Você está na página 1de 36

MASALAH PEMBELAJARAN

A.Samuael Kirk (1963)


y

Kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

Bukan kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori [buta/pekak], faktor budaya dan persekitaran.

Masalah pembelajaran tidak dikaitakan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan/ bermasalah pendengaran

B. Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (1969)


y

Gangguan pada proses psikologi yang mempengaruh i pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan, ataupun tulisan.

Dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira.

Golongan ini ialah kanak-kanak;-

- Kanak-kanak yg mempunyai kelemahan dan kekurangan persepsi. - Kecederaan Otak - Ketidakfungsian otak yang minima. - Disleksia dll. C. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1997)  Masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan, di mana masalah -masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar yang tidak sempurna kebolehan berfikir yang tidak sempurna kebolehan bertutur yang tidak sempurna kebolehan membaca yang tidak sempurna

 Tidak termasuk akibat ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dlm persekitaran, budaya/ ekonomi D. Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran ( 1988)  Satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik.  Berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.  Masalah mengawal tingkah laku , persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidakl akan menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran.  Mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain. E. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995.  Pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Terdiri daripada kanak -kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah.  Masalah boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian; Kebolehan kognitif Tingkah laku sosial Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan Penguasaan membaca Kemahiran matematik

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN Kecederan Otak a. Sebelum Kelahiran Bayi (Dlm kandungan) b. Semasa Kelahiran Bayi c. Selepas Kelahiran Bayi Sebelum Kelahiran (Dlm Kandungan)  Ibu dijangkiti/ mengidap penyakir spt Rubella, herpes simplex,  Ibu mengambil dadah/ alkohol, merokok  Terdedah kepada logam berat pelambam & merkuri.  Terdedah kepada sinaran berbahaya Semasa Kelahiran bayi  Kekurangan oksigen [anoxia]  Tidak cukup bulan  Kurang berat badan  Trauma disebabkan penggunaan alatan seperti forcep dan vakum Selepas Kelahiran  Hentakan yang kuat bahagian kepala  Deman  Tumbuhan pada otak  Jangkitan [encephalitis dan meningitis] sinar X

LEMBAM Definisi

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:

- Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar -tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca:

-Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi

- Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan - Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan - Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir - Ubat semasa mengandung - Kemalangan - Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

- Temubual - Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan - Senang ke susah - Konkrit ke abstrak - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi - Jauhkan dendaan yang negatif

SINDROM DOWN DEFINISI

Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak -kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak -kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah -masalah kesihatan yang berkaitan dengannya..

Sindrom bermakna

kehadiran

sekumpulan

gejala

dan

tanda

yang

boleh

menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866 .
KEKERAPAN TERJADINYA SINDROM DOWN

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
PENGESAHAN SINDROM DOWN

Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak -kanak itu bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid)
CIRI-CIRI FIZIKAL

Ciri-ciri fizikal termasuklah:


y y y y

Tubuh yang pendek Kepala bersaiz kecil Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas Lidah terjelir
6

Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

y y

Pertumbuhan yang lambat. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana

MASALAH-MASALAH KESIHATAN YANG BERKAITAN SINDROM DOWN DAN RAWATAN y y

Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.

y y

Lambat atau sukar dalam pembelajaran Lambat dalam pertuturan

Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak -kanak

berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.

AUTISM

DEFINISI

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak -kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kala ngan kanak-kanak laki-laki. Gejala gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :


y y y

Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil Pervasive Developmental Disorders. dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak -kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autis
TANDA DAN GEJALA

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi y y

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.

y y

Kurang cerdas semasa bermain Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Tindak balas sosial y y y y

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian

Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti y

Menggerakkan anggota badan berulang kali sep erti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala

y y y

Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.
y y y

Peringkat awal kanak-kanak Hiperaktif, panas baran Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri Peringkat remaja dan dewasa kemurungan dan epilepsi

RAWATAN

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :


9

y y y y

Membaiki kemahiran sosial Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala -gejala yang timbul disebabkan autism seperti:
y y y

Kelakuan ganas Hiperaktif Kebimbangan yang mungkin timbul

Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :


y y y y

Terapi pertuturan dan bahasa Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak -kanak Cara pulih kerja ( occupational therapy ) untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye cont act, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak -kanak menjalankan aktiviti harian.

y y y

berbagai rangsangan pancaindera / deria Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention ) Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan
10

bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak -kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM ) Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

