Você está na página 1de 23

ANALISIS KESILAPAN EJAAN DAN AYAT

Kategori Kesilapan

14/09/2011

HAS2011

ANALISIS KESILAPAN

Analisis kesilapan merupakan satu disiplin baru dalam pengkajian bahasa, khususnya dalam proses pembelajaran bahasa kedua. Sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan, murid bahasa kedua sering memperlihatkan banyak kesalahan. Wujud kerana murid belum benar-benar menguasai rumus-rumus tatabahasa yang dipelajari itu.

14/09/2011

HAS2011

Definisi

Kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. (Corder, 1981). Tegasnya, kesilapan bahasa merupakan satu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur terpelajar dan kesilapan itu termasuklah semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah, dan sebagainya.
14/09/2011 HAS2011

1.
(a)

Tujuan analisis kesilapan:


Guru-guru dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang sesuai dan lebih berkesan. Menjamin kejayaan pelajaran yang maksimum dan mengurangkan sebanyak mungkin kegagalan dalam kalangan murid. Berguna untuk semua peringkat program pengajaran bahasa kedua. Untuk memudahkan penulis buku teks menyediakan bahan-bahan yang sesuai Membolehkan para perancang pendidikan merancangkan proses pembelajaran dengan lebih berkesan dari segi pemilihan kaedah ataupun bahan-bahan
14/09/2011 HAS2011

(b) (c) (d) (e)

2.

Kegunaan analisis kesilapan dalam pembelajaran bahasa:


Guru-guru dapat mengesan sejauh manakah gangguan bahasa ibunda dalam proses pengajaran bahasa kedua. Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua menjadi lebih berkesan kerana guru lebih bersedia dengan teknik yang sesuai dan bahan-bahan pengajaran mengikut kemampuan murid. Guru-guru akan mengetahui bahawa kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh murid itu bukanlah sesuatu yang disengajakan Corak pengajaran guru boleh diubahsuaikan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
14/09/2011 HAS2011

(a)

(b)

(c)

(d)

Punca Kesilapan Bahasa


1. Gangguan daripada bahasa ibunda atau dialek bahasa pertuturan harian, bahasa daerah, bahasa lisan dan bahasa pasar. 2. Kekeliruan yang berpunca daripada ketidakseragaman yang wujud dalam aspek penggolongan kata. 3. Kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan kurang pengetahuan tentang bentuk yang betul 4. Kurang kebolehan dan keupayaan untuk menyatakan sesuatu hingga murid terpaksa menggunakan bahasa daerah/pasar 5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan.

14/09/2011

HAS2011

Menurut kajian Wyatt (1973) dan Chen (1977), kategori kesilapan adalah seperti:

Ejaan Tanda bacaan Struktur ayat Kesalahan tatabahasa Kekeliruan / salah guna perkataan Bahasa ringkas, pemendekan, ayat tergantung dan bahasa tak baku Pengulangan Ujaran-ujaran yang kaku dan tidak bermakna Kecuaian 14/09/2011 HAS2011

Kesilapan Ejaan

i. ii.

Faktor-faktor kesilapan:
Tidak ambil berat tentang sistem ejaan. Tidak faham / kurang faham tentang aturan sistem ejaan. Ada kekurangan dalam peraturan Sistem Ejaan Baharu. Kurang memahami sistem keselarasan vokal

iii.

iv.

14/09/2011

HAS2011

Keselarasan Vokal
Contoh:

Bil. 1

Keselarasan Vokal aa ai* au* e (pepet) a e (pepet) i * e (pepet) u * e (taling) a e (taling) e (taling) e (taling) o
14/09/2011

Contoh perkataan Dalal Balik Datuk Cetak Belit Peluh Dewan Belek Belok
HAS2011

Keselarasan Vokal
Contoh:

Bil. 1

Keselarasan Vokal ia ii* iu+ oa o e (taling) oo ua ui* uu*


14/09/2011

Contoh perkataan Bilang Bilis Pikul Botak Oleh Bolos Butang Usik Buluh
HAS2011

10

Kekecualian Keselarasan Vokal

Untuk kata-kata yang diambil daripada bahasa asing (bahasa-bahasa di Indonesia dan Inggeris)

B. Indonesia Amben Aneh Awet Calon Catat Kaget

Salah Ambin Anih Awit Calun Catit Kagit


14/09/2011 HAS2011

11

Kekecualian Keselarasan Vokal

Untuk kata-kata yang diambil daripada bahasa asing (bahasa-bahasa di Indonesia dan Inggeris)

B. Inggeris Atom Chancellor Enactment Glucose Magnet Operator

Betul Atom Canselor Enakmen Glukos Magnet Operator


14/09/2011 HAS2011

12

Kata pinjaman B. Inggeris


Contoh:
B. Inggeris Block Clinic Draft Concrete Protein Scheme Script Scandal Stadium Stock Store Traffic Salah Belok Kelinik Deraf Konkerit Perotin Sekema Sekerip Sekandal Setadium Setok Setor Terafik 14/09/2011 Betul Blok Klinik Draf Konkrit Protein Skema Skrip Skandal Stadium Stok Stor Trafik HAS2011

13

Kata pinjaman umum BI dieja dengan mengutamakan bentuk visualnya. Unsur awal kata: au, dia, elect, tele, dan unsur akhir kata: -um, -us dikekalkan.

