Você está na página 1de 24

http://www.oum.edu.

my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

KANDUNGAN 1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Lokasi Penyelidikan 4. Konsep Penyatuan Sosial 5. Elemen Budaya Mempengaruhi Kehidupan Masyarakat Di Kampung Molek 6. Senarai Masalah Sosial dan Di Kampung Molek bagaimana Cara Menangani 7. Peranan Kumpulan dan Organisasi di Kampung Molek 8. Cara Masyarakat Di Kampung Molek menangani Tingkah laku Devians 9. Kewujudan Kelas Sosial dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Kampung Molek 10. Bibliografi 11. Lampiran

MUKA SURAT 2 3 3-4 5 - 10

10 - 11

11 -13 14 - 15

15 - 16

16 - 18 20 21 - 23

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

~ Penghargaan ~

alhamdulillah dan syukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya, menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada En. Idrul Hisham bin Ismail tutor bagi HBSS3203: Pengenalan Sosiologi kerana dengan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Buat isteri tersayang, Nik Rozni bt Nik Lah dan anak-anak terima kasih tak terhingga kerana telah banyak membantu serta memberi sokongan dari segi moral secara langsung dan tidak langsung kepada saya. Dorongan dan kerjasama yang diberi amat saya hargai. Semoga Allah memberkati setiap kerja yang dilakukan dan menjadikan saya insan yang mengenang jasa. Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu berkongsi idea, sama-sama mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar serta perkongsian maklumat amatlah saya hargai. Semoga Allah melimpahi rahmat dan hidayah kepada kita kerana sikap tolong-menolong serta bantu-membantu ini. Juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. Sekian, terima kasih..Wassalam

ZUHAIRI BIN ISMAIL (No. Matrik : 660110115065002)

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Pendahuluan Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbagai kaum. Mereka mendiami petempatan yang merangkumi perkampungan, taman-taman perumahan, pekan dan bandar. Setiap masyarakat mempunyai elemen budaya yang memastikannya terus wujud sebagai satu kelompok. Walau bagaimanapun persekitaran dan keturunan banyak mempengaruhi aspek kognitif, emosi dan sosial kehidupan masyarakat tersebut. Proses ini dinamakan proses sosialisasi. Agen-agen sosialisasi ialah keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa, tempat kerja dan jiran. 1. Soalan Tugasan : Merujuk kepada kenyataan di atas buat satu penyelidikan melalui kaedah pemerhatian, soal-selidik, temu bual dan rujukan untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan di bawah ini. Petempatan merujuk kepada petempatan di mana tempat anda tinggal.

Kampung Molek Kampung Molek terletak dalam mukim Kuala Dungun dalam daerah Dungun. Sebuah kampung yang semua penduduknya adalah Melayu berkeluasannya kira-kira 1.9 km persegi dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 1300 orang. Dibuka lebih
ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 3

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

kurang awal 1940 an. Nama asalnya ialah Kampung Lot Comel. Namanya diberi kerana susunan rumah-rumah dalam Kampung Molek, berpagar, tersusun di sepanjang jalan yang bertar dan berlot. Difahamkan Kampung Molek lebih kemas dan teratur dari segi penyusunan rumah-rumah berbanding kampung-kampung lain di daerah Dungun.

Jalan Kampung Molek

Rumah Tersusun Berjajar Sepanjang Jalan

Kampung Molek mempunyai susunan rumah yang tersusun sesuai dengan namanya. Kebetulan pula sebuah masjid yang besar iaitu Masjid Tengku Intan Zaharah telah dibina di tengah-tengah kampung. Masjid ini adalah masjid yang menjadi tumpuan jemaah dari beberapa kampung yang berhampiran. Penduduknya pula terdiri dari pelbagai golongan, kebanyakannya berpendapatan tetap, berpendidikan sempurna dan hidup senang. Sebuah sekolah rendah yang paling hampir terletak di sebelah utara kampung. Kebanyakan anak-anak penduduk mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun. Manakala sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah kebangsaan Seri Dungun terletak di sebelah Selatan kampung. Semua anak-anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun akan meneruskan pendidikan menengah di sini.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

a)

Emile Durkheim (ahli sosiologi) menyatakan sosiologi adalah konsep

penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Bincangkan kenyataan tersebut merujuk kepada masyarakat di mana tempat anda tinggal.

