Você está na página 1de 5

SMK TINGGI KLANG JALAN MERU, KLANG

PROGRAM ASAH MINDA KOKURIKULUM

1.0

PENGENALAN

Program asah minda merupakan satu program untuk membantu pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum terutamanya pelajar-pelajar yang terlibat dengan pancaragam dan PKBM. Ini berikutan pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum telah banyak ketinggalan dalam pelajaran berikutan terlibat dengan latihan dan pertandingan. Dengan perhatian yang sewajarnya oleh guru-guru dan usaha pelajar-pelajar yang berterusan tidak mustahil bagi pelajar-pelajar lebih bermotivasi dan yakin untuk lulus dengan cemerlang dalam pelajaran mereka. Disebabkan itu, unit bimbingan dan kaunseling melalui kerjasama guru-guru matapelajaran berusaha membantu pelajarpelajar ini dengan melalui kelas tambahan yang diadakan bagi matapelajaran yang tertentu.

2.0

MATLAMAT

Meningkatkan prestasi akademik semua pelajar yang terlibat dengan pancaragam dan PKBM sekaligus memartabatkan prestasi SMK Tinggi Klang , Pejabat Pelajaran Daerah Klang amnya dengan pengalaman budaya kerja cemerlang.

3.0

OBJEKTIF

3.1

Meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadapi peperiksaan akan datang

3.2

Pelajar dapat gambaran dan membantu pelajar-pelajar yang ketinggalan dalam matapelajaran.

3.3

Pelajar dapat menguasai teknik belajar berdasarkan soalan latihan yang diberi.

3.4

Pelajar akan dapat meningkatkan prestasi pencapaian mereka.

4.0

RASIONAL

Sesi motivasi dan aktiviti pengayaan melalui program terancang dan sistematik sudah tentu akan memantapkan sahsiah pelajar serta meningkatkan keupayaan akademik mereka.

5.0

TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk jadual 1

6.0

SASARAN

Semua pelajar yang terlibat dengan Pancaragam dan PKBM

7.0

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat

Huzaimah Bt. Bahari ( Pengetua SMK Tinggi Klang)

Pengerusi

Pn. Kion Choo Yoke ( Penolong Kanan Akademik )

Penyelaras

Pn.Nik Norfarhana bt Nik Yusoff ( Guru Kaunseling )

Setiausaha

En. Khairuman bt Mohamed Jais ( Guru Kaunseling)

Bendahari

Pn. Bathma Devi a/p Suppiah ( Guru Kaunseling )

Ahli Jawatankuasa

Guru Penasihat Pancaragam dan PKBM Cik Nazirah bt. Rohanip Cik Nir Azmin bt. Adnan En. Nasruddin b. Zakaria En. Mustafa Al-Bakri b. Rein En. Azlan b. Alias

8.0

GURU YANG TERLIBAT Cik Nazirah bt. Rohanip Pn. Faiza Suhaida bt. Mohd Salleh Cik Siti Norasikin bt. Basri En. Nasruddin b. Zakaria Pn. Kavithaa/p G. Arumugan Pn. Noradilah bt. Sulimai Nir Azmin bt. Adnan Siti Zawiyah bt. Razali (Matematik dan Sains) (Matematik) (Sains) (Fizik) (Sejarah) (Bahasa Inggeris) (Matematik petang) (Bahasa Melayu petang)

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Fotostat bahan Jumlah

RM 200.00 RM 200.00

10.0

SUMBER

PCG Matapelajaran 11.0 PENUTUP

Bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, empat proses pengurusan perlu dilaksanakan. Perancangan yang jitu, membolehkan pencapaian sesuatu impian sekolah. Pengelolaan yang teratur, daya kepimpinan yang dinamis dan inovatif, serta pengawalan yang cekap mempertingkatkan pelaksanaan program. Oleh itu, harapan kita agar pelajar kita akan mendapat manfaat daripada program yang kita akan laksanakan ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh:

( NIK NORFARHANA BT NIK YUSOFF ) GURU KAUNSELING KOKURIKULUM

(CHEN FONG JIN) PEN. KANAN

Diluluskan oleh,

..
(HUZAIMAH BT BAHARI) PENGETUA SMK TINGGI KLANG

Você também pode gostar