Você está na página 1de 6

1. Apakah itu AADK?

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan penyalahgunaan dadah di Malaysia. AADK merupakan agensi utama yang memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2015.

2. Bilakah AADK ditubuhkan? Kronologi penubuhan AADK: 1983: Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 22 Jun 1983 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD) dan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) yang bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara dalam semua aspek masalah dadah. 1995: Kementerian Dalam Negeri telah mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menggabungkan semua agensi/unit yang bertanggungjawab menangani masalah dadah dalam satu agensi tunggal. 1996: Kerajaan telah menggabungkan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Petugas Anti Dadah, Jabatan Perdana Menteri menjadi satu agensi tunggal yang dinamakan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). 2004: Bersesuaian dengan perkembangan organisasi semasa Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) telah ditukar kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 30 Disember 2004 dan diberi kuasa melalui Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004.

3. Di manakah lokasi AADK? Bermula 21 Februari 2011, Ibu Pejabat AADK telah beroperasi sepenuhnya bangunan yang baru yang terletak di Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Bangunan milik kekal AADK ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu merangkumi 6 tingkat di Blok A dan 3 tingkat di Blok B. Ia meliputi kawasan seluas 4.44 ekar dan terletak berhampiran dengan Bandar Baru Bangi, Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Cyberjaya. Lokasi bangunan ini juga terletak berhampiran kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan juga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

4. Bagaimanakah cara untuk menjadi warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)? Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada pegawai AADK, tuan/puan boleh membuat permohonan melalui laman web www.spa.gov.my kerana AADK adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

5. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan risalah / brosur antidadah / statistik penagih dadah / maklumat dadah bagi tujuan pameran atau sebagai sumber rujukan? Bagi permohonan untuk mendapatkan bahan atau maklumat tersebut, tuan/puan boleh berbuat demikian dengan menghantarkan surat permohonan rasmi daripada pihak sekolah/kolej/universiti/jabatan tuan/puan kepada AADK dan menyatakan tujuan bahan atau maklumat tersebut diperlukan. Permohonan tuan/puan boleh dihantar ke alamat seperti berikut: Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri Jalan Maktab Perguruan Islam 43000, Kajang Selangor.

6. Adakah semua permasalahan berkaitan dengan dadah perlu dilaporkan kepada AADK? Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah agensi utama yang menangani isu yang berkaitan dengan dadah. Namun begitu, bagi aduan berkaitan pengedaran dadah, perkara berkenaan perlu dilaporkan kepada pihak PDRM kerana isu terbabit adalah dibawah bidang kuasa dan tanggungjawab PDRM iaitu dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sejarah AADK

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

Peranan AADK

Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Bidang Tugas AADK Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-

Melaksanakan program pencegahan

Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara

Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah

Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri. DASAR DADAH NEGARA

Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.

Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.dd1 dd2dd3

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN STRATEGI ANTIDADAH NEGARA Tindakan antidadah di Malaysia adalah berpandukan strategi berikut: i. Pengurangan bekalan (supply reduction); dan ii. Pengurangan permintaan (demand reduction)

Rasional strategi tersebut Jika bekalan berkurangan dan permintaan dadah dapat dikurangkan maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali.

STRATEGI DASAR DADAH Senarai keutamaan strategi yang telah diatur semula dan diluluskan ialah Pendidikan Pencegahan dan Publisiti, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Kerjasama antarabangsa.

PENGENALAN BAHAGIAN RAWATAN,PERUBATAN DAN PEMULIHAN

Tidak dinafikan masalah penyalahgunaan dadah terus menjadi beban dalam usaha kerajaan membangunkan negara. Rawatan, perubatan dan pemulihan penagih dadah terus mendapat perhatian dan banyak penambahbaikan telah dilakukan sejak ia mula diperkenalkan secara bersistem di negara ini.

Namun, Agensi Antidadah Kebangsaan terus mencari jalan untuk meningkatkan lagi usaha dan memperbaiki cara ia dilakukan, demi mencapai hasrat untuk menjadi Negara Bebas Dadah menjelang 2015.

Kini, pendekatan secara holistik sedang dilaksanakan dengan menjalankan program-program baru yang dibangunkan atas perbincangan dan perancangan yang rapi melalui Transformasi AADK. Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang lebih terbuka, sukarela dan tanpa perundangan serta program rawatan dan pemulihan secara klinikal dipraktikkan melalui Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK.

VISI BAHAGIAN Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi

MISI BAHAGIAN Memberi Khidmat Rawatan Dan Pemulihan Secara Menyeluruh (Holistik)

MOTO BAHAGIAN Kepulihan Anda Keprihatinan Kami

OBJEKTIF BAHAGIAN 1. Mendampingi kumpulan sasar yang memerlukan program rawatan dan pemulihan dadah secara holistik di Agensi Antidadah Kebangsaan;

2. Menjalankan program pencelahan (Intervention) dalam kalangan berisiko untuk mengelakkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah;

3. Merawat dan memulih pengguna, penyalahguna dan penagih dadah yang melalui pendekatan rawatan dan pemulihan secara institusi dan secara komuniti. STRATEGIK BAHAGIAN 1. Tranformasi PUSPEN Kepada Konsep Perkhidmatan Terbuka

2. Penjenamaan Semula PUSPEN Kepada Klinik C & C 1Malaysia 3. Mengurangkan Kemasukan Klien Ke Institusi (PUSPEN) Secara Perundangan 4. Menyediakan Perkhidmatan Secara Sukarela Tanpa Ikatan Perundangan Di dalam Institusi (Klinik C & C 1Malaysia) 5. Mengkategorikan PUSPEN Berdasarkan Tahap Keparahan Penagihan Dan Keperluan Kepulihan Klien 6. Menggerakkan PRS sebagai agen pemulihan AADK 7. Memberi Perkhidmatan Kepada Seluruh Masyarakat Yang Menghadapi Permasalahan Dadah 8. Memberi Perkhidmatan Kepada Co-Dependent 9. Memberi Tumpuan Kepada Rawatan Menggunakan Kaedah Perubatan 10. Memperluaskan Rawatan Terapi Gantian Secara Menyeluruh 11. Memberi Pilihan Kepada Semua Penagih Untuk Menyertai Terapi Gantian Dadah (Methadone) 12. Memberi Latihan Kepada Klien Mengikut Kecenderungan Dan Keperluan Tenaga Kerja Negara 13. Menyediakan Tenaga Kerja Dalam Kalangan Bekas Penagih Dadah Bagi Menggantikan Tenaga Buruh Asing 14. Meningkatkan Kerjasama Dengan Rakan Strategik Dan Rakan Pintar 15. Melaksanakan Program Pendampingan (Outreaching) 16. Meningkatkan Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti Dengan Menubuhkan Lebih Banyak Pusat Khidmat Dan Rumah Komuniti 17. Memberi Keutamaan Kepada Rawatan Kesihatan Sebelum Menjalani Program Pemulihan 18. Memberi Tumpuan Kepada Rawatan Dan Pemulihan Mengikut Jenis Dadah Yang Diambil 19. Mengadaptasikan Amalan-amalan Terbaik (Best Practices) Dalam Merawat Dan Memulihkan Klien 20. Pemantauan Dan Penilaian Program

Você também pode gostar