Pendahuluan Hubungan yang rapat antara ahli masyarakat akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh dan bermakna. Ahli masyarakat akan hidup bersatu-padu tanpa perasaan perkauman. Penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan hidup setiap individu dalam masyarakat. Kepincangan dalam hubungan sosial atau percanggahan pandangan akan menyebabkan masyarakat berpecah belah dan banyak gejala negatif akan berlaku dalam masyarakat itu. Hidup dalam bermasyarakat di sebuah kampung sangat berbeza di kawasan bandar. Penduduk sangat mesra dan mengamalkan semangat kejiranan yang sangat tinggi. Perbalahan dan rasa tidak puas hati biasanya diselesaikan secara bermesyuarat. Ahli masyarakat tidak mengambil tindakan bersendirian dan merugikan diri dalam menjaga keharmonian kampung. Tugas memupuk pendidikan dan pemahaman adalah tanggungjawab agen sosialisasi seperti keluarga, sekolah, ahli jawatan kuasa komuniti kampung, jawatankuasa masjid, rakan sebaya, tempat kerja dan jiran. Konsep Penyatuan Sosial yang Melibatkan Perhubungan Sosial di Kampung Molek Penduduk Kampung Molek terdiri daripada kaum Melayu. Penyatuan sosial yang

melibatkan perhubungan sosial di kalangan masyarakat di Kampung Molek dapat dilihat jelas melalui hubungan baik antara penduduk yang terjalin sejak sekian lama. Kepercayaan dan sikap saling hormat menghormati antara penduduk sangat tinggi. Mereka menjalinkan perhubungan antara jiran dengan pelbagai aktiviti.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Puan Hajah Mahani bt. Hj. Muda

. Menurut Puan Hajah Mahani bt. Hj. Muda, 64, (seorang guru mengaji dan penduduk lama Kampung Molek sejak tahun 1958) berkata, orang Melayu kaya dengan adat dan budaya. Hidup sekampung dan mengamalkan sikap kejiranan yang sangat kuat seperti tolong-menolong, nasihat-menasihati serta menjaga harta dan hak jiran seperti kepunyaan sendiri. Sikap ini telah wujud sejak dahulu lagi, sebab itulah masyarakat hidup aman damai dan tenteram. Kes seperti kecurian sangat jarang didengar atau berlaku. Orang muda menghormati orang tua dan sangat malu untuk melakukan perbuatan yang ditegah agama atau salah di sisi masyarakat. Berbeza dengan kehidupan kini, meskipun adat dan budaya masih dikendong tetapi masalah sosial mulai timbul. Ini mungkin peredaran zaman yang dipengaruhi oleh banyak faktor seperti kecanggihan ICT, media massa seperti akhbar dan majalah serta televisyen.

Tn.Haji Mat bin Embong

Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh Tn. Haji Mat bin Embong, 75 tahun, bekas pekerja lombong bijih besi (berpindah ke Kampung Molek sejak 1970 an). Menurut beliau, sikap saling
ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 6

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

hormat menghormati telah diamalkan oleh penduduk di sini sejak sekian lama. Penduduk asal mahupun yang baru berpindah sangat menjaga hubungan antara mereka. Perasaan prasangka boleh dikatakan tiada langsung. Semua orang menghormati hak dan peribadi orang lain. Mereka hidup saling bergantung dan sangat mesra. Namun kini banyak benda kian berubah, arus modenisasi seperti kemajuan bandar Sura Gate, bandar tumpuan semua penduduk di daerah Dungun termasuk penduduk Kampung Molek. Di sini, pasaraya- pasaraya mini, pusat cyber, kopitiam dan kedai-kedai serbaneka berkembang pesat. Penduduk kampung sudah berubah menjadi warga bandar. Oleh itu kehidupan sosial sudah dipengaruhi.

