Você está na página 1de 18

Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk

menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkatperingkat lain yang lebih tinggi. Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.

Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut

keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun.

Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat

mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan

membaca sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja siasia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru.

Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini samalah

dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza.

Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan

perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkatperingkat bacaan seperti yang di bawah:

Aktiviti
Meniarap Merangkak Berdiri Berjalan Berlari

Perkembangan
aktiviti kesediaan membaca aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca mahir membaca peringkat rendah mahir membaca peringkat tinggi

Aktiviti Kesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan

membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang

membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini, aktivitiaktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru.
Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan penglihatan,

pengamatan pendengaran, dan pergerakan tangan dan mata.

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Aktiviti Pengamatan Penglihatan Menghimpun gambar benda maujud yang berlainan kategori iaitu haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bahan: Pelbagai gambar haiwan, buah-buahan dan sayursayuran. Aktiviti Guru/ Murid:

Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan. Guru berbincang dengan murid tentang kategori benda tersebut.

Murid menyebut setiap kategori benda tersebut sebagai

respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. Guru memberi arahan kepada murid untuk mengambil kad gambar dalam kotak dan melekatkan kad itu pada kertas yang dilekatkan pada papan putih mengikut kategori seperti haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Aktiviti Pengamatan Pendengaran


Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi

haiwan.
Bahan :

Laptop yang mengandungi pelbagai bunyi haiwan. Beberapa kad gambar yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/ Murid :

Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi

dan murid menyatakan jenis bunyi itu. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 1

Menyambung garisan putus-putus yang telah dilakarkan pada kertas yang disediakan. Bahan :

Kertas yang mempunyai lakaran garisan putus-putus pelbagai bentuk haiwan dan benda. Pensel.

Aktiviti Guru/ Murid :

Murid menyambung garisan putus-putus sehingga membentuk benda atau haiwan yang dilakarkan. Guru bersoal jawab tentang hasil lakaran murid.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Menggunting gambar haiwan, buah-buahan, sayur-

sayuran dan benda.


Bahan : Gambar haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan benda. Gunting. Aktiviti Guru/ Murid : Murid menggunting gambar haiwan, buah-buahan, sayursayuran dan benda. Guru berbincang dengan murid tentang hasil guntingan yang telah disiapkan.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 3


Mengamati gambar yang mengandungi objek yang

tinggi, rendah, jauh dan dekat.


Bahan :

Gambar pemandangan.

Aktiviti Guru/ Murid :

Guru memberi arahan kepada murid untuk menunjukkan kedudukan objek yang paling tinggi, paling rendah, paling jauh dan paling dekat.

Você também pode gostar