Você está na página 1de 2

Apakah Itu Kemerdekaan

August 22, 2010 by efazan

KEMERDEKAAN Mengikut Kamus Dewan MERDEKAdidefinisikankan sebagai bebas( daripada penjajah, kurungan dan lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri tidak bergantung kepada orang lain. Menurut Perspektif Islam, Bebas daripada penjajahan fizikal, fikiran, pegangan dan anutan yang bertentangan dengan Islam yang sebelum ini membelenggu individu atau negara.Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep istiqlal dan al-Hurriyyah.Istiqlal membawa makna kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi, menjayakan cdan meneruskan sesuatu. Manakala al-Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas daripada nafsu yang jahat. Firman Allah S.W.T. dalam surah an-Nasr bermaksud; Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat (Surah an-Nasr: 1-4) Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam ertikata yang luas. Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripada belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai manusia atau umat yang bermaruah dan ada harga diri. MERDEKA DALAM PEMIKIRAN Pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang terpedoman. Manusia yang fitrah tidak boleh lepas bebas dalam berfikir tanpa adanya pancang ataupun panduan yang membolehkan manusia insaf bahawa sebagai hamba dan khalifah, ia tertakluk kepada ketentuan Allah S.W.T. Meskipun jalan ikhtiar terbuka untuk manusia, namun faktor naluri dan nafsu-nafsi semata-mata tidak memadai untuk membimbing manusia

ke jalan yang betul melainkan kesuburan pemikirannya dibentuk oleh keimanan dan ketakwaan. Maksud kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan petunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf dan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. KONSEP KEBEBASAN BERFIKIR Mengikut Kamus Dewan (1998) halaman. 120, kebebasan bermaksud tidak terhalang (untuk bergerak dan bercakap), tidak terkongkong, tidak terkurung dan lain-lain. Berfikir, dikaitkan keupayaan menggunakan akal (untuk menyelesaikan sesuatu clan lain-lain), mengingat, merenung dan mempertimbangkan. Kebebasan berfikir ialah suatu keadaan idea dan pandangan boleh dikeluarkan dengan bebas tanpa dihalang atau dikongkong oleh orang lain selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum agama dan tatasusila masyarakat. SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA KITA MALAYSIA YANG KE 53

Você também pode gostar