Você está na página 1de 6

ANALISIS MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT DAN MODEL BEHAVIORAL DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ANALISIS SWOT

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


Pendekatan pemprosesan maklumat bergantung kepada komputer sebagai model untuk pembelajaran manusia. Seperti komputer, otak manusia menerima maklumat, melakukan operasi terhadap maklumat tersebut agar dapat mengubah bentuk dan kandungan, menyimpan maklumat, mengeluarkannya apabila perlu dan melaksanakan tindak balas terhadapnya. Oleh itu, pemprosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.

Ramai orang membandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer. Maklumat dienkod atau dimasukkan, disimpan secara sementara dalam ruang kerjadan disimpan dalam simpanan jangka panjang. Setelah disimpan, maklumat boleh diperoleh kembali ke dalam ruang kerja untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah.

Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, di mana maklumat di simpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak di atas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem

MODEL BEHAVIORAL

Analisis SWOT Model Pengajaran Behavioral Strengths( Kekuatan)

Analisis SWOT Model Pengajaran Behavioral Strengths( Kekuatan)


Berpusatkan guru di mana guru menyampaikan isi pengajaran secara langsungkepada murid-murid. Masa pengajaran berstruktur dan dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru memilih dan mengarahkan pembelajaran. Pelajar dapat memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang disebabkan guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Pelajar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing disebabkan guru menyusun isi pelajaran dari mudah kepada kompleks.

Você também pode gostar