORHAZIQAH BINTI ABDUL HAMID SHATIKA BINTI RUSLI

Surah (112) - Makkiyah - 4 ayat 112)

PENGENALAN
y

Menurut tafsiran Tafsir Fi Zilalil Quran; ~ surah ini diturunkan di Mekah, ~ jumlah ayat adalah 4. ~ nilainya sebanding dengan sepertiga al-Quran

Sambungan Sambungan
Menurut Tafsir Pimpinan Ar-rahman; Surah ini diturunkan di Mekah y Mengandungi 4 ayat y Dinamakan surah Al-Ikhlas (Tauhid yang sebersihbersihnya) kerana dalam keseluruhan surah ini Allah Taala perintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya menegaskan kepada umum : bahawa Allah Taala Maha Esa dan tidak ada bandingannya.
y

ASBABUN NUZUL
(Menurut tafsiran Tafsir Al-Maraghiy) Al-Maraghiy)
Al-Dahhak meriwayatkan bahawa kaum musyrikin mengirim Amir ibn alTufayl menemui Rasulullah s.a.w., lalu Amir berkata kepada Baginda atas nama mereka, Engkau telah mencerai-beraikan persatuan kami, mencacimaki sembahan kami, menyalahi agama nenek moyangmu; sekiranya engkau fakir, kami sanggup membuatmu kaya, jika engkau gila kami akan mengubatkanmu. Jika engkau cenderung mencintai wanita, maka kami akan mengahwinikanmu. lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, Aku bukan orang kafir, bukan orang gila, tidak merindukan wanita, aku adalah utusan Allah s.w.t, aku ajak kamu meninggalkan penyembahan berhala kepada menyembah Allah Taala. Untuk kali kedua kaum musyrikin mengutus Amir menemui Rasulullah s.a.w. seraya berkata, Katakan kepadanya (Muhammad), jelaskan kepada kami jenis sembahanmu daripada emas atau daripada perak? Lalu Allah Taala menurunkan surah ini.
y

ASBABUN NUZUL (Menurut Tafsir Quran Per Kata; Dr.Ahmad Hatta, MA.) Kata; Dr. Ahmad Hatta,
y

Asbabun Nuzul ayat 1-4

Ubay bin Kaab r.a. menjelaskan, bahawa keempat ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum Musyrik yang suatu ketika berkata kepada Rasulullah s.a.w., Hai Muhammad, jelaskan kepada kami tentang silsilah Tuhanmu! .
y

(hadith sahih riwayat Tirmidzi, Hakim, dan Ibnu Khuzaimah)

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Pengasih.

( )
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Menurut tafsir Maraghiy: Katakanlah kepada sesiapa sahaja yang menanyakan kepadamu tentang sifat Tuhanmu: Allah s.w.t itu Maha Esa, Maha Suci daripada bersusun dan berbilang-bilang kerana berbilang dalam zat itu menyebabkan timbulnya bahagianbahagian. Padahal Allah taala tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun.

Sambungan tafsiran ayat 1


Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. MenurutTafsir Ibn Kathir; Yakni, Dia yang tugggal dan satu-satunya, yang tiada tandingnya, tanpa pembantu, juga tanpa sekutu, serta tidak ada yang mnyerupai dan menandingi-Nya. Dan kalimat itu tidak bisa dipergunakan pada seorang pun dalam memberikan penetapan kecuali hanya kepada Allah, kerana Dia yang sempurna dalam semua sifat dan perbuatan-Nya.

Sambungan tafsiran ayat 1


Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Menurut Tafsir Fi Zilalil Quran; Maksudnya ialah keesaan wujud Allah. Di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah, tiada kewujudan hakiki melainkan kewujudan Allah. Ia mengertikan keesaan pencipta, tiada pencipta yang lain daripada Allah yang menciptakan segala sesuatu di 'alam ini. Itulah 'aqidah yang tersimpul di hati dan itulah juga pentafsiran bagi alam.

y y y

( )
(Maksud : Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.)
Menurut Tafsir al-Maraghiy; Allah Taala yang menjadi tumpuan semua hamba dan mereka menghadapkan diri kepada-Nya untuk menyelesaikan kepentingan mereka tanpa perantaran dan penolong. Juga membanteras kepercayaan penganut agama lain yang percaya bahawa pemimpin-pemimpin agama mereka itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan kerana menerima perantara bagi orang lain untuk mencapai apa yang mereka cari.

Sambungan tafsiran ayat 2


(Maksud : Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.) Menurut tafsir Ibn Kathir;
y

y y y

Ikrimah mengatakan dari Ibn Abbas: Yakni Rabb yang bergantung kepada-Nya semua makhluk dalam memenuhi segala kebutuhan dan permintaan mereka. Al-Hasan mengatakan: ( ) Yang Mahahidup lagi Mahaberdiri sendiri, yang tidak akan pernah berakhir. Ikrimah mengatakan: ( ) Yang tidak ada seseuatu pun keluar dari-Nya dan tidak juga makan. Ar-Rabi bin Anas mengungkapkan Dia adalah Rabb yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, seakan-akan Dia menjadikan ayat setelahnya sebagai penafsir baginya, iaitu ayat 3. Dan itu merupakan penafsiran yang bagus.