Pusat Perniagaan Bandar Dungun

Bandar Sura Gate

Peranan

masjid sebagai tempat untuk mengukuhkan perhubungan sosial antara

masyarakat sangat jelas. Kelas-kelas agama seperti Kelas fardu ain untuk kanak-kanak, kelas Al

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Quran untuk orang dewasa, ceramah agama dan kelas agama dibuat setiap hari. Menurut Imam Masjid Tengku Intan Zaharah, Ustaz Hj. Wan Khairul Anuar bin Mohammad bilangan jemaah masjid bertambah dan masyarakat setempat tidak meminggirkan masjid seperti sesetengah

tempat lain. Masjid tidak nampak sepi dan terbiar. Para penduduk sering mengimarahkan masjid dengan mengadakan majlis tahlil, majlis akad nikah, mengikuti ceramah-ceramah agama atau kursus-kursus agama, mengadakan sambutan maulid rasul, sambutan awal Muharram menyertai gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan melakukan ibadah korban.

Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun.

Ustaz Hj. Wan Khairul Anuar bin Mohammad Oleh kerana Kampung Molek terletak berhampiran dengan pekan Kuala Dungun. Kebanyakan penduduk suka berbelanja di kedai-kedai kawasan ini. Mereka juga bergaul dengan orang-orang Cina. Bagi masyarakat Cina pula, meskipun kawasan yang lebih di kenali sebagai Kuala adalah tempat yang paling banyak kedai kaum Cina, rata-rata pelanggannya adalah terdiri dari orang Melayu. Mereka seronok berjual beli dengan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan loghat Terengganu. Mereka berasa sangat mesra dan tidak ada perasaan janggal dan kekok.
ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Sebuah Warung Berbangsa Cina di Pekan Kuala

Berhampiran Kampung Molek terdapat sebuah Taman Rekreasi yang agak luas. Ianya menjadi tumpuan penduduk Kampung Molek dan juga penduduk dari kampung-kampung lain yang berdekatan seperti Kampung Tanah Lot, Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Buaya. Bersama-sama menghiburkan hati dan membebaskan diri dari tekanan di tempat kerja. Masyarakat berseronok dan menjalinkan hubungan sosial di taman rekreasi. Bebas berinteraksi mewujudkan suasana aman dan ceria.

Taman Rekreasi Bandar Dungun

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Balai raya atau pusat komuniti sangat berperanan dalam mengeratkan jalinan hubungan sosial di kalangan penduduk kampung. Banyak aktiviti dijalankan untuk memesrakan sesama penduduk. Antaranya ialah aktiviti bergotong royong.

Masyarakat Kampung Molek bergotong-royong

Kesimpulan Masyarakat Kampung Molek hidup dalam keharmonian. Agen sosialisasi terus berperanan untuk mengekalkan ketenteraman dan penyatuan sosial. Banyak mengekalkan kesatuan penduduknya. agenda dan tempat bina untuk

Sejauh mana elemen budaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di Kampung Molek

b)

Masyarakat Kampung Molek mengamalkan budaya hidup yang sama. Ini kerana semua

penduduk adalah orang Melayu. Budaya dan adat Melayu seperti amalan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan sikap prihatin sesama penduduk. Elemen-elemen budaya seperti bahasa, norma, kawalan dan nilai kekal diamalkan. Bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan loghat daerah dituturkan secara meluas. Ianya

merapatkan perhubungan dan memudahkan komunikasi ahli masyarakat setempat. Aktiviti berjual beli antara kaum Cina dan Melayu berlaku dalam suasana mesra.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

10

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Loghat Terengganu
Weh, nok mekar doh buoh paoh kite nie Weh semek, dok soh gok maen bira tu! mu nok jatuh? Dok soh lalulah jalang hok lecoh ning..koto kete aku.. Kuat mung gi derak..

Bahasa Melayu Eh, buah mempelam kita sudah hampir masak! Eh, cik adik, jangan bermain di tepi

(longkang), nanti jatuh! Janganlah lalu di kawasan becak ni, kotorlah kereta aku. Kamu ni suka keluar berjalan-jalan.. (tanpa faedah)

Osoh beng gok wak rajing sangak ah Mung nok wak mende gi dinung? Ace mung gi kelih gok, dia wak mende? Kuak deretoh sungguh budok ning

Janganlah tunjuk rajin sangat Kamu pergi ke sana, nak buat apa? Cuba kamu pergi tengok, apa dia sedang buat? Kau ni kuat tidur