11

TERENCAT AKAL DEFINISI

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak -kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam

pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara -cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepad a kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal. 30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab -sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50. Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal. Penyebab utama kanak -kanak terencat akal yang ditemui di hospital adalah : 1. Palsi serebrum 2. Sindrom Downs

Sebilangan daripada kanak -kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri -ciri tertentu dan akan dikenal pasti. Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak -

12

kanak untuk siasatan yang mendalam. Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.
FILOSOFI PENJAGAAN DAN RAWATAN PESAKIT YANG KERENCATAN AKAL

1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka. Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan. 2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan dan bahasa dan sign lan guage) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di beli. 3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat -alat yang sedia ada untuk membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy. 4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan dan pendengaran juga mesti dilakukan. 5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
13

6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat -syarat tertentu. Pesakit yang mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat pusat seperti Pusat Spastik atau Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu. 7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dir ujuk kepada pihak kebajikan atau badan -badan sukarela.

14

DISLEKSIA DEFINISI

Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.
JENIS-JENIS DISLEKSIA

1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing -lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan perkataan atau huruf -huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezaka n bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.

3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot -otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibac a.

Bagaimana Disleksia terjadi

Kesilapan yang dilakukan oleh kanak -kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah
15

mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak -kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan s emasa zaman kanak-kanak. Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak -kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan. Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia. Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak -kanak itu.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA

1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan -kelakuan hiperkinetik 2) gangguan penglihatan 3) singkat ingatan 4) gangguan dalam bahasa 5) kebolehan kognitif yang rendah 6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social
16

7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut 8) tidak dapat mengaitkan bun yi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi -bunyi tersebut 9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakn a 10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya. 11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya. 12) Tidak dapat membuat koordinasi motor ma ta-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian 13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks 14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran 15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan 16) Sukar belalar bahasa , ketidakseimbangan kebolehan intelektual 17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

17

ADHD DEFINISI

Selalunya ibubapa dan guru -guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak -kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (teruta ma sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak -kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakanibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang ha yat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.

TANDA-TANDA ADHD

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya : -

18

1. Hiperaktiviti

Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang -geliut di tempat duduk Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Selalu banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah -olah digerakkan oleh motor
2. Tempoh tumpuan yang singkat

Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir -butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti -aktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti -aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagain ya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan
3. Tingkah laku impulsif

Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
19

Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalh tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak -kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak -kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati -hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantun g kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.
Masalah ADHD :

Masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan -rakan sebaya. Mereka juga kerap berdepan dengan ma salah akademik. Masalah keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan kedaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkah laku anak-anak mereka. Beban rasa salah ini boleh menjadi ringan jika ibu bapa memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak mereka.

Punca ADHD

Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat terlalu ba nyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara -perkara berikut:
y y y y y

Menonton televisyen Alah pada makanan Gula yang berlebihan Keadaan hidup yang miskin Sekolah bertaraf rendah

20

Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan -alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.

21

PINTAR CERDAS DEFINISI

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan jug a mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau leb ih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan. Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Keinginan untuk tahu tinggi

22

Ingin mengetahui semua hal seperti obj ek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun


Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
Tatabahasa yang tinggi

Memiliki

penggunaan

tatabahasa

yang

canggah

serta

banyak

dan

suka

menggunakan perkataan yang baru dan unik


Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

23

Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi
Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
Keupayaan imaginasi yang tingg i

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
Minat dalam falsafah dan isu -isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah -masalah berkaitan populasi dunia, isuisu alam sekitar
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

Mudah kecewa walaupun dalam hal -hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
Sangat menitikberatkan hal -hal keadilan

Sangat teliti dalam hal -hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain
Bersemangat dan bertenaga

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan seba ya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan rakan sebayanya langsung tidak memahami
Sangat teliti dan mementingkan ke sempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

24

Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak -kanak 6 tahun dari segi emosinya.
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak -kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka ti dak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .

Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data data yang lengkap sebelum manjawap soalan -soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah existential depression.

25

CEREBRAL PALSI DEFINISI

CEREBRAL ialah OTAK PALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
y y y

Jangkitan dalam rahim Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

Semasa Proses Kelahiran


y y y y

Kelahiran tidak cukup bulan Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)


y y

Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning Jaundis yang teruk (kemicterus)

26

Kecederaan

otak

disebabkan

oleh

kemalangan,

penderaan

dan

penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
PUNCA-PUNCA :
y y y y y y

Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama. Perkembangan otak yang tidak normal. Rembesan (intraeraneal bleeding). Demam kuning. Terhentak / terhempas / kejutan. Serangan kuman / penyakit.

