Você está na página 1de 2

Apa Itu Tanah Runtuh?

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain: hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction) letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah. gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas. Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan. Kejadian Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur Berulang Lagi KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) Menyaksikan pasukan penyelamat menggali timbunan tanah cuba mencari mangsa yang mungkin terselamat dalam runtuhan tanah yang menimbus sekurang-kurangnya 14 banglo di Bukit Antarabangsa di sini sama

seperti melihat tayangan semula tragedi Highlands Tower berdekatan hampir genap 15 tahun lalu. Jentera pengorek terpaksa bergerak perlahan dan hati-hati kerana khuatirkan berlaku lagi tanah runtuh ketika jentera itu mengorek timbunan tanah dari satu lagi tragedi runtuhan, juga pada kawasan lereng bukit di pinggir ibu kota. Pada 11 Dis 1993, seperti hari ini yang juga Sabtu, satu blok kondominium di projek Highlands Tower tumbang seperti susunan kad, menimbusi 48 orang hidup-hidup. Tragedi itu adalah satu ingatan tegas dan pembuka mata tentang bahaya pembangunan perumahan di lereng bukit di sekitar Lembah Klang, kawasan kediaman paling sesak, dan tempat kediaman golongan kaya dan terkenal. Banyak risalah dihasilkan yang selalunya menuding jari kepada pihak mana harus dipersalahkan, tetapi apa yang jelas tidak ada orang yang belajar dari tragedi seumpama itu. Setakat ini, hanya empat mayat telah dapat dikeluarkan dari timbunan dengan kira-kira 93 orang dilaporkan terselamat. Belumpun memori Highlands Tower lenyap dari ingatan kita, satu lagi kejadian tanah runtuh awal pagi di Taman Hillview juga berhampirakan tempat tragedi hari ini, menimbusi rumah bekas Panglima Angkatan Tentera Jen. (B) Tan Sri Ismail Omar pada 21 Nov 2002, mengorbankan enam anggota keluarga termasuk isterinya dan dua pembantu rumah Indonesia. Pihak berkuasa telah mengeluarkan pelbagai jenis garis panduan dan undang-undang mengenai pembangunan lereng bukit tetapi jelas kita masih jauh dari melihat yang terakhir, terutama di Selangor di mana bukit-bukit yang indah satu ketika dulu, ditarah dan digondolkan, kadangkala bebas dari menghadapi sebarang hukuman. Walaupun pembangunan lereng bukit pada tahap kecuraman tertentu dibenarkan, persoalannya siapa yang akan menguatkuasakan ini, dan jikapun dikuatkuasakan sejauh mana ia berkesan?

Você também pode gostar