Norma atau peraturan sosial amat di utamakan. Semangat kejiranan masih kukuh, gejala vandalisme kurang berlaku, ini kerana para penduduk masih menjalankan tanggungjawab mencegahnya sama ada secara individu atau kumpulan. Hormat-menghormati antara golongan muda dan tua masih diamalkan. Kanak-kanak dan remaja suka membantu golongan tua. Kawalan atau hukuman ke atas tingkah laku terus berlaku, di mana kejayaan yang dicapai oleh individu dalam masyarakat disanjung dan di beri pujian. Masih berlaku penganugerahan sijil dan imbuhan kecemerlangan di buat oleh JKKK mengharumkan nama kampung. Manakala kesalahan yang dibuat oleh seseorang pula akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Contohnya kesalahan mencuri dan vandalisme akan diserahkan kepada pihak berkuasa. Nilai menjadi benteng kepada masyarakat setempat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan damai. Setiap keluarga memainkan peranan agar gejala sosial tidak merebak. Nilainilai murni seperti kasih-sayang, hormat-menghormati, tolong-menolong dan menjaga kehormatan diri dibentuk dari rumah. Melalui penerapan nilai-nilai murni dari rumah, ia mewujudkan masyarakat yang baik tingkah-lakunya.
ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 11

kampung kepada penduduk yang

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Kesimpulan Setiap keluarga dalam komuniti memainkan peranan mengawal ahli keluarga masing-masing. Ini dapat mengelakkan dan mengurangkan kadar jenayah sosial di kalangan penduduk Kampung Molek. (c) Senaraikan tentang masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat di tempat

tinggal anda dan jelaskan bagaimana masyarakat menghadapi masalah tersebut.

c)

Masalah sosial di kalangan remaja menjadi isu utama di mana-mana petempatan.

Masalah sosial di Kampung Molek juga berlaku dan ianya diberi perhatian yang serius agar ianya tidak menjadi satu wabak. Antara masalah sosial yang sangat ketara ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) Ketagihan dadah Lepak Kecurian Merokok Ponteng sekolah Vandalisme. sosial ini wujud dalam masyarakat kerana adanya faktor-faktor yang

Masalah-masalah

mempengaruhi remaja bertindak atau berkelakuan yang melanggar norma dan nilai kehidupan. Semua ini tidak dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Banyak usaha dilakukan untuk

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

12

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

menangani masalah-masalah sosial di kalangan penduduk khususnya para remaja. Antaranya ialah : i) Kelas agama percuma dan berbayar dibuka untuk kanak-kanak dan remaja. Peranan Masjid Tengku Intan Zaharah yang terletak di tengah-tengah kawasan kampung sangat besar. Di sini imam, ustaz dan guru-guru agama sedaya upaya menggalakkan para penduduk khasnya kanak-kanak dan remaja mengikuti kelas fardu ain. Dalam kelas ini para remaja dapat belajar dan mengukuhkan akhlak mereka sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

ii)

Padang permainan seperti dewan futsal, gelanggang takraw, badminton, ping pong dan arena skateboard juga telah dibina oleh pihak berwajib. Majlis perbandaran Dungun mewujudkan tempat-tempat awam ini adalah bertujuan supaya para remaja yang suka menghabiskan masa dengan melepak dapat mengunjungi taman permainan dan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.

iii)

Taman rekreasi seperti taman riadah dan trek berjoging. Dibina dengan tujuan supaya para penduduk dapat keluar dan mengenali jiran masing-masing. Di tempat inilah para penduduk dapat beramah mesra antara satu sama lain di samping menghirup udara segar dan menyihatkan badan.

iv)

Mewujudkan kawalan atau unit pencegahan maksiat. Masalah remaja yang suka berdating menjadi masalah setempat. Kelakuan yang tidak senonoh, tiada rasa segan dan malu serta berpakaian mencolok mata meresahkan masyarakat setempat. Dengan adanya unit kawalan dan pencegahan maksiat gejala ini dapat dikurangkan dan diatasi.

v)

Bekerjasama dengan anggota keselamatan dan badan sosial

seperti Persatuan

Komuniti. Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih kerap mengadakan aktiviti seperti gotong royong, pertandingan sukan dan permainan antara
ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 13

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

penduduk. Ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk bercampur dan melakukan tanggungjawab sebagai ahli komuniti bersama.

(d)

Kenal pasti kumpulan dan organisasi dari segi peranannya yang wujud di

tempat anda.

