Você está na página 1de 3

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan

saiz. Bahan Pelbagai gambar kereta, baju, buku, lain-lain. Aktiviti Murid Murid mengelaskan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulismenulis. Aktiviti Guru/Murid 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid

1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian guru sendiri. Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid 1. Murid menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebaliknya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid membilang manik yang digantung dengan menggunakan jari dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. 4. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Você também pode gostar