Você está na página 1de 16

1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.

t terlebih dahulu saya Noorizzatty Binti Hamzah no kad pengenalan 910412-14-5920, ingin mengucapkan syukur terhadap illahi dengan limpah kurnianya telah membantu saya dengan menyiapkan kertas kerja ini, selain itu saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Cik Farhana bte. Abd Wahid yang banyak memberikan sokongan dan dorongan terhadap kertas kerja ini serta memberi banyak tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga kepad ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan utuk menyiapkan kerja ini. Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar untuk saya menyiapkan kerja ini. Sekian terima kasih.

Yang benar, ..................................... (Noorizzatty Binti Hamzah)


1

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN FALSAFAH? Falsafah merupakan perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut individi yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu bermaksud cinta kepada hikmah. Falsafah dalam istilah Yunani disebut filo dan sofia. Socrates pula mengatakan falsafah ialah Ilmu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi, manakala Aristotle pula mengatakan falsafah itu adalah suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud. Istilah falsafah ini jika dirujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, ianya memberi makna Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Sepertimana yang dunyatakan oleh Wolf (1989) falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Manakala Russel (1946) mengatakan falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Manakala B. Russel (1946) mengatakan falsafah adalah sesuatu diantara teoloi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata. Jika dirujuk kepada W. W. Howick pula beliau mengaitkan falsafah ini di antara manusia dengan alam sejagat. Dari ketiga-tiga pendapat itu bolehlah dikatakan falsafah merupakan suatu usaha berfikir yang tiada akhirnya dengan tujuan mencari kebenaran.

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH Falsafah pendidikan di prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu mempercayai bahawa setiap individu mempunyai pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi. Potensi dipupuk semenjak dari awal lagi iaitu semenjak dari prasekolah lagi. Segala potensi ini, akan cuba dikembangkan dengan cara kesepaduan dan diselaras di antara satu sama lain. Usaha ini akan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat negara.

4.0 LATAR BELAKANG FRIEDRICH WILHEM FROEBEL Friedrich Wilhem Froebel adalah anak bongsu daripada 5 beradik, beliau merupakan anak kepada Johann Froebel Jacob seorang pendeta di Oberweissbach di kerajaan Jerman Schawarzburg-Rudolfstadt. Ibu beliau meninggal dunia ketika beliau berusia sembilan bulan, ketika Froebel berusia empat tahun, ayahnya berkahwin lagi dan beliau merasa diabaikan oleh ibu tiri dan ayahnya. Atas desakan ayahnya ia telah dimasukan ke sekolah girls primary school di Oberweissbach. Dari tahun 1793-1798 dia menetap di rumah bapa saudaranya. Pada tahun 1800-1802 dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Jena. Friedrich Wilhelm Froebel juga terkenal sebagai father of kindergarden kerana telah mencipta garden of children di Blakenburg, Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancanagan sekolah di seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya terhadap hubungan individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Apabila nak mendapat pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikut hukumnya sendiri.

5.0 IDEA-IDEA FROEBEL Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian. Sekurangkurangnya ia dicat dengan warna-warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang serta gambar-gambar. Selain itu bilik darjah pula haruslah dilengkapi dengan kerusi, meja yang sesuai untuk kanak-kanak dan keadaan bilik darjah janganlah terlalu sempit, ni kerana ianya menyusahkan perjalanan aktiviti didalam kelas, suasana prasekolah perlulah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek untuk kanak-kanak mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. Selain itu, suasana di taman kanak-kanak haruslah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya semulajadi. Di situ, kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal, dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pedekatan terhadap latihan kanak-kanak, pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu mlalui perbuatan dan perlu diberi kebebasan. Beliau juga menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat beliau juga mencadangkan dalam memndidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajaran serta beliau juga menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman aalah penting bagi kanak-kanak

6.0 MAIN DAN KANAK-KANAK MENURUT FROEBEL Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanakkanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin bahawa permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberikan keseronokkan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian didalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanakkanak Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu, adalah penting bagi kanak-kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipanang sebagai satu kaedah dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak-kanak untuk menuru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara beajar kanak-kanak menjadi salah. Bagi froebel, guru

bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan prasekolah yang lebih terancang dan sistematik Erikson (1902-1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Froebel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak-kanak bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak-kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka sendiri. Kanak-kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak-kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik-baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi

7.0 ASPEK PERKEMBANGAN MENURUT FROEBEL DAN JUGA TOKOH YANG MENYOKONG PENDAPAT FROEBEL 7.1 Aspek perkembangan sosial dan emosi Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meninta dan bertanya memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pndangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkahlaku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinasikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli falsafah sejak zaman Greek lagi Bandura (1976) dalam indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak-kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatka sesuatu yang paling mudah dan cepat.