Kumpulan dan organisasi yang di wujudkan di Kampung Molek adalah seperti: i) Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Berperanan menganjurkan pelbagai aktiviti yang merapatkan hubungan antara penduduk kampung. Ahli JKKK sentiasa mengadakan perjumpaan dan mesyuarat sesama mereka untuk mencari idea dan cara kampung. untuk mewujudkan keharmonian

Salah seorang ahli JKKK Kampung Molek Pn. Hjh Rozilah bt Aman, 56 tahun, berkata, JKKK Kampung Molek sentiasa memandang serius dan berusaha menangani semua gejala yang tidak sihat yang dilaporkan oleh penduduk. JKKK juga berhubungan rapat dengan pihak berwajib dalam menyelesaikan masalah yang boleh merosakkan keharmonian kampung. Kebajikan setiap penduduk sentiasa diberi perhatian dan sebarang aduan yang sampai kepada pihak JKKK akan diberi perhatian yang wajar.

Pn Hjh Rozilah bt Aman

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

14

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

ii)

Jawatankuasa Masjid .

Mewujudkan pasukan kawalan pencegahan kecurian dan vandalisme terutamanya di kawasan masjid. Menurut Tuan Bilal Hj. Abd Aziz bin Majid, 46 tahun, masalah kecurian di dalam dan luar masjid kerap berlaku. Pada pandangan beliau, pencuri bukanlah dari penduduk setempat tetapi beliau bimbang jika gejala ini tidak

ditangani ia akan mempengaruhi remaja kampung untuk sama terlibat. Oleh itu pasukan kawalan pencegahan kecurian dan vandalisme diwujudkan untuk membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini. Para ahlinya terdiri dari ahli khariah masjid dan sukarelawan kampung.

Tn. Hj. Abd Aziz bin Majid

iii)

Jawatankuasa Rukun Tetangga

Jawatankuasa yang bersama-sama menjaga keamanan, keselamatan dan kedamaian kampung. Bergabung bersama JKKK dan Jawatankuasa Masjid melakukan rondaan sekitar kampung. Memantau aktiviti penduduk khususnya remaja dan kanak-kanak daripada melakukan perbuatan negatif.

Gambar Kawasan Rukun Tetangga Dan Balairaya Kampung Molek


ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 15

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Kesimpulan

Dengan wujudnya kumpulan yang berperanan menangani masalah sosial di dalam kehidupan masyarakat kampung ini, kejadian kecurian, vandalisme dan lepak tidak menjadi masalah besar kepada para penduduk kampung. Suasana aman dan harmoni masih wujud dan dapat dirasai oleh semua masyarakat di sini.

(e)

Bagaimanakah cara masyarakat di tempat anda menangani tingkah laku devians.

Pendahuluan Tingkah laku devians adalah tingkah laku yang bercanggah dengan norma, seperti melanggar peraturan-peraturan yang dibuat oleh individu atau masyarakat. Tingkah laku devians dalam masyarakat di Kampung Molek seperti merokok di kalangan remaja, pergaulan antara remaja perempuan dan lelaki (berdating), melepak, mencuri, dan ponteng sekolah. Tingkah laku devians dalam masyarakat ditangani sebaik mungkin supaya ianya tidak menjadi parah. Cara masyarakat menangani Devians adalah seperti: Masalah lepak i) Memberi kesedaran dengan mengingatkan ahli keluarga masing-masing untuk mendidik dan bertindak mengawal remaja dari rumah sendiri. Peringatan

disampaikan dalam ceramah agama di masjid dan balairaya serta perjumpaan PIBG sekolah. Masalah lepak dapat diatasi jika ibu-bapa dan ahli keluarga memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

