Você está na página 1de 7

TAJUK ARTIKEL : SYAWAL DAN ILMU FALAK Syawal kembali bertandang.

Ramadan yang selama ini telah dikecapi kemanisan dan keindahannya selama sebulan mula melabuhkan tirainya. Rasa kesayuan dan kesyahduan meninggalkan Ramadan semakin lama semakin mencengkam . Walaupun bukan menghadapi kematian tetapi meninggalkan Ramadan seperti meluruhkan satu demi satu anggota daripada batang tubuh. Perih dan sedih menjalar jauh ke urat nadi mengingatkan perpisahan yang bakal tiba itu. Begitulah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan diungkapkan dengan kata-kata apabila seorang hamba berserah diri sepenuh kepada pencipta-Nya. Jika Ramadan diabdikan sepenuhnya untuk pengislahan diri, maka Syawal akan dimasuki dengan suatu keadaan yang berbeza daripada sebelumnya . Kini diri ini telah bersih daripada segala noda dan dosa. Demikianlah kebenarannya menurut hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni. ( Riwayat Al-Bukhari ). Pada tanggal 1 Syawal, seluruh umat Islam di dunia akan merayakan hari kemenangan setelah berjaya melalui satu latihan spiritual yang membawa kepada kebersihan hati,ketenangan, kebahagiaan dan kelapangan jiwa. Ilmu Falak Apakah metod yang digunapakai oleh cendekiawan Islam bagi menentukan kedatangan Syawal ini? Islam seperti yang diketahui merupakan agama yang sangat sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang selari dengan perjalanan hukum alam. Pelaksanaannya sangat berkait rapat dengan fenomena alam cakerawala seperti pergerakan bulan,bumi dan matahari. Hal inilah yang dikatakan sebagai ilmu

falak. Menurut Ibn Khaldun, ilmu falak merupakan ilmu yang mempelajari tentang pergerakan tetap bintang-bintang, sama ada yang bergerak atau berpusing. Pergerakan tersebut boleh diketahui melalui cerapan atau hitungan. Hubungan yang akrab ini merupakan suatu keistimewaan yang menggambarkan keindahan, kesempurnaan dan kesejagatan seterusnya menjulang kesyumulan Islam sebagai Ad-Din itu sendiri. Menurut perspektif Islam, asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah yang menerangkan tentang pergerakan cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang bagi penentuan waktu. Sebagaimana yang disebut dalam firman Allah SWT di dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud, Dialah Allah yang telah menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan ( waktu ). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orangorang yang mengetahui.

Penentuan Syawal Ironinya, penentuan Syawal dengan ilmu falak ini memang tidak dapat dipisahkan. Dalam firman Allah Surah Yasin ayat 40 bermaksud, Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya. Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran, hadis dan pendapat ulama serta kajian astronomi moden, terdapat beberapa metod bagi menentukan awal bulan Syawal ini yang sesuai dilaksanakan di Malaysia dan menepati kehendak syarak. Antara metod yang

dikenalpasti adalah rukyah ( melihat anak bulan) dan hisab falak ( pengiraan ) serta kaedah rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria Imkanur-Rukyah ( menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( hilal ). Biasanya tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa serta hari raya ini akan diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja melalui media massa menjelangnya tarikh berkenaan. Penentuan awal bulan seperti yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah SAW ialah dengan cara rukyah ( melihat ) hilal. Dalam taqwim Islam, hilal menjadi panduan menandakan bermulanya bulan baru hijrah. Hal ini telah dijelaskan di dalam firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 189 yang bermaksud, Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit. Katakanlah, itu adalah (petunjuk) waktu bagi manusia dan (ibadah) haji. Hilal Apakah yang dimaksudkan dengan hilal itu? Hilal merupakan fasa bulan yang terawal yang boleh dilihat selepas ijtimak ( berkumpul ) yang menunjukkan sebahagian kecil daripada permukaan bumi yang bercahaya.Hilal ini kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit. Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, bulan ini akan sampai kepada suatu kedudukan iaitu ketika matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis ( meridian ) dan kedudukan inilah yang dinamakan ijtimak. Bulan seterusnya akan bergerak meninggalkan kedudukan Ijtimak 1 dan terus beredar hingga kedudukan di Ijtimak 2. Hal ini bermakna bahawa bulan telah melengkapkan satu edaran lengkap( Rajah 1 ).Impaknya, akan menyebabkan permukaan bulan yang bercahaya ini akan mengalami transformasi

fasa iaitu daripada bentuk sabit halus hingga menjadi purnama dan mengecil sehingga menjadi bentuk sabit halus semula. Ketika ijtimak, bulan tidak dapat dilihat oleh penduduk bumi kerana permukaan gelap bulan menghadap ke bumi. Apabila bulan beredar sedikit ke kedudukan b, sebahagian kecil permukaan bulan yang bercahaya akan dapat dilihat bentuknya seperti lengkuk cahaya yang sangat halus yang dinamakan hilal (Rajah 2).