Sambungan tafsiran ayat 2


(Maksud :Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.) Menurut Tafsir Fi Zilal; Pengertian "as-Samad" dari segi bahasa ialah tuan penghulu yang dituju orang ramai, dan tiada sesuatu urusan yang diputuskan melainkan dengam kebenarannya, Allah itulah Tuan yang sebenar tiada Tuan yang lain daripadaNya. Dialah sahaja yang ditujukan untuk memenuhi hajathajat dan Dialah sahaja yang menyahut seruan hamba-hamba-Nya yang mempunyai hajat.

( )
(maksud : Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.) Menurut Tafsir al-Maraghiy; (Dia tiada beranak ) y Maha suci Tuhan daripada mempunyai anak. Ketentuan ini menolak sangkaan kaum musyrikin arab yang mempercayai bahawa Malaikat itu anak-anak perempuan Allah Taala manakala orang Nasrani mempercayai bahawa al-masih itu anak lelaki Allah sebagaimana dalam firman-Nya: (surah As-Soffat 37 : ayat 149-152) (dan dia pula tidak diperanakkan) y Allah Taala tidak diperanakkan, jika Dia diperanakkan menyebabkan Dia sejenis dengan makhluk yang lain dan ada yang mendahului-Nya sebelum wujud, hal I ni mustahil bagi Allah Taala, Maha suci Tuhan daripada hal ini.

Sambungan tafsiran ayat 3


(Maksud : Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.) Menurut tafsir Ibn Kathir; y Maksudnya, Dia tidak memiliki anak dan tidak juga orang tua dan isteri.

Sambungan tafsiran ayat 3


(Maksud : Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.) Menurut Tafsir Fi Zilal; y Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wujud abadi dan azali lagi. y Dia mempunyai sifat yang sempurna dalam segala keadaan. y Peranakan juga memerlukan isteri yang sama kejadian. Ini juga mustahil pada Allah kerana itu sifat Maha Esa atau "Ahadun" itu sendiri mengandungi penolakan adanya ibu bapa dan anak-anak.

( )
Maksud: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Menurut Tafsir al-Maraghiy;


y y

(Tidak ada seorang pun yang menyamai-Nya.) Ayat ini menjadi pembasmi kepada kepercayaan sebahagian orang bahawaa Allah Taala bersekutu dengan yang lain dalam bertindak, sebagaimana kepercayaan kaum musyrikin arab bahwa Malaikat itu adalah sekutu-sekutu Allah.

Sambungan tafsiran ayat 4


(Maksud: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.) MenurutTafsir Ibn Kathir;
y y

Mujahid mengatakan: Yakni, Dia tidak mempunyai pendamping (isteri). Dan dalam kitan Shahih al-Bukhari disebutkan, mafhumnya: Tidak ada yang lebih sabar atas sesuatu hal yang menyakitkan yang didengar melebihi kesabaran Allah. Di mana mereka menjadikan bagi-Nya seorang anak, padahal Dia yang memberi rezeki dan kesihatan kepada mereka.

Sambungan tafsiran ayat 4


(Maksud: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.) Menurut Tafsir Fi Zilal; y Maksudnya ialah tiada siapa yang serupa dan setanding dengan-Nya sama ada dari segi hakikat wujud atau dari segi hakikat kuasa penciptaan atau dari segi mana-mana sifat daripada sifat-sifat Zatiyah-Nya.

Pengajaran ayat: ayat:


y y
y

Sedar bahawa Tiada Tuhan lain yang disembah Melainkan Allah. Tahu dan sedar bahawa hanya kepada Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan.
Hukum Allah menjadi punca kekuasaan dan ketetapan . bagi segala keadaan,

Menegak dan menjelaskan 'aqidah Tauhid Islam sebagaimana Surah al-Kafirun menafikan sebarang keserupaan, atau menafikan wujudnya titik pertemuan antara 'aqidah Tauhid dengan 'aqidah syirik.

RUJUKAN
y y y y y y

Al-Quran (2001) Tafsir al-Maraghiy, jilid 15 juzuk 29 & 30, Kuala Lumpur;DBP, Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran Juzuk 30. Bahagian Hal Ehwal Islam Sayyid Quthb. (2001).Tafsir Fi Zilalil Quran. Jakarta: Gema Insani Press Tafsir Ibn Kathir. Jakarta:Pustaka Imam As-Syafie Prof.Dr.Hamka. (1984).Tafsir al-Azhar Juzuk 2930.Surabaya:Yayasan Latimojong

Você também pode gostar