16

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Masalah remaja berdating ii) Melakukan rondaan dan kawalan di tempat-tempat rekreasi atau kawasan yang mendorong individu atau kumpulan melakukan tingkah laku devians. Mencegah adalah yang terbaik. Remaja yang melakukan kesalahan ada yang ditangkap, diberi nasihat dan dirujukkan kepada pihak berwajib. Masalah vandalisme iii) Menganjurkan kempen kesedaran vandalisme untuk memupuk rasa cinta dan sayang kepada harta benda awam. Membuat gotong royong dalam komuniti seperti mengecat dan menanam pokok di taman-taman. Bergotong-royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan boleh melahirkan perasaan sayang harta benda awam. Masalah kecurian iv) Masyarakat setempat telah menubuhkan Jawatankuasa Rukun Tetangga. Ia bertugas mengawal keamanan dan keselamatan kampung serta penduduknya. Di samping itu masyarakat di sini juga menganjurkan pertandingan dan aktiviti yang melibatkan penyertaan semua masyarakat seperti ekspo keusahawan, sukan rakyat dan pameran pendidikan. JKKK akan bergabung bersama pihak-pihak berwajib untuk merealisasikan aktiviti ini. Melalui aktiviti ini masyarakat dari pelbagai golongan akan bertemu dan berkenalan. Mereka saling mengenali jiran dan berusaha menjaga hak jirannya.

Kesimpulan

Hampir semua masalah gejala sosial dalam masyarakat setempat dapat ditangani dengan berkesan. 90% responden bersetuju, bahawa peranan yang dimainkan oleh agen-agen sosialisasi kampung berjalan lancar. Setiap aktiviti yang diadakan mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

17

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

(f)

Jelaskan bagaimana kewujudan kelas sosial di tempat anda dan implikasinya kepada masyarakat.

Pendahuluan Kelas sosial wujud kerana manusia cenderung meletakkan individu mengikut darjat. Ianya wujud di mana-mana kerana manusia mencapai tahap pendidikan yang berbeza-beza. Maka ianya secara tidak langsung mewujudkan satu fenomena kelas atasan, `kelas pertengahan dan kelas bawahan.

Kelas sosial di Kampung Molek. Kewujudan kelas sosial di Kampung Molek tidaklah terlalu ketara, namun begitu faktor seperti pekerjaan dan pendidikan menyumbang kepada wujudnya kelas pertengahan dan kelas bawahan a) Kelas pertengahan. Golongan yang mempunyai pendapatan RM5000 ke atas dan mempunyai bilangan isi rumah yang sedikit dikelaskan sebagai kelas pertengahan oleh masyarakat kampung. Golongan ini diukur dengan melihat bentuk rumah dan kenderaan yang dimiliki. Secara amnya golongan ini mempunyai rumah yang besar dan dilengkapi dengan kemudahan yang sempurna. b) Kelas bawahan. Golongan ini tidaklah terlalu susah tetapi kehidupan mereka sangat sederhana dan tidak mementingkan gaya. Masyarakat kampung mengkelaskan golongan ini berdasarkan bentuk rumah yang kecil dan tidak diurus dengan sempurna. Tahap pendidikan isi rumah juga tidak tinggi jika dibandingkan dengan kelas pertengahan di kampung ini.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

18

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Kediaman Golongan Bawahan Dan Golongan Pertengahan Di Kampung Molek Implikasi kewujudan kelas sosial kepada masyarakat. a) Golongan atasan mempunyai peluang yang besar dalam memilih peluang pendidikan. Golongan ini kebiasaannya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Berbeza dengan golongan bawahan, peluang pendidikan anak-anak agak terbatas. Kebanyakan anak-anak hanya bersekolah di sekolah harian dan tidak berpeluang ke kelas tambahan kerana kewangan tidak mencukupi.

b) Tahap kesihatan golongan atasan juga tinggi kerana golongan ini mempunyai peruntukan untuk membeli makanan kesihatan dan menikmati rawatan kesihatan di klinik-klinik pakar. Berbanding dengan kelas bawahan, mereka tidak mementingkan kesihatan sebaliknya terus mencari wang untuk menyara keluarga. Rawatan kesihatan hanya dibuat di hospital kerajaan apabila ditimpa penyakit. Tahap IQ anak-anak juga dipengaruhi oleh pemakan mereka yang sederhana. c) Gaya hidup golongan atasan juga sangat berbeza. Golongan ini dilihat mewah dan ceria kerana hidup dalam suasana yang selesa dan serba ada. Golongan bawahan pula, hidup

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

19

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

dengan gaya yang sangat berbeza. Rumah yang tidak dijaga keceriaannya serta cara berpakaian yang tidak mementingkan gaya dan suasana.

