Você está na página 1de 1

a menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata-kata hikmat dalam Silat Gayong.

Sekiranya musuh bersilat menggunakan kata-kata, maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan. Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal, maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong. Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, berpantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu Membujur lalu Melintang patah, Daka daki Ku daki juga, Patah sayap Bertongkat paruh, Berpantang maut Sebelum ajal . Inilah juga antara katakata hikmat Silat Seni Gayong. Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama, namun seni beladiri amat dititikberatkan. Rasulullah S.A.W. menyuruh belajar memanah, berenang dan menunggang kuda kepada orang Islam sebagai latihan peperangan dan pertempuran. Allah S.W.T. sendiri membenarkan tindak balas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.

Você também pode gostar