TANDA-TANDA :
y y y y y

Bayi kelihatan lembik Lewat perkembangan Menggunakan sebelah tangan (h and preference) Masalah menyusu Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas

y y

Sembelit Cepat marah

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSI

Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak -kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 10 bulan

Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

27

11 bulan

Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sa haja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 3 tahun

1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak -kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik naf asnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun -Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain -lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan) - Kerencatan pertuturan - Rencatan penglihatan - Rencatan pendengaran - Sawan (epilepsy) - Kecacatan anggota - Kecacatan gigi - Masalah mengenai pernafasan - Masalah mangenai pemakanan - masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

28

Spastic Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak

mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak

(ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.


Atxia Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan

berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada ka dar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik ( Campuran sifat-sifat di atas) otot lembik Latihan dan pendidikan kepada kanak -kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur -ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak -kanak tidak diberi latihan oleh F isio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak -kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap -tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak -kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

29

TEMUBUAL BERSAMA PELAJAR

LATAR BELAKANG PELAJAR

Nama : Mohammad Shamien bin Mohd Senu Umur: 9 tahun Jenis Ketidakupayaan : Masalah Pembelajaran(Autisme & Hiperaktif) No S.B: AW 29857 Nama bapa: Mohd Senu Bin Idris Nama ibu: Hamisah Binti Ismail

TEMUBUAL BERSAMA GURU, PUAN HAMISAH Seperti yang terdapat di lampiran dalam borang kaji selidik emosi dan tingkah laku pelajar. TEMUBUAL BERSAMA IBU.PN HAMISAH 1. Soalan (S):Bagaimanakah keadaan semasa kelahiran Syamien? Jawapan (J): Kelahiran pramatang. 2. S: Bagaimanakah perkembangan kanak -kanak Syamien?

J: Tiada kordinasi kiri dan kanan

3. S: Pada umur berapakah Syamien boleh berjalan. J: Pada umur 5 tahun.

30

4. :BIilakah Syamien pandai bercakap? J: Pada umur 7 tahun.

5. S: Bagaimanakah Syamien menjalani kehidupan sehariannya?

J: Syamien seorang yang hiperaktif. Dia juga seorang yang suka melukis. Syamien mampu untuk berinteraksi dengan baik walaupun dia mengalami kesukaran untuk bertutur. Syamien juga seorang yang minat belajar. Syamien juga seorang sentiasa tersenyum.

6. S:Bagaimana Syamien menguruskan dirinya? J:Syamien mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Sebagai bukti, saya dan rakan-rakan melihat sendiri beliau mengambil air di dapur tanpa bantuan sesiapa.

Mengapa anda memilih murid tersebut?.Nyatakan rasional anda.Apakah yang menarik minat anda tentang murid ini?

Kami memilih pelajar ini kerana dia telah menarik minat kami untuk menemu bual apabila dia dilihat sedang asyik melukis. Lukisannya agak menarik bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sepertinya. Ini menunjukkan keistimewaan yagn dimiliki oleh pelajar tersebut iaitu Muhammad Syamien Bin Mohd Senu.

31

Soalan-soalan untuk menemubual guru atau ibu bapa.

Saya berkesempatan untuk menemubual bapa kepada shamein iaitu m ohd senu.Antara isi perbincangan adalah seperti berikut: 1. Soalan (S):Bagaimanakah keadaan semasa kelahiran Syamien? Jawapan (J):. Kelahiran pramatang 2. S: Bagaimanakah perkembangan kanak -kanak Syamien?

J: tiada kordinasi kiri dan kanan.

3. S: Pada umur berapakah Syamien boleh berjalan. J: Pada umur 5 tahun.

4. S:BIilakah syamien pandai bercakap?

J: Pada umur 7 tahun.

5. S: Bagaimanakah Syamien menjalani kehidupan sehariannya?

J: Syamien seorang yang hiperaktif. Dia juga seorang yang suka melukis. Syamien mampu untuk berinteraksi dengan baik walaupun dia mengalami kesukaran untuk bertutur. Syamien juga seorang yang minat belajar. Syamien juga seorang sentiasa tersenyum.

S:Bagaimana Syamien menguruskan dirinya?