7.2 Aspek perkembangan Fizikal Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanakkanak, komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Sulaina (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan ( knowledge of performance ) dan pengetahuan keputusan ( knowledge of result ). Aspek perkembangan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara steategi pengajaran dan pemnelajaran yang boleh dijalankan untu memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak.

7.3 Aspek perkembangan psikomotor kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yyang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat daan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak

7.4 Aspek perkembangan motor halus Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti berbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi mebantu perkembangan fizikal dan aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

8.0 TEORI TINGKAH LAKU FROEBEL Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adlah berkaitan dengn perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatiaan yang dilakukan keatas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempegaruhi segala perbuatan atau tingkahlaku kanak-kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak-kanak boleh diperhatikan dikawal dan juga diramal Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000), yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku kanak-kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan

9.0 PENDAPAT FROEBEL DALAM KURIKULUM Froebel (1782-1852), berpendapat semua benda dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak tuhan. Setiap manusia juga berfungsi memenuhi kehendak tuhan. Setiap manusia juga berfungsi memenuhi kehendak ini. Menurur beliau, pendidikan membimbing manusia kearah memahami dan menerima diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semulajadi dan tuhan Froebel percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti bermain, mereka pasti akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Beliau menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal iaitu kebebasan dan krativiti Setiap kanak-kanak itu unik oleh yang demikian, mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuatkan pilihan sendiri ini, mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna. Menurut Froebel bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seseorang guru haruslah menarik minat dan perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik secara tidak langsung mereka terdorong belajar sesuatu yang misalnya aktiviti menghafal lagu atau puisi dapat membantu kemahiran berbahasa.

10.0 Tokoh-tokoh yang menyokong Froebel dalam bermain sambil belajar


10.1 Iman Ghazali

Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Ghazali Al Thus. Termasyur dengan sebutan Hujjatul islam. Beliau dilahirkan pada 450 hijrah bersamaan 1058 Masihi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di negeri Parsi. Orang tua beliau adalah seorang yang hidup sederhana. Beliau belajar agama sejak waktu kecil lagi dengan seorang ulama yang terkenal sesuai dengan wasiat ayahnya sebelum meninggal dunia. Kemudian beliau pergi ke Nisbur untuk belajar di Madrasah Syafii yang pada sangat itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan yang terkenal di dunia Islam. Di madrasah ini, beliau belajar ilmu fiqh dan Usul fiqh, tasawuf, tauhid, falsafah dan logik Pada tahun 458 Hijrah, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pegajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 Hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi berhijrah ke Syiria dan ke Mekah.

Pandangan tokoh imam Ghazali Imam Al-Ghazali menyatakan seorang kanak-kanak harus didik sejak lahir lagi, seorang byi jangan diberikan kepada orang lain untuk menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama, dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab, sopan, adab makan dan minum, mencucu badan, berwudhuk dan bersembahyang. Kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 6 tahun hendaklah diajar dari aspek rohani, adab dan jasmani. Antara perkara yang perlu diajar dari aspek rohani cara mengejarkan solat dengan sempurna, melafazkan azan dan sembahyang berjemaah. Kanak-kanak perlu dilatih puasa beberapa hari di dalam bulan ramadhan serta kefahaman tentang adab berpuasa. Mereka juga perlu membaca Al-Quran, diajar hadis dan ulama besar supaya kanak-kanak itu mengenal pasti dan mengasihi mereka. Dalam apek adab pula, semasa makan hendaklah makan bersama dalam satu keluarga . basuh tangan sebelum makan dan baca bismillah, doa serta makan menggunakan tangan kanan. Kanak-kanak juga haruslah merendah diri dengan bersikap sederhana dalam perlakuan dan
10

bertegas. Disamping itu, bagi adab bercakap pula, jangan mengajar kanak-kanak bercakap bohong. Latih menyebt perkataan dengan betul, lembut dan sopan. Bagi adab bergaul dalam masjid adab terhadap orang tua, taat dan menghormati orang tua Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka berseng-senang, jangan berseronok atau bermanja apabila bergaul dengan mereka. Di samping itu, tidak boleh ketertaluan apabila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dengan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat membantu perkembangan fizikal serta meguatkan otot mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain dan dengan bermain, dapat menggembirakan mereka serta kerehatan selepas penat belajar.

