Você está na página 1de 2

APAKAH BAHAN BANTU MENGAJAR ???

Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran kepada murid di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada bukubuku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya. Ia merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan Bantu Mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori:1) Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya. 2) Bahan bukan media elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, bukudan sebagainya. 3) Bahan bercorak pengalaman -saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan lain-lain.

Você também pode gostar