Bulan 2 Matahar Matahari Ijtimak Ijtimak Bulan Bumi Orbit Bumi 3 Bum 4 1 1a Ijtima

Rajah 1

Rajah 2

Rukyah dan Hisab Bagi menjalankan amalan rukyah ini, melihat hilal mestilah berada di ufuk barat tanpa sebarang halangan ketika matahari ghurub (terbenam ). Hal ini kerana bermulanya hari dalam taqwim Islam adalah selepas matahari ghurub iaitu masuknya waktu maghrib. Jika hilal kelihatan, akan bermulalah 1 haribulan pada maghrib tersebut dan jika tidak kelihatan keesokkan harinya akan digenapkan menjadi 30 haribulan. Amalan rukyah ini telah mengalami transformasi sesuai

dengan perkembangan teknologi di dalam bidang astronomi. Kini, kesemua tempat melihat anak bulan di Malaysia telah dilengkapi dengan peralatan teodolit dan ahliahli rukyah dibekalkan dengan data rukyah yang mengandungi jadual pergerakan bulan dan matahari pada hari rukyah. Kaedah hisab(pengiraan) pula merupakan suatu kaedah yang berkait rapat dengan rukyah. Hisab adalah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan kepada stesen rujukan rasmi yang terletak di Kg Ateamu Sandakan, Sabah iaitu tempat yang paling timur di Malaysia dan stesen rujukan rasmi di Tanjung Chincin Langkawi, Kedah iaitu tempat yang paling barat di Malaysia. Menjelang tahun 1984, negara kita telah melakukan transformasi penetapan tarikh Ramadan dan Syawal dengan menggabungkan kedua-dua kaedah rukyah dan hisab. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah menetapkan penentuan awal Ramadan dan Syawal berdasarkan kriteria kebolehnampakan (imkanur -rukyah) seperti yang telah ditetapkan dalam Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul pada 1978. Dalam persidangan tersebut menyatakan bahawa pada hari rukyah anak bulan dikira nampak jika matahari terbenam iaitu apabila tinggi anak bulan tidak kurang dari 5 dari ufuk barat, jarak lengkung anak bulan ke matahari tidak kurang dari 8 dan umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku. Hal ini bermaksud bahawa jika anak bulan sudah lahir tetapi tidak kelihatan ketika merukyah dan kedudukan anak bulan berada di luar syarat yang dikemukakan, anak bulan dikira tidak nampak dan esoknya disempurnakan 30 Syaaban atau 30 Ramadan begitulah juga sebaliknya. Mulai tahun 1993 , Negaranegara Anggota MABBIMS ( Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura) telah bersepakat bagi menerima kaedah Imkanur-Rukyah ini bagi menentukan awal Ramadan dan Syawal bagi mewujudkan keseragaman tarikh. Kecanggihan teknologi

dan perkiraan terkini mampu menjadikan ahli-ahli falak ini membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ( ayat 190-191) yang bermaksud, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):` Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Hikmah kejadian alam

Setiap kejadian yang Allah ciptakan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Antara hikmah amalan melihat hilal ini adalah mendorong umat Islam sendiri berfikir dan menajamkan minda dengan menyaksikan fenomena alam cakerawala serta menyaksikan kehebatan Allah mengatur perjalanan alam ini. Keharmonian alam semesta ini bergerak di atas orbitnya sendiri dengan tetap dan teratur menggambarkan kepatuhan serta keakuran terhadap peraturan penciptaNya. Islam yang syumul telah menggariskan beberapa panduan bagi penetapan tarikh bulan Islam ini secara saintifik dan telah membuktikan bahawa umat Islam boleh maju dalam bidang astronomi ini setanding dengan orang bukan Islam.

Kesimpulan

Justeru itu, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ilmu dan amalan peribadatan supaya kita sentiasa tergolong sebagai hamba Allah yang dirahmati dan diredhai. Janganlah kita meninggalkan Syawal ini tanpa sesuatu yang berharga. Rasulullah SAW bersabda, " Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan puasa satu tahun" (HR. Muslim). Marilah mencari redha Allah. Insya- Allah kejayaan dunia dan akhirat akan menyusuri kita.Wallahualam.

Você também pode gostar