10.2 ibn Sina Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibni Sina. Beliau dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi terkenak dengan ilmu logik, geometri, perubatan, matematik, sains. Sumbangan karyanya yang terbesar ialah Qanun fitibb atau maksud lainnya ialah Precepts Of medicine menurut karyanya ibu bapa dan guru tidak perlu terlalu marah, takut dan bekerja belebih-lebihan selain itu menurut beliau kesederhanaan adalah yang terbaik dalam membesarkan anak-anak, aktiviti bermain, huburan dan rehat pula hendaklah diselang selikan. Sehubungan itu beliau mencaangkan belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan sebaya dan bukan sebaya serta selain itu kanak-kanak juga tidak boleh dipaksa untuk belajar.

10.3 Maria Montessori Beliau merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yng terencat akal, pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome.
11

Motessori menyokong pendapat Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran, dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria cekap.

Pandangan tokoh Maria Motessori Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak menbentk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani Menurut Motessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melaui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. Selain itu, menurur beliau lagi persekitaran memainkan peranan pentin ini kerana persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanakkanak adalah persekitaran yang lengkap dan pelbagai bahan yang menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. Selain menurut mentossori. Didikan diri pada kanak-kanak juga penting ini kerana kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka melalui pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajran yang menarik, kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar secara formal Ibu bapa juga harus diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. Terdapat tempoh sensetif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu.

12

Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. Kanakkanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum.

10.4 Margaret Mcmillan Pada tahun 1911, Rachel dan Margaret Mcmillan memulakan satu institusi untuk kanak-kanak berumur antara dua hingga empat tahun. Dikenali sebagai Taman Asuhan yang memberi pengalaman sensori berasaskan pengalaman sebenar, bukan membentuk apparatus kepada kanakkanak kecil.

Pandangan tokoh Margaret Mcmillan Menurut beliau, taman asuhan haruslah memberi pengalaman untuk meluahkan perasaan melalui bermain contohnya ialah seni, binaan blok, permainan drama, daan aktiviti bahasa seperti bercerita, menyanyi, dan berbincang. Taman Asuhan menurut Margaret Mcmilan berasaskan prinsip iaitu kanak-kanak kecil perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, selain itu aktiviti bermain berfaedah untuk mendapatkan pengalaman bagi meneroka dan meluahkan perasaan. Kanakkanak kecil perlu diasuh dan membina kebolehan berpisah daripada ibu bapa secara beransuransur. Selain itu menurut beliau, guru-guru membimbing kanak-kanak mengawal tekanan emosi mereka dan yang terakhir menurutnya ialah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanakkanak dirumah dan disekolah adalah wajib.

13

12.0 Kesimpulan Kesimpulannya teori Friedrich Wilhem Froebel lebih menekankan konsep bermain sambil belajar ini masih diadaptasikan didalam pendidikan prasekolah di Malaysia pada masa kini, ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi banyak yang kanak-kanak dapat belajar melalui bermain sambil belajar ini dapat mengembangkan lagi otak dengan menerusi pengalaman bermain sambil belajar. Guru-guru juga haruslah menekankan konsep yang Froebel ketengahkan ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak untuk ke alam persekolahan tetapi memupuk semangat ingin ke sekolah.

14

LAMPIRAN Gambar-gambar froebel

froebel

froebel

house

Froebel gifts

15

12.0 Kesimpulan Kesimpulannya teori Friedrich Wilhem Froebel lebih menekankan konsep bermain sambil belajar ini masih diadaptasikan didalam pendidikan prasekolah di Malaysia pada masa kini, ia bukan sahaja menyeronokkan tetapi banyak yang kanak-kanak dapat belajar melalui bermain sambil belajar ini dapat mengembangkan lagi otak dengan menerusi pengalaman bermain sambil belajar. Guru-guru juga haruslah menekankan konsep yang Froebel ketengahkan ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak untuk ke alam persekolahan tetapi memupuk semangat ingin ke sekolah.

16

Você também pode gostar