Kesimpulan

Kelas sosial wujud di kampung kerana tahap pendidikan, golongan yang berpendidikan sempurna akan menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan teratur. Mereka biasanya lebih mementingkan gaya dan kesempurnaan. Oleh itu golongan ini dilihat mewah dan dikelaskan sebagai kelas atasan.

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

20

http://www.oum.edu.my Bibliografi

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Nur Atikah Abdullah, 2008. Fenomena Gejala Sosial, Selangor : Pustaka Rubiah. Dr Zahyah Hanafi, 2009. Pengenalan Sosiologi, Selangor, Meteor Doc. Sdn. Bhd Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books. Mahadi Osman, 1996 . Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Fatimah Daud (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Manja Mohd. Ludin (1990). Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd. 2001.

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-dimalaysia/ (16 Feb 2010)

http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=masyarakat+majmuk+di+malaysia&meta=& aq=0&oq=masyarakat+majmuk&fp=3b9ba321ec88863d (16 Feb 2010)

http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGk0inYXlLQqUAAW5XNyoA?p=masyarakat+majmu k+di+malaysia&fr2=sb-top&fr=yfp-t-701&sao=2 (18 Feb 2010)

http://www.google.com.my/#hl=en&source=hp&q=tingkah+laku+devian&meta=&aq=3&oq=tin gkah&fp=3b9ba321ec88863d (18 Feb 2010)

http://organisasi.org/definisi-pengertian-masalah-sosial-dan-jenis-macam-masalah-sosial-dalammasyarakat (18 Feb 2010)


ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 ) 21

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

LAMPIRAN

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

22

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Soalan temu bual Temubual 1- Bersama Puan Hajah Mahani bt. Haji Muda. 1. Bilakah Kampung Molek mula di buka dan bagaimana nama Kampung Molek diperoleh? 2. Bagaimanakah cara hidup penduduk Kampung Molek? 3. Apakah cara yang dilakukan untuk mengekalkan hubungan antara penduduk? 4. Apakah perbezaan yang ketara antara masyarakat kampung dulu dengan sekarang?

Temubual 2 Bersama Tn. Haji Mat b. Embong. 1. Apakah sebab yang mendorong Tn.Haji memilih berpindah ke Kampung Molek? 2. Bagaimana perasaan dan perbezaan yang dirasai ketika menetap di Kampung Bukit Besi dan Kampung Molek? 3. Adakah perubahan masa dan kemajuan mengubah suasana kampung dan penduduknya?

Temubual 3- Bersama Ustaz Hj. Wan Khairul 1. Bilakah ustaz menjadi Imam Masjid Tengku Intan Zaharah? 2. Bagaimana penduduk kampung Molek menyokong institusi masjid ? 3. Apakah fokus masjid selain dari menjadi tempat penduduk solat berjemaah?

Temu bual 4-Bersama Pn. Hjh Ruzilah bt. Aman (Ahli JKKK Kampung Molek)

1. Apakah peranan JKKK untuk menangani masalah sosial dalam kampung? 2. Adakah JKKK bertindak sejurus menerima aduan penduduk? 3. Masalah kecurian dalam Kampung Molek jarang didengar, adakah pihak JKKK memandang masalah ini tidak serius? 4. Bagaimana JKKK merapatkan hubungan kejiranan masyarakat Kampung Molek?

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

23

http://www.oum.edu.my

HBSS3203 : PENGENALAN SOSIOLOGI

Soalan kaji selidik Ya 1 Adakah anda seronok tinggal di Kampung Molek? Tidak

Adakah persekitaran kampung selamat dan aman?

Adakah gejala sosial seperti lepak di kalangan remaja mengganggu ketenteraman kampung?

Adakah pihak berwajib mengambil tindakan wajar kepada pesalah?

Adakah penduduk kampung bekerjasama memajukan kampung?

Adakah masjid dikunjungi oleh ramai jemaah setiap waktu solat?

Adakah pihak JKKK Kampung Molek memainkan peranannya dengan berkesan?

Adakah golongan atasan memandang rendah kepada golongan bawahan dalam masyarakat Kampung Molek?

Adakah masyarakat Kampung Molek mengamalkan sikap individualistik?

10

Adakah semua aktiviti yang dianjurkan disertai oleh semua penduduk kampung?

ZUHAIRI BIN ISMAIL (660110115065 )

24

Você também pode gostar