Contoh:
B. Melayu Audit Auditorium Automatik Blok Klasik Drama Elektrik Petroleum Psikologi Telekom Telefon Tragedi Unit 14/09/2011 HAS2011

B. Inggeris Audit Auditorium Automatic Block Classic Drama Electric Petroleum Psychology Telecom Telephone Tragedy Unit

14

Kesilapan Ayat

Dari sudut sintaksis sama ada sempurna atau tidak sempurnanya ayat. Kriteria kesempurnaan ayat bergantung kepada bentuk yang sempurna dari sudut sintaksis dan maknanya yang sempurna dari sudut semantik. Sesuatu ujaran belum sempurna jika hanya bentuknya atau maknanya yang sempurna. Bahasa Melayu ialah bahasa struktural. Kesempurnaan bentuk ayat bergantung kepada susun letak kata menurut sistem sintaksisnya (yang berbeza dengan sistem sintaksis bahasabahasa struktural yang lain) 14/09/2011 HAS2011

15

Ayat Inti

i. ii.

Pola ayat:
FN + FN FN + FK iii. iv. FN + FA FN + FS

Pola FN + FN Pengguna sering memasukkan: i. Se yang dianggap fungsinya sama seperti artikel a an dalam bahasa Inggeris. ii. Ialah atau adalah yang dianggap fungsinya sama seperti is, am atau are dalam bahasa inggeris. Contoh: (salah) 1. Saya seorang guru / I am a teacher 2. Orang itu ialah pemburu / That man is a hunter.
14/09/2011 HAS2011

16

Pola 2: FN + FK

Kesilapan yang sering berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek. Penggunaan kata kerja tak transitif yang diberi akhiran kan sedangkan kktt dapat diikuti oleh kata sendi jika predikatnya hendak diperluaskan. salah ingatkan kenalkan lupakan sedarkan betul ingat akan kenal akan lupa akan sedar akan

17

14/09/2011

HAS2011

Pola 3: FN + FA

Ayat-ayat berikut sering ditambah dengan kata penegas adalah pada awal predikat (dianggap sama fungsinya dengan is atau are dalam BI) Dalam bahasa Melayu adjektif boleh ditegaskan maksudnya dengan menggunakan kata penguat.
BI That young man is brave. This tiger is fierce. They are clever.

BM
1. 2. 3.

Pemuda itu berani. Harimau itu garang. Mereka pandai.

18

14/09/2011

HAS2011

Pola 4: FN + FS

Ramai pengguna beranggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja: i. Ibu di dapur. ii. Juadah ini untuk kakak. iii. Mereka dari desa.

Mereka menganggap ayat-ayat tersebut mesti ditulis: i. Ibu berada di dapur ii. Juadah ini dimasak untuk kakak. iii. Mereka datang dari desa. Harus diingat ayat-ayat ini sebenarnya termasuk dalam pola (2) FN + FK

19

14/09/2011

HAS2011

Ayat Tanya
Ayat berita / penyata boleh menjadi ayat tanya dengan salah satu daripada 3 cara, iaitu: i. dengan mengubah lagu bahasa; ii. dengan menggunakan kah; dan iii. dengan menggunakan kata tanya. Menggunakan kah (dalam konteks tulisan) Perubahan struktur ayat daripada struktur biasa menjadi struktur songsang. Akhiran kah digunakan pada bahagian predikat yang dikedepankan. Misalnya:

Betul Gurukah dia? Datang hari inikah Razak? Nakalkah adik Minah?

Salah Dia gurukah? Razak datang hari inikah? Adik Minah nakalkah? 14/09/2011 HAS2011

20

Ayat Pasif

Kesilapan yang sering terjadi ialah menyisipkan kata-kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif. Pelaku dengan kata kerja pasif merupakan ikatan yang tidak boleh dipisahkan (hukum Aneksi Persona) Penanda pasif bagi pelaku ketiga ialah awalan di dan oleh. Walau bagaimanapun oleh hanyalah unsur opsional. Salah Orang itu saya akan temui. Orang itu kami tidak temui. Orang itu kamu tidak temui. Hadiah itu mereka berikan kepada saya.
HAS2011

Betul Orang itu akan saya temui. Orang itu tidak kami temui. Orang itu tidak kamu temui. Hadiah itu diberikan oleh mereka kepada saya.

21

14/09/2011

Ayat Berklausa

Kesilapan yang sering berlaku ialah kesesuaian penggunaan kata hubung seperti: apabila, setelah dan sebagai; kecuaian penggunaan yang, kesalahan penggunaan di mana, yang mana, kecuaian penggunaan kata dengan dan kecuaian penggunaan penjodoh bilangan. Betul Apabila bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan. Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan.
14/09/2011 HAS2011

Salah Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan. Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan.

22

Kesalahan Semantik
Contoh: 1. Pencuri itu telah dijatuhkan hukuman penjara. 2. Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3. Saya sering memberikan dia nasihat. 4. Demikianlah bahasa yang sering dituturi oleh mereka. Kesalahan berlaku kerana perbezaan makna yang ditimbulkan oleh akhiran kan atau i. Kesalahan juga berlaku apabila tidak ada akhiran kan baik pada kkt mahupun kata kerja pasif. 1. DBP bertanggungjawab memaju dan mengembangkan bahasa kebangsaan. 2. Keamanan yang sedia wujud hendaklah dikekal dan dipertahankan oleh semua lapisan rakyat.

23

14/09/2011

HAS2011

Você também pode gostar