J:. Syamien mampu untuk menguruskan dirin ya sendiri. Sebagai bukti, saya dan rakan-rakan melihat sendiri beliau mengambil air di dapur tanpa bantuan sesiapa.

32

Pada akhir temu bual, kami mendapat tahu yang Pn Ha misah,selaku guru kelas ini, adalah ibu kepada syamien. Ibunya seorang yang bersungguh sungguh dalam mendidik syamien supaya satu hari nanti, syamien mampu untuk hidup berdikari.

ANALISIS REKOD DAN MAKLUMAT MURID

Pada pemrhatian kami, syamien menghidapi penyakit autisme. Syamien berada di dalam dunianya tersendiri. Syamien mempunyai mina t terhadap pembelajaran, tetapi dengan syarat beliau memahami apa yang dipelajarinya. Contohnya apabila shamien belajar mengenai nombor, apabila dia memahami apa yang disampaikan oleh gurunya, dia akan menunjukkan perkembangan yang pantas dalam menguasai topik tersebut.

TINGKAH LAKU PELAJAR DI KELAS

Pada pemerhatian kami, semasa di dalam kelas, Syamien seorang yang hiperaktif. Dia seorang yang minat belajar. Interaksi dangan rakan -rakan juga baik. Syamien juga seorang yang celik IT. Jika Syamien diberikan laptop, die mampu untuk mengendalikannya tanpa bantuan. Hal ini menunjukkan yang Syamien seorang yang mampu berdikari.
TINGKAH LAKU MURID DI WAKTU REHAT

Syamien tidak mempedulikan makanan yang disediakan. Dia lebih suka bemain di luar dengan membaling bo la kepada rakan- rakan.

TINGKAH LAKU SEMASA BERINTERAKSI BERSAMA GURU ATAU RAKAN.

Interaksi syamien bersama rakan-rakan sangat baik. Dia sentiasa membantu rakan rakan lain yang mengalami kesukaran untuk berjalan dan sebagainya.

33

Interaksi Syamien dengan guru juga baik. Dia lebih suka bersama dengan guru lelaki berbanding guru perempuan.

TINGKAH LAKU PELAJAR SEMASA SESI TEMUBUAL

Syamien menunjukkan kesungguhan apabila di temubual. Dia menjawab soalan yang ditanayakan kepadanya. Tetapi semakin lama, kesung guhan itu hilang dan syamien semakin tidak selesa untuk menjawab soalan -soalan yang diajukan.

TINGKAH LAKU PELAJAR SEMASA PULANG

Syamien telah diberikan snek semasa hendak pulang. Setelah mendapat makanan ringan tersebut, syamien dilihat leka dengan snek yang telah diberikan dan mungkin telah terlupa kepada kami.

34

PERBANDINGAN MURID-MURID AUTISME DENGAN MURID YANG DIKAJI

CIRI-CIRI KOGNITIF

Kanak-kanak autisme Mudah tumpuan mempunyai pertuturan hilang Syamien

syamien mudah

dan menunjukkan minat kepada masalah perkara boleh yang dilakukan dirasakan olehnya.

Tetapi minat itu mudah hilang dengan gangguan yang

lain.syamien iaitu

mempunyai yang

masalah dalam pertuturan, pertuturannya

sedikit pelat dan tidak jelas. AKADEMIK Mengalami kesukaran Syamien pandai membaca untuk mengalami membaca, tetapi tidak begitu lancar. Dia masalah dapat membaca perkataanperkataan yang mudah.Dia sudah menguasai abjad a hingga z. SOSIAL Murung dan suka Syamien seorang bersosial ramai yang .dia kawan-

untuk mengenal huruf.

mengasingkan dir dari mudah kanak-kanak lain mempunyai

kawan di dalam kelas. TINGKAH TAMBAHAN LAKU Hyperaktif dan hidup Syamien seorang yang agak dalam dunia sendiri buas. Dia gemar berjalan jalan di sekitar kelas tetapi dia tidak mengganggu pelajar lain. EMOSI Mudah tumpuan hilang Syamien mempunyai emosi yang apabila fokus. FIZIKAL DAN KESIHATAN Kanak-kanak mempunyai
35

stabil. dia

Dia sudah

melukis hilang

autism Syamien tidak masalah masalah

mempunyai Dia

kesihatan.

kesihatan yang lain

seorang kanak-kanak yang sihat cergas kami. tetapi pada tidak begitu

pandangan

36